4 Jenis Lampu Siling & Cara Untuk Memilihnya Dengan Tepat

Ditulis oleh

Pencahayaan lampu yang dipilih dengan betul akan mengubah suasana di mana-mana ruang dari suram menjadi wow. Namun begitu, jika anda ke kedai lampu terlalu banyak jenis lampu siling yang ada sehingga agak sukar untuk membuat pilihan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang rujukan. 

Kami di Giler Deco akan membantu anda untuk memilih lampu siling terbaik untuk diletakkan di rumah anda. Teruskan membaca panduan kami untuk  mengetahui cara memilih lampu siling yang betul.

Jenis Lampu Siling Yang Perlu Anda Memilih Dengan Tepat Untuk Rumah Anda

Jenis Lampu Siling

Bagaimanakah Pencahayaan Lampu Siling Berfungsi?

Gabungan ambient lighting, task lighting dan juga accent lighting diperlukan untuk mencapai pencahayaan ruang yang sempurna. Barulah rumah anda kelihatan macam hotel!

Langkah pertama yang perlu anda ambil dalam menata pencahayaan lampu di rumah anda ialah mencipta pencahayaan ambien. Ia akan menghasilkan pencahayaan umum di dalam bilik. Chandelier dan lampu ceruk adalah cara yang paling mudah untuk mencipta pencahayaan ambien kerana ia menerangi kawasan yang luas.

Selesai sahaja ruang anda dinyalakan dengan secukupnya ini. Anda perlu pula menambahkan lagi beberapa task lighting untuk memberikan fokus kepada kawasan tertentu. Lampu loket atau lampu trek adalah contoh lampu yang mampu memberikan cahaya yang terang.

 Lampu yang bukan dari siling seperti lampu meja dan juga lampu bawah kabinet mampu meningkat lagi pencahayaan task lighting. Task lighting ini sangatlah penting untuk melakukan aktiviti membaca dan juga memasak.

Jenis pencahayaan yang terakhir bagi melengkapkan pencahayaan bilik yang terang adalah accent lighting. Pencahayaan ini ialah pencahayaan yang menarik pandangan ke kawasan tertentu di dalam bilik, seperti hiasan atau lukisan di dinding. Lampu trek antara yang terbaik untuk digunakan sebagai accent lighting.

Jenis Lampu Siling Untuk Ruang Rumah Anda

Terdapat banyak pilihan lampu siling ini. Anda boleh juga memilih kombinasi lampu siling yang sesuai dengan ruang rumah berdasarkan saiz ruang bilik, jenis cahaya yang diperlukan dan gaya ruang tersebut. Setiap jenis cahaya ini mempunyai pelbagai tujuan dalam mengatur pencahayaan bilik anda.

Jenis Lampu Siling

Ambient Lighting

  • Chandelier

Lampu chandelier ini mampu memberikan sentuhan yang cantik dan berhias untuk apa jua bilik di samping mencerahkan ruang rumah anda. Siapa yang tak terpesona melihat lampu chandelier dengan juntaian manik-manik kristal. Ia juga menjadi simbol kepada kemewahan buat pemilik rumah kerana harganya tidaklah murah. 

Terdapat banyak rekabentuk lampu chandelier yang berbeza. Pasangkan lampu chandelier pada pintu masuk atau ruang makan pasti menyerlahkan ruang & memberikan identiti tersendiri kepada rumah anda.

  • Flush Mount

Flush Mount ini dipasang terus pada siling rumah anda, tidak seperti lampu chandelier yang tergantung. Lampu flush mount selalunya berbentuk drum atau seperti kubah dan sangat sesuai untuk ruang berkonsepkan minimalis. 

Lampu ini biasanya digunakan untuk laluan pintu masuk atau bilik mandi. Ianya sesuai untuk mana-mana ruang yang mempunyai ketinggian siling yang rendah (kurang dari 8’) dan ruang yang boleh menjejaskan pergerakan sekarang lampu gantung dipasang.

  • Semi-Flush Mount

Lampu ini semakin menjadi trend di kalangan pemilik rumah yang inginkan sentuhan yang elegan pada ruang rumah. Tidak semewah chandelier, ianya sesuai untuk anda yang tidak gemarkan gaya yang terlalu menonjol tetapi masih lagi memberikan keunikan untuk ruang tersebut.

Ia mempunyai downrod pendek yang memanjang dari siling. Lampu ini juga selalu digunakan sebagai pengganti lampu chandelier di bilik yang mempunyai siling yang rendah.

Recessed Lighting

  • Retrofit

Retrofit ini merupakan sebuah converter yang mampu menjadikan apa jua lampu sedia ada di rumah anda menjadi lebih cekap tenaga. Biasanya mentol lampu lama ini ditukarkan kepada lampu LED. Ia adalah salah satu cara yang bagus untuk mengubahsuai lampu anda tanpa mengeluarkan duit yang banyak.

  • Trim

Trim pula dapat dimuatkan ke siling dan membentuk sebuah cincin luar yang anda boleh lihat. Lampu jenis ini mempunyai pelbagai stail yang berbeza untuk anda pilih dalam memenuhi keperluan & citarasa anda.

  • Lampu Kipas Siling

Kipas siling juga ada yang dipasarkan dengan lampu tambahan ala-ala produk 2-in-1. Anda boleh memilih sama ada antara downrod mount, flush mount atau juga angled mount. Downrod mount ini antara yang pilihan lampu kipas siling terbaik untuk rumah yang mempunyai siling yang tinggi, manakala flush mounts paling baik digunakan pada siling yang rendah. Angled mounts pula boleh digunakan pada siling yang cerun.

Pastikan kipas siling dipasang sekurang-kurangnya 7’ dari paras lantai dan terdapat sekurang-kurang 8” – 10” ruang antara siling dan bahagian atas bilah kipas. Untuk hujung bilah kipas pula hendaklah mempunyai panjang sekurang-kurangnya 30” dari dinding rumah atau halangan yang lain.

Jenis Lampu Siling

Task Lighting

  • Pendants

Lampu pendants ini dapat dijadikan task lighting di mana-mana ruang bilik. Disebabkan saiznya yang lebih kecil berbanding lampu Chandelier, lampu pendants biasanya dibeli dalam kuantiti yang pelbagai untuk digunakan di kawasan tertentu seperti tempat makan.

Ia juga boleh digantung di laluan pintu masuk, di atas meja atau juga di sink dapur anda. Jika anda mahukan lampu untuk cahaya ambien boleh pilih lampu pendant yang menghadap ke atas.

Accent Lighting

  • Track Lighting

Track lighting ini merupakan cara yang terbaik untuk menyerlahkan hiasan pada dinding ruang rumah anda seperti karya seni atau mantel

Jenis Lampu Siling
  • Lampu Trek Standard

Trek standard merupakan sebuah trek yang praktikal dan biasa. Ia mempunyai jarak yang panjang dan ruang yang cukup untuk meletakkan beberapa lampu. Anda juga boleh mengalihkan mentol mengikut keinginan anda. Trek ini antara disukai ramai kerana ia mudah untuk dipasang.

  • Fixed

Fixed track ini adalah sama dengan trek yang standard namun ada sedikit perubahan iaitu mentol diatasnya tidak boleh dialih sesuka hati. Trek ini bagus untuk diletakkan pada kitchen island dimana ia tidak memerlukan mentol untuk dialih.

  • Swing Arm

Trek ini pula mampu memberikan anda lebih banyak pilihan untuk susun atur daripada trek biasa. Trek ini boleh diputarkan pada hujungnya untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai dengan susun atur dalam bilik anda.

  • Monorail

Pernah tengok tak trek keretapi? Trek ini mengambil inspirasi darinya. Trek Monorail ini merupakan pilihan yang paling popular kerana ia boleh melengkung untuk hasilkan bentuk bulat.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat disimpulkan untuk jenis lampu siling dan juga pemilihan lampu siling yang betul ini adalah dengan memiliki satu atau juga menggabungkan kesemua jenis pencahayaan yang terdapat ini dapat meningkatkan lagi pencahayaan didalam rumah anda.

Bergantung kepada ruang atau juga tempat yang ingin diletakkan, anda dapat menaikkan lagi seri terhadap suasana tersebut dengan pelbagai jenis lampu siling yang digunakan. Pastikan anda memilih lampu yang bersesuaian dengan keinginan anda.

Diterbitkan pada
Januari 24, 2022
Dikemaskini pada
Mac 19, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram