Ruang tamu merupakan ruang yang paling utama di dalam rumah kita. Antara elemen yang sering kali menghiasi ruang tamu adalah sofa, artificial plant dan hiasan dinding. Namun tahukah anda bahawa gaya dan pemilihan warna juga sangat penting untuk menampakkan ruang tamu yang moden dan bersifat kontemporari seiring dengan peredaran zaman. Jom ikuti 10 idea dekorasi untuk ruang tamu moden dan cantik.

1. Ruang tamu moden berkonsepkan putih-krim

ruang tamu yang moden 1

 

 

2. Ruang tamu berona terang dengan sofa berwarna tangerine

 

3. Ruang tamu moden dengan selingan rona biru

4. Ruang tamu moden dengan sofa keratan kecil

5. Ruang tamu moden dengan konsep elegant-rustic

6. Konsep black and white dengan perabot yang minimalis

7. Konsep monochrome dengan warna hitam dan putih

 

Sekian sahaja perkongsian kami pada kali ini. Semoga memberi manfaat dan membantu anda yang sedang mencari idea untuk ruang tamu yang moden. Anda juga boleh lihat lebih banyak idea, inspirasi dan perkongsian dekorasi rumah di sini.

 

Sumber foto: Spacejoy

Inilah yang boleh dikatakan dekorasi rumah yang cantik dan kreatif. Wanita ini membuat transformasi pada teres jenis memanjang dengan mengenakan konsep fluffy white. Make over rumah teres jenis memanjang ini meraih hampir 500 tanda suka dan lebih 100 perkongsian di laman Facebook.
"Less is more", itulah ungkapan Hafizah Dz, pemilik rumah teres ini. Jom kita ikuti perkongsian diy daripada beliau.
Baru sempat nak deco rumah kecil kami. Tema living room lebih kepada warm and cozy dan kitchen kami pilih farmhouse.
Rumah kami jenis memanjang dan ia agak sukar untuk nampak ruang luas. Pemilihan perabot dan colour dinding penting bagi memastikan ruang nampak luas dan tenang.
Untuk dinding, pilihan warna yang dikenakan adalah seperti berikut:
Perabot pula kami cari dekat ssf memandangkan ssf dekat je dengan rumah senang nak ulang alik tengok barang. (Klik di sini untuk beli perabot dari sff secara online)
Untuk item deco seperti pokok, bantal dan kitchen rug semua beli dekat Kaison. (Klik di sini untuk beli barangan Kaison secara online )
Untuk ceiling, kami tukar L box style and tambah sikit lighting bagi semua sudut ruang terang.
Ruangan dapur yang dihiasi dengan pintu jenis sliding barn door. Memang cantik kan.
Semoga perkongsian make over rumah teres daripada Giler Deco pada kali ini memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea dan inspirasi dekorasi rumah.

Wanita yang berhijab sudah pasti mempunyai minat mengumpul koleksi tudung. Namun begitu, tudung-tudung yang terlalu banyak akan menimbulkan masalah untuk menyimpan koleksi tersebut terutamanya jika tidak mempunyai almari simpan tudung di rumah.

Pasti ramai kaki shopping tudung yang selalu mengalami masalah ini kan. Kepada para hijabis di luar sana yang ingin menyimpan tudung dengan kemas dan teratur, bolehlah cuba cara membuat almari simpan tudung seperti yang dikongsikan lelaki bernama Syafiq Abdul Hamid ini. Selain praktikal, barang-barang yang digunakan juga amat mudah didapati dan mesra poket.

Barang-barang yang digunakan:

  1. Paip PVC putih bersaiz 4 inchi. Beli di sini
  2. Papan playwood. Beli di sini
  3. Gam dan paku. Beli di sini

DIY Almari Tudung Cara Bajet

Tolong adik buat almari tudung. Saiz paip PVC putih yang digunakan adalah 4 inchi.

Proses memaku dan gam kayu untuk dibentuk supaya menjadi sebuah almari.

Paip PVC dipotong rata dan digam secara tersusun mengikut ketinggian almari.

Inilah hasilnya setelah paip PVC yang telah digam dimasukkan ke dalam almari kayu. Nampak kemas dan kreatif je kan apabila tudung-tudung dimasukkan ke dalam almari. Dengan adanya almari simpan tudung yang praktikal macam ni, kini tiada lagi masalah tudung yang berselerak.

Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat buat para hijabis di luar sana!

 

Siapa sangka rumah berkonsepkan British Style sememangnya wujud di Malaysia. Dengan bertemakan warna black and white, rumah ini memberikan vibes elegan dan seolah-olah rumah ala-ala oversea.

Asri Meris Anthony dan pasangan yang juga merupakan penasihat dekorasi rumah berkongsi gambar kediaman mereka yang terletak di Tuaran, Sabah. Memang sangat cantik dan classy.

Bahagian luar dan laman rumah

View depan rumah. Sebenarnya ruang depan ni agak limited, jadi kami cuba hidupkan ruang agak supaya nampak luas dengan menggunakan elemen putih pada pagar dan tiles supaya nampak lebih lapang dan luas.

Untuk info, pagar ini kami gunakan material prima plank dan bukan kayu. Kami gunakan besi sebagai tulang pagar ini supaya lebih kukuh dan tahan lama.

Bunga rose jepun ni sangat menghidupkan mood cozy dan English-look. Hari-hari boleh berangan macam kat taman gitu.

Ruang depan ini kami letak tiles supaya kurang berhabuk dan anak-anak boleh bermain dengan selesa.

Kehadiran pokok-pokok bunga ni sangat menghidupkan ruang taman. Nampak redup dan mood sejuk sentiasa.

Ramai tanya Ini pokok bunga apa, sebenarnya ini pokok bunga Petunia. Memang agak leceh untuk jaga sebab kena sentiasa bagi air dan matahari yang cukup. Cuma pantang jangan bagi kena air hujan. Jadi, kena rajin lah belek-belek dia ni hehehe.. Alhamdulillah dah hampir setahun jaga masih hidup subur.

Ini bahagian pintu depan. Pokok tu pokok betul tau,bukan pokok tipu-tipu hehehe.

Wood swing ni kami DIY sendiri. inspired dari pinterest. Jangan tanya beli kt mana.. hehehe

Bahagian dalaman rumah

 

View keseluruhan ruang bawah.

Ni sudut minum-minum kopi atau ruang santai selain ruang dining.

Main hall bahagian bawah. Ruang santai dengan fireplace.

Ini tingkap tepi meja makan. Sambil-sambil makan sambil layan pemandangan taman.. tak terasa tambah nasi 2 pinggan.. hahaha

 

Ini ruangan pantry. Tempat simpan semua makanan kering dan stok barang keperluan harian. Sebagai contoh ubat-ubat dan lain-lain.

Ruang dining yang menghadap ruang taman secoet. Sebab tu kena buat pagar tepi tu supaya ada sedikit privacy tapi still enjoy the view.

Ruang laundry.. Walaupun hanya sekangkang nyamuk tapi kami cuba untuk nampakkan ruang ni functional dengan menggunakan elemen putih dan neutral colour supaya nampak lebih luas.

Bilik kucing. Senang ada toilet automatic ni, tak payah cuci poopoo hari-hari hehe. Sangat-sangat membantu dan sentiasa bau wangi.

Ruang kolam nan seketoi.. saja bagi mood sejuk & bunyi air.. Anak-anak pun memang suka berendam dalam kolam.. So buatlah seketul ala-ala hotel mewah versi kampung.. hehehe

 

View malam dari hadapan rumah

Memang cantik sangat kan kediaman beliau. Sekiranya anda sukakan perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat.

Sumber: Asri Meris Anthony

Kadangkala dalam mengemas kediaman, perkara yang paling menjengkelkan adalah membersihkan najis cicak.
Boleh jadi rosak mood bila lihat najis cicak bertaburan di bahagian tepi tingkap dan atas perabot berdekatan dengan dinding. Bukan sahaja menggelikan, tetapi juga merosakkan dekorasi rumah.
Bagaimana caranya untuk menghadapi isu sisa cicak ini kerana kerja menyental najisnya bagaikan tiada kesudahan. Justeru tips halau cicak  yang paling tuntas adalah dengan mengelakkan kehadiran haiwan itu di rumah. Petua dikongsikan pengguna Facebook Hani Mynis boleh korang diamalkan. Berikut merupakan perkongsiannya:

Tentang cicak

Cara halau cicak

 

Berdasarkan profil cicak di atas, saya kongsikan senaraikan 10 tips halau cicak di rumah.
  1. Hilangkan bekalan makanan cicak iaitu kita uruskanmasalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang dijual sepaket RM1) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Bila bekalan makanannya tiada, secara automatik cicak akan berkurangan atau langsung tiada.
  2. Cicak takut kepada burung. Justeru sediakan jejak burung seolah-olah ada burung kat rumah kita dengan cara seperti meletakkan beberapa kulit telur burung puyuh kat area tingkap atau mana-mana tempat cicak masuk.
  3. Lekatkan bulu pelepah burung berhampiran tempat masuk cicak.
  4. Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari, di sebalik bingkai cermin dan dinding, semasa nenyusun atur perabot jangan rapatkannya pada dinding. Pastikan ada jarak sekurang-kurangnya 10 sentimeter (cm) dari dinding.
  5. Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup.
  6. Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama.
  7. Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi langkah ini perlu dilakukan berhati-hati. Tukar bawang selang tiga hari untuk mengelakkan ia membusuk.
  8. Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Namun laci atau kabinet menyimpan makanan tidak digalakkan diletakkan ubat gegat.

Halau cicak menggunakan 3 bahan sahaja

Selain itu, korang disarankan menyembur larutan ‘penghalau’ cicak ini, Cara membuatnya mudah, hanya menggunakan tiga bahan seperti berikut:
Bahan-bahan
1/3 cawan cuka makan
1/3 cawan air
1/3 cawan cecair pencuci pinggan
Langkah-langkah
Campurkan semua bahan ini dan kacau sebati. Masukkan ia ke dalam botol penyembur dan semburkan pada kawasan yang biasa menjadi lokasi tumpuan sisa cicak dan tempat persembunyiannya.
Ruang tepi tingkap, permukaan meja makan, kaunter kabinet adalah antara sudut yang sering menjadi sasaran cicak.
Semburan ini juga boleh digunakan untuk menghalau semut.
Dalam membersihkan tahi cicak pula, korang perlu memastikan kawasan yang terkena najis itu bersih daripada sebarang kesan yang ditinggalkan oleh najis tersebut.
Jika mop dengan menggunakan air sabun, maka ia perlulah dibilas dengan air mutlak sehingga kesan-kesan najis pada tempat berkenaan hilang.
Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat.

Sarung sofa uzur, koyak atau lusuh memang menyakitkan mata memandang. Hendak beli sofa baharu tapi mengenangkan kos sofa baharu yang mahal, jadi simpan saja hasrat di hati. Bagi anda yang sedang dilema masalah ini, apa kata anda menukar sendiri sarung sofa di rumah seperti perkongsian daripada wanita bernama Ayuz Ismail ini.

Perkongsian diy hasil tangan wanita ini meraih lebih 900 tanda suka dan hampir 2000 perkongsian di laman Facebook beliau. Jom kita ikuti.

Alhamdulillah menjadi juga salin sofa ni. Musim covid ni memang kena save duit poket. Mula-mula takut juga, takut buka tak boleh nak pasang balik. Tapi, nasib baik menjadi. Modal tak sampai 100 pun.

Barang-barang yang digunakan:

  1. Kain material PVC (beli di Shopee) - https://shp.ee/k4anf59
  2. Stapler gun (beli di Shopee) - https://shp.ee/e2sxz79

Jumlah keseluruhan barang-barang yang digunakan adalah bawah RM100. Memang jimat habis!

DIY tukar sarung sofa uzur:

 

Pertama sekali, cabut dahulu semua bahagian bongkah sofa. Kebiasaannya, terdapat skru atau paku. Maka perlu buka dahulu skru atau paku tersebut untuk mengasingkan sofa dan bongkah yang lain.

Kemudian, buang kesemuanya alas sofa yang telah uzur.Untuk buang alas pelapik sofa senang sahaja. Hanya perlu tarik sahaja kerana material pelapik sofa adalah lembut.

Ini kain material PVC yang dibeli dari Shopee tadi. Untuk ukuran, saya ambil lebih kurang 6 meter panjang dan lebar. Memang sengaja ambil lebih sebab risau terpotong.

Kemudian, dengan menggunakan stapler gun, stapler sahaja keseluruhan sofa dengan kain material PVC. Pastikan anda cover keseluruhan sofa.

Haaa, inilah hasil sarung sofa yang telah siap ditukar. Memang nampak bersih dan macam baru beli kan. Jadi, selepas ini, tak perlulah anda menghabiskan duit beli sofa baru.  Anda juga boleh melihat lebih banyak projek DIY yang mudah untuk dilakukan di sini. Semoga bermanfaat.

Shiplap merupakan salah satu panel dinding  yang tidak asing lagi buat pencinta dekorasi rumah. Selain boleh dilakukan sendiri di rumah, barang-barang yang digunakan untuk membuat shiplap juga senang didapati dan murah. Berbekalkan bajet bawah RM400, siapa sangka pasangan ini mampu menghasilkan shiplap bertemakan merah firebush secara diy sahaja.

Perkongsian daripada Baizura Abd Aziz ini meraih lebih 300 tanda suka dan 100 perkongsian di Facebook. Jom kita ikuti hasil shiplap diy beliau dan suami yang begitu elegan dan menarik ini.

 

Alhamdulillah, hasil kerja kami suami isteri untuk menyiapkan shiplap. Proses lebih kurang seminggu. Sepatutnya 3 atau 4 hari dah siap. Tapi biasalah buat sambil santai-santai sahaja.

 

Barang-barang yang digunakan:

  1. Mdf board 60 keping ( keluasan 10 x 12 ) -RM137
  2. Gam 4 botol -RM39.40
  3.  Cat putih 7 liter -RM48
  4. Cat Nippon Q-Glo kod warna Firebush 2 tin -RM96
  5. Filler -RM5.50
  6. Batang aiskrim -RM2.00

Jumlah keseluruhan: RM380

Proses DIY shiplap bertemakan merah Firebush:

 

Keadaan dinding sebelum shiplap dipasang.

MDF board dipasang pada dinding kosong tersebut.

Kesemua MDF board yang telah dicantum dengan menggunakan filler dan dilekatkan pada dinding.

MDF board dicat dengan menggunakan cat Nippon Q-Glo kod Firebush.

Hasil MDF board yang telah dicat sepenuhnya.

Inilah hasil akhir panel shiplap berona merah firebush yang menaikkan seri ruang tamu rumah beliau. Ditambah pula dengan lampu bercahaya lembut dan pemilihan warna aksesori ruang yang serba merah, memang tidak dinafikan ianya juga nampak lebih elegan dan mewah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini, Giler Deco berharap perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea dan inspirasi untuk dekorasi ruang rumah. Sekiranya anda suka artikel ini, jangan lupa kongsikan ya!

Setiap rumah pasti memiliki mesin basuh. Kebiasaannya barang elektronik yang digunakan secara kerap lebih cenderung untuk cepat rosak. Selain kos maintenance yang tinggi, mesin basuh yang rosak juga akan menyusahkan pengguna. Oleh itu, kali ini admin akan kongsikan cara-cara mudah untuk menjaga mesin basuh supaya tahan lebih lama.
Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh

Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh : 

  1. Jangan bebankan mesin basuh dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekomendasi daripada pengeluar mesin.
    Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
  2. Sesekali matikan suis soket selepas menggunakan mesin basuh. Jika suis terlalu lama berada dalam keadaan stand by, computer board akan menjadi semakin panas. Selepas keluarkan baju dari tub, segeralah tutup suis soket.
    Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
  3. Dalam sebulan sekali masukkan air panas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin basuh. On mesin dalam mode jumlah basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elakkan mesin basuh tersumbat supaya injap buang tidak tersumbat. Untuk pengguna mesin basuh automatik, anda boleh menekan butang tub cleaning untuk membersihkan mesin basuh.Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
  4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya, ini bermakna belting (wayar getah yang terdapat pada motor mesin basuh) telah longgar. Kalau pandai, anda boleh menggunakan spanar untuk tegangkan semula belting di bahagian bawah atau belakang mesin. Jika tidak, anda boleh mengupah sesiapa. Kos upah kebiasaannya sekitar RM10-20 sahaja.
    Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
  5. Andai kata air yang masuk  dalam tub semakin slow, buka bahagian paip air masuk dan bersihkan water filter yang terdapat di belakang mesin basuh.
    Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
  6. Jika paip air telah dibuka namun air tetap tidak keluar, ini bermakna valve buang air 'stuck'. Kemungkinan besar adalah tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan, ia boleh merosakkan computer board.
    Cara Mudah Menjaga Mesin Basuh
Cermat dalam menggunakan peralatan elektrik akan memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan elektronik di dalam rumah kita. Semoga perkongsian dan tips daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat buat anda.
Kredit: Ridzuan AlFattani
Foto hiasan: Unsplash

Dinding shiplap sememangnya suatu fenomena yang tidak asing lagi dalam dunia dekorasi rumah. Dek kerana ianya tidak memerlukan modal yang begitu besar dan mudah untuk dipasang, maka, ramai yang memasang secara diy dinding shiplap di rumah.

Perkongsian pada kali ini adalah olahan daripada posting asal Siti Norsyam yang berkongsi projek shiplap dinding di rumah beliau. Beliau mengenakan rona biru sebagai tema shiplap tersebut. Memang sangat cantik dan tenang mata memandang. Jom kita ikuti.

Barang-barang yang digunakan :

Sebelum

Ini keadaan dinding ruang tamu rumah beliau sebelum shiplap dilakukan.

Semasa

Proses menampal kayu MDF pada dinding kosong. Menurut pemilik, ukuran papan yang digunakan adalah 4x3 feet. Jumlah papan yang digunakan secara keseluruhan adalah 20 keping.

Setelah papan dipasang, proses mengecat undercoat menggunakan cat berwarna putih dilakukan.

Selepas

Dining hall buat separuh sebab cat kat bawah tu menggelupas.geram pula tengok.

Siap dah warna dark teal..tengok dalam gambar masa nak pilih tu hijau tiber jadi biru polis..aci lah

So decide buat dua belah..tadaa..siap dah dining hall

Wah memang cantik sangat hasil tangan beliau kan. Kepada anda yang ingin diy dinding shiplap di rumah, bolehlah ikuti perkongsian ini. Warna yang digunakan juga cantik. Semoga perkongsian Giler Deco kali ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa untuk kongsikan.

Tidak dinafikan masih banyak rumah yang buka sahaja pintu ruang tamu terus nampak ruang dapur. Haa, apa kata kalau anda memasang divider, barulah terlindung ruang dapur, mata pun sedap saja memandang. Bagi anda yang tidak mempunyai banyak bajet, boleh ikuti perkongsian daripada saudara Saufuan Zulkfli mengenai cara mudah lakukan diy divider dapur bajet hanya guna paip sahaja.

Lebih menarik lagi, bahan yang digunakan adalah paip jenis PVC sahaja. Jom ikuti perkongsian yang menarik daripada Giler Deco ini.

Bahan-bahan yang digunakan :

Guna 2x4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ni, kita wrap dengan wall sticker.

 

Cara-cara pembuatan:

 

  1. 1/3 end cap tu perlu dipotong.
  2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.
  3. Masukkan wall plug.
  4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtra seal x bond.
  5. Skrukan end cap tersebut.
  6. Letak PVC glue pada both end cap.
  7. Then slot in column divider tu dalam end cap.
  8. Pasangkan semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan PVC glue.
  9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.
  10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Hasil sebelum dan selepas

Sebelum

divider

Selepas

divider

Berminat untuk baca artikel yang berikut, klik di sini: Projek DIY Grand Mirror 

Grand mirror merupakan hiasan dinding yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Kebiasaannya kita lihat grand mirror di kediaman berjenis mewah sahaja. Namun siapa sangka grand mirror secara diy sebenarnya boleh dihasilkan sendiri sahaja di rumah. Hasil juga sama cantik seperti upah interior designer.

Dengan kos modal bawah RM 800 sahaja, wanita ini kongsi hasil tangan beliau grand mirror secara diy di rumah. Jom kita ikuti idea dan hasil tangan yang menarik daripada Rena Nur Henny.

 

Ni lah orang kata nak jimat kenalah guna tenaga sendiri, tapi berbaloilah dengan usaha suami isteri, ruang tamu tak besar, maklumlah rumah mampu milik sahaja, tapi suka dengan wainscoting, shiplap, accent wall & grand mirror, jadi ambil la konon semua element ciput-ciput, maka terhasil lah!

Deco ini tidaklah sekemas kita upah tukang buat, tapi boleh la sedap mata sendiri, modal pun tak sampai RM800 untuk semua! Cat kita pakai cat dinding lama sahaja yang ada balance untuk jimat, dan light grey itu mix grey asal tambah putih.

Barang-barang yang digunakan : 

Proses DIY grand mirror : 

Proses mengukur panel wainscoting untuk bingkai.

Proses menampal panel wainscoting

Membuat bingkai untuk meletak cermin.

Hasil setelah cermin dilekatkan. Memang sangat antik dan kemas hasil tangan beliau. Kalau anda berminat untuk hasilkan grand mirror sendiri di rumah, bolehlah ikuti idea dan perkongsian ini.  Jika anda sukakan artikel ini, jangan lupa kongsikan. Semoga perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini bermanfaat.

Sumber idea dan foto : Rena Nur Henny

Tandas bocor sering kali menjadi masalah kepada kita terutama penghuni flat atau pangsapuri. Kebiasaannya, tandas bocor berpunca daripada tekanan air yang terlampau tinggi dan masalah punat getah paip telah longgar. Namun begitu, jangan risau masalah tandas bocor amat senang untuk diselesaikan.

Artikel ini diolah daripada idea asal Lee Wai Wan yang berkongsi cara-cara mengatasi masalah tandas bocor. Jom kita ikuti.

Apakah cara yang boleh dilakukan sekiranya tandas bocor?

 

Penyelesaian untuk bilik air atau tandas bocor boleh guna pelbagai cara seperti di bawah bergantung kepada kos serta ketahanan sesuatu penggunaan cara. Apa yang dibincangkan adalah masalah berkenaan dengan retak di bahagian dinding, konkrit ataupun tempat sambungan di antara dinding dan konkrit.

 

  1. Pecah balik jubin dinding serta lantai

     

    Ini adalah cara konvensional pecah semua jubin dinding serta lantai, buat waterproofing dan pasang balik jubin yang baru. Cara ini adalah paling selamat untuk digunakan namun melibatkan kos yang tinggi serta masa lebih lama dan menyebabkan tempat anda menjadi kotor dan berhabuk.

    S
    ekiranya tukang yang dicari tidak mahir dalam hal ini, ada kemungkinan tidak mampu menyelesaikan masalah anda bila kerja membersihkan kawasan tidak dilakukan dengan baik. Kebiasaannya ketinggian waterproof optimum di dinding adalah 5 kaki untuk tempat mandi dan bahagian kering 3 kaki. 

    Penggunaan waterproofing terbahagi kepada beberapa jenis:
    a) bitumen
    b) cat kalis air
    c) cementitious waterproofing

    d) dan lain-lain

    Penggunaan jenis waterproofing yang berlainan akan mempengaruhi kos, ketahanan serta keberkesanan. Faktor yang perlu dilihat adalah keanjalan (elasticity) serta pemanjangan (elongation).

  2. Epoxy flakes

    Penggunaan cara epoxy flakes melibatkan kerja mengecat serta menaburkan epoxy pada bahagian lantai dengan ketinggian beberapa inci di bahagian dinding. Maka ada kemungkinan air masih masuk melalui bahagian dinding. Kos lebih murah berbanding dengan pecah semua jubin. Namun perlukan sekurang-kurangnya 2-3 hari tidak boleh guna tandas atau bilik air kerana perlu tunggu ia kering.

    Bau epoxy agak kuat pada permulaan tetapi bau itu akan berkurangan selepas kering. Tujuan cara ini digunakan untuk menutup semua bahagian di atas lantai agar air tidak dapat menembusi epoxy. Selain itu juga, permukaan tandas akan menjadi lebih kasar dari sebelumnya.

  3. PU Injection

    PU injection digunakan untuk menyekat air dari menembusi serta menitik di bahagian bawah konkrit. PU injection perlu dilakukan oleh kontraktor yang mahir kerana ia melibatkan pengawalan tekanan (pressure) agar hanya kuantiti yang mencukupi dipam pada bahagian bawah rekahan.

    Sekiranya terlalu tinggi tekanan, ia boleh menyebabkan permukaan atas mengelembung dan terlalu sedikit tidak mampu untuk menutup rekahan. Cara ini hanya bertumpu di bahagian bermasalah. Air masih bertakung di atas bahagian konkrit. Sekiranya berlaku rekahan di bahagian lain, maka air masih menitik ke bawah di tempat yang baru.

  4. Non-hacking solution (Breathable Nano Coating)

    Penggunaan cara ini adalah dengan menutup bahagian grout dengan breathable nano coating yang tidak
    berwarna, tidak berbau serta boleh bernafas. Kebiasaannya kami akan buat bahagian dinding sehingga 5 kaki untuk bahagian mandi dan 3 kaki untuk bahagian kering.
    Mengapa penggunaan jenis breathable diperlukan?
    Ini adalah kerana di bawah jubin masih ada air yang bertakung di atas konkrit, sekiranya menggunakan sistem kalis air yang non-breathable maka akan berlaku tendangan bahan yang menyebabkan bahan kalis air akan mengelembung.
    Maka dengan penggunaan sistem breathable, apabila air takungan mula kering serta bertukar menjadi wap air, ia masih boleh keluar dari lapisan kalis air kerana molekul wap air adalah lebih kecil dari molekul air yang tidak dapat menembusi ke bawah.
    Penggunaan cara ini adalah paling murah serta cepat menyelesaikan masalah bocor. Tandas atau bilik air
    boleh digunakan keesokkan selepas habis kerja pembaikan dilakukan. Kerja pembaikan yang dilakukan adalah dengan mengenalpasti masalah tempat bocor serta menutup lubang tersebut sebelum menutup semua bahagian grout dengan menggunakan breathable nano coating.

Sumber foto : Unsplash

Pemilihan tema atau konsep untuk sesebuah bilik air sememangnya agak merumitkan. Pelbagai faktor perlu diambil kira dalam menyediakan design bilik air. Antaranya adalah warna, rona warna dan sebagainya. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dekorasi atau make over bilik air berkonsepkan monokrom hitam putih. Buat pengetahuan, monokrom merupakan konsep yang menggunakan satu jenis warna dan disesuaikan mengikut rona warna tersebut.

 

Harini, saya ingin berkongsi idea simple bilik air untuk tetamu rumah kami ataupun org selalu panggil (Guest’s bathroom/ Toilet) kerana terletak di luar bilik & hallway.

 

Perkongsian yang menarik pada kali ini adalah daripada Xumy Lala yang mengubah bilik air guest room rumah beliau bak bilik air di hotel! Jom kita ikuti.

Barang-barang yang digunakan

 

Make over bilik berkonsepkan monokrom hitam putih

 

 

Untuk pemilihan tiles, kami memang pilih dua corak untuk dapatkan mood special ala-ala hotel budget . Maka terhasillah seperti dibawah. Untuk konsep warna, kami pilih hitam & putih matching dengan tiles.

 

 

Alhamdullilah setakat ni item2 yg kami beli dari shopee semuanya berfungsi dgn baik & sangat berpuashati dgn hasilnya.
Tiles kami beli sendiri & panggil tukang untuk pasang. Untuk aksesori lain seperti shower hose, sink cabinet, water heater, toilet bowl dan lain-lain kami beli di Shopee dan suami pasang sendiri kecuali toilet bowl (tukang tolong pasangkan).

Haa, memang cantik kan hasil tangan beliau. Menurut tuan punya badan juga, kesemua barang yang digunakan dibeli melalui aplikasi Shopee sahaja. Bolehlah anda yang inginkan idea untuk dekorasi bilik air rumah anda mencuba konsep seumpama ini. Semoga bermanfaat.

Shiplap sememangnya tidak asing lagi buat peminat dekorasi rumah. Shiplap wall bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga nampak mewah. Kebiasaanya, anda akan mengupah tukang rumah untuk membuat shiplap di kediaman anda. Tapi sebenarnya shiplap wall ni boleh diy sendiri je di rumah.

Kali ini, Giler Deco akan berkongsi sebuah posting daripada laman Facebook Mohd Mahyeddin Mohd Salleh. Beliau diy sendiri dinding shiplap di kediamannya. Lebih menarik lagi, tema warnanya adalah biru. Memang sangat cantik dan tenang sahaja mata memandang.

Selepas ini bolehlah anda bertukang sendiri di rumah. Hasilnya memang sama cantik seperti yang ditempah di kedai. Jom kita ikuti perkongsian yang menarik ini.

Pelan pelan kayuh akhirnya siaplah juga Shiplap rumah kami. Tq ahli2 group, dapat banyak idea juga di sini. Saya kongsikan juga bajet utk shiplap keluasan 8×10 kaki ini.

Barang-barang yang digunakan:

Papan shiplap 40pcs (6mm×4kaki) RM173.94
Wainscoting flat ABS 5pcs (RM100)
Mitre box saw. (RM26.77)
Xbond adhesive 5pcs RM48.7
Gap filler 2pcs RM11
Berus n cat undercoat putih RM36.7
Cat Jotun Majestic 'Sea Emerald 6084' 1 liter RM60
Total: RM517.11

Keadaan dinding kosong sebelum proses shiplap

Proses menampal papan shiplap

Papan shiplap sebelah kiri siap dipasang

Proses memasang papan shiplap sebelah kanan

Mengecat undercoat putih

Mengecat papan shiplap yang telah dilapis dengan undercoat menggunakan warna biru laut

Proses mengecat telah siap. Untuk mecantikkan lagi dinding shiplap., boleh membuat bingkai wainscoting.

Ini hasil akhir setelah didekorasi dengan perhiasan dinding.

Memang cantik sangat hasil tangan beliau kan. Semoga perkongsian Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan.
Sumber : Mohd Mahyeddin Mohd Salleh

Siapa kata rak dapur mesti beli yang mahal je untuk nampak cantik. Ternyata, anda boleh DIY sendiri rak letak barangan dapur. Selain jimat masa, juga jimat bajet! Kepada anda yang tercari-cari rak letak barang dapur bolehlah cuba cara ni.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Abe Nik yang menggunakan tiga barang sahaja termasuk hanger untuk membuat rak letak barang di dapur beliau. Memang cantik sangat hasilnya. Jom kita ikuti.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  1. Hanger (besi) -boleh klik di sini untuk beli online
  2.  2 bakul (boleh beli di Eco shop sahaja) --boleh klik di sini suntuk beli online
  3. Cable tie --boleh klik di sini untuk beli online

Cara-cara DIY:

  1. Letak bakul di atas permukaan yang rata, ikat pada bahagian tengah bakul pada hanger menggunakan cable tie.
  2.  Ikat kemas-kemas sehingga tidak bergoyang.
  3. Buat cara yang sama pada bahagian satu lagi. Kemaskan ikatan.
  4. Untuk bahagian atas pula, ikat hanger pada bahagian tangkai bakul. Lakukan cara yang sama pada bahagian satu lagi.
  5.  Ikat lagi cable tie agar kemas dan untuk memperbetul kedudukan bakul.
  6. Kemaskan ikatan. Potong cable tie yang berlebihan.

  7. Okay, boleh letak barangan dapur anda.

Memang sangat cantik kan rak letak barang dapur DIY ni. Barulah barang-barang dapur tak berselerak. Nak memasak pun tenang je.

Sekiranya artikel kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan artikel ini!

Sumber: Abe Nik

Kebiasaannya kita dengar hanya lantai yang perlu dimop supaya bersih dan berkilat. Namun, masih ramai yang tidak tahu bahawa karpet atau permaidani juga boleh dimop supaya nampak bersih dan tampak seperti baharu.

Kali ini, Giler Deco akan berkongsi tips mop karpet menggunakan air panas oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil.

 

Siapa yang pernah mop karpet?kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia (karpet boleh mop ya?) iya boleh la puan kasi habuk nya nyah, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman).
So, dari situ Fana belajar setiap seminggu sekali Fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih bebas kuman parasit bagai.

Bahan-bahan yang digunakan :

 

May be an image of indoor

Cara-cara bersihkan karpet menggunakan air panas :

 

May be an image of 1 person and indoor

  1. Didihkan air dalam periuk atau cerek. Paras air agak-agak mop boleh tenggelam.
  2. Setelah air mendidih, angkat dan curahkan ke dalam baldi mop.
  3. Masukkan dua sudu garam dan satu penutup Dettol.
  4. Perah mop sehingga tiada air menitik dan bole mula mengemop.

 

Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu khas untuk karpet sahaja, Fana beli kat Eco jek RM4. Kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita duk mop lantai eh.

P/s: masa mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh-tenyeh sikit dekat karpet itu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe lattenya air mop korang.

Kepada anda masih belum cuba mop karpet menggunakan air panas, bolehlah cuba tips ini. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat!

Pantri di ruang rumah atau pejabat tidak perlu menggunakan barang-barang mahal untuk nampak cantik dan elegan. Jika anda mempunyai bajet yang terhad untuk mendekorasi pantri mini rumah anda, anda boleh sahaja menghias pantri mini dengan barang-barang Ikea. Selain lebih murah, hasilnya juga setanding seperti menggunakan perkakasan mewah.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Nur Amani Abd Rani . Jom kita ikuti.

PKP nak panggil tukang tak boleh, kodek-kodek pinterest dapat idea guna rak IKEA sahaja
Jimat teruk.

 

Menurut beliau, dekorasi menggunakan barang-barang Ikea memang berbaloi dan menjimatkan. Berikut merupakan senarai barang-barang yang beliau gunakan.

Barang-barang yang digunakan

1. Rak
2. Balang jar(bulat)
3. Balang jar(petak)
4. Basket storage
5. Balang airtight
6. Balang kaca

Barang-barang yang digunakan boleh dibeli di IKEA sahaja. Klik di sini untuk beli di Shopee IKEA.

Balang bulat dan petak untuk meletakkan rempah-rempah dan makanan bertin.

Balang-balang bulat dan petak yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan.

Balang-balang comel ni boleh digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan di dapur ini. Selain nampak lebih kemas, tidak dinafikan ianya juga memang sedap mata memandang.

Foto sebelum proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.

Foto selepas proses dekorasi pantri mini menggunakan barang-barang IKEA.

Cantik dan nampak simple kan dekorasi pantri mini dengan barang-barang Ikea ni. Kepada yang sedang mencari idea dan inspirasi ruang pantri rumah anda, boleh lah cuba idea dekorasi ini. DIY je!

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!

Rak dapur yang cantik mampu menambahkan lagi seri ruang dapur rumah. Selain boleh dibeli di kedai, sebenarnya  anda boleh diy sendiri sahaja rak dapur di rumah. Ianya bukan sahaja lebih jimat, malah lebih kemas dan cantik jika anda mempunyai ilmu pertukangan yang betul.

Untuk posting kali ini Giler Deco akan berkongsi sebuah posting asal daripada laman Facebook Maliq's Kitchen yang diy rak dapur menggunakan kayu pallet sahaja. Siapa sangka kan dengan menggunakan kayu terbuang pun boleh terhasilnya rak dapur yang cantik.

Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Barang-barang yang digunakan

Rak dapur menggunakan kayu pallet

Dapur yang agak kecik ruang. Kena gunakan semaksima dinding yg ada. Modal kurang Rm200. Dapat Juga buat rak yang sangat bermanfaat untuk kehidupan harian kita. Besi n pallet je bahan2 nya..

Antara barang-barang yang digunakan laitu kayu pallet sebagai bahan utama dan besi untuk menyokong kayu. Buat pengetahuan anda juga, besi seperti ini juga boleh ditempah daripada tukang besi.

Alatan-alatan seperti gegarji dan pembaris yang digunakan untuk membuat rak kayu berasaskan kayu pallet ini. Bagi anda yang ingin membeli gergaji online, boleh klik di sini.

Rak kayu daripada kayu pallet digunakan untuk meletakkan barang-barang untuk mencuci pakaian. Memang cantik kan ruangan laundry macam ni. Simple dan kemas.

Rak ini juga digunakan untuk meletakkan bahan-bahan masakan. Memang sangat menjimatkan ruang kan. Sesuai untuk sesiapa yang memiliki ruangan dapur yang tidak begitu luas.

Sumber: Maliq's Kitchen

Argh busuknya bilik air ni. Dari jauh dah bau. Nak kata tak cuci pun tak juga. Tapi kenapa cepat sangat berbau semula? Tak boleh jadi, aku kena cari tips hilangkan bau tandas, nanti malulah kalau tetamu datang.

Memang stres kalau bilik air berbau. Mulalah tercari-cari mana datangnya sumber bau yang kurang menyenangkan.

Antara semua bilik dalam rumah, bilik air memang jadi perhatian kerana selalu digunakan. Bukan sahaja seisi rumah, malah tetamu yang datang berkunjung juga pastinya akan mengguna bilik air. Kalau bilik air kotor atau berbau, memang terasa malu. Nanti dianggap pengotor pula.

Berikut adalah 9 tips hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.

1. Pastikan pengaliran udara yang baik

Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar.

Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.

2. Elak gantung baju atau tuala

Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bak teria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.

3. Pastikan tong sampah selalu kosong

Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bak teria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bak teria boleh menyebabkan punca bau busuk.

Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.

4. Galakkan kemasukan cahaya matahari

Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bak teria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.

5. Guna ‘essential oil’

Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titis essential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray.

Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.

6. Letak pokok bunga dalam bilik air

Pokok bunga seperti jasmine, lily dan ros mewangikan bilik air secara semulajadi. Selain memberi kesegaran, ia juga mencantikkan pandangan.

8. Hampas kopi

Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.

9. Arang

Arang adalah satu lagi bahan semulajadi yang mampu menyerap bau busuk. Cara menghilangkan bau tandas dengan arang adalah dengan meletakkan beberapa ketul arang kecil di dalam beg kain atau beg plastik yang berlubang-lubang.

Kemudian, gantungkannya di tempat yang berbau seperti berdekatan dengan mangkuk tandas. Pastikan bilik air dicuci dengan kerap,

Jika tidak kotoran akan melekat dalam bilik air dan sukar ditanggalkan untuk jangka masa yang lama.

Ia akan menyebabkan bilik air nampak kotor meskipun sudah dibersihkan. Bau yang kurang menyenangkan juga dapat diatasi dengan mudah.

Sumber Teks : Nasihat Pakcik

Sumber Foto: Pexel

Lazim sekali kita dengar perabot-perabot yang diperbuat daripada kayu pallet. Kayu yang berasal daripada pokok pine ini cukup terkenal dengan sifatnya yang murah dan senang untuk didapati. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea kreatif seorang remaja yang diy wall shelves daripada kayu pallet sahaja.

Memang sangat mudah cara pembuatannnya. Posting asal diperoleh daripada perkongsian laman Facebook seorang pemuda bernama Lennon Haniff. Jom kita ikuti.

Wall shelves kayu pallet

 

 

Ni alkisah hujung minggu lepas.. jalan2 kat kawasan taman rumah, terjumpa plak orang buang kayu pallet.. kita pon usung bawa balik setelah mendapat keizinan.. maka bermula la projek upcycle kayu terbuang dan terhasil lah custom wall shelf untuk teratak kami.. boleh la buat naik seri sikit dinding rumah..
Steps saya kongsikan kat gambar.

Bahan-bahan yang digunakan

 

  1. Kayu pallet -Klik di sini untuk beli
  2. Kertas pasir - Klik di sini untuk beli
  3. Baby oil (untuk kilatkan kayu) -Klik di sini untuk beli
  4. Pocket hole jig -Klik di sini untuk beli

Cara-cara

 

Kayu pallet yang digunakan :

  1. Sketch dulu atas kertas dan bermula la kerja ukur mengukur.
  2. Ukuran (dari besar ke kecil) 19" , 16" , 10" , 6.5" , 5". Setiap saiz saya potong 2 keping.
  3. Cantumkan 2 kayu yg sama saiz. Saya gunakan teknik pocket-hole jig.
  4. Sesi menggosok kayu guna kertas pasir.. memula saya gunakan kertas pasir grit 80. Pastu naik plak grit 180.. pastu naik lagi guna grit 600. Pastu tak larat dah, lenguh tangan.
  5. Sambungkan semua kayu2 tadi jadikan bentuk macam dalam gambar.Nak buat bentuk lain pon boleh.. ikut citarasa masing2. Last sekali saya sapukan minyak baby oil kat permukaan kayu. Saya memang tak sapu cat, nak nampakkan gaya rustic.

Hasil

Ni kejadian nya bila dah pasang ke dinding.. Alhamdulillah elok je dia jalankan tugas.. menambahkan lagi perasaan ceria bila layan k-drama bersama isteri tersayang.

 

Memang cantik dan kemas kan hasil tangan pemuda ni. Jika anda sukakan projek diy wall shelves daripada kayu pallet ini, jangan lupa kongsikan ya. Semoga bermanfaat.

 

Sumber: LennOn Haniff

Konsep mobile home memang jarang sekali kita dengar. Kebiasaannya konsep rumah bergerak ini hanya lazim di luar negara seperti USA. Kali ini, Giler Deco akan berkongsi sebuah posting asal daripada warga Malaysia yang kini menetap di Pennsylvania, USA. Beliau telah membeli dan mendeko mobile home sebagai kediamannya di sana.
Jom kita ikuti.

Rumah berkonsepkan Mobile Home

 

Lokasi: Pennsylvania USA

Ini adalah rumah Mobile Home (MH) yang kami beli, pemilik asal meninggal dunia, anak dia jual. Sedikit latar belakang pasal MH, MH asalnya trailer panjang, tapi dia buat rumah. bawah rumah ni ada tayar, depan ada tempat untuk sangkut boleh tarik kemana-mana.
Lebih kurang macam motorhome la, tapi motorhome dia design untuk mudah travel. MH ni design untuk park untuk jangka masa lama. Kalau nak heret kesana kemari pun susah sebab dia lebar dan panjang. MH ni 14x75 kaki. MH ni juga kadang dirujuk sebagai trailer. Biasanya owner akan park HM dia kat Trailer Park. Macam MH kami ni, kami sewa tapak. kos sewa tapak dalam $300 sebulan je. Jauh lagi murah dari rumah sewa dan boleh renovate sesuka hati dalam dia.
Sekarang kami dah pindah dari Pennsylvania ke Delaware US, sebab nak besarkan perniagaan kami, Mail-Boy (forwarding service). Waktu pindah jual MH ni, alhamdullah dapat jual harga lagi mahal dari beli. Koleksi gambar-gambar ni khusus part dapur. MH ni tahun 1996 kalau tak salah. So design nampak sangat lawa, kami memang target nak jual balik bila pindah. So dari bila nak pindah baru renovate, lebih baik renovate sebelum pindah masuk. Sempat merasa rumah cantik.

May be an image of 1 person and sky

Ruang hadapan rumah (front yard)

May be an image of kitchen

Ruang dalaman rumah (bahagian ruang tamu)

May be an image of kitchen

Ruang dalaman rumah (bahagian dapur)

May be an image of indoor

Keadaan rumah sebelum proses renovate

May be an image of kitchen

May be an image of kitchen

Dapur sebelah kiri.
May be an image of kitchen
Dapur sebelah kanan.

May be an image of outdoors

Permandangan rumah pada waktu malam
Sumber : Wan Khalil Ahmad

Hiasan ruang tamu merupakan salah satu aspek penting untuk keceriaan sesebuah rumah. Namun begitu, pemilihan warna sering kali menjadi persoalan setiap kali ingin memulakan dekorasi. Jadi, jom lihat idea dekorasi ruang tamu  bertemakan warna hijau dan pink hasil perkongsian oleh Nadzirah Mohd Shoghi ini.

Jom kita ikuti.

Kebanyakkan barang beli di shopee kecuali sofa dengan carrier home.
Sebulan juga la ambil masa nak siap.

Barang-barang yang digunakan untuk dekorasi ruang tamu rumah beliau dibeli melalui online sahaja. Selain lebih murah, sudah pastinya lebih menjimatkan tenaga dan boleh membuat banyak pilihan, tambah beliau.

Hiasan dinding yang digunakan:

Pemilihan barang-barang hiasan juga penting untuk menambahkan lagi seri ruang tamu rumah. Pastikan warna item-item yang dipilih adalah bersesuaian dan kena dengan tema yang dipilih. Tips: elakkan penggunaan warna-warna terang untuk tema "nude".

Warna langsir berselang-seli antara hijau dan pink menyerlahkan lagi rona ruang tamu.

Hiasan frame tulisan-tulisan khat pada dinding sebagai penambah aura ruang tamu rumah.

Kerusi gantung berlengan beralaskan comforter berwarna lembut sememangnya pilihan yang tepat untuk tema sebegini.

Cantik kan warna-warna lembut macam ni, boleh lah dijadikan sebagai idea dekorasi ruang tamu  anda. Semoga perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat untuk anda.

Konsep monochrome style yang menggunakan hanya satu warna asas yang disuaigaya dengan rona yang sesuai mampu memberikan vibe elegan dan moden. Tidak hairanlah konsep ini semakin mendapat tempat di hati pencinta hiasan dalaman.

Perkongsian Giler Deco  kali ini adalah daripada warganet Instagram @ainasyafiqka. Perkongsiannya adalah mengenai transformasi tangga rumah bertemakan konsep monochrome style. 

Jom kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.

Bahan-bahan Yang Digunakan :

 

 

Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so disebabkan dia kena mix dgn hardener utk tak nak bazirkan amount of paint sy bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dgn hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dh mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan taknak bazirkan duit & cat saya bahagi-bahagikan ratio.

 

Bahan-bahan yang digunakan untuk projek make over ini juga mesra poket dan senang untuk didapati. Selain tidak memerlukan kos yang tinggi, jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek juga tidak lama. Ianya hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan.

 

 

Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks. Dah 11 bulan lepas saya cat tangga,alhamdulillah masih cantik lagi macam colour pon tak pudar.

 

Foto Sebelum

Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi

Foto menunjukkan keadaan tangga sebelum didekorasi

Foto Selepas

Pandangan sisi tangga yang telah siap didekorasi

Pandangan hadapan tangga yang telah siap didekorasi

Memang puas hati kan tengok hasil tangan macam ni. Jadi apa tunggu lagi, anda juga boleh mencuba konsep ini. Selain tidak menggunakan banyak warna, konsep ini juga menjadikan ruang rumah anda lebih fresh dan elegan.

Trend shiplap sememangnya semakin mendapat tempat di dalam kalangan pencinta dekorasi rumah. Bukan itu sahaja, dinding shiplap juga tidak dinafikan banyak dipasang untuk ruang pejabat.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada Faezah Othman II yang memasang dinding shiplap di pejabat beliau. Hasilnya memang sangat cantik. Jom ikuti perkongsian projek DIY yang menarik ini.

 

Saya pernah kongsi progress pejabat saya dulu masa buat shiplap. Ramai pm nak tengok bahagian luar. Ramai juga tanya kos keselurahan shiplap untuk satu ruang bilik pejabat ni. Nak kongsi gambar bahgian luar. Ni bukan rumah. Ni pejabat untuk saya cari rezeki. Buat guna konsep bajet.

 

Barang-barang yang digunakan

 

  1. Papan mdf 234 keping = RM809.6 beli di sini
  2. Gam x bond + alat2 untuk lekatkan shiplap = RM104.91 beli di sini
  3. Skirting wainscoating x 26= RM208.4 beli di sini
  4. Cat jotun majestic warna = RM140 beli di sini
  5. Cat jotun majestic putih = RM140 beli di sini
  6. Cat putih undercoat = RM45 beli di sini
  7. Ice cream stick utk gap shiplap = RM9.70 beli di sini
  8. Gergaji =RM24.31 beli di sini
        TOTAL : +- RM1520
Untuk mozek, syiling gantung & papan playwood keliling total kos abis 3k++. Yang ni upah orang sekali barang

DIY shiplap dinding pejabat

 

Ruang dalaman sebelum proses shiplap

Ruang luaran pejabat

Proses semasa shiplap

Ruang pejabat yang telah siap didekorasi dengan shiplap wall

Ruang pejabat setelah diletakkan barang-barang, memang cantik kan.

Ruang pejabat dari sudut sisi.

Nampak kemas dan cantik je kan hasil tangan wanita ini. Apabila ruang pejabat selesa dan cantik, barulah selesa untuk bekerja. Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.

Sumber : Faezah Othman II

Kebiasaannya kita lihat batten wall hanya dipasang di kediaman-kediaman mewah. Namun sebenarnya, jika anda mempunyai bajet yang rendah dan inginkan hasil yang setanding dengan batten waincoting yang mewah. Anda boleh DIY sendiri sahaja di rumah.

Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah daripada sumber facebook Rozimah Ismail yang menghasilkan sendiri batten wall di kediaman beliau. Memang sangat kemas dan cantik hasilnya. Jom kita ikuti.

 

Alhamdulillah. Selesai DIY Project Batten Wall. Size - 36 kaki panjang. Time - 2 kali weekend. Total damage - RM270. Patience and accuracy - Priceless!

Bahan-bahan yang digunakan

 

  1. MDF Board 4 kaki x 9mm x 50mm -klik di sini untuk beli
  2. Wood Moulding Wainscoting 6 kaki x 12mm x 25mm -klik di sini untuk beli
  3. Undercoat paint Jotun Jotaplast white -klik di sini untuk beli
  4. Nippon Paint Easy Wash code Smokey Grey 1 liter -klik di sini untuk beli
  5. Xbond Glue Xtraseal x 2 tube -klik di sini untuk beli
  6. Masking tape -klik di sini untuk beli
  7. Measuring tape -klik di sini untuk beli
  8. Level ruler and pencil
  9. Acrylic sealant -klik di sini untuk beli

Video tutorial

Untuk mengikuti langkah-langkah menghasilkan batten wall, anda boleh menonton video di bawah.

Hasil

 

Memang sangat teliti kan hasil tangan pemuda ini. Fuhh, tenang je mata memandang. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan.

Sumber: Rozimah Ismail

Sesebuah dapur tidak akan lengkap tanpa ada kabinet dapur. Umumnya, kabinet dapur digunakan untuk meletakkan perkakasan pinggan mangkuk atau juga bahan-bahan masakan. Jika anda mempunyai kabinet dapur yang usang, jangan dibuang kerana ianya masih boleh di-make over supaya kekal cantik dan warna tidak lusuh.

Posting Giler Deco  kali ini adalah mengenai perkongsian daripada Erna Ezaety Bahar di laman Facebook. Beliau telah make over kabinet dapur rumah beliau sehingga nampak seperti kabinet baru. Lebih menarik lagi, kos yang dipakai oleh beliau kurang daripada RM40.

Make over macam ni harga lagi murah dari nak beli almari baru tapi dapat hasil yang WOWW macam kabinet harga ribu ribuu
‍‍‍‍‍‍‍Untuk almari macam ni guna dalam 2 tin cat yang 1L. Harga 1 tin cat tak sampai RM20 pun

Barang-barang yang digunakan:

Make over kabinet lama menjadi baru

 

 

Lepastu kita tampal kayu shiplap dekat pintu almari untuk dapatkan effect border yang exclusive
Tak payah susah2 paku, kita guna gam kayu je
‍‍‍‍‍‍‍Tukar sikit handle dia BOOMM terus jadi kabinet baru macam harga beribu

 

Anda juga boleh menggantikan pemegang kabinet lama dengan yang baru untuk nampak lebih kemas dan cantik. Untuk pemilihan warna pula, anda boleh memilih mana-mana warna kesukaan anda. Untuk perkongsian ini, wanita ini menggunakan warna green emerald. 

Hasil sebelum dan selepas

 

 

Cantik dan kemas kan hasil tangan wanita ini. Barang-barang yang digunakan oleh beliau juga memang mesra poket. Ibu-ibu di rumah pun boleh cuba idea dekorasi ini. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan posting ini.

Wanita dan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Bermacam-macam jenis bunga yang diperbuat daripada plastik, polisterin dan sebagainya yang berada di pasaran yang boleh dijadikan bahan dekorasi rumah. Namun lain pula bagi wanita ini yang menggunakan sabun andi sebagai bahan utama untuk membuat bunga!

Jom ikuti perkongsian yang sangat menarik daripada Iz SyilaZaina yang membuat dan menggubah bunga daripada sabun. Beliau turut mengongsikan bahan-bahan yang digunakan beserta cara-cara pembuatan.

Bahan-bahan yang digunakan:

 

 

Tepung jagung xyh byk.. Ada yg guna smpai 1cwn.. Air pn sikit shja.. Masa tuang tu ramas2.. Kalau mcm xckup air ramas jgk.. Sbb air sikit pn dh ckup.. Tp kalau mcm tlmpau skit nk tmbh air hya sedikit je ye sis..lg 1 masa nk bentuk, smbil2 celup jari kat minyak.. Myak Jonhson pn bleh.. Baru nmpk licin dan sng bentuk..

Bunga sabun

Bunga warna peach tu sabun jenama harmoni lepas buat saya sapu minyak rambut..haha.. Tapi tak kekal pun kilatnya.. Yang bunga merah saya guna sabun fruitale lepas buat tak sapu minyak cuma masa nk buat je saya celup kat jari sebab senang nak bentuk.. Tapi masih berkilat..

 

Campur semua bahan uli sampai jadi doh, lepas tu simpan dalam bekas kedap udara biar semalaman.. Esok uli lagi dan boleh bentukkan bunga dah ye

Memang cantik dan kreatif kan hasil tangan wanita ini. Sekiranya perkongsian Giler Deco pada kali ini bermanfaat, jangan lupa untuk kongsikan ya.

 

 

Sumber: Iz SyilaZaini

 

Fluted wall atau "dinding seruling" mampu menambahkan lagi aura moden sesebuah rumah. Namun, ianya jarang menjadi pilihan orang ramai dek harganya yang sedikit mahal berbanding prop-prop dinding yang lain. Kali ini, Giler Deco  akan berkongsi posting asal daripada Shaher Fuad yang mendekorasi dinding rumah beliau menggunakan fluted wall dengan bajet kurang dari RM500!

Jom kita ikuti.

Bahan-bahan yang digunakan

 

1. MDF Board ( 1 inci x 6mm x 5 kaki) : 134 batang (RM 1.90 sebatang x 134) = RM 254.60
2. Wall sealer : Selleys liquid nail ( 2 botol) = RM 24.00
3. Gap Filler : Selley Gap Filler (2 botol) = RM 15.00
4. Nippon paint under coat 1 litre = RM 38.00
5. Nippon Paint Matte White Easy Wash 3 litre = RM 98.00

Jumlah = RM 429.60

Seller mdf board di shopee yang saya beli ini boleh buat custom size.. so jangan risau.. bgtau je berapa lebar nak, die akan potong siap2 dengan ketam skli.. memang tinggal gam aje. setel.

 

Langkah-langkah memasang fluted wall :

 

  1. Lekatkan MDF board pada dinding asal rumah anda. (Saiz MDF board yang digunakan: 6mm-tebal, 1 inchi-lebar, 5 kaki-panjang)
  2. Lekatkan gap filler pada MDF board.

  3. Lekatkan pula wood filler
  4. Mengecat lapisan awal (undercoat)
  5. Proses terakhir adalah cat lapisan terakhir menggunakan warna pilihan anda.

Haa, cantik sungguh kan flutter wall hasil tangan jejaka ini. Semoga perkongsian daripada Giler Deco kali ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan!

Sumber: Facebook

 

Siapa sangka perhiasan dinding yang berbajetkan bawah RM 150 boleh kelihatan seperti menggunakan barang-barang mewah. Lebih menarik lagi, perhiasan dinding yang dikenali sebagai grand mirror ini boleh dihasilkan sendiri di rumah.

Untuk posting kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea dan hasil kerja seorang jejaka bernama Shamsul Dekcik yang menghasilkan grand mirror secara DIY di rumah beliau.

Barang-barang yang digunakan :

 

 

Kayu beli di kedai hardware shj dgn harga rm0.30 sekaki..total 80kaki..makanya kos kayu rm24 shj... guna kertas pasir utk licinkan sikit permukaan kayu.

 

DIY grand mirror dengan bajet bawah RM 150

  1. Kayu beli di kedai hardware sahaja dengan harga RM 0.30 sekaki. Total 80 kaki. Makanya, kos kayu RM 24 sahaja. Guna kertas pasir untuk licinkan permukaan kayu.

  1. 1 kotak bersize 2x2 kaki. Setelah gam kering, boleh di cat mengikut warna kesukaan. Gam kayu boleh dibeli di shopee.Gam yang digunakan hanya 2 botol sahaja untuk gam kayu dan cermin.

  1. Cermin saya beli di kedai DIY dengan harga RM5.30/keping. Bingkainya bewarna hitam, tetapi saya cat bagi warna putih. Boleh juga tempah cermin di kedai cermin dengan harga RM15/keping atau pakai mirror diamond. Ikut bajet anda.
  2. Ini adalah hasil setelah siap grand mirror. Seterusnya pula hanya menanti dining table sampai.

(selanjutnya…)

Ruang dapur yang bersih dan cantik bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada kita, malah, ianya juga dapat menyejukkan mata yang memandang. Tidak dinafikan juga, lantai antara merupakan elemen yang penting bagi sesebuah dapur.

Untuk perkongsian kali ini, Giler Deco akan berkongsi idea untuk make over dapur yang kecil di rumah anda menggunakan lantai jenis vinyl floor. Sumber posting kali ini adalah daripada saudari Farhana Manaf melalui laman Facebook.

Dapur kecil saya. Mungkin boleh bagi idea untuk siapa yang nak jimat kos
Kitchen cabinet upah kontraktor.
Untuk floor saya dan suami DIY tampal sendiri guna vinyl floor beli dekat Shopee

 

Selain menggunakan vinyl floor untuk lantai, wanita ini juga menggunakan kabinet jenis high gloss (putih) untuk dipadankan dengan corak vinyl yang dipilih beliau.

Make over dapur kecil menggunakan vinyl floor

 

Keadaan ruang dapur rumah beliau sebelum di-make over. 

Selain menggunakan vinyl untuk lantai, wanita ini juga menggunakan kabinet jenis high gloss (putih) untuk dipadankan dengan corak vinyl yang dipilih beliau. Menurut beliau, vinyl floor amat mudah untuk dipasang kerana anda hanya perlu menampal pada lantai tanpa memerlukan gam tambahan.

 

tak licin. Dia mcm tikar getah.

 

Oleh kerana teskturnya yang kalis air dan tidak licin, cara penjagaan lantai jenis ini juga sangat mudah. Juga tiada masalah untuk mengemop lantai jenis vinyl ini.

Wow, memang nampak simple dan menarik kan perkongsian daripada wanita ini. Siapa sangka dapur sekecil ini juga boleh didekorasi mengikut kreativiti masing-masing. Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini, semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Sumber: Farhana Manaf

 

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down