10 Warna Ruang Tamu Untuk Nampak Luas

Ditulis oleh

Perkara pertama yang anda harus lakukan sebelum mencantikkan atau menghias rumah adalah dengan memilih warna cat dinding yang sesuai. Hal ini kerana ia memainkan peranan yang penting untuk melahirkan kesan tertentu. Rumah lama atau bangunan lama yang terlihat kusam pun boleh tampil cantik dengan hanya mengubah warna cat pada dinding.

Selain itu, cat juga boleh menjadikan ruang sempit kelihatan luas dan lapang. Tetapi, tidak semua warna boleh memberikan kesan luas. Terdapat beberapa warna ruang tamu untuk nampak luas yang anda boleh gunakan.

Warna yang boleh memberikan kesan tersebut adalah warna cerah kerana ia akan memancarkan cahaya pada ruangan tersebut. Namun, ada juga warna gelap yang anda boleh gunakan sekiranya anda tidak berminat dengan warna-warna cerah tetapi memerlukan cahaya yang banyak dan anda pandai memadankannya dengan warna cerah yang lain.

Di sini kami telah mengumpulkan beberapa warna cat dinding yang boleh anda pilih untuk ruang tamu anda yang sempit.

Warna Ruang Tamu Untuk Nampak Luas Dan Memiliki Kesan Lapang

Terdapat beberapa warna yang boleh memberikan kesan luas dan lapang pada ruang tamu anda. Jom kita lihat!

Warna Putih

warna ruang tamu nampak luas
Kredit: francoisetmoi.com

Salah satu warna ruang tamu untuk nampak luas adalah warna putih. Tentu ramai yang suka warna putih, kan? Ia amat mudah untuk dipadankan dengan warna lain sama ada warna cerah atau gelap.

Ruang tamu yang mempunyai dinding berwarna cerah seperti putih bukan sahaja akan kelihatan luas malah akan berasa lebih tenang dan nyaman. Jika anda sukakan suasana yang nyaman, lihat 5 Warna Cat Ruang Tamu Sejuk.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Brilliant White 2290Y

Jotun: Egg White 101

Sancora: Diamond White 81001

Warna Biru Gelap (Navy)

Kredit: etsy.com

Biru navy merupakan biru laut yang memberi kesan yang luar biasa untuk ruang tamu yang sempit. Pilihan warna perabot dan hiasan berwarna neutral seperti kelabu boleh menjadikan ruang tamu sempit terasa lebih luas dan tidak nampak berlebihan.

Anda juga boleh padankan warna biru gelap ini dengan warna mustard atau gold untuk nampak lebih mewah.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Rich Navy 50BB 08/171

Jotun: 4863 Statement Blue

Sancora: Wira Blue 91512

Warna Kelabu Gelap

Kredit: Pipit Hermanto

Warna kelabu gelap ini juga amat sesuai untuk ruang tamu yang kecil kerana ia akan kelihatan minimalis dan moden. Tidak kira sama ada anda mempunyai perabot kasual atau mewah, anda akan dapat menjadikan ruang tamu ini kelihatan segar dan bersih. Ini kerana kelabu gelap mempunyai sentuhan hebat jika anda padankan dengan warna putih atau warna beige.

Selain itu, kelabu gelap juga akan membuatkan ruang tamu kelihatan elegan dan canggih.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Down Grey (10747)

Jotun: Charcoal Grey (0964)

Sancora: Silhouette Grey 91989

Warna Biru Pucat

Kredit: Cristopher Lee

Biru pucat mempunyai sentuhan yang lembut menjadikan ruang tamu terasa lebih terbuka dan terang. Ia akan kelihatan cantik apabila cahaya menembusi langsir yang tipis dan menghasilkan suasana yang menenangkan di dalam ruangan tersebut.

Tambahan pula, jika padankan warna biru pucat ini dengan warna terang yang lain seperti merah jambu dan putih, ia akan menjadikan ruang tamu anda nampak lebih menarik.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Vanilla Ice Quarter (A348)

Jotun: Industry Blue (5222)

Sancora: Softie Blue (80426)

Warna Hijau (Seafoam Green)

Warna seafoam green ini juga salah satu warna yang boleh membuatkan ruang tamu anda kelihatan lebih besar. Bukan itu sahaja, malah ia merupakan warna minimalis dan sangat popular pada masa kini. Selain itu, amat sesuai jika digandingkan dengan perabot dan hiasan kayu kerana akan membuatkan ruang tersebut nampak simple dan menarik. Jika anda menghiasi ruang ini dengan ton dan tekstur earthy seperti warna coklat, ia juga boleh menyegarkan ruang tamu anda.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Surf Wash (A293)

Jotun: Imperial Jade (6032)

Sancora: River Walk ME 1154

Warna Hijau Muda

Kredit: Paintzen

Warna ruang tamu nampak luas yang lain adalah warna hijau muda. Hijau muda adalah warna yang bertenaga dan menakjubkan jika digandingkan dengan warna putih kerana ia akan menghasilkan warna yang lebih terbuka. Ia boleh menambahkan sentuhan moden yang sangat bagus dan menjadikan ruang tamu tersebut kelihatan lebih menarik dan lebih tenang.

Warna hijau muda ini sangat sesuai untuk ruang tamu kerana ruang ini adalah ruang utama untuk tetamu anda duduk dan berehat.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Leapfrog (10GY 61/449)

Jotun: Wondergrass (8325)

Sancora: Sugar Cane (81679)

Warna Hitam (Charcoal)

Kredit: Yellow Brick Home

Jika anda tidak mempunyai sumber cahaya semula jadi di dalam bilik, warna hitam arang ini boleh membuatkan ruang berasa lebih selesa dan tidak akan kelihatan suram jika anda menggunakannya sebagai warna pelengkap kepada skema warna yang lebih cerah.

Gandingan warna hitam ini dengan warna terang yang lebih moden seperti biru muda, ungu, putih dan hijau muda akan menjadikan ruang tersebut nampak terbuka dan luas.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Domino (GR10)

Jotun: Blackened Black (9938)

Sancora: Iron Pebble (90520)

Warna Taupe

Kredit: Homedit

Dinding warna taupe adalah salah satu cara yang terbaik untuk ruang kecil, kerana ia terletak di hujung skema warna yang lebih terang. Warna taupe bukan sahaja boleh menjadikan ruang terasa lebih besar malah nampak lebih elegant.

Ia juga adalah warna yang ringan dan santai yang boleh meningkatkan mood seseorang. Anda juga boleh padankan warna ini dengan warna pastel seperti turquoise, emerald dan fuchsia untuk menambahkan percikan warna.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Perfectly Taupe (60YR 54/028)

Jotun: Comfort Grey (12078)

Sancora: Mortal Board (92040)

Warna Merah Jambu Muda

Kredit: Essential Home

Warna merah jambu muda boleh menceriakan ruang tamu yang kecil dan akan kelihatan indah pada siang hari. Rona ini berfungsi dengan baik dengan pencahayaan semula jadi dan dilengkapi dengan ton hangat yang neutral seperti warna beige dan ivory.

Warna ini juga boleh dipadankan dengan warna hijau mint dan boleh tambahkan warna ketiga seperti warna putih, hitam atau silver untuk jadikan ruang tamu anda lebih menarik dan menenangkan.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Blush Pink

Jotun: Cotton Pink 0865

Sancora: Sweet Pink 81041

Warna Kuning

Selain daripada warna putih, kuning juga merupakan warna yang mampu memantulkan cahaya matahari. Oleh sebab itu, ia amat sesuai untuk ruang tamu yang sempit dan kecil kerana ia mampu memantulkan cahaya pada ruangan tersebut.

Dinding berwarna kuning dan digabungkan dengan perabot berwarna putih akan menambah dimensi pada ruang tamu yang kecil.

Kod Warna Cadangan

Dulux: Lemon Delicious (A182)

Jotun: Lemon Chiffon (8286)

Sancora: Raw Silk (81125)

Sebelum anda mula deko ruang tamu, pemilihan warna untuk cat dinding yang betul amatlah penting kerana ia bukan sahaja dapat memberikan keceriaan dan keselesaan pada ruang tamu malah ia juga boleh menjadikan ruang tamu kecil nampak begitu luas tanpa penambahan ruang.

Bukan sahaja keluarga anda yang akan suka beristirehat di situ malah tetamu anda pun turut menyukainya dan selesa dengan ruangan tersebut.

Semoga Bermanfaat!

Diterbitkan pada
Mac 15, 2022
Dikemaskini pada
Mac 20, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram