Viralkan Rumah Anda

Jadikan rumah anda inspirasi buat komuniti Giler Deco. Kami menjemput pemilik rumah sendiri atau homestay/airBnB, arkitek, pemaju rumah dan pereka hiasan dalaman untuk menghantar portfolio rumah masing-masing untuk disiarkan di website Giler Deco & sosial media kami.

Kami akan menyiarkan rumah-rumah terpilih selepas melalui proses saringan dan editorial oleh tim kami.

Selain rekabentuk dan konsep yang menarik, kami juga akan meneliti beberapa perkara asas sebelum menyiarkan penyertaan rumah anda.

Lengkapkan keterangan rumah. Ceritakan tentang rumah anda, termasuklah apa yang tidak terzahir pada gambar seperti bagaimana anda mendapat idea/konsep, anggaran ruang, pencahayaan dan sebagainya.

Hantar gambar yang jelas. Pastikan resolusi gambar yang dihantar adalah tinggi dan bersaiz besar.

Masukkan maklumat tambahan. Tidak wajib untuk dilengkapkan.

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down