11 Cat Dinding Untuk Ruang Tamu

Ditulis oleh

Memilih warna cat untuk ruang tamu bukanlah perkara yang mudah. Ruang tamu merupakan salah satu ruang yang paling penting bagi sesebuah rumah kerana di sinilah tempat anda berehat dan berbual bersama tetamu.

Selain itu, ia mampu mengubah suasana sesuatu ruang seperti kesan luas dan sejuk. Setiap warna mempunyai auranya tersendiri dan boleh mengubah suasana ruangan tersebut seperti kesan lapang dan sejuk. Warna cat dinding untuk ruang tamu juga boleh mempengaruhi mood anda.

Jadi, pemilihan warna ini sangat penting. Kami telah mencari dan menyenaraikan beberapa warna yang popular untuk digunakan pada ruang tamu. Anda boleh memilihnya mengikut keluasan ruang tamu atau citarasa anda sendiri.

Warna Cat Dinding Untuk Ruang Tamu Pada Masa Kini

Kami telah senaraikan warna cat dinding untuk ruang tamu yang popular pada masa kini dan disertakan juga kod warna untuk beberapa jenama yang popular di Malaysia. Jom kita lihat!

Warna Beige

cat dinding untuk ruang tamu warna beige
Kredit: Jale Soyusu

Jika anda sudah bosan dengan warna putih, anda boleh gunakan warna beige untuk menghadirkan suasana yang hangat dan menenangkan. Ia merupakan warna neutral sama seperti warna putih dan amat mudah untuk match kan dengan warna-warna lain.

Anda boleh tambahkan sedikit penggayaan kontemporari pada ruangan tersebut dengan aksen warna hitam dan putih. Kekalkan sentuhan minumum untuk memastikan skema keseluruhannya kelihatan santai dan bersahaja.

Warna yang boleh dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna beige:

  • Kelabu
  • Hitam
  • Coklat
  • Merah
  • Biru
  • Hijau Terang

Kod Warna Cadangan

Dulux: Brave Beige 00YY 63/067

Jotun: Modern Beige 12076

Sancora: McClendon 91922

Warna Biru Navy

cat dinding untuk ruang tamu warna biru navy
Kredit: Sheelagh

Warna biru navy adalah salah satu warna yang popular untuk ruang tamu. Ia mempunyai kesan menenangkan dan menstabilkan pada rumah anda. Biru navy adalah warna moden dan sesuai dipadankan dengan hampir semua warna termasuk warna biru yang lain.

Walaupun warna ini sedikit gelap tetapi ia boleh memberikan kesan lapang pada ruang tamu yang kecil dengan syarat ada pencahayaan langsung.

Warna yang boleh dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna biru navy :

  • Kuning mustard
  • Merah jambu muda
  • Merah ceri
  • Gold
  • Kelabu
  • Coklat
  • Hijau

Kod Warna Cadangan

Dulux: Rich Navy 50BB 08/171

Jotun: 4863 Statement Blue

Sancora: Wira Blue 91512

Warna Kelabu Gelap

cat dinding untuk ruang tamu warna kelabu gelap

Warna kelabu gelap juga merupakan warna moden dan sesuai untuk ruang tamu minimalis. Ia merupakan warna asas yang sempurna untuk membantu menghiasi ruang tamu idaman anda.

Ia juga merupakan salah satu warna daripada 10 Warna Ruang Tamu Nampak Luas kerana ia boleh memberikan kesan lapang pada ruang tamu.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna kelabu gelap:

  • Merah
  • Kuning Mustard
  • Hijau
  • Merah jambu muda
  • Biru
  • Teal blue

Kod Warna Cadangan

Dulux: Dawn Grey (10747)

Jotun: Charcoal Grey (0964)

Sancora: Silhouette Grey 91989

Warna Kelabu Cerah

cat dinding untuk ruang tamu warna kelabu cerah

Jika anda tidak berminat dengan warna yang gelap, anda boleh pilih warna kelabu cerah ini untuk ruang tamu rumah anda. Ia semakin popular di Malaysia kerana warnanya yang mudah untuk dipadankan dengan warna lain.

Selain itu, warna ini juga dapat meningkatkan kehangatan ruang tamu dan pilihan yang sempurna untuk memberikan keselesaan pada anda.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna kelabu muda:

  • Biru
  • Merah jambu
  • Kuning
  • Beige
  • Hijau

Kod Warna Cadangan

Dulux: Touch of Grey 30BB 72/003

Jotun: Light Grey 0967

Sancora: Grey Pose 91984

Warna Merah Jambu Muda

cat dinding untuk ruang tamu warna merah jambu muda
Kredit: Valspar

Warna cerah yang lain adalah warna merah jambu muda. Ia juga merupakan warna yang popular pada masa kini. Warnanya memberikan gambaran kasih sayang dan sangat manis bila digunakan pada ruang tamu. Selain itu, ia juga menjadikan suasana menjadi hangat.

Anda boleh kombinasikan dengan hiasan dinding yang berwarna terang yang lain seperti putih dan tambahkan sedikit elemen berwarna gelap untuk mengimbangi warna merah jambu muda pada dinding agar kelihatan lebih seimbang dan tidak terlalu menjolok mata.

Warna yang sesuai untuk dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna merah jambu muda:

  • Mint green
  • Teal green
  • Kelabu
  • Putih
  • Wooden flooring

Kod Warna Cadangan

Dulux: Blush Pink

Jotun: Cotton Pink 0865

Sancora: Sweet Pink 81041

Warna Putih

cat dinding untuk ruang tamu warna putih
Kredit:Haven

Warna putih juga amat popular untuk ruang tamu. Kalau anda lebih suka kepada ruang tamu minimalis dan suka kepada warna cerah, putih adalah solusinya. Ia juga senang untuk dikombinasikan dengan hampir semua warna. Warnanya tidak pernah lapuk dan masih ramai rakyat Malaysia yang menggunakan warna putih pada ruang tamu mereka.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Brilliant White 2290Y

Jotun: Egg White 101

Sancora: Diamond White 81001

Warna Krim

cat dinding untuk ruang tamu warna krim

Jika anda sudah bosan dengan warna putih, anda boleh cuba gunakan warna krim untuk ruang tamu rumah anda. Warna krim ini juga sesuai untuk ruang tamu yang sempit di mana ia akan kelihatan lebih luas dan lapang.

Sangat sesuai jika digandingkan dengan perabot atau hiasan berstruktur kayu. Jika anda lebih sukakan tema tradisional, anda boleh pilih warna krim yang lebih cerah dan gelap untuk menambahkan kedalaman ruang tersebut.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna krim:

  • Putih (pure)
  • Kelabu Muda
  • Biru Muda
  • Biru navy
  • Sage green
  • Aqua blue
  • Forest green
  • Teal green

Kod Warna Cadangan

Dulux: French Cream 25YY 83/103

Jotun: Wiltshire Cream 1648

Sancora: Cream 1334 J

Warna Sage Green

cat dinding untuk ruang tamu warna sage green

Tentu ada yang tidak tahu warna ini, kan? Ini adalah warna hijau tetapi ia berbeza dengan mint green dan olive green. Warnanya tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah. Sangat popular dan mendapat carian yang tinggi di Pinterest.

Selain itu, ia sangat sesuai digunakan pada ruang tamu kerana warnanya kelihatan mewah dan elegant. Boleh menjadikan ruang tamu anda terasa hangat dan selesa untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Warna yang sesuai untuk dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna sage green:

  • Kuning
  • Kelabu
  • Putih
  • Merah Jambu Muda

Kod Warna Cadangan

Dulux: Powdered Gum S24A3

Jotun: Sage Green 6013

Sancora: George (91763)

Warna Biru Toska

cat dinding untuk ruang tamu warna biru toska

Selain daripada warna biru navy, biru toska juga salah satu warna yang popular pada masa kini. Warna ini mampu memberi kesan yang menenangkan dan sangat cantik jika dipadankan dengan warna terang yang lain.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna biru toska:

  • Kuning
  • Kuning mustard
  • Merah Jambu
  • Putih
  • Coklat
  • Kelabu

Kod Warna Cadangan

Dulux: Oasis Spring (A329)

Jotun: Atlantic Pook (5206)

Sancora: Blue Note (91535)

Warna Maroon Gelap (Burgundy)

cat dinding untuk ruang tamu warna maroon gelap (burgundy)

Warna ini seakan-akan warna maroon tetapi lebih gelap atau dikenali sebagai warna burgundy. Sangat sesuai jika digunakan pada dinding ruang tamu kerana ia akan menjadikan rumah anda nampak mewah dan kaya.

Selain itu, ia kurang sesuai jika ruang tamu anda kecil dan sempit kerana warna gelap itu tidak akan memberi kesan luas dan lapang malah ruang tamu anda nampak lagi sempit.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna burgundy:

  • Coklat
  • Kelabu
  • Gold
  • Putih

Kod Warna Cadangan

Dulux: Re Burgundy (14920)

Jotun: Red Maple (2727)

Sancora: Terracotta (92143)

Warna Kuning Lemon

cat dinding untuk ruang tamu warna kuning lemon
Kredit: Julia Lynn

Jika anda ingin mencipta ruang yang hangat, cerah dan menarik, warna kuning lemon ini sangat untuk ruang tamu. Ia memberikan aura positif dan menenangkan pada anda dan tetamu anda. Selain itu, warna ini juga boleh berfungsi baik dengan semua gaya.

Tambahkan warna putih atau krim untuk membantu meredakan kecerahan warna kuning tersebut. Boleh juga padankan dengan langsir putih yang tipis pada tingkap untuk menjadikan ruang tersebut kelihatan lembut dan semula jadi.

Warna yang sesuai dipadankan dengan cat dinding untuk ruang tamu warna kuning lemon:

  • Putih
  • Krim
  • Ivory
  • Kelabu
  • Oren
  • Coklat
  • Hijau Muda
  • Merah Jambu

Kod Warna Cadangan

Dulux: Lemon Delicious (A182)

Jotun: Lemon Chiffon (8286)

Sancora: Raw Silk (81125)

Kesimpulannya, warna cat dinding untuk ruang tamu yang popular sangat banyak. Namun, pemilihan warna bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda inginkan ruang tamu yang sejuk dan kesan yang luas, anda dinasihatkan untuk mengambil warna cerah.

Setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini, semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak untuk ruang tamu rumah anda. Pilihlah warna yang memberikan keselesaan dan ketenangan kepada anda dan keluarga anda!

Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Mac 16, 2022
Dikemaskini pada
Mac 20, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram