Sebelum Deko Ruang Tamu - 7 Langkah Yang Perlu Anda Ambil

Ditulis oleh

Ruang tamu adalah ruang yang pertama tetamu anda akan lihat dan ia juga merupakan tempat di mana anda dan keluarga anda meluangkan masa bersama pada hujung minggu. Tidak hairanlah jika anda amat menitik beratkan deko ruang tamu rumah anda. 

Sama ada konsep tradisional atau moden, santai atau formal, ruang tamu anda hendaklah menjadi tempat yang anda berasa selesa untuk berehat dan melayani tetamu.

Sebelum anda deko ruang tamu rumah anda, jenis barang dan perabot yang perlu ada pada ruang tamu adalah seperti berikut: 

  • Sofa
  • Meja
  • Kipas
  • Lampu 
  • Kabinet 

Jangan risau, kami akan berkongsi langkah dan tips penting untuk deko rumah anda supaya ia kelihatan lebih menarik dan selesa untuk anda meluangkan masa bersama kesayangan!

Langkah Penting Untuk Deko Ruang Tamu

1. Ukur ruang tamu

Sebelum anda membuat keputusan drastik untuk deko ruang tamu rumah, perkara yang paling penting sekali adalah dengan mengukur ruang tamu supaya anda mendapat gambaran yang tepat mengikut keluasan ruang tamu.

Pengukuran yang betul akan membantu anda untuk memilih sofa, permaidani dan perabot lain dengan tepat. Hal ini akan menjimatkan masa dan wang anda di mana anda tidak perlu tukar perabot sekiranya ia tidak sesuai dengan keluasan ruang tamu rumah anda. 

a) Untuk deko ruang tamu yang sangat kecil (2m x 3m)

Ruangan kecil ini hanya boleh muat sofa untuk 2 seater kecil pada satu sisi ruangan. Sebaiknya anda menggunakan perabot atau ‘partition’ untuk dijadikan sebagai pemisah antara ruang tamu dengan ruang yang lain.

b) Untuk deko ruang tamu yang kecil (3m x 4m)

Ruangan ini boleh memuatkan 4 atau 5 orang pada sofa 2-seater dan beberapa kerusi (atau dua sofa 2-seater). Susunan ini membolehkan 2-3 orang menonton TV dengan selesa jika ia dipasang pada dinding di belakang sofa. 

c) Untuk deko ruang tamu yang sederhana (3.7m x 5.5m)

Ruangan ini mampu memuatkan antara 6-10 orang pada area perbualan dengan kira-kira 5 tempat duduk yang menghadap TV. Untuk menampung 10 orang, anda harus menyediakan area perbualan pada semua dinding di ruang tamu.

d) Untuk deko ruang tamu yang besar (4.6m x 6.0m)

Jika anda memiliki dimensi ruang tamu yang besar, anda boleh meletakkan sofa menjauh daripada dinding dan boleh mewujudkan dua area perbualan. Lebih baik jika anda tambah perabot lain seperti meja kopi berbanding menambahkan jarak antara tempat duduk dan membuatkan area perbualan itu semakin jauh.

2. Memikirkan aktiviti yang anda ingin lakukan di ruang tamu

Anda harus meluangkan sedikit masa untuk memikirkan aktiviti apa yang anda akan lakukan di ruang tamu anda sebelum menyelami idea reka bentuk ruang tamu. Jika anda sudah tahu aktiviti apa yang boleh dimuatkan pada ruangan itu, anda boleh terus memikirkan area perbualan dan susun atur ruang tamu supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Pastikan ruangan itu mencerminkan gaya hidup anda dan pastikan ia amat berguna untuk kegunaan masa depan. 

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di ruang tamu

  • Membaca - Anda perlukan meja untuk meletakkan secawan kopi atau buku
  • Menonton TV - Anda perlukan kabinet tv untuk menyimpan ‘remote’ atau dvd. Sediakan tempat khas untuk letak ‘speaker’.
  • Tempat berehat 
  • Tidur di atas sofa atau kerusi - Anda perlukan sofa yang panjang dan selesa untuk tidur dan berehat.
  • Bermain catur - Anda perlukan meja dan kerusi yang sesuai untuk bermain catur.
  • Berbual-bual bersama rakan atau keluarga - Anda perlukan tempat duduk yang mencukupi dan tidak terlalu ‘crowded’.

Seterusnya, fikirkan aksesori istimewa yang anda ingin letak pada ruang tamu rumah anda. Adakah anda ingin memaparkan karya seni pada ruang tamu rumah anda? Jika ya, catatkan dan tentukan ukurannya supaya senang untuk anda pilih dan letak pada dinding ruang tamu.

3. Fokus pada tema deko ruang tamu yang anda inginkan

Terdapat beberapa tema ruang tamu yang anda boleh pilih untuk memberikan inspirasi kepada anda untuk deko ruang tamu. Anda boleh memilih tema yang anda suka dan juga yang sesuai dengan ruang tamu rumah anda. Pastikan anda tidak meniru secara membuta tuli gaya yang anda pernah lihat dimana ruang tamunya lebih besar berbanding ruang tamu rumah anda kerana ia akan nampak tidak menarik dan tidak selesa.

Bagaimana untuk memilih tema reka bentuk ruang tamu?

  • Pilih apa yang anda suka
  • Pilih kualiti daripada kuantiti
  • Jangan terlalu berfikir
  • Hias secara berperingkat

Antara tema deko ruang tamu yang popular pada 2022

  • Kontemporari
  • Asia
  • Industri
  • Desa
  • Scandinavia
  • Mediterranean

4. Buat 'room board' terlebih dahulu

‘Room board’ atau ‘design board’ adalah gambar hiasan rumah, perabot, warna dan sebagainya yang dikumpulkan dan disusun mengikut reka bentuk yang anda inginkan dalam bentuk visual. Ia dapat membantu anda menyesuaikan warna dinding, kain langsir dengan perabot ruang tamu rumah anda. Anda boleh buat menggunakan Canva, Adobe Photoshop atau aplikasi editing yang lain. Ini adalah cara yang baik untuk membuat perubahan dan pertukaran yang mudah serta memperhaluskan penampilan sebelum anda membuat pesanan terakhir!

deko ruang tamu
Kredit: Katie Kelbel

5. Anda boleh ‘start’ membeli perabot dan aksesori ruang tamu 

Memandangkan perabot sekarang agak mahal, anda boleh membelinya secara berperingkat. Jika anda tidak pasti untuk membeli yang mana dahulu, fikirkan secara literal atau mulakan dengan sesuatu yang lebih besar untuk menjadikan ia sebagai ruang tamu. Sebagai contoh, sofa atau permaidani. 

Anda dinasihatkan untuk melabur lebih kepada sofa dan pastikan ia adalah sofa yang paling selesa dan berbaloi yang anda boleh dapatkan. Ini kerana, anda akan menghabiskan banyak masa di atas sofa pada ruang tamu dan untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari. 

Kredit: redsolesandredwine.com

6. Letakkan sesuatu pada dinding, jangan biarkan ia kosong

Hiasan pada dinding adalah sangat penting dan sama sekali tidak boleh dibiarkan kosong. Dinding yang kosong tanpa hiasan pada ruang tamu akan kelihatan hambar dan membosankan. Anda boleh letakkan cermin, jam, komposisi volumetrik atau lukisan pada dinding supaya ia kelihatan lebih menarik.

Cermin boleh mencipta ilusi lebih banyak ruang dan menjadikan penambahannya sangat berkesan pada ruang tamu yang kecil. Ia hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 4-5 kaki dari lantai. Semua permukaan reflektif, termasuk skrin tv hendaklah diletakkan pada sudut ‘south-east’ bilik dan pastikan semua permukaan reflektif dalam keadaan bersih.

Kredit: RHINOV

7. Jangan lupa pada tumbuhan hijau

Tumbuhan hijau akan menjadikan sentuhan kemasan yang sempurna pada ruang tamu rumah anda. Walaupun anda kekurangan bajet dan tidak boleh membeli banyak aksesori hiasan pada ruang tamu, pastikan anda mendapatkan beberapa tumbuhan hijau yang boleh diletakkan pada ruang tamu.

Hal ini kerana, ‘indoor plants’ bukan sahaja boleh menambah baik ruang tamu rumah, ia juga baik untuk kesihatan dan dapat membantu membersihkan udara dalam rumah anda. Ia menyerap bahan kimia berbahaya dan boleh mengawal kelembapan pada ruang tamu. Ia juga merupakan cara yang senang dan murah untuk menambahkan sentuhan hiasan yang menarik dan terang pada mana-mana ruang dalaman rumah.

Kredit: Martha Stewart Living

Antara tumbuhan yang sesuai diletakkan di ruang tamu:

Walau bagaimanapun, pastikan kanak -kanak dan haiwan peliharaan tidak mendekati tumbuhan ini. Hal ini kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit sekiranya mereka termakan tumbuhan tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian untuk langkah-langkah sebelum deko ruang tamu. Pastikan anda berfikir dahulu sebelum membuat pilihan supaya tidak membazir dan tidak membuang masa. Ruang tamu yang cantik adalah ruang tamu yang selesa untuk anda berbual bersama yang tersayang atau tetamu dan bebas daripada segala barang-barang yang tidak penting. 

Semoga bermanfaat!

https://www.thespruce.com/beginners-guide-decorating-living-rooms-2213483

https://www.houseplanshelper.com/living-room-size.html

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 15, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram