Panduan Memilih Set Meja Makan Mengikut Saiz

Ditulis oleh

Selain ruang tamu, ruang makan merupakan tempat tumpuan pemilik rumah kerana di sinilah tempat untuk berkumpul dan melayan tetamu, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan. Oleh sebab itu, pemilihan set meja makan yang sesuai memainkan peranan yang sangat besar untuk memastikan ruang ini ‘hidup’.

Berikut merupakan 5 kriteria penting dalam memilih set meja makan:

  1. Bentuk 
  2. Saiz meja makan dan jumlah pengguna
  3. Material
  4. Stail
  5. Keperluan

Untuk post ini, Giler Deco akan berkongsi cara untuk memilih set meja makan mengikut saiz dan jumlah pengguna.

Soalan wajib sebelum memilih set meja makan

Kebanyakan set meja makan yang dijual di kedai perabot, mempunyai ukuran standard seperti perabot rumah yang lain. Selalunya, meja makan berbeza pada stail dan panjangnya, namun tinggi meja selalunya konsisten atau tidak banyak perbezaan.

Perkara utama yang perlu anda teliti sebelum memilih set meja makan ialah

  1. Berapa luaskah ruang makan di rumah anda?
  2. Berapa ramai orang yang akan duduk di meja tersebut?

Berapa ramai orang yang mampu dimuatkan untuk sesebuah meja makan bergantung kepada bentuk meja makan. 

Oleh itu, tentukan bentuk meja makan yang menjadi pilihan anda terlebih dahulu sebelum memilih saiz meja.

Pastikan anda mengukur terlebih dahulu ruang makan anda dengan mengambil kira juga saiz perabot lain, seperti sideboard yang akan diletakkan di ruang tersebut.

Sumber: Pinterest

Tinggi meja makan yang standard

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketinggian meja makan tidak banyak berbeza dari satu meja ke meja yang lain. Anggaran tinggi meja makan yang standard ialah 28 hingga 30 inci. Ianya cukup untuk memastikan ruang antara lutut dan meja makan adalah selesa untuk orang dewasa. Tinggi ini juga sesuai untuk kita makan dengan selesa tanpa perlu membongkokkan badan.

Tinggi meja makan kaunter

Meja makan kaunter atau counter-height bar semakin mendapat perhatian pemilik rumah di Malaysia. Biasanya meja makan kaunter ini digunakan untuk bersarapan atau ruang bersantai sambil mengopi atau mengeteh.

Tinggi untuk meja makan kaunter adalah sama dengan ketinggian counter top kabinet iaitu 36 inci.

set meja makan untuk 6 orang
Sumber: Pinterest

Bilangan kerusi untuk set meja makan

Setiap orang memerlukan ruang sebanyak 2 kaki untuk keselesaan semasa makan. Meja anda perlulah mempunyai kelebaran minimum 36 inci untuk menempatkan makanan dan pinggan mangkuk serta kutleri dengan sempurna. Jika lebarnya kurang, anda terpaksa menyediakan meja tambahan seperti meja bufet untuk meletakkan makanan.

Berikut merupakan saiz meja makan yang sesuai dengan bilangan kerusi mengikut bentuk.

Saiz meja (diameter)Bilangan kerusi untuk meja bujur atau segi empat tepatBilangan kerusi untuk meja bulat atau segi empat sama
4 kaki (48 inci)4 orang4 orang
5 kaki (60 inci)6 orang6 orang
6 kaki (72 inci)6 orang6 orang
8 kaki (96 inci)8 orang-
10 kaki (120 inci)10 orang-

Untuk meja berbentuk bulat atau segi empat sama jarang sekali saiznya melebihi 6 kaki melainkan anda ingin menempah khas meja tersebut.

Meja Boleh Laras (atau Extendable Table)

Jika anda perasan, katalog Ikea mengandungi extendable table atau meja boleh laras.

Meja jenis ini biasanya mempunyai kaki yang boleh ubah atau bahagian atas meja yang boleh dilipat untuk digunakan ketika memerlukan. Sekiranya anda sering menerima tetamu atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli meja seperti ini untuk kegunaan tersebut. Namun, sila pastikan ruang makan anda masih lagi mempunyai ruang yang cukup setelah panjang meja dilaraskan.

Extendable table rectangle IKEA Malaysia

IKEA Vangsta Extendable Table 120/180 cm

Didapati dalam 2 warna - coklat gelap dan putih, meja VANGSTA ini mampu memuatkan 4-6 orang dalam satu-satu masa. 
Beli di Shopee
Extendable table oval Malaysia

Jo ELLE - Walden Extension Dining Table (1.5M + 0.45M)

Meja yang sesuai untuk anda yang inginkan suasana ruang makan yang menyenangkan. Mampu menempatkan sehingga 8 kerusi sekiranya tetamu anda ramai.
Beli di Lazada Malaysia

3 tips memilih saiz meja makan

Mungkin anda masih lagi keliru bagaimana untuk memilih set meja makan yang sesuai. Di sini kami kongsikan lagi tips pemilihan meja untuk ruang makan yang dikongsikan oleh blog TheKitchn.

1. Meja makan 4 kerusi atau meja makan 6 kerusi?

Pilihlah saiz yang lebih besar daripada saiz yang dirasakan sesuai. Pemilik rumah selalu saja berkira-kira untuk membeli meja makan kerana merasakan “Oh, saya tak adalah duduk di meja makan selalu.” atau “Keluarga saya hanya ada 3 orang saja.”

Tetapi jika ruang makan anda cukup untuk menempatkan meja makan 6 kerusi, memilih meja dengan jumlah kerusi kurang daripada itu akan membuatkan ruang anda nampak kosong dan tidak ‘berseri’.

2. Ingat 3

Jika meja anda terlalu besar berbanding ruang yang ada, ruang makan anda akan kelihatan berserabut kerana terlalu lebihan ruang yang ada menjadi sempit. Meja makan memerlukan ruang kosong sebanyak 3 kaki pada setiap sisi untuk memberikan ruang kepada pengguna duduk atau bangun dari kerusi.

3. Pilih meja bulat jika ruang makan anda terhad

Meja bulat sangat sesuai untuk mengoptimumkan ruang makan yang kecil. Kakinya tidaklah selebar kaki meja makan berbentuk segiempat. Selain itu meja bulat juga sesuai untuk diletakkan di dapur atau sebagai breakfast nook untuk suasana bersarapan yang lebih santai.

meja makan bulat

Setakat ini sahaja perkongsian kami kali ini. Anda dapat sesuatu?

Diterbitkan pada
Disember 28, 2021
Dikemaskini pada
Mac 15, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram