Kalau inginkan sebuah kolam renang impian untuk rumah anda sekarang boleh sahaja. Jika anda mempunyai banyak duit anda boleh mengupah orang membuatnya namun jika anda tidak mahu mengeluarkan duit yang banyak boleh sahaj lakukan secara DIY kolam impian anda.

Untuk saudara Zaim Zainudin Zakaria ini mengambil keputusan untuk melakukan DIY kolam impian beliau pada halaman rumahnya. Beliau tidak mahu mengeluarkan modal yang banyak untuk mengupah dan ingin lakukan secara DIY.

Beliau telah berkongsikan proses-proses bagaimana beliau membuat sebuah kolam impian secara DIY didalam facebook beliau. Menurutnya, DIY ini memakan kos sebanyak RM3K dan juga memerlukan kekuatan fizikal serta mental yang kuat. Jom kita lihat proses dan hasil kolam impian yang dilakukannya.

Projek DIY Kolam Impian Secara Seorang Diri Pada Halaman Rumah Bermodalkan RM3K

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah.

100% buat seorang dri. Modal 3k je. Pernah Tanya tukang rumah die nak 30k, klu specialist kolam nak 40k. So ambil keputusan buat sendri la smbil kluar peluh ptg2.

Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.

Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba2 buat ye. Nanti siap sparuh jalan

Sebab dari sendiri pun berkali2 putus asa. Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendiri.

Proses Melakukan DIY Kolam Impian Modal RM3K

Tanah sekangkang kera tepi rumah inilah yang ingin dilakukan sebuah kolam impian. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada ogos 2021.

Proses galian dimulakan.

Banyak pula paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit sebab lari dari paip kumbahan.

DIY Kolam Impian

Alhamdulillah, berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah kuar mata air. Jadi kedalaman 4 kaki je. Sebulan proses menggali ni ambil masa.

Proses membuat simen dan juga potong besi 12mm.

Proses memampatkan tanah.

Ini kolam lama berguna juga buat lapik. Sebab frust kolam ni bocor la kita buat kolam baru.

DIY Kolam Impian

Ini konkrit lapisan pertama sebab nak elakkan tanah runtuh musim2 hujan ni.

Meratakan konkrit buatan sendiri.

Bila hujan turun kita termenung je tengok air bertakung.

DIY Kolam Impian

Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam kita buat marking. Tak payah guna laser or penimbang air.

Ini untuk konkrit lapisan kedua. Kita lapik plastik untuk elak bocor.

Proses paiping pula sedang dijalankan.

DIY Kolam Impian

Dah buat dinding pada bahagian kolam ini.Belajar daripada youtube jer.

Ini letak simen memang failed. Tapi hentam jerlaaa labuu.

Hampir Nak Putus Asa

Ok done siap 50%. Ni kalu tak silap bulan 11 2021. Hampir putus asa dan rasa nak upah orang siapkan.

DIY Kolam Impian

Kuatkan semangat teruskan jugak. Kita plaster dalam kolam pulak kasi licin.

Sambil2 tunggu plaster kering kita potong besi c chanel untuk lapik lantai.

Test letak kayu dulu bagi ada semangat.

DIY Kolam Impian

Ok kita waterproof pula guna sika top107. Nampak hijau tu sebab campur pewarna. Plan tak nak cat dah sebenarnya.

DIY Kolam Impian

Sekali tak puas hati sebab tak licin. Kita bantai simen putih baru licin.

Ni proses pasang lantai decking beli kayu dah siap ketam.

Ok terpaksa cat sebab waterprofing hijau tu tak menjadi.

Ini la hasilnya. Order biru terang dapat biru laut.

DIY Kolam Impian

Pakai hiasan daun je sebab nak jimat.

DIY Kolam Impian

Proses cat lantai decking.

Alhamdulillah setelah 5 bulan siap juga. Yang bata depan tu next projek untuk tempat BBQ.

Inilah dia view untuk hasil DIY kolam impian yang dibuat diri sendiri. Hasilnya juga sangat menakjubkan dan cantik.

DIY Kolam Impian

DIY Kolam Impian

Sumber : Zaim Zainudin Zakaria

Kepada anda yang ingin melakukan apa jua transformasi rumah, ubahsuai dapur atau juga kerja-kerja renovasi ini wajib untuk mengetahu asas-asas untuk membancuh simen. Jadi, apabila melakukan kerja-kerja tersebut anda sudah pun mengetahu bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

Namun untuk anda yang masih belajar dan tidak tahu apa-apa dalam proses membancuh simen ini boleh tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Hassan Hardware ini. Ia menunjukkan panduan dan juga sukatan untuk membancuh simen dengan betul.

Diharap dengan perkongsian daripada Hassan Hardware ini anda mengetahu cara untuk membancuh simen dengan sukatan yang betul dan melancarkan segala kerja-kerja yang ingin dilakukan.

Panduan Sukatan Bancuh Simen Yang Betul Untuk Bata, Plaster, Render Dan Konkrit

Panduan Sukatan Bancuh Simen Yang Betul Untuk Anda

1) Guna Mixer - Masuk air dulu di ikuti dengan simen kemudian Pasir kasar dan Batu 3/4 jika buat konkrit.

2) JIKA pasir basah (lepas hujan) JANGAN masukkan air mengikut sukatan....masukkan air sikit-sikit dulu.
3) RULE OF MIXING - sukatan dlm unit ukuran berat....cth 1kg simen + 4kg pasir kasar untuk ikat bata.
TAPI aku hentam jer ikut 1 skop simen + 4 skop pasir kasar.

4) Kerja-kerja ikat bata termasuk konkrit semua guna pasar kasar. PASIR halus hanya untuk kemasan plaster sahaja. Dari segi pegangan (grip) mortar (acuan simen + pasir) pasir halus kurang grip berbanding dengan pasar kasar. Begitu juga dgn ketahannya untuk long term.

Panduan Sukatan Bancuh Simen

5) ELAKKAN bancuh simen di bawah (ground mixing) sebab sukar anda untuk mengawal air dan gaulan. Bancuh dalam kereta sorong lebih mudah dan tidak memerlukan kuderat yang banyak untuk membancuhnya.

Bancuh dalam kereta sorong lain dengan bancuh dalam mixer dari segi susun atur nya. Masuk pasir kemundian simen dan gaul sama rata. Baru masukan air. Jika guna batu 3/4 masukkan sekali SETELAH campuran simen + pasir + air SUDAH digaul. Lebihkan air dalam bancuran itu untuk menerima batu 3/4.

6) LEBIH AIR!! Yer mortar yang baik adalah mortar yang agak cair berbanding likat atau kurang air, jangan risau air tidak menjejaskan kelekatan simen sebab air akan hilang semasa pengerasan mortar/konkrit melalui proses pengeluwapan. Tukang tak suka bancuh macam ni sebab dia buat nak cepat kering dan cepat siap. Semakin lambat dia mengeras semakin bagus konkrit tersebut.

Nisbah Bancuhan Konkrit

Asas kepada bancuhan konkrit adalah pelbagai. Tetapi jarang yang ambil tahu mengenai kepentingan bancuhan ini. Sedangkan ianya mampu mempengaruhi kekuatan galas konkrit itu sendiri.

Asas kepada bancuhan konkrit yang biasa digunakan adalah G20 atau 1:2:4 yang bermaksud :

1kg = Simen

2kg = Pasir

4kg = Batu

Untuk membancuh gred G20 bersamaan 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu.

Jadi untuk 1 beg simen 50kg : 100 kg pasir : 200kg batu.

Jumlah air simen yg sesuai utk 1 beg simen OPC atau ordinary portland cement ialah antara 25 liter hingga 28 liter.

Untuk lebih jelas, 1kg simen mewakili 0.55 liter air. 1 beg simen : 50kg =50kg x 0.55 = 27.5 Liter air

Panduan Sukatan Bancuh Simen

Campuran konkrit akan digredkan dengan gred- gred berikut :

a) G15 (1:3:6)

b) G20 (1:2:4)

c) G25 (1:1.5:3)

d) G30 (1:1:2)

Walau bagaimanapun untuk penambahan "safety factor" dalam pembinaan, pihak JKR menyarankan untuk menggunakan gred G25 untuk kekuatan galas yang lebih baik.

Sumber : Hassan Hardware Jamal The Solo Builders

Kalau dekorasi bahagian belakang rumah selalunya ramai yang akan menggunakan rumput karpet atau juga simen sahaja untuk kelihatan lebih cantik. Namun, untuk Ady ZM pula adalah berbeza kerana beliau hanya memerlukan batu bata sahaja untuk membuatkan bahagian belakang rumah nampak cantik seakan-akan berada dirumah omputih.

Dengan susunan bata yang tersusun cantik sebegitu sememangnya menaikkan lagi seri deko laman rumah ini. Menurut beliau untuk melakukan susunan batu bata ini memerlukan satu pallet batu bata barulah dapat hasil yang menakjubkan.

Jom kita lihat dekorasi bahagian belakang rumah beliau ini.

Dekorasi Batu Bata Bahagian Belakang Rumah Yang Cantik Seakan Rumah Orang Putih

Backyard pada bahagian belakang rumah ini memang feeling cam rumah omputih dah dengan small2 garden yang cantik.

Deko Belakang Rumah Dengan Batu Bata Seakan Rumah Omputih

Inilah dia pandangan pada bahagian belakang rumah milik Ady ZM ini. Nampak simple kan? Ia nampak simple sebab bahagian ini cuma menggunakan susunan batu sahaja yang dijadikan sebagai lantai dan juga hiasan pasu bunga.

Dekorasi Belakang Rumah

Dekorasi Belakang Rumah

Untuk melakukan susunan bata sebegini, Ady ZM menyatakan bahawa sebanyak 1 Pallet batu bata digunakan kesemuanya.

Dekorasi Belakang Rumah

Kalau nak buat sebegini dirumah anda boleh cuba idea macam yang dilakukan oleh Ady ZM ini.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Diharap artikel kali ini mempu memberikan anda inspirasi dan juga idea yang baharu untuk melakukan deko pada bahagian halaman rumah anda.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Ady ZM

Setiap penghuni rumah ini sudah pastinya akan melakukan sebuah laundry corner atau juga ruangan landry di setiap sisi rumah. Kadang dengan mengasingkan ruangan laundry ini memudahkan kita untuk melakukan kerja-kerja membasuh baju dengan mudah, cepat dan senang.

Seperti yang dikongsikan oleh Tina Rozubi ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk mencantikkan bahagian laundry corner dirumah beliau dengan cara DIY. Caranya adalah dengan melakukan sebuah lukisan seakan-akan batu bata pada bahagian dinding tersebut.

Jom kita lihat bagaimana proses diy ini dilakukan dan apakah bahan-bahan diperlukan untuk membuat proses tersebut.

DIY Laundry Corner Yang Cantik Disertakan Dengan Kecantikkan Lukisan Batu Bata

Project laundry corner 🧡🧡

Kedai batu bata banyak tutup, so kat lukis jelah. Mendobi perlu good mood ualss! 😘

P/s : Sidai baju di ampaian bwh matahari yer, baru baju ranggup & tak ada kuman.

Proses Untuk Melakukan DIY Laundry Corner Lukisan Batu Bata

Bahagian laundry corner kami yang asalnya tanpa apa-apa projek atau ubahsuai dilakukan. Yang asal dah okay namun untuk nampak lebih berseri-seri, projek laundry corner akan dilakukan.

DIY Laundry Corner

Proses dilakukan dengan mengecat bahagian ini dengan warna oren. Sebab nak buat ala-ala dekorasi batu bata, warna oren sememangnya menjadi pilihan.

DIY Laundry Corner

Nak beli batu bata sekarang harga terlampau mahal. Jadi, solusi yang lain adalah dengan melukis agar ia kilihatan seakan-akan batu bata. Jimat kos dari beli batu bata tapi kena rajin sikit lukis semua ini.

Gigih melukis. Hasil tu semakin nampak.

DIY Laundry Corner

Selepas siap semua proses mengecat dan melukis batu bata ini. Susunkan balik semula mesin basuh dan letakkan sedikit dekorasi yang cantik macam pokok-pokok bunga untuk kelihatan menawan.

DIY Laundry Corner

Alhamdulillah, siap juga diy bahagian laundry corner ini. Gambar dibawah ini adalah pandangan daripada bahagian dalam rumah. Simple sahaja proses dilakukan ini namun pandangan bahagian ini sekarang dah cantik.

DIY Laundry Corner

Sumber : Tina Rozubi

 

Hanya Guna Material Murah Sahaja Terus Menjadi Sebuah Projek Kabinet TV Yang Gempak

Salam semua ahli kumpulan. Projek diy kabinet tv. Material murah dan senang nak tukang untuk nubis macam saya chipboard dan blockboard aje lah.

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Projek Kabinet TV Ini

Langkah-Langkah Dalam Membuat Kabinet TV Murah Kualiti Tinggi

Kabinet TV sebelumnya. Kabinet pun umur dah 13 tahun. Asal lengkap kabinet tv material mdf, faham² aje lah.

Projek Kabinet TV

Lakukan draf untuk potongan papan, lubang hinges, dan abs.

Projek Kabinet TV

Papan marble baru sampai, kita susun dulu.

Tengah membuat rangka bawah. Lekat ke dinding guna kayu 1½"x2½" dan bracket besi L.

Cek pintu utk pastikan ukuran ngam sblm pasang rangka ke dinding.

Projek Kabinet TV

Terpaksa tebuk sikit untuk beri laluan kepada plug point.

Prosess membuat rangka sedang dijalankan.

Projek Kabinet TV

Permukaan beam tidak rata. Terpaksa ketuk beam sikit untuk masukkan rangka atas. Barulah ngam.

Siap juga bahagian rangka ini. Letak di sebelah walaupun tak siap dah nampak cantik.

Pasang rangka alas dengan lebihan papan yang ada je. Cara paling mudah untuk dapatkan pemasangan yang baik.

Pasang pintu dan setup hinges ni paling leceh untuk dilakukan. Kalau banyak pintu maka banyaklah kena buat.

Projek Kabinet TV

Done pasang pintu.

Pasang led strip belakang tv.

Tadaaaa! Siap dah pasang led strip belakang tv. Kita sambung ker proses seterusnya.

Untuk wall panel kabinet tv ni pastikan guna fluted panel. Kelebihannya adalah cantik, senang pasang, material lembut mudah nak potong dan raut ikut bentuk.

Untuk lekatkan fluted panel ni hanya gunakan gam jenama X-Bond jer. Tu pun dah lekat dengan kuat.

Projek Kabinet TV

Hasil Akhir DIY Kabinet TV Yang Dilakukan

Akhirnya siap juga ahirnya kabinet TV yang dilakukan ini. Walaupun proses memakan masa dan tenaga namun hasil akhir kabinet tv sememangnya kelihatan sangat premium dan berkualiti tinggi.

Projek Kabinet TV

Sumber : Mohd Zalman

Sesiapa sahaja yang mempunyai rumah ini sudah pastinya menginginkan sebuah rumah yang cantik, elegan dan kelihatan berseri-seri. Tidak kisahlah dari rumah yang kecil, buruk atau terbiar, kalau dilakukan sebuah transformasi rumah sebetul-betulnya pastinya akan kelihatan cantik.

Seperti yang dilakukan dan dikongsikan oleh lelaki bernama Haziq Ammar ini. Beliau telah melakukan sebuah transformasi rumah lama beliau kepada baharu yang bertemakan warna putih dan dark blue untuk dijadikan sebagai inspirasi semua orang.

Jadi, untuk anda yang tertanya bagaimana rupa transformasi dan dekorasi rumah milik Haziq Ammar ini. Jom kita lihat perkongsian daripada beliau.

Inspirasi Untuk Anda Terhadap Transformasi Rumah Lama Yang Kini Kelihatan Mewah & Elegan

Salam Ramadhan 🥰🥰 Sharing SEBELUM & SELEPAS.

Sapaa sukaa konsep warna BALAI POLIS meh tekan ❤️ sikit.

Semoga dapat memberi inspirasi untuk semua rakan2.

Gambar Bahagian Rumah Sebelum Tranformasi Dilakukan

Berikut merupakan rupa rumah milik Haziq Ammar yang asal sebelumnya transformasi rumah ini dilakukan. Dibawah ini terdapat gambar terdiri daripada bahagian ruang tamu, ruangan tempat makan dan juga laluan bilik.

Inspirasi Transformasi Rumah

Bahagian ruang tamu.

Inspirasi Transformasi Rumah

Bahagian ruang makan.

Inspirasi Transformasi Rumah

Bahagian laluan bilik.

Inspirasi Transformasi Rumah

Hasil Transformasi Rumah Yang Dilakukan Ini Dijadikan Sebagai Inspirasi

Inilah dia dekorasi atau juga rupa rumah milik Haziq Ammar yang terkini. Dengan penggunaan warna putih dan juga "dark blue" sememangnya merupakan kombinasi warna yang cantik dan padan untuk dilakukan.

Inspirasi Transformasi Rumah

Bahagian ruang tamu yang dilakukan ini.

Inspirasi Transformasi Rumah

Nak makan-makan dengan keluarga tersayang atau tetamu yang bertandang kerumah ini bolehlah datang ke ruangan ini.

Inspirasi Transformasi Rumah

Inspirasi Transformasi Rumah

Inspirasi Transformasi Rumah

Inspirasi Transformasi Rumah

Inspirasi Transformasi Rumah

Bahagian laluan bilik yang sekarang. Tambah lampu spotlight terasa macam dah jalan di red carpet.

Inspirasi Transformasi Rumah

Dengan melakukan bar sebegini semamngnya nampak cantik dan mewah pada masa yang sama.

Inspirasi Transformasi Rumah

Inspirasi Transformasi Rumah

Sumber : Haziq Ammar

Projek DIY Wall Shelf ataupun rak dinding  ini sememangnya sangat popular dan ramai juga antara kita ini melakukannya secara DIY di rumah. Namun, ada juga wall shelf yang dijual secara online dengan harga yang murah namun ia bergantung kepada bahan dan juga kualiti bahan tersebut.

Kadang-kadang membeli rak dinding online ini ada saiz yang kecil dan tidak mencapai apa yang kita nak. Jadi, eloknya lakukan sebuah DIY rak dinding secara diri sendiri macam dilakukan oleh Affandi Armi. Melakukan secara DIY, kita boleh mengukur panjang, ketebalan dan juga kualiti kita hendakkan.

Jom kita lihat bagaimana DIY ini dilakukan oleh Affandi Armi ini dan bagaimana hasil rak dinding yang dilakukan tersebut.

Wall Shelf Secara DIY Yang Dilakukan Daripada Lebihan Kayu Bertema Warna Putih

Kali ni kita D.I.Y rak rempah ratus pulak. Anak tolong buat pokok yang berjuntai tu.

Semua D.I.Y, selain jimat wang boleh buat aktiviti dengan anak2 masa cuti sekolah.

Sekadar yang termampu asalkan tak nampak berselerak dan tak dapat dicapai oleh anak2. Isteri pun tersenyum riang.

Proses Melakukan Dan Hasil DIY Wall Shelf Yang Dilakukan

Kayu dah ada dan siap dengan warna putih. Tinggal pasang sahaja di dinding. Untuk pasang di dinding, gerudikan sahaja agar ia melekat dengan kuat dan kemas.

DIY Wall Shelf

Anak-anak pula nak tolong juga katanya. Kali ni bagi dia melakukan pokok yang berjuntai untuk diletakkan diatas rak dinding tersebut.

DIY Wall Shelf

Mengikut saiz dan botol kaca yang ada. Bahagian atas adalah untuk botol yang kecik dan yang bawah tapak besar adalah untuk botol yang besar.

DIY Wall Shelf

Inilah dia hasil DIY wall shelf yang dilakukan oleh Affandi Armi ini. Simple dan cantik sahaja disertakan dengan susunan botol kaca yang tersusun dengan rapi.

DIY Wall Shelf

Sumber : Affandi Armi

Nak buat langsir baharu namun tiada kayu langsir pula? Nak beli di online namun tiada saiz khas atau juga tiada yang jual kayu langsir sahaja. Jadi, apa kata anda lakukan sahaja sebuah DIY kayu langsir di rumah dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati beli dikedai.

Seorang wanita yang bernama Nurul Amira ini telah menyatakan bahawa beliau melakukan sebuah DIY kayu langsir untuk diletakkan di rumah beliau. Yang paling penting lagi adalah beliau melakukannya dengan hanya bermodalkan RM30 sahaja.

Macam tak percaya sahaja kan? Namun, perkongsian daripada Nurul Amira ini mungkin menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dan kenapa ia bermodalkan RM30 sahaja.

Proses DIY Membuat Kayu Langsir Yang Simple Dengan Bermodalkan RM30 Sahaja

Part 3

[ DIY KAYU LANGSIR]

Modal bawah rm30

Balik keje, terus kikis dinding. Malam, pasang langsir. Dari potong kayu, spray, tebuk dinding, panjat, semua buat sendiri. Dia punya xcited, tak sempat nak makan langsung.

Proses Dalam Melakukan DIY Kayu Langsir Ini

1) kayu mop tak jumpa yang panjang. So kite masukkan dalam paip pvc bia kukuh sikit. Kite guna 2 suku batang kayu mop.

2) spray warna yang korang nak.

3) cari bola mainan anak dalam stor (puas pike nak guna apa tok tombol kayu tu) tebuk then spray.

4) beli besi tu kat kedai hardware. Ni pun kbat gak. Puas pike cane nak jadikan dia penyambung kayu tu.

5) guna cawan plastik/ kertas / gulungan tisu dapur untuk jadikan pelipat langsir tu cantik beralun.

6) siap

DIY Kayu Langsir

Langkah-Langkah Dalam Melakukan DIY Kayu Langsir Ini

Kayu mop tak jumpa yang panjang. So kite masukkan dalam paip pvc bia kukuh sikit. Guna 2 suku batang kayu mop. Pastu spray la ikut warna yang korang nak.

DIY Kayu Langsir

Cari bola mainan anak dalam stor (puas pike nak guna apa tok tombol kayu tu) tebuk then spray.

Cari mende alah ni kat kedai hardware. Ni pun kbat gak. Puas fikir macam mana nak jadikan dia penyambung kayu tu.

Ni nak senang, cari sesiku L kat eco. Da siap, tinggal pasang. Siap ada kerawang lagi.

DIY Kayu Langsir

Ni la rupa dia.

Guna cawan plastik/ kertas / gulungan tisu dapur untuk jadikan pelipat langsir tu cantik beralun. Letak kat belakang.

Tadaaaaa. Tenaga perempuan kan. Tu rasa nak pitam walaupun sikit je ni.

Lom siap lagi ni. Nak wat wainscoting warna biru bawah tu.

DIY Kayu Langsir

Sumber : Nurul Amira

Waincoting ini memang sudah sebati kepada mana-mana keluarga yang ingin mencantikkan dalaman rumah. Dengan adanya wainscoting dinding rumah yang biasa juga akan kelihatan cantik dan menarik. Dan yang paling penting adalah wainscoting ini boleh dilakukan secara DIY dirumah untuk semua orang.

Seperti hasil diy wainscoting yang dikongsikan oleh Fathihah Amir ini. Beliau dan suaminya telah melakukan sebuah DIY wainscoting kayu pada dinding rumah mereka. Hasilnya sangat cantik dan menarik jika dibandingkan dengan dinding rumah mereka sebelumnya. Jom kita lihat bagaimana diy ini dilakukan.

Hasil Cantik Sebuah DIY Wainscoting Kayu Pada Dinding Dari Kegigihan Suami Isteri

Assalammualaikum, sekadar berkongsi minat yang sama. Alhamdulilah hasil gigih kami suami isteri untuk rumah pertama kami.

DIY Wainscoting dari A to Z kami berdua sama2 buat. Alhamdulilah tidak sempurna sepenuhnya ada jugak cacat sana sini. Tapi kami tetap enjoy buat sampai habis.

Dan hasilnya tetap memuaskan hati kami. Jadilah kan, rumah sendiri. Part paling byk kena sabar adalah part ukur, part dinding tak rata.

Deko2 pun kami berdua buat semuanya, masih belum cukup lengkap, InsyaAllah semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Wainscoting Ini

Proses Untuk Melakukan DIY Wainscoting Dinding Ini

Untuk melakukan sebuah diy wainscoting dinding ni, pertama ialah dengan mengukur terlebih dahulu kayu wainscoting. Tentukan panjang mana yang nak dan potong dengan gergaji macam dibawah ni.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas itu, dah settle potong kayu tersebut. Lekatkan pula kayu itu dengan selotape dan buatkan bentuk wainscoting yang diinginkan.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas selesai siapkan bentuk yang diinginkan, lekatkan kayu wainscoting tersebut dengan gam kayu. Yang paling ramai guna adalah gam X-Bond.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas kayu wainscoting dah lekat dengan kuat. Sambung pula dengan aktiviti mengecat kayu tersebut.

Untuk menambahkan seri lagi boleh letakkan lampu spotlight agar kawasan tersebut akan kelihatan cantik.

Hasil DIY Wainscoting

Hasil Akhir DIY Wainscoting Kayu Yang Dilakukan Ini

Selepas berhempas pulas dan lelah melakukan diy wainscoting ini, akhirnya siap juga. Inilah dia dekorasi ruang tamu rumah yang dihiasi dengan wainscoting kayu ini.

Hasil DIY Wainscoting

Hasil DIY Wainscoting

Sumber : Fathihah Amir

Bercakap mengenai sebuah DIY kabinet baju ini tidak ramai yang berani melakukannya. Hal ini kerana adalah untuk membuat diy kabinet tersebut memerlukan tenaga yang kuat dan semangat yang tinggi. Kabinet tersebut bukanlah senang untuk dilakukan tambahan pula jika anda baru sahaja ingin menceburi bidang pertukangan ini.

Untuk seseorang yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja tukang ini mungkin boleh melakukannya. Seperti yang dilakukan oleh Mohd Zalman ini sebuah diy kabinet baju yang tinggi ini, beliau sendiri terpaksa bekerja keras untuk melakukannya.

Namun, dengan semangat tidak berputus asa. Beliau akhirnya siap melakukan diy kabinet baju tersebut yang diperbuat daripada kayu. Jom kita lihat hasil akhir kabinet baju tersebut.

DIY Sebuah Kabinet Baju Tinggi Diperbuat Dari Kayu Dengan Bermodalkan RM1.2K

Saya nak share sikit kerja tukang tak berapa hari ini. sebab projek ni siap hujung bulan 1 itu hari.

Kabinet baju ni saya cuma buat frame keliling dan pintu. Then lekat terus ke dinding. Sebab nya dinding tak rata, saya tak nak ada ruang binatang halus bersarang belakang tu.

Untuk pasang dan peralatannya tak ada lah susah sgt sebab saya cuma ada drill, cordless, grinder china aje. Yang susah sikit nak ukur dan lukis untuk maximize penggunaan ruang yang ada & potongan chipboard tu.

Chipboard dia saiz 6' x 8'. Jadi kita kena design ikut kehendak. Lepas tu lukis untuk dia potong. Tandakan juga siap² utk bahagian nak tebuk lubang & edging. Nanti dia akan kira kan total, kita bayar je n tunggu siap. Info tambahan saya share dalam gambar ye.

Langkah Demi Langkah Melakukan DIY Kabinet Baju Ini

Proses buat frame. Tak susah sangat nak pasang sebab kilang ni potong memang cun² aje. Ketepatan dia ikut mm, sebab saya minta. Macam pasang kabinet pasang siap aje cuma nak design dia kita buat sendiri dan lubang skru tebuk sendiri.

DIY Kabinet Baju

Letakkan dahulu nak tengok kedudukan sebelum beralih kepada proses seterusnya iaitu mengangkat frame untuk atas pula.

Settle sudah mengangkat frame letak diatas chipboard ni. Boleh tahan berat nak angkat satu chipboard ni. Ruang baju bawah tu open je sebab bajet. Tepi pula saya buat memanjang ke bawah untuk gantung jubah.

DIY Kabinet Baju

Besi penyangkut beli di hardware. Bracket dan skru dari eco aje. Pastikan letakkan silikon juga setiap bucu dari dalam.

DIY Kabinet Baju

Tapak 3" hasil dari papan yang di susun menegak. Saya letak 3 keping lagi dalam tu untuk support.

Pasang pintu ni yang azab sikit. Nak bagi sama susah betul. Boleh putus asa di buatnya namun untuk yang ada pengalaman ok kot.

DIY Kabinet Baju

Kod warna 3101 hamlet ok. Kemasan abs ni mmg mantap. Tombol yang paling murah aje.

Contoh lukisan utk potong, lubang hinges, abs. kita faham dia faham ok je.

Hasil Akhir DIY Kabinet Baju Yang Dilakukan Ini

Permukaan asal dibiarkan sahaja tapi saya gosok dengan non woven disc . Senang pakai grinder je dia makan pun tak banyak macam flap disc. Hasilnya permukaan macam kulit baby.

Kemasan meja solek guna rubber wood. Order custom dari shopee sebab chipboard dah guna habis.

Kerusi beli di shopee bini pilih. Cermin tu dari set yang lama. Saya order kayu lebih dan skru kan aje supaya matching dengan kabinet.

Inilah dia hasil akhir DIY kabinet baju yang digunakan bahan kayu. Bermodalkan hanyalah RM1.2k sebenarnya sangatlah berbaloi kerana murah berbanding mengupah orang.

DIY Kabinet Baju

DIY Kabinet Baju

DIY Kabinet Baju

Sumber : Mohd Zalman

Pernah tak melihat sebuah DIY kabinet tv yang memakan modal hanyalah dalam RM200 sahaja? Sudah semestinya kebanyakkan dari anda macam tidak percaya bagaimana sebuah kabinet tv ini boleh dilakukan secara diri sendiri modal RM200?

Seorang wanita yang bernama Huda Mimie ini berkongsikan sebuah proses menghasilkan kabinet tv dilakukan oleh suaminya secara diri sendiri. Projek itu telah dikongsikan didalam sebuah grup facebook Kelab Deco Rumah dan hasil diy mendapat reaksi yang positif dari ahli-ahli grup tersebut.

Jom kita melihat bahan-bahan dan juga cara proses untuk melakukan sebuah kabinet DIY ini. Hasil akhir juga ditunjukkan pada gambar yang terakhir untuk anda menjadikannya sebagai inspirasi.

Projek DIY Kabinet TV Dengan Wallpaper Marble Yang Cantik Bermodalkan RM200

Alhamdulillah, siap jugak cabinet tv. Tq encik suami. DIY je kite.

Habis dalam rm200 sahaja. Kayu dan wallpaper marble.

Kebetulan almari tv sama corak dengan wallpaper. Almari tv beli dekat shope sahaja harga rm150.

Bahan-Bahan Untuk Melakukan DIY Kabinet TV

Proses Membuat Kabinet TV 

Kayu frame sudah sampai. Masa untuk mengukurnya dan membentukkannya agar ia menjadi sebuah kabinet tv yang superb.

DIY TV Kabinet

DIY TV Kabinet

Selepas siap sahaja rangka kaninet tersebut, letakkan pada tempat yang diinginkan.

DIY TV Kabinet

Dah siap semua memasang kayu tersebut. Tutupkannya dengan sebuah board kayu.

DIY TV Kabinet

Selepas menutupnya dengan board kayu, terus letakkan wallpaper marble tersebut alik tepi sebab nak lekatkn wallpaper alik tepi dahulu.

TV kabinet takkan complete jika tiada lampu spotlight sebegini. Tengok inspirasi dari orang lain dan juga google, ramai yang melakukan deko sebegini.

DIY TV Kabinet

Hasil AKhir Sebuah DIY Kabinet TV Yang Cantik

Akhirnya siap juga kabinet tv yang dilakukan encik suami ini. Walaupun diy ni bermodal hanyalah rm200 namun hasil akhirnya sangatlah menyerlah dan nampak elegan begitu.

DIY TV Kabinet

DIY TV Kabinet

Sumber : Huda Mimie

Seperti yang dimaklumkan bahawa jika melakukan sebuah grand mirror pada bahagian rumah ini tidak kisahlah ianya diy bajet atau pun upah orang pastinya akan kelihatan cantik. Untuk grand mirror yang mewah ini memerlukan sebuah cermin kuali tinggi dan juga kemasan yang cantik hasil upahan orang.

Namun, jika anda tidak ingin megupah orang dan keluarkan modal yang mahal. Anda boleh melakukan DIY grand mirror secara diri sendiri dirumah.

Modal? Usah perlu risau kerana melalui sebuah DIY grand mirror yang dilakukan oleh sis Zaza ini, modal diperlukan hanyalah RM100 sahaja.

Jadi, anda boleh membaca apa bahan-bahan yang diperlukan untuk melakukan grand mirror bajet ini. Hasil akhir juga akan ditunjukkan pada akhir artikel ini untuk anda menjadikan ianya sebagai inspirasi.

Projek DIY Grand Mirror Untuk Ruang Tamu Bajet Bermodalkan RM100 Sahaja

DIY  GRAND MIRROR bermodalkan RM100 sahaja tak termasuk cat sebab itu lebihan cat ruang tamu sebelum nie.

Cermin yang digunakan adalah cermin kedai MR DIY RM5.30 seunit. Ambil masa dalam 2 hari untuk siap grand mirror.

Selamat mencuba.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Lakukan Grand Mirror

Cermin beli di MR DIY RM5.30

Cat jotun majestic,lebihan cat ruang tamu.

Cara Untuk Melakukan DIY Grand Mirror Bajet Ini

Langkah pertama ukur dan design dulu sebelum sketch di dinding.

DIY Grand Mirror Bajet

Apabila semua sudah di design dan dilakar. Teruskan proses penampalan kayu. Besar petak 44cm×44cm.

DIY Grand Mirror Bajet

Tanggalkan cermin dari frame tersebut macam gambar di atas.

Tampal frame cermin menggunakan gam kayu X-BOND. Yang warna coklat pekat pakai wood filler untuk rapatkan kayu.

DIY Grand Mirror Bajet

Selesai mengecat frame dan kayu. Pakai double side tape untuk tampal cermin(warna putih).

DIY Grand Mirror Bajet

Tadaa dah siap sudah diy grand mirror bajet ini. Okaylah walaupun buat simple-simple jer dari tak ada. Ini adalah pandangan dari side tepi.

DIY Grand Mirror Bajet

Ini pula adalah pandangan dari side depan.

Sumber : Sis Zaza

Untuk memastikan dapur anda kekal kemas anda perlulah bijak dalam menyusun peralatan dapur anda. Perkongsian ini sesuai untuk anda yang baru berkahwin. Sudah tentu banyak kos yang sudah dikeluarkan untuk beli perabot rumah, perkakas elektrik dan sebagainya. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara untuk susun perkakas dapur tanpa kabinet.

Namun jika anda masih belum mampu untuk memasang kabinet dapur, jangan risau kerana ia bukan halangan untuk dapatkan dapur yang cantik, kemas dan tersusun. Dapur yang kecil dan tidak mempunyai kabinet tidak semestinya harus dibiarkan terus bersepah bukan?

Banyak cara sebenarnya untuk menjadikan dapur rumah anda cantik dan berseri walaupun tidak mempunyai kabinet. Jom  sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini mengenai dapur tanpa kabinet ini.

Cara Untuk Susun Perkakas Dapur Tanpa Kabinet Yang Cantik Dan Kemas

Deko dapur sempit dan memanjang

Dapur biasa saja, rumah flat tingkat 1. Kecilnya sampai takda ruang nak letak peti sejuk, nak letak oven, nak letak segala kitchen gadjet dan kitchen helper. Yelah. Sebab tu lah tak banyak perkakas. Nanti nak letak kat mano? Kena sedar diri lah kan.

Dah hampir 6 tahun. Tak pernah jemu duduk kat rumah ni walau kecil je 600 sqft, walau kena naik tangga sempit, kadang lorongnya gelap, walau bau kari setiap hari, walaupun tandas ada 1 je dan kami selalu berebut, kami tetap bahagia dan nyaman sekali berada di rumah ni.

Cara Untuk Susun Perkakasan Dapur Tanpa Menggunakan Kabinet

Cara Untuk Susun Perkakas

Cara Untuk Susun Perkakas

Plate holder beli di IKEA/DAISO.

Cara Untuk Susun Perkakas

Rak jaring (wirenet) letak rempah beli di DAISO.

Cara Untuk Susun Perkakas

Rak periuk beli di Shopee.

Cara Untuk Susun Perkakas

Penghadang aluminium beli di MR DIY.

Rak besen beli di Shopee.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dalam memberi seribu manfaat kepada anda dalam menyusun peralatan dapur.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Noor Hafiza Mohamad

Inginkan sebuah dekorasi wet kitchen yang cantik untuk dilakukan dirumah anda? Nak lakukan dekorasi dapur tersebut namun tiada sumber rujukan untuk dijadikan inspirasi kepada anda?

Jadi, anda tidak ketinggalan kerana perkongsian daripada wanita yang bernama Fiza ini mampu mengubah dapur anda daripada rupa yang buruk terus kembali menjadi baharu. Beliauberkongsikan hasil sebelum dan selepas dekorasi tersebut didalam grup facebook yang bernama Kami Suka Deko Deko.

Jom lihat perkongsian ini bagaimana dekorasi wet kitchen ini dilakukan oleh beliau.

Dekorasi Sebuah "Wet Kitchen" Yang Cantik Dengan Menggunakan Stiker Wallpaper Sahaja

Alhamdulillah, selepas setahun mood deko2 ke laut cina selatan akhirnya mood tu selamat berlabuh di awal tahun 2022.

Tahun lepas deko dry kitchen, tahun ni deko wet kitchen pula. Masih guna stiker wall paper, save bajet & senang nak bersih kan tapi agak renyah & perlu kan level kesabaran yg tinggi nak siap kan.

Dapur ni dh berusia belasan tahun, maka kita pakai kan die persalinan baru di awal tahun 2022. Inspirasi utk rakan2 yg suka deko2 juga, ruang dapur nampak lebih elegan dgn bajet yg minima.

Gambar Sebelum Dan Selepas Dekorasi "Wet Kitchen" Yang Dilakukan Ini

Dapur asal, warna maroon & beige ke apa pun tak tahu. Rumah ni subsale, beli memang dah ade kitchen kabinet tapi warnanya sangatlah tak kene dengan jiwa beliau.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Macam ni baru mood nak masak selalu singgah.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Bahagian kegemaran beliau. Bidai tu dah rosak jadi terpaksa potong bawah die & tutup terus je.

Tengok ramai yang share rechargeable downlight untuk kitchen kabinet, jadi turutlah beli sekali untuk mencantikkan lagi kabinet.

Ni lampu nya, ade metal plate untuk lekat kan lampu. Beli dekat shopee, jimat tak perlu pakai bateri, usb cable pun dapat skali.

Tenang melihat wet kitchen yang dah siap. Yang penting adalah Less is more.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Dekorasi "Wet Kitchen"

Thanks to this sticker wall paper, berjaya transform kan dua dua kitchen ini.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Sumber : Fiza

Jika dirumah anda ada sebuah pintu dalam keadaan yang baik namun kelihatan tidak cantik dan buruk, usah risau kerana anda boleh lakukan sebuah makeover terhadap pintu buruk tersebut. Pintu rumah dalam keadaan yang elok namun kelihatan buruk janganlah dibuang.

Lakukan makeover pintu tersebut macam yang dilakukan oleh wanita bernama Fiza ini. Pintu tersebut masih lagi dalam keadaan baik dan tiada sebab kukuh untuk membuangnya. Elok lakukan makeover pintu agar ia kelihatan seakan-akan kembali baharu.

Inign mengetahui bagaimana makeover ini dilakukan? Jom kita lihat perkongsian daripada Fiza ini langkah demi langkah untuk mengubah pintu yang kelihatan buruk ini kembali kelihatan premium dan elegan kembali.

Makeover Pintu Yang Buruk Kembali Kelihatan Seakan Baharu Warna "Black Matte" Bermodalkan Bajet RM20

Harini saya nak share makeover pintu rumah pula, dengan bajet kurang dari rm20.  Zaman sekarang kene berjimat, tapi bukan bermaksud tak boleh hias rumah. Saya pun dapat idea dari orang lain yang share, so saya share hasil saya mengecat guna warna black matte sesuai kan dengan tema rumah.

Dulu ade pasang niat nak tukar pintu sebab takl berkenan warna nya, tapi pintunya masih elok lagi. So rasa membazir. Maka kita pun cat je lah, tu pun tak makan masa yang lama nak siap kan.

Saya cat during lunch hour, since masih wfh lagi. 2 hari dsh siap, kering elok sbb cuaca panas dalam 3 jam je dah kering.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk rakan2 yang nak deko pintu, save budget & tak makan masa yang lama nak buat. Rasanya klau pakai roller lagi cepat siap, tak sampai 2 jam lebih kot

Proses Dalam Melakukan Makeover Pintu Yang Lama Ini Menjadi Baharu

Proses dimulakan dengan mengecat pada bahagian hadapan pintu ini. Ni first day mengecat. Cat yang digunakan adalaha LSC black matte.

Makeover Pintu Buruk

Ok done mengecat pada sebelah depan. Esoknya bru sambung sebelah belakang. Untuk cat ni makan masa kurang dari 1 jam dah siap sebelah pintu.

Sebelah belakang pun dah siap, mula2 ingat nak cat pintu je tapi nampak pelik pula frame pintu tu warna lain, so cat skali lah.

Hasil Akhir Makeover Pintu Buruk Yang Dilakukan Ini

Pintu asal ni elok lagi tegap takda apa-apa masalah, cuma masalah apperance je.

Makeover Pintu Buruk

Dah cat terus nampak pintu ala muda remaja gitu. Memang suka warna hitam untuk deko2 rumah, sebab ade askar kecik 3 orang yang suka ‘warna’ kan rumah.

Makeover Pintu Buruk

Sumber : Fiza

Masalah sinki tersumbat memang menyebabkan kerja dapur tertangguh. Mana taknya, nak masak pun jadi sudah. Lepas masak nak basuh periuk tu pun spoil mood sebab sinki tersumbat. Perkongsian kali ini adalah mengenai  cara mudah baiki singki dapur tersumbat dan berbau.

Jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki tersumbat dan berbau dengan mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab dah boleh buat sendiri. Mudah dan jimat!

Cara Mudah Dan Ringkas Untuk Atasi Masalah Sinki Dapur Yang Tersumbat & Berbau Busuk

Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya. Sampah dah clear.
Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi
Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan.. ( tapi masih dipantau hihi )
Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh klik kat gambar untuk step by step

Langkah-Langkah Untuk Baiki Sinki Dapur Yang Tersumbat

Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.

Selain itu kena ada 2 benda ini.
1. Sebotol cuka buatan
2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.

Masalah Sinki Dapur Tersumbat

Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab bahan kimia.

Langkah Seterusnya. Keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung

Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa

Masalah Sinki Dapur Tersumbat

Selepas Itu tuang cuka kedalam air panas tadi. Sesedap rasa juga.

Selepas itu tuang air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.

Masalah Sinki Dapur Tersumbat

Kan dah bagitahu  ada wap air tu. Selepas itu tuang air sampai habis. Siap

Bersih dah sinki kita. Kalu ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak yah tunggu sinki sumbat baru nak cuci yee.

Masalah Sinki Dapur Tersumbat

Sumber : Syafini Hassan

Sesiapa disini mempunyai sebuah pengalaman membuat rumah sendiri dengan hasil sendiri tanpa mengharapkan mana-mana kontraktor? Sudah pasti tidak ramai yang akan melakukannya dan jika membuat rumah sendiri ini kita boleh mengetahui ciri-ciri atau juga bentuk rumah yang kita mahukan.

Seperti yang dikongsikan oleh Muhamad Farhan ini, beliau kongsikan beberapa gambar proses membuat rumah sendiri beliau dibantu oleh beberapa orang. Keseluruhan rumah tersebut memakan modal hampir RM160K. Rumah tersebut pada asalnya snagatlah buruk dan rapuh jadi banyak kerja-kerja pembaikkan perlu dilakukan.

Antara-antara kerja pembaikan tersebut adalah menukarkan bumbung rumah asal tersebut, struktur yang retak dan sebagainya. Jom kita melihat hasil membuat rumah sendiri diambil pengalaman daripada beliau ini.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri Pada Rumah Yang Lama Bermodalkan RM160K

Salam semua. Sedikit perkongsian dari saya. Pengalaman membina rumah sendiri. Saya buat di kg area rawang, cari tukang kampung di sini bayar upah hari.

Pelan rumah minta tolong pakcik rm500. Bina baru atas faktor struktur tak meyakinkan dan banyak retak.tart buat 1julai 2020. Siap pada pertengahan disember 2020.

Urusan bahan dan barang2 saya yang uruskan semuanya. Penat selama 5 bulan kehulu kehilir. Pekerja bermula 3 org, 6 org dan akhir sekali 2 org sahaja. Kos keseluruhan lebih kurang rm160k.

Penjimatan banyak di kayu sebab guna kayu2 bumbung lama buat scaffolding. Ada apa2 soalan boleh lah tanya insya Allah saya akan kongsikan.

Proses Pembinaan Rumah Sendiri Yang Dilakukan

Inilah dia rupa rumah yang asalnya. Pada masa ini, proses membuat bumbung telah dilakukan.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Beginilah dia keadaan rumah kalau semua bumbung sudah habis dibuang untuk letakkan bumbung scaffolding.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Gambaran plan rumah tersebut.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Branstorming bagaimana untuk menjadikan rumah tersebut nampak kembali baharu. Siap ada lukisan bahagian depan dan belakang rumah lagi.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Waktu ni proses membuat bahagian porch sudah pun memasuki fasa akhir.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Hasil Akhir Rumah Sendiri Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir rumah sendiri yang dilakukan oleh Muhamad Farhan ini. Nampak sangat-sangat berbeza berbading rumah yang dahulu. Cantik dan terbaik transformasi yang dilakukan ini.

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Pengalaman Membuat Rumah Sendiri

Sumber : Muhamad Farhan

Membuat sesuatu ubahsuai rumah atau juga dekorasi rumah sewa yang lama ini semestinya antara kerja yang mencabar tambahan pula jika dilakukan seorang diri macam Syahrul Arizan Ariffin ini.

Lelaki yang bernama Syahrul Arizan Ariffin ini berkongsikan bagaimana beliau melakukan sebuah dekorasi rumah sewa lama beliau seorang diri. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam grup facebook kelab kaki deco.

Apa tujuan dekorasi ini dilakukan? Beliau menyatakan bahawa dekorasi rumah sewa tersebut dilakukan untuk membuat kejutan terhadap isteri tercinta beliau. Hasilnya juga tidaklah gempak dan cantik menurut beliau namun bagi Giler Deco hasil dekorasi tersebut sudah pun cantik dan berseri-seri jer tengok.

Dekorasi Rumah Sewa Yang Lama Usia 12 Tahun Dilakukan Untuk Kejutan Buat Isteri Tercinta

Sejak pkpd awal tahun lepas saya banyak belajar decorating dari group ini & sumber Youtube. Masa tu saya bru ambil rumah ni dari penyewa. Usia rumah dah lebih 12 tahun.

Mulanya saya memang tak yakin nak buat kemudian saya nekad nak deco & buat suprise pada wife.

Hampir 10 bulan saya datang rumah buat sikit², saya beli semua tools & bahan² dari shopee & kedai DIY. Segalanya saya buat sendiri sampailah mengecat dinding kecuali bahagian siling L shape tu saya upah kontraktor.

Tiba masanya saya jemput wife datang tengok rumah hasil dari tangan bangku saya. Walapun hasilnya tak secantik rakan² dalam ni, reaksi wife buat saya hampir menitis air mata.

Saya yakin anda juga manpu buat. Mesti berani & jangan takut gagal. Sentiasalah berdoa.

Rupa Rumah Sewa Sebelum Dekorasi Ini Dilakukan

Sebelum deko ini dilakukan, beliau telah berkongsikan beberapa keping gambar menunjukkan kondisi dan juga rupa rumah sewa tersebut.

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Hasil Akhir Deko Rumah Sewa Lama Yang Dilakukan Ini

Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir ekorasi rumah sewa yang telah pun siap dilakukan oleh Syahrul Arizan Ariffin ini. Amacam? Cantik tak deko yang dilakukan ini?

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Dekorasi Rumah Sewa Lama

Sumber : Shahrul Arizan Ariffin

Suami isteri perlulah menjadi sebuah pasangan yang saling lengkap melengkapi. Bila masa suami memerlukan pertolongan isteri, isteri perlu bertindak dengan cepat dengan menolong apa yang diinginkan suami. Macam pasangan ini iaitu Xumy Lala dan juga suaminya.

Mereka berdua telah berganding bahu melakukan sebuah projek lockdown 3.0 iaitu DIY wainscoting pintu dirumah mereka. Kebanyakkan suaminya yang melakukan kerja namun ada juga pertolongan daripada Xumy Lala ini.

Jom kita melihat sebuah perkongsian diy wainscoting pintu yang dilakukan pasangan suami isteri ini. Dari proses melakukan sehinggalah hasil akhir diy yang dilakukan pasangan ini.

DIY Wainscoting Pintu Di Rumah Yang Dilakukan Suami Isteri Ini Sempena Projek Lockdown

Alhamdullilah settle projek diy suami isteri sempena lockdown 3.0. Actually, ini first attempt saya & suami. Hasil kayu , potong dan gam semua by husband. Isteri cuma bantu pegangkan kayu dan cat sikit2 je.

Kayu wainscoting kami beli di shopee , kayu ukuran 4cm, kami beli 16 batang dan dapat buat 5 pintu ( Depan sahaja kecuali main door kami buat depan belakang )

Cat pula kami gunakan high gloss cat from jotun code iconic. Alhamdullilah hasilnya kami puas hati. Pintu biasa bertukar seperti pintu mahal walaupun dgn budget yang rendah.

InsyaAllah, next plan kami bercadang nak buat batten wall pula di entry way bilik. Diharap perkongsian ini dapat membantu semua yang mencari idea .

Projek Lockdown DIY Wainscoting Yang Dilakukan Suami Isteri

DIY Wainscoting Pintu

Proses untuk melakukan projek lockdown ini sedang berjalan dengan melekatkan kayu wainscoting pada pintu dengan menggunakan selotape.

DIY Wainscoting Pintu

Selepas selotape dan gam kan semua kayu wianscoting tersebut boleh lah pergi kepada proses mengecat.

Siap sudah diy wainscoting pintu yang dilakukan ini. DIY simple-simple sahaja namun berpuas hati kerana dapat melakukan ini bersama-sama dengan suami tercintanya.

DIY Wainscoting Pintu

Gambar Sebelum & Selepas DIY Wainscoting Dilakukan Ini

DIY Wainscoting Pintu

DIY Wainscoting Pintu

Kod cat yang digunakan untuk mengecat pintu selepas selesainya wainscoting ini. Sesiapa yang nak cari cat ni boleh rujuk kod yang dikongsikan.

Sumber : Xumy Lala

Dimana-mana sahaja kalau pergi kepada kawasan rumah teres ini sudah semestinya akan ada banyak yang melakukan sebuah projek ubahsuai pagar rumah mereka yang biasa mebjadi sebuah pagar privasi. Kalau modal lebih lagi, pagar privasi tersebut dilakukan dengan menggunakan kayu shera plank.

Seperti yang dilakukan dan dikongsikan oleh uyoi Amylee ini, beliau telah melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap pagar lama beliau. Daripada sebuah pagar yang biasa menjadi pagar privasi yang kelihatan seakan-akan kayu yang sebenar. Ingin melihat bagaimana untuk melakukan diy tersebut?

Jom kita melihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana proses ini dilakukan oleh Uyoi Amylee ini.

Projek Ubahsuai Pagar Yang Biasa Menjadi Pagar Privasi Kayu Yang Cantik

Kite pon terjebak juge buat DIY gate ni. Thank you pade yg memberi idea. Sangat bermanfaat. Alhamdulilah privacy cikit dan fefeeling pagar kayu la kite.

Shera plank cement board beli dekat FB @suriwong rm14.50/3meter. Minta dia potong kan 2 sebab nak bagi muat masuk kereta. Die cas potong rm1 setiap keping. So jadi 1.5 meter sedang elok kat pagar kite. Beli 10 keping dapat 20 keping selepas potong 2. Ade lebih nanti nak buat untuk side pagar tepi pula. rm155.

Screw & nut beli dekat hardware. Muroh ja dalam rm10 dapat 40 set. Panjang saiz 3 mm sedang elok dah kat pagar kita. Nak drill tu pakai mata besi. kite beli 2 rm18.

Cat beli kat shopee je. Brand nicora woodsheen. Water bronze, code WS150 (mahogany). 320ml rm25. kite beli 2 botoi rm50. 1 botoi cukup 3 lapisan. Depan je. Dapat lah colour yang ni. Naik kan urat kayu dia.

So total hangus untuk gate rm233.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Proses DIY Pagar Privasi Kayu Ini Dilakukan

Proses dilakukan dengan memasang shera plank terlebih dahulu pada pagar yang lama.

Dah siap pasang pada bahagian sebelah, kita sambung pula pada bahagian seterusnya.

Tadaaaaa! Siap juga pasang namun diy ini bukan berakhir disini. Masa untuk meletakkan woodsheen pada kayu tersebut.

Pandangan daripda bahagian dalam rumah. Yang tompok2 tu air karat keluar dari dalam gate tu. Duk tebok tak ada air ujan kot tapi sental hilang.

Nut bertutup abis, pakai maacm ini dulu pon ok.

Beli kat shopee 25 je. Search ja dalam shopee tu nanti keluar mcm2 ade kedai jual.

Woodsheen 1st layer sedang dilakukan.

Gambar dibawah ni pula adalah selepas 2nd layer woodsheen.

Hasil selepas 3rd layer.

Nampakkan naik urat kayu tu. Ada feeling la pagar kayu.

Sumber : Uyoi Amylee

Sesiapa disini inginkan sebuah dekorasi dapur yang penuh diperbuat daripada material kayu pallet untuk dijadikan inspirasi? Jika anda sedang mencari inspirasi untuk dapur jadi artikel ini memang sesuai untuk anda.

Artikel kali ini menunjukkan seorang wanita yang bernama Noor Sarah Noor Sulaiman ini berkongsikan sebuah dekorasi dapur milik beliau kebanyakkan diperbuat daripada kayu pallet. Hasil dan juga kemasan kayu pallet yang dibuatkan tersebut sangatlah cantik sehingga ramai yang mengambil inspirasi dari perkongsian tersebut.

Jom kita lihat dekorasi-dekorasi dapur yang diperbuatkan dari kayu pallet ini. Semoga ini menjadi inspirasi untuk anda semua.

Inspirasi Sebuah Dekorasi Dapur Yang Diperbuat Daripada Kayu Pallet Yang Cantik

Kerana aku seorang perempuan.

Sehingga kini masih tidak percaya pada tangan yang mengayun buaian mampu mengayun gergaji. Mula cabar diri sendiri hasilkan sesuatu yang tidak pernah dibuat selama ini kerana jatuh cinta pada kayu pallet.

Kayu pallet punya pasal sampai sanggup hasilkan bersama berbaldi-baldi air peluh. Sangat suka mereka cipta sampai sanggup buat berminggu-minggu lamanya dan hampir ke bulan masa yang diambil.

Sejujurnya perjalanan ini sangat sukar bagi saya. Saya bukan otai dalam bidang pertukangan. Ditambah lagi dengan tiadanya kemahiran tersendiri. Hanya minat sahaja yang dibekalkan.

Rasa macam hendak tercabut tangan kaki buat benda ini sorang-sorang. Hampir jugak patah semangat.Memang fasa menguji diri disaat ini.

Tiada modal yang tinggi. Hanya barang-barang dari kedai Diy , Kedai Eco, kayu pallet terpakai dan rak lama terpakai saya gunakan.

Tak ada mesin pemotong kayu cuma gergaji saya gunakan.Dril pula matanya dah tumpul.Lagi la azab hendak dikerjakan.

Alhamdulillah siap.

Nangis tepi bucu kabinet pallet sebab tak percaya boleh buat kerana aku seorang perempuan.

Tangan yang mengayun buaian mampu mengayun gergaji sebenarnya dan malah lebih dari itu.

Semangat

Dekorasi Dapur Yang Boleh Dijadikan Sebagai Inspirasi Untuk And

Ini pemandangan sebelum dikilatkan. Cuba menyusun barang. Ada yang kekal dan ada yang saya ubah.

Pemandangan sisi rak sebelum dikilatkan dan cuba menyusun barang. Ada yang kekal dan ada yang saya ubah. Macam-macam stail ada

Hasil gabungan almari lama yang hampir reput permukaannya, rak-rak lama dan kayu pallet terpakai ditukar berwajah baru.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Pandangan sisi rak selepas dikilatkan. Tidak dilupakan kita upgrade juga dapur gas kita. Pasangkan pintu dari kayu pallet terpakai yang telah dicantikkan bagi nampak samarata dengan rak sebelah.

Hidden Rack

Rak tersembunyi yang direka bagi menyembunyikan botol-botol dan bekas-bekas dari bertaburan di merata-rata tempat. Senang dicapai bila hendak digunakan. Hidden rack ini dipasangkan roda bagi memudahkan saya menarik ianya keluar.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Rak Pinggan

Terhasil kerana sayangkan lantai kayu katil lama dari dibuang begitu sahaja kerana sudah patah. Tukarkan menjadi rak pinggan. Makeup pakai kan bedak. Bagi cantik. Cat ala kadar tidak nampak kemas bagi menghasilkan gaya rustic.

Coffee Bar

Alhamdulillah. Siap jugak coffee bar ni. Hampir give up menghasilkannya seorang diri. Maklum sahaja tenaga perempuan macam saya ni. Cabar diri kononnya.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Meja Coffee Bar

Meja coffee bar tu buat sendiri dari besi rak lama dan pallet terpakai. Lama tu hendak disiapkan. Bar stool pula saya reka sendiri. Lain dari yang lain. Guna besi rak lama dan kayu pallet terpakai.

Rak Gelas

Rak letak gelas tu diy sendiri je dari frame eco. Tombol rak tu ambik je dari penyangkut baju yang tidak digunakan lagi. Balang letak milo,teh,kopi dan gula tu diy jugak. Tukarkan baju baru (spray warna hitam, putih dan gold). Pada penutup balang dililit dengan tali pinggang.

Alhamdulillah akhirnya siap.

Inspirasi Dekorasi Dapur

Sumber : Noor Sarah Noor Sulaiman

Ingin melakukan bahagian table top pada bahagian dapur rumah anda namun ragu-ragu untuk membuatnya? Jangan di risau atau ragu-ragu untuk membuat table top kerana ianya mampu menaikkan seri ruangan dapur anda dan juga mampu memberikan anda ruang tambahan untuk meletakkan barang dapur.

Seperti yang dikongsikan oleh Waniey Comey ini mengenai proses ubahsuai dapur biasa dipasang sebuah table top yang cantik. Melihat kepada perkongsian tersebut, dapur lama milik Waniey Comey berubah 100% dari rupa yang lama sehingga kelihatan cantik dan berseri.

Ingin mengetahui bagaimana ubahsuai ini dilakukan dan bagaimana hasil akhir table top ini? Jom kita tengok perkongsian milik Waniey Comey ini agar ia menjadi sebuah inspirasi untuk anda.

Projek Ubahsuai Bahagian Table Top Didapur Agar Kelihatan Lebih Cantik & Elegan

Assalamualaikum. Idea dan deco totally by en suami. Tiada konsep tertentu. Cukup sekadar kemas dan sejuk mata memandang.

Projek nie makan mase sebulan jugak lah. Siap sepenuh nye 18/6. Kire hadiah birthday tahun nie la.

Ubahsuai Table Top Yang Dilakukan Untuk Dapur Yang Lama 

Inilah dia rupa dapur rumah milik Waniey yang lama ini. Sememangnya bersepah sebelum projek ubahsuai ini dilakukan. Datang idea untuk melakukan sebuah table top pada bahagian ini.

 Bahagian Table Top

Berikut merupakan pandangan awal bagaimana untuk melakukan table top pada kawasan dapur ini.

Proses ubahsuai ini sedang dilakukan berdasarkan pandangan awal ini. Pada masa ni smeua berjalan dengan lancar.

Beralih pula kepada bahagian memasang mozek yang baharu.

 Bahagian Table Top

Untuk bahagian dapur ni memang sesuai meletakkan lampu gantung ini. Ramai yang cadangkan untuk beli dan letakkan lampu di dapur untuk menambahkan lagi seri bahagian ini.

 Bahagian Table Top

Proses yang terakhir sekali adalah mengecat warna kegemaran iaitu warna ungu pada bahagian table top ini. Sememangnya warna ni memberikan warna yang lembut dan tenang untun dapur.

Hasil Akhir Ubahsuai Bahagian Dapur Dilakukan Ini

Tadaaa! Inilah dia hasil akhir projek ubahsuai yang dilakukan ini. Sememangnya sangat berpuas hati kerana dari dulu sebuah dapur yang biasa kini berubah wajah menjadi sebuah dapur table top yang cantik.

 Bahagian Table Top

 Bahagian Table Top

Sumber : Waniey Comey

Adakah anda mempunyai adik lelaki dirumah dan pernahkah anda jenguk bagaimana rupa bilik beliau? Jika tak pernah jadi eloknya tolong jenguk-jengukkan bilik adik lelaki adakah ianya tersusun dengan kemas dan rapi atau sebaliknya.

Macam yang dikongsikan oleh Muhammad'Asyffeq Arba'in. Beliau melihat bilik adik lelakinya sangatlah teruk dan buruk. Dengan tilam tiada cadar, dinding warna tak sekara dan kedudukan tidak kemas. Terdetik hati beliau untuk melakukan sebuah transformasi bilik tidur adiknya.

Hasil transformasi tersebut telah dilakukannya olehnya agar bilik tidur adiknya yang kelihatan buruk tersebut kembali kelihatan cantik. Dengan penggunaan warna bertemakan "black white" ini sangatlah menyerlah hasil tarsnformasi dilakukan ini. Jom kita tengok perkongsian daripada ini.

Lelaki Ini Kongsikan Transformasi Bilik Adik Lelakinya Yang Kelihatan Buruk Menjadi Baharu

DEKO BILIK ADIK LELAKI simple simple je.

Biasa laa bilik bujang, jarang kemas, so abang dia buat simple2 je, supaya senang nak kemas.

Saja buat gelap, nak bagi nampak maskulin ckit ntah laa, bukan reti sangat pon deko2 ni, tapi minat.

Lampu gasoline tu restore dan modified dari lampu lama simpanan abah.

Keadaan Bilik Sebelum Proses Transformasi Ini Dilakukan

Bagaimana rupa bilik adik lelaki yang sebenar? Inilah dia rupanya. Sebelum transformasi ini dilakukan, terdapat beberapa benda yang tak cantik permandangannya. Ianya adalah tilam yang tiada cadar, warna dinding yang tak sekata dan kedudukan yang tidak teratur.

Transformasi Bilik Adik

Hasil Bilik Tidur Selepas Transformasi Ini Dilakukan

Selepas menghasilkan transformasi bilik adik lelaki ini, inilah dia hasil transformasi yang dilakukan ini. Dengan pernggunaan warna hitam dan putih ini barulah nampak lebih maskulin dan bilik juga nampak cantik jer.

Transformasi Bilik Adik

Transformasi Bilik Adik

Transformasi Bilik Adik

Transformasi Bilik Adik

Banyak barangan yang dibeli untuk lakukan transformasi ini dibeli di platform Shopee. Antaranya ialah :-

Transformasi Bilik Adik

Sumber : Muhammad'Asyffeq Arba'in

Dekorasi yang bertemakan atau juga berkonsepkan ala-ala farmhouse ini sudah semestinya ramai yang melakukan dirumah

Transformasi Bajet Dapur Yang Lama Kini Diterapkan Konsep Ala-Ala Dekorasi Farmhouse

Transformasi Dapur Ala Farmhouse

Masa mula pindah dulu tak dan berdeko sebab anak kecil lagi, pastu alang PKP 1.0 tak da kerja, kita tampal kertas dinding pink putih ala "shabby chic". Walaupun beli kat kedai eco tapi okey bertahan je kat situ.

Awal tahun hari tu teringin nak ubah kedudukan dapur masak dan sinki. Kebetulan juga masa tu tikus buat hal berkampung bawah dapur masak tu sampai terbakar bawah dapur masak sebab penuh dengan sampah dorang letak.

Jadi, kita buang meja masak tu dan buat tempat baru. ( Kebetulan ada kayu banyak abi bawa balik, boleh la bertukang). Dah siap ubah, tak ada idea pulak nak deko macam mana + kerja tak ada masa nak kerah idea.

Jadi, kebetulan pulak PKP 3.0 ni ada masa, kita gunakan kesempatan yang ada. Hehe. Hasilnya, tarra dapur ala "farmhouse" pulak temanya.

Dekorasi Dapur Yang Bertemakan & Berkonsepkan Ala-Ala Farmhouse

Ini merupakan rupa sebelum transformasi dan juga dekorasi dapur ini dilakukan.

Transformasi Dapur Farmhouse

Susunan sebelum. Meja tu dibawa keluar sebab tikus buat sarang dan penuh sampah sampai meja tu hampir terbakar.

Transformasi Dapur Farmhouse

Dah susun ikut susunan idaman hati

Transformasi Dapur Farmhouse

Selepas, kerusi terpakai bawa masuk letak situ konon untuk dijadikan sebuah "coffee bar".

Almari tu dah diterbalikkan dan ditambahkan renda sikit bagi naik seri.

Transformasi Dapur Farmhouse

Rumah kayu senang nak memaku. Ada la rak tergantung untuk deko deko.

Rak bawang dah alih ke situ. Papan "farmers market" tu guna lebihan "wallpaper" je untuk huruf huruf nya.

Beginilah susunannya untuk dekorasi farmhouse dapur ini.

Transformasi Dapur Farmhouse

Dah tergantung rak daripada laci kat situ Lekat hook pastu gantung situ.

Pandangan "coffee bar". Saya gunakan speaker terpakai yang cik somi bawa balik.

Sumber : Bell Nabila

Apabila berpindah ke sebuah rumah kampung yang lama dan terbiar ini sudah pastinya banyak perkara-perkara pembaikkan harus dilakukan. Dari bahagian ruang tamu, ruang bilik sehinggalah kepada bahagian dapur.

Perkongsian daripada Yanie Shafiin ini merupakan sebuah transformasi dapur rumah kampung yang lama dan uzur kini kelihatan kembali cantik. Menurut beliau, rekabentuk didalam dapur itu adalah kekal seperti yang asal. Namun, apa yang dilakukan adalah dengan menambahkan lagi sesuatu agar ia kelihatan cantik.

Apa yang dilakukan oleh Yanie Shafiin ini untuk membuat dapur tersebut kembali cantik? Jom kita melihat perkongsian ini.

Sebelum Dan Selepas Sebuah Transformasi Dapur Lama Kembali Nampak Cantik Berseri

Hi semua..just sharing my humble kitchen...rumah kampung, sebelum dan selepas.

Semua bentuk asal dikekalkan, cuma dinding luar bahagian dapur jer terpaksa ditukar kerana papan sedia ada terlampau teruk.

Dari Dapur Yang Asalnya Buruk Kini Kelihatan Kembali Baharu

Sebelum melihat keadaan dapur yang asal milik Yanie Shafiin ini, nak tunjukkan ini lah dia rumah kampung beliau sewaktu datang kesini buat pertama kali.

Masuk kedalam rumah terus tengok bahagian dapur. Beginilah dia keadaan dapur yang asal. Terbiar begitu sahaja dan banyak pembaikkan harus dilakukan.

Transformasi Dapur Lama

Gambar dibawah pula adalah hasil selepas kami membersihkan di sekitar kawasan kampung ini. Barulah kelihatan cantik dan kemaskan? Okay, lepasni barulah boleh buat kerja-kerja transformasi dapur lama ini.

Transformasi Dapur Lama

Hasil Tranformasi Dapur Terbiar Yang Dilakukan Ini

Gambar semasa proses ubahsuai tak ada. Jadi, kita kongsikan gambar hasil akhir bahagian dapur ini. Alhamdulillah, selepas lama melakukan transformasi dapur ini. Inilah dia hasilnya.

Pandangan terhadap bahagian dapur yang sekarang. Ada beza tak dengan yang dahulu?

Transformasi Dapur Lama

Memang impian nak buat wall shelf sebegini sebab boleh letakkan barang dan jimat ruang.

Counter table bar juga harus ada sebab setiap dapur kalau ada table bar ni sudah pastinya akan kelihatan cantik.

Transformasi Dapur Lama

Ni sahaj nak kongsikan bahagian ruang tamu yang simple ini. Bersebelahan dengan meja makan. Kalau ada tetamu ker saudara datang boleh berkumpul ramai-ramai.

Transformasi Dapur Lama

Transformasi Dapur Lama

Sumber : Yanie Shafiin

Mempunyai sebuah bilik study terutama waktu pembelajaran secara online ini adalah sangat penting. Dengan mempunyai bilik study ini, macam-macam boleh dilakukan antaranya ialah belajar dengan efisien, dapat membuat mengajar secara langsung dan sebagainya.

Jadi, Hidayah Kadir berkongsikan bagaimana beliau melakukan ubahsuai bilik gym yang lama menjadi sebuah bilik study yang cantik bertemakan warna putih. Tujuan bilik study tersebut dibuat adalah untuk memudahkan urusan kakaknya untuk melakukan sebuah live mengajar dirumahnya.

Jom kita lihat perubahan dari sebuah bilik gym yang kosong kepada bilik study yang cantik dilakukan ini.

Ubahsuai Sebuah Bilik Gym Lama Kepada Bilik Study Yang Cantik Untuk Tujuan Mengajar Online

Salam gais

Bilik gym yang suam kuku ni, berubah jadi bilik study. Kakak nak buat live time mengajar di rumah katanya. Okayy kita layann la permintaan kakak.

Deko mana yang patut. Hopefully boleh dapat idea mana yang nak buat deko yang sama macam ni, okay.

Dari Bilik Gym Yang Lama Berubah Kepada Bilik Study

Inilah dia rupa bilik gym yang dulu sebelum ubahsuai bilik ini dilakukan. Tujuan ubahsuai dilakukan adalah untuk dijadikan sebagai bilik study agar kakak kepada Hidayah Kadir ini dapat membuat live time mengajar dirumah.

Ubahsuai Bilik Gym

Inilah dia hasilnya ubahsuai bilik yang telah dilakukan ini. Untuk dijadikan sebagai bilik study yang lebih efisien, penggunaan tema warna putih ini sangat sesuai terutama jika ingin melakukan live.

Ubahsuai Bilik Gym

Ubahsuai Bilik Gym

Kedudukan ini dilakukan sebegini adalah untuk memudahkan sesiapa membuat kerja dengan mudah.

Ubahsuai Bilik Gym

Ubahsuai Bilik Gym

Ubahsuai Bilik Gym

Ubahsuai Bilik Gym

Semoga perkongsian ini dapat memberikan inspirasi buat anda yang ingin melakukan sebuah bilik study yang cantik macam dilakukan oleh Hidayah Kadir ini.

Sumber : Hidayah Kadir

Bestnyer kalau ada bilik tidur yang cantik, berseri-seri dan tambahan lagi warna juga bertemakan warna pink yang menawan dna menyerlah. Jika ingin meihat inspirasi bilik tidur berwarna pink bolehlah melihat perkongsian daripada Ahmad Khairudin ini.

Beliau telah melakukan ubahsuai sebuah bilik yang kosong kepada bilik tidur bertemakan warna pink yang cantik. Hasilnya juga telah dikongsikan didalam perkongsian beliau. Jom kita lihat bagaimana ubahsuai bilik kosong ini dilakukan. Mungkin anda dapat jadikan ubahsai ini sebagai inspirasi untuk dilakukan dirumah.

Dari Bilik Kosong Di Ubahsuai Menjadi Sebuah Bilik Tidur Yang Cantik Berwarna Pink

PROJEK DIY KAMAR HS (Hayla Sofea)

~KOS KESELURUHAN RM1774

~Ruang bilik ni sebenarnya kosong dan hanya dipakai untuk shooting sahaja. Dah lama sangat bilik ni kosong n kita ubah suai untuk dijadikan bilik anak perempuan.

Semua ni 100% DIY oleh saya sendiri dengan perbincangan bersama wife berkenaan tema apa dan konsep yang sesuai berdasarkan minat Hayla Sofea.

Proses Makeover ni ambil masa sikit kali ni ( ada sbulan kot) sebab semua barang dapat secara online dan ada yang dari China (Maklumlah time PKP kan).

Untuk butiran barangan online saya ada sertakan link. Semoga perkongsian ini memberi idea dan manfaat yang penting kalau DIY ni JIMAT BANYAK! selamat mencuba n sharing idea ye.

~ untuk memudahkan semua nak refer, saya ada sertakan link barangan yang saya beli.

Barangan-Barangan Yang Digunakan Untuk Ubahsuai Bilik Tidur

Sebelum / Selepas Pengubahsuai Dari Bilik Kosong Menjadi Bilik Tidur

Berikut merupakan gambaran bilik kosong sebelum ubahsuai dilakukan dan juga hasil bilik tidur selepas dilakukan. Anak-anak sudah tentunya meminati warna pink.

Ubahsuai Bilik Kosong

Lukisan dinding menjadi pilihannya.

Ubahsuai Bilik Kosong

Ruangan untuk anak belajar, membuat kerja sekolah. Kalau dah bosan bolehlah tenangkan inda tengok keindahan alam diluar.

Ubahsuai Bilik Kosong

Kayu yang digunakan untuk melakukan shiplap wall didalam bilik tersebut.

LED Strip untuk menambahkan lagi suasana yang cantik di sekeliling bilik ini.

Ramai yang tanya apakah kod warna yang digunakan untuk mengecat bilik ini. Kod warna yang digunakan adalah Pretty In Pink, Ella,s Eye dan juga Peach Melon. Warna pink tu lembut jer.

Dekorasi bilik tidur milik Hayla Sofea yang siap sepenuhnya dan bersedia untuk menerima puterinya.

Ubahsuai Bilik Kosong

Ubahsuai Bilik Kosong

Ubahsuai Bilik Kosong

Ubahsuai Bilik Kosong

Ubahsuai Bilik Kosong

Sumber : Ahmad Khairudin

Makin lama makin ramai yang dah pandai untuk melakukan ubahsuai pintu yang lama kembali menjadi baharu. Bukan sahaja ia hanya mudah untuk dilakukan namun bahan-bahan juga sangat simple untuk membuatnya dirumah.

Sesiapa sahaja boleh melakukan ubahsuai pintu ini dirumah. Tidak perlu keluarkan duit lebih mengupah orang. Namun untuk corak pintu yang lebih cantik boleh ikuti cara dilakukan oleh Rawiah Sulaiman ini. Beliau membuat ubahsuai pintu lama rumahnya dengan rekabentuk "Door Panelling".

Hasilnya adalah pintu rumahnya melihat cantik, elegan dan juga eksklusif di mata anda dan juga tetamu yang datang. Jom kita lihat bagaimana proses ubahsuai ini dilakukan.

Ubahsuai Pintu Yang Lama Menjadi Baharu Dengan Menggunakan Rekabentuk " Door Panelling"

Beri nafas baru kat pintu lama. Saya share cara buat ye.

Semoga dapat membantu pada yang bertanya dan selamat mendeko pintu bilik yang biasa2 jadi luar biasa. Yang penting penghuninya happy dan kos pun murah.

For more beautiful design paneling door boleh tengok Pinterest ye memang cantik2 rambang mata.

Pintu Lama Menjadi Baharu Dengan Rekabentuk "Door Panelling"

Inilah dia pintu lama yang hendak dilakukan ubahsuai dari pintu biasa menjadi kelihatan baharu. Disebabkan lihat kat pinterest mengenai "Door Panelling" terus nak buat.

Ubahsuai Pintu Lama

Bahagikan ruang sama banyak. Gunakan 6 batang kayu saiz paling kecik 0.5 ×0.5 sebatang 7 kaki.

Ubahsuai Pintu Lama

Coating done untuk pintu ini.

Idea ni dapat bila cat putih, frame tenggelam so saya decide buat frame tambahan guna kayu spin ni saiz 0.5 ×1.5. Tebal sikit supaya nampak timbul bila cat. Sebatang rm3 untuk 10 kaki. Saya guna untuk 3 pintu bilik total kayu spin 6 batang.

Dah siap tampal frame guna gam X-Bond saja. Tak ade guna paku langsung so orang pompuan semua boleh buat.

Dah siap cat pintu. Guna cat minyak grid putih brand nippon rm22 seliter. Kena lapis banyak kali baru cantik. Abaikan frame yang tak siap lagi tu.

Inilah dia hasil akhir pintu yang dilakukan ubahsuai mengikut rekabentuk "door panelling" berdasarkan pinterest. Puas hati selepas melihat hasil kerja sendiri.

Ubahsuai Pintu Lama

Masih ada lagi berbaki 2 pintu ni. Pintu ini dilakukan wainscoting dengan menggunakan kayu lebihan wainscoting.

Dah siap juga coating pada pintu ini.

Frame juga harus dipasang pada kedua pintu ini sama macam pintu yang pertama.

Ubahsuai Pintu Lama

Siap juga wainscoting pada pintu ini. Barulah nampak cantik dan premium melihatnya.

Ini pula adalah dekorasi dalaman rumah milik Rawiah Sulaiman. Masih lagi banyak pembaikkan yang perlu dilakukan. Untuk yang bertanya apa kod warna biru belakang tu, ia adalah 30BB 47/179. Cat adalah jenama Dulux Ambience Pearl Glow.

Ubahsuai Pintu Lama

Ubahsuai Pintu Lama

Sumber : Rawiah Sulaiman

Ingin melakukan DIY water fountain dirumah namun tiada bahan-bahan yang mencukupi? Jangan risau kerana dengan hanya menggunakan kotak gabus sahaja anda boleh melakukan DIY pancutan air yang cantik macam dilakukan oleh احمد ذوالحفظ.

Perkongsian daripada احمد ذوالحفظ ini mampu menolong anda membuatkan sebuah diy pancutan air yang cantik dirumah. Dengan beberapa bahan yang diperlukan seperti dinyatakan oleh احمد ذوالحفظ , anda mampu membuatnya dirumah tanpa bantuan orang lain.

Cara Untuk Melakukan Sebuah DIY Pancutan Air Yang Diperbuat Daripada Kotak Gabus

DIY water fountain cara jimat~

1. Kotak gabus 2 x rm8, beli yang 2nd, untuk waterfall pkai gabus2 terpakai je.

2. Semen rm18 untuk 50kg, separuh paket dah cukup

3. Playwood guna yang balance renovate rumah

4. Pipe dan elbow untuk drain dan overflow rm2.00

5. Gam silicone rm7.00 beli kt diy

6. Dawai besi pakai yang balance renovate rumah gak

7. Pump untuk filter pakai pump akuarium

Dah siap bela ikan hiasan, cantik plak dia membiak dalam tu.

Proses Membuat DIY Pancutan Air Yang Cantik Dari Kotak Gabus

Kotak polisterin beli yang 2nd hand,jumpa dalam facebook dengan harga rm8 satu, pakai 2 je.

Dah siap cantum pakai gam silicon dan ikat pkai dawai besi untuk lebih kuat lagi. Buat water test sehari untuk check kebocoran.

DIY Pancutan Air

Semen pakai berus cat je untuk lapisan pertama, buat beberape layer smpai jadi tebal dah kuat. Boleh masukan dawai kat lantai bagi kuat lagi Pasang overflow dengan drain senang untuk maintenance nanti.

Bahagian bawah lapik dengan playwood, senang nak angkat nanti. Bahagian waterfall boleh design ikut kretiviti sendiri guna polisterin terpakai.

DIY Pancutan Air

Dah siap cat semua, rendam batang pisang untuk hilangkan toksik simen. Saya rendam seminggu.

Dah siap, letak pokok hiasan dan pasang waterpump. Saya letak pokok pandan, senang wife nak buat kuih pakai daun pandan. Lagipun, pandan hidup subur dalam air, dan akar dia boleh buat air jadi jernih.

DIY Pancutan Air

Sumber : احمد ذوالحفظ

Kalau terdapat sebuah meja sisi yang rosak kat rumah kalau boleh janganlah buang. Sebab meja tersebut masih lagi boleh dijadikan sebuah barang yang berguna jika dilakukan baikpulih yang betul. Macam yang dilakukan oleh Norpadilah Binti Afandi terhadap meja sisi yang rosak dirumah dijadikan sebagai meja rempah secara DIY sahaja.

Menurut daripada beliau hasil DIY meja rempah tersebut bukan daripada idea sendiri namun idea daripada kawan-kawan. Ada yang bagi idea untuk tukarkan meja sisi rosak tersebut menjadi sebuah kerusi. Namun, untuk menjadikan sebuah meja rempah juga menjadi idea yang bernas.

Jom kita tengok bagaimana dan bahan yang diperlukan oleh Norpadilah melakukan DIY meja rempah ini.

Dari Sebuah Meja Sisi Yang Rosak Diubahsuai Menjadi DIY Meja Rempah Yang Cantik

Baru2 ni encik suami baik hati, bawak balik ole2 untuk kita. Budak side table ni cantik lagi, cuma kakinya patah. Biasa la orang kita ni suka ambik penyelesaian mudah iaitu campak sesaja kan.

Sebelum ni kita ada juga survey2 idea dari kawan-kawan nak buat apa dengan budak ni. Ramai bagi idea untuk repair balik, tukar cat dan buat kerusi. Bagus, sesekali dapat bertukar pandangan dan idea kan? Dapat jugak exercise sikit otak yang dah naik tepu dek terkurung ni.

Macam biasa, bila kita nak buat satu-satu diy tu. Kita akan pertimbangkan utk lihat apa keperluan kita waktu tu. Buat masa ni meja atau kerusi bukan pilihan yg tepat utk kita, sebab dah banyak dalam rumah sampai tak tau nak letak mana dah. Jadinya kita buat sesuatu yang dah lama kita bayangkan. Cuma entah kenapa tak jugak buat2 perangai bertangguh tu kan. Ada jeeeee.

Proses Pembuatan Meja Rempah Dari Meja Sisi Yang Rosak

Inilah dia rupa meja sisi yang rosak tu.

DIY Meja Rempah

Untuk permulaan lakukan meja rempah ini pastikan buat dahulu tapak dibawah macam gambar ni.

DIY Meja Rempah

Selepas itu, catkan keseluruhan meja rempah tersebut dengan warna putih menggunakan cat dulux.

DIY Meja Rempah

Akhir sekali, tambahkan roda pula pada meja tersebut. Senang nak bawa kemana-mana didalam rumah.

Akhirnya siap juga DIY meja rempah saya ini. Hasil daripada tangan sendiri dan juga idea daripada orang lain maka terhasilnya meja rempah ini. Daripada membuang barang yang rosak baiklah guna balik buat sebegini.

DIY Meja Rempah

Sumber : Norpadilah Binti Afandi

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down