Panduan Memilih Lampu Ruang Makan Yang Terbaik

Ditulis oleh

Teknik pencahayaan adalah asas penting yang akan mempengaruhi mood dan suasana setiap ruang rumah. Tanpanya dekorasi anda mungkin akan nampak suram dan tidak menghidupkan suasana seperti yang anda bayangkan.

Begitu juga dengan pemilihan lampu ruang makan. Ada pantang larangnya.

Sama seperti pencahayaan ruang tamu dan ruang rumah yang lain, di ruang makan ini tidak hanya terhad kepada beberapa jenis lampu seperti mentol LED atau juga lampu pendafluor sahaja. Ada beberapa lagi jenis lampu hiasan yang perlu anda sediakan untuk menjadikan lampu ruang makan anda hidup seperti lampu downlight, lampu chandelier, lampu spotlight.

Warna lampu juga memainkan peranan yang penting dalam pencahayaan kediaman anda. Anda mempunyai pilihan untuk memilih pelbagai jenis warna mentol berasaskan warna kuning dan juga putih. Lampu berwarna juga mampu memberikan efek kepada suasana suhu rumah anda.

Lampu Ruang Makan

Tips Penting Dalam Pemilihan Lampu Ruang Makan Yang Sesuai

  1. Tentukan lampu yang sesuai dengan konsep deko rumah anda 
  2. Pilih warna lampu yang terbaik untuk rumah anda

Pilih Lampu Yang Sesuai Dengan Konsep Ruang Makan Anda

Pemilihan reka bentuk lampu ini merupakan antara yang penting untuk dilakukan pada rumah anda ini. Ia akan mempengaruhi pencahayaan untuk keseluruhan ruang rumah anda, memberikan mood dan juga suasana yang cantik dan memberikan cahaya yang tepat untuk anda makan dengan selesa.

1. Lampu Gantung seperti Chandelier

Akhir-akhir ini semakin ramai pemilik rumah memilih lampu gantung untuk diletakkan di tengah-tengah meja makan untuk menaikkan seri ruang makan mereka.

Jika anda ingin memilih lampu chandelier sebagai salah satu lampu siling untuk diletakkan di ruang makan rumah anda adalah seorang yang bergaya dan mempunyai citarasa yang tinggi. Hal ini kerana lampu chandelier ini sesuai untuk memberikan suasana yang mewah dan elegan pada ruang makan rumah anda.

Lampu chandelier terbahagi kepada 2 gaya iaitu klasik atau moden. Kedua-duanya mampu memberikan sentuhan ruang makan nampak lebih bergaya, elegan dan versatil lagi-lagi jika digantungkan sebagai lampu gantung meja makan anda. Ruang makan yang memiliki siling yang tinggi akan nampak lebih gah dengan lampu chandelier.

Chandelier bermanik kristal sesuai untuk anda yang sukakan gaya klasik, manakala material krom atau kaca pula menyerlahkan sisi moden ruang makan anda. Sekiranya anda gemarkan gaya industrial yang semakin mendapat tempat di hati pemilik rumah tempatan, carilah lampu gantung yang mempunyai elemen besi. Untuk maklumat terperinci mengenai lampu siling, kami telah menyediakan 5 Panduan Memilih Lampu Chandelier Untuk Ruang Tamu yang boleh juga digunapakai untuk memilih lampu ruang makan anda.

Selain chandelier, lampu pendant juga kelihatan semakin trending kerana gayanya tampak lebih moden. Selain itu, jika ruang makan anda memiliki tingkap yang besar, gunakan lampu gantung yang lebih pendek agar anda tidak melindungi pemandangan luar rumah anda. 

Untuk memasang lampu gantung ini pastikan jarak bahagian bawah lampu berada 30 hingga 35 inci dari permukaan meja. Lebar yang ideal bagi lampu gantung meja makan ialah ¾ daripada saiz meja makan tersebut. Dari segi bentuk, lampu yang anda pilih seharusnya selari dengan bentuk meja makan yang anda beli supaya ruang makan anda tidak nampak pelik.

Lampu Ruang Makan
Lampu Chandelier Moden
Lampu Chandelier Klasik

2. Lampu Downlight

Jika anda inginkan pencahayaan gaya minimalis untuk ruang makan anda, anda bolehlah pertimbangkan lampu downlight ini. Lampu jenis ini biasanya dipasang pada permukaan siling. Rekabentuk lampu ini biasanya sangat simple sahaja.

Lampu ini jika diposisikan ke atas, mampu menghasilkan pantulan cahaya yang dapat menerangi keseluruhan ruang. Juga boleh dihalakan kebawah atau sisi agar terus menerangi objek yang ingin dijadikan sebagai titik tumpu pada ruang makan anda.

Lampu Ruang Makan

3. Lampu Spotlight

Lampu jenis ini biasanya dipasang untuk memberikan fokus pencahayaan kepada dekorasi dinding anda seperti bingkai gambar atau lukisan. Ianya juga selalu digunakan di belakang atau sekitar rumah untuk menerangi kawasan-kawasan tertentu untuk tujuan keselamatan rumah.

Lampu spotlight pada masa kini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti sensor pengesan yang membantu menyalakan lampu tersebut secara automatik apabila terdapat pergerakan objek. Sesetengah lampu spotlight juga menggunakan tenaga solar untuk penjimatan bil elektrik pemilik rumah.

Sekarang anda sudahpun memilih pencahayaan yang sesuai dengan gaya ruang makan anda samada ingin tampak elegan, minimalis atau berfokus. Jom kita beralih kepada pemilihan warna lampu yang sesuai. 

Lampu Ruang Makan

Tentukan Warna Lampu Yang Terbaik Untuk Ruang Makan Anda

Warna lampu perlu dipilih dengan teliti supaya ia bukan sahaja menghidupkan gaya dekorasi ruang makan anda, malah membantu anda menjalankan aktiviti dengan baik agar ruang makan anda berfungsi seperi yang sepatutnya.

Lampu Putih

Lampu putih ini sangatlah sesuai digunakan untuk membantu anda melihat dengan jelas.  Jika ruang makan anda terletak bersekali dengan dapur, pilihlah lampu berwarna putih.

Anda boleh melakukan apa jua kerja-kerja dapur dengan cepat, mudah dan selamat. Haba yang dikeluarkan pula adalah rendah berbanding lampu berwarna kuning menjadi ruang lebih sejuk.

Lampu Kuning

Penggunaan lampu berwarna kuning ini pula mengeluarkan haba yang lebih panas berbanding lampu berwarna putih. Jadi, ruang makan anda mungkin memerlukan pengudaraan yang baik seperti kipas atau pemasangan aircond. Ianya sesuai jika ruang makan anda bersambung dengan ruang tamu.

Nak guna lampu kuning ini boleh, namun ada syaratnya iaitu digunakan sebagai lampu downlight kecil, lampu berdiri atau juga spotlight. Lampu kuning ini mampu memberikan suasana yang romantik apabila anda makan bersama-sama dengan pasangan anda.

Cahaya Semulajadi

Selain penggunaan cahaya buatan ini, kita boleh juga menggunakan cahaya semulajadi untuk meningkatkan pencahayaan sekitar rumah anda ini. Manfaatkan sepenuhnya pencahayaan daripada matahari sekiranya ruang makan anda mempunyai tingkap yang besar dengan meletakkan pokok hiasan hidup seperti pokok money plant sebagai hiasan meja makan anda. 

Cahaya matahari ini bukan sahaja menerangi dapat menerangi ruang makan anda, malah mampu memberikan kehangatan, kecerahan dan juga suasana yang lebih mesra. Jadi, kita tidaklah bergantung kepada cahaya lampu-lampu sahaja pada waktu siang.

Kesimpulan

Pencahayaan yang bagus di ruang makan bukan sahaja dapat menghidupkan suasana, malah pada masa yang sama menaikkan selera makan keluarga dan tetamu anda. Jadi rancanglah pencahayaan lampu ruang makan anda dengan teliti. Sama ada memilih lampu gantung atau lampu downlight untuk ruang makan anda, pastikan ia memberikan pencahayaan yang baik untuk ruang tersebut.

Diterbitkan pada
Januari 24, 2022
Dikemaskini pada
Mac 15, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram