Deko Dinding Warna Kelabu - 8 Idea Warna Perabot Yang Sesuai

Ditulis oleh

Kelabu adalah pilihan warna yang paling popular untuk ruang tamu kerana keupayaannya yang boleh dipadankan dengan kebanyakan warna dan mempunyai tona warna yang hangat. Sekaligus ia dapat menghidupkan ruang tamu rumah anda. 

Namun, tentu anda tertanya-tanya, apakah warna untuk perabot dan hiasan yang boleh digunakan untuk dipadankan dengan dinding warna kelabu, kan?

Anda jangan risau, kami telah meneliti dan mengumpulkan panduan ini untuk membantu anda. Antara warna yang sesuai untuk dipadankan dengan dinding berwarna kelabu adalah:

  • Warna putih
  • Warna merah
  • Warna coklat
  • Warna ungu
  • Warna merah jambu muda
  • Warna kuning mustard
  • Warna hijau
  • Warna kelabu

Idea Deko Untuk Dinding Warna Kelabu

1. Warna Putih

dinding warna kelabu
Kredit: Coco Lapine Design


Warna putih dapat memancarkan cahaya yang cerah pada ruang tamu anda.Malah ia juga sesuai untuk dipadankan dengan semua warna termasuk warna kelabu. Dinding warna kelabu gelap akan menjadikan sofa, langsir, dan karpet putih kelihatan lebih menonjol. Tambahan meja berwarna hitam dapat menjadikan ruang tersebut tidak terlalu ‘simple’. Balang kaca atau permukaan marmar dapat menyerlahkan lagi kecantikan ruang tamu tersebut.

2. Warna Merah

Kredit: Horchow


Dinding warna kelabu juga sesuai jika digabungkan dengan sofa berwarna merah dan karpet yang mempunyai corak-corak merah. Warna merah dapat menyerlahkan lagi ruang tamu rumah anda. Padanan langsir berwarna kelabu muda akan memberikan sentuhan yang menenangkan pada ruang tamu.

3. Warna Coklat

Kredit: Home Decor Bliss

Dinding warna kelabu boleh memberikan visual yang menyejukkan pada suasana yang mempunyai kebanyakkan perabot berwarna coklat. Manakala, warna coklat boleh menambahkan kehangatan pada bilik yang didominasikan oleh warna kelabu. 

Gabungan dua warna ini akan menghasilkan ruang tamu yang cantik dan nyaman. Karpet dan bantal berwarna kelabu dapat menambah elemen padu pada ruangan ini. Selain itu, warna langsir yang sesuai dengan kelabu dan coklat adalah warna putih atau krim. Langsir berwarna krim dapat mengekalkan rasa lapang yang datang dari dinding berwarna kelabu.

4. Warna Ungu

Kredit: Decoholic

Dinding warna kelabu akan kelihatan menarik dan tenang jika digabungkan dengan perabot berwarna ungu. Malah, warna ungu juga boleh menjadikan ruangan tersebut romantik dan tenang. Langsir dan karpet yang  berwarna putih akan mencerahkan lagi ruang tamu ini. Ia akan menjadikan ruangan ini kelihatan anggun mewah.

5. Warna Merah Jambu

Kredit: Beverly Brown

Warna kelabu yang digandingkan dengan warna merah jambu merupakan gabungan warna pastel yang paling popular dan menampilkan ruangan yang romantik dan menenangkan. Tambahan pula, warna langsir yang sesuai adalah warna kelabu muda dan permaidani geometri juga dapat menyebarkan ambient yang menyeronokkan untuk menjadikan ruangan ini terasa lebih hidup.

6. Warna Kuning Mustard

Kredit: Behance

Mustard kuning dan kelabu adalah salah satu gabungan warna yang boleh menghiasi bilik kecil yang tidak menerima banyak cahaya. Kombinasi dua warna ini mewujudkan ruang yang mahal dan mewah. Kain langsir berwarna mustard juga dapat menjadikan ruang tersebut lebih menonjol. Manakala, karpet dan sofa kelabu boleh mengurangkan sedikit kemeriahan warna kuning mustard.  

7. Warna Hijau

Kredit: terrysfabrics.co.uk

Warna sejuk yang boleh menambah elemen semulajadi yang 'elegant' pada ruang tamu rumah anda adalah hijau. Warna sejuk iaitu hijau sangat sesuai jika dipadankan dengan warna yang neutral iaitu kelabu. Terdapat banyak warna hijau yang boleh menjadi pelengkap untuk dinding kelabu, salah satunya adalah hijau muda. Karpet berjalur hijau juga dapat menambahkan penampilan yang tenang dan menarik pada ruang tamu tersebut.

8. Warna Teal

Kredit: The DIY Mommy

Dinding warna kelabu dan sofa berwarna teal menjadikan gandingan yang menarik. Sofa teal juga sangat cantik jika digandingkan dengan bantal dan karpet putih. Ia juga terletak cantik pada krim, merah jambu, biru gelap, 'gold' dan coklat.

9. Warna Kelabu

Kredit: etsy.com

Memilih perabot dan hiasan yang sama warna dengan dinding adalah salah satu tindakan yang bijak. Ini kerana, anda tidak perlu bersusah payah untuk padankan dengan warna lain. Gabungan warna ini dapat menjadikan ruang tamu anda kelihatan luas dan lapang. Dengan tambahan lukisan pada dinding warna kelabu gelap dan 'gold' dapat menarik perhatian tetamu anda sekaligus dapat menampilkan ruang yang 'minimalist' dan 'aesthetic'.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk menggunakan warna kelabu dengan betul. Elakkan mengambil warna kelabu gelap kerana ia akan menjadikan ruang tersebut tidak lapang kerana kurangnya cahaya. 

Selain itu juga, jika anda berhasrat untuk padankan warna kelabu dengan warna ‘pastel' atau warna ‘bold’, kami sarankan untuk anda memilih warna kelabu muda. Ia boleh menjadikan ruang tamu anda nampak luas dan sangat mudah untuk dipadankan dengan perabot dan lantai. 

Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 13, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram