Kipas siling merupakan salah satu peralatan yang penting untuk setiap rumah, lagi-lagi dengan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia ini. Mana boleh hidup tanpa kipas kan?
Tujuan kipas siling dipasang adalah untuk memberikan pengudaraan yang baik di dalam rumah serta mengurangkan suhu di dalam rumah. Lazimnya, cuaca di Malaysia adalah panas hampir sepanjang tahun. Oleh itu pemilihan kipas siling yang betul dan sesuai dengan ruang perlu diberi perhatian untuk menjadikan rumah anda selesa ketika cuaca panas.
Berikut merupakan ciri-ciri umum yang bakal dibincangkan dan perlu dititikberatkan sebelum membeli kipas siling di rumah:
Terdapat pelbagai jenis-jenis kipas siling yang wajib anda tahu sebelum membuat pembelian. Antaranya adalah seperti berikut:
Kipas siling hugger kebiasaannya didatangi dengan lampu. Ianya ideal untuk dipasang di dalam ruang yang kecil seperti rumah kondo atau apartmen. Sekiranya ketinggian siling rumah anda sekitar 8 inci dan ke bawah daripada paras lantai, maka kipas jenis ini adalah sangat sesuai kerana motor kipas hugger adalah pendek.
Downrod atau palang yang menyambungkan kipas dengan siling akan dipasang untuk kipas jenis ini. Ini dapat membolehkan kitaran angin menjadi lebih laju dan menurunkan suhu ruang dengan lebih cepat. Jika anda mempunyai siling berketinggian 9 kaki dan ke atas dari paras lantai, maka kipas jenis ini adalah pilihan terbaik anda.
Kipas siling boleh laras sesuai dipasang sekiranya anda mempunyai dinding rumah yang sendeng. Kipas jenis ini hadir dengan ciri khusus di mana mampu untuk dilaraskan mengikut darjah kecondongan dinding semasa pemasangan. Hasilnya kipas akan kekal berada dalam keadaan lurus.
Kipas siling diukur berdasarkan diameternya iaitu ukuran rentas bulatan yang terbentuk semasa kipas berpusing. Lebih mudah jika anda mengukurnya dari hujung bilah ke hujung bilah yang bertentangan.
Berikut merupakan diameter kipas yang sesuai mengikut saiz dan jenis ruang:
Saiz Kipas | Saiz Ruang (kps = kaki per segi) | Jenis Ruang |
29 inci dan kebawah | Kurang 50 kps | Bilik dobi, hallway |
36 inci | 75-100 kps | Tandas bersaiz besar |
42 inci | 100-225 kps | Bilik tidur, pejabat, dapur |
52 inci | 225-400 kps | Ruang makan, bilik tidur |
56 inci | 400 kps ke atas | Bilik tidur utama, ruang tamu |
Jumlah bilangan kipas secara umumnya adalah mengikut citarasa dekorasi ruang tamu masing-masing. Kipas yang mempunyai 4-5 bilah lebih memberikan aura yang konvensional dan juga nampak lebih seimbang. Manakala kipas yang mempunyai 2-3 bilah mempunyai nilai estetik dan kelihatan lebih moden.
Menurut hukum fizik, kipas yang mempunyai jumlah bilah yang lebih banyak akan mengurangkan prestasi kipas. Bilah yang banyak akan menambahkan beban pada motor kipas dan mengurangkan kelajuan angin secara tidak langsung. Sebagai contoh, kipas industri biasanya hanya akan mempunyai 2-3 bilah sahaja. Oleh sebab itu kipas industri adalah lebih laju.
Material kipas sangat memainkan peranan sebelum anda membeli kipas siling. Material kipas berbeza dari segi kekuatan dan nilai estetika. Oleh itu, anda perlu tahu material kipas yang sesuai menurut keperluan ruang dan citarasa dekorasi anda.
Bilah jenis MDF adalah yang paling murah berbanding material kipas yang lain. Namun begitu, material bilah jenis ini tidak tahan lama dan senang untuk patah terutamanya jika dipasang di ruang terbuka (outdoor). Sekiranya anda ingin memasang kipas jenis MDF, perlulah dipasang di dalam ruang yang kering dan perlu sentiasa diselenggara.
Kipas jenis plastik juga boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran. Kipas jenis ini bersifat ringan dan secara tidak langsung akan mengurangkan rintangan pada motor kipas. Anda dinasihatkan untuk memasang kipas jenis plastik di dalam ruang dalaman rumah sahaja kerana ianya sangat tidak sesuai diletakkan di bahagian terbuka seperti luar rumah atau porch.
Kipas kayu sering menjadi pilihan mereka yang menitikberatkan nilai estetika di dalam ruang rumah mereka. Ini kerana kipas kayu tampak lebih klasik dan menonjol berbanding material kipas yang lain. Ianya juga sesuai dipasang di bahagian luar mahupun dalaman rumah. Namun begitu, oleh kerana sifatnya yang berat, motor kipas akan menjadi lebih cepat rosak. Untuk langkah penjagaan jangka masa panjang, anda dinasihatkan untuk sentiasa menyelenggara kipas jenis ini.
Kipas jenis ini adalah yang paling lazim di Malaysia. Selain harganya yang berpatutan, ianya juga lebih mudah didapati berbanding jenis kipas yang lain. Terdapat beberapa kekurangan kipas jenis besi ini, antaranya adalah ia mengeluarkan bunyi yang bising dan boleh berkarat.
Itulah antara tips-tips yang boleh anda ikuti sebelum membeli kipas siling. Perlu diingatkan, kipas siling yang mahal tidak semestinya adalah bagus. Anda juga perlu mengambil kira faktor saiz ruang, kuasa motor, bilangan bilah dan sebagainya.
Semoga artikel ini bermanfaat dan memberi idea untuk anda sebelum membuat pembelian kipas siling di rumah.