Ingin tahu cara membuat kolam renang simple dan kreatif? Sebenarnya mudah sahaja untuk membuatnya jika anda tahu cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kolam renang simple dan kreatif.

Anak-anak pasti suka apabila dirumah mereka bakal akan ada kolam renang sendiri. Apabila ada kolam sendiri, mereka boleh bermandi-manda dan bersuka ria diantara satu sama lain.

Menurut daripada saudara Hafiz Ateh AR. Beliau telah berkongsikan cara untuk membuat kolam renang yang simple dan kreatif di halama rumah beliau. Mari kita tengok langkah-langkah beliau apabila membuat kolam ini.

1. Proses Mengorek Tanah

Langkah pertama ialah sebelum memulakan proses mengorek tanah ialah menanda kawasan yang hedak dikorek. Ia boleh menggunakan kayu mahupun talu benang. Seterusnya korek tanah tersebut dengan keluasan yang diinginkan. Dalam projek diy ini, Hafizh menggali tanah menjadi 3 aras kedalaman sesuai mengikut ketinggian anak-anak.

Kebiasaannya untuk rekabentuk kolam renang yang bakal terhasil kita yang aturkan mengikut kreativiti serta bersesuaian dengan ruang.

2. Letakkan Batu Kerikil

Proses meletakkan batu kerikil pada lantai kolam renang mini merupakan langkah yang perlu untuk pastikan lantai bawah kukuh. Batu kerikil seterusnya diratakan dan dipadatkan. Boleh rujuk gambar di atas.

3. Letak Besi Kerangka

Langkah berikutnya, hedaklah meletakkan kerangka besi yang berukuran size 3x2 pada permukaan batu kerikil tadi. Konkrit dituang di atas rangka besi dan diratakan untuk menghasilkan lantai yang kukuh. Kemudian dinding kolam renang pula dibina menggunakan batu-bata.

4. Pemasangan Paip Saluran

Proses yang sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Jika tidak kita terpaksa guna baldi untuk cuci air kolam. Buat system piping flow in dan flow out dan pump air untuk air terjun (waterfall) dan air pancut.

Pasti anda suka dapat bermain air hujan ketika mandi bersama anak-anak. Dan pastinya pengalaman sebegini berharga buat anak kecil anda.

 

5. Proses Plaster Dinding

Terpulang kepada kreativiti anda. Dalam binaan ini saudara Hafizh Ateh AR telah membuat ukiran pada plaster dinding. Anda juga boleh pasang mozek jika berminat.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

 

6. Proses Memasang Mozek

Langkah seterusnya, anda perlu memasang mozek (tile) pada keseluruhan permukaan dinding kolam renang dan sekelilingnya. Jangan lupa untuk letakkan Sika Top Seal pada permukaan konkrit yang berfungsi sebagai kalis air.

Selepas siap memasang tile, jangan lupa untuk basuh serta cuci keseluruhan permukaan kolam renang. Sisa kotoran tanah atau konkrit semasa pembinaan perlu disingkirkan sebelum proses terakhir iaitu cat.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

7. Proses Mengecat

Setelah siap semuanya, kemasan yang terakhir ialah mengecat kolam renang tersebut mengikut warna pilihan masing-masing. Untuk kesan air Nampak lebih cantik dan jernih gunakan warna biru.

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

8. Kolam Renang Siap!!!

Membuat Kolam Renang Simple Dan Kreatif

Masa sudah tiba. DIY kolam renang kini sudah pun sedia untuk diuji. Tapi harus di ingat sebelum membiarkan anak anda mandi-manda dalam kolam renang itu, buat last  inspection pada permukaan kolam jika ada sebarang kekotoran/permukaan yang tidak rata serta merbahaya. Uji berulang kali saluran paip air keluar dan masuk.

Apa-apapun nice job dan kredit kepada pemilik Hafiz Ateh AR.

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- DIY Wall Panel Seakan Dinding Hotel Yang Mudah & Jimat

 

Kitar semula tayar untuk bina kandang adalah sesuatu yang tidaklah begitu asing bagi penggemar diy ini. Tak kira lah tayar kereta atau tayar motor ia berguna dan serbaguna. Tayar adalah antara barang yang sangat sukar untuk dilupuskan pada tempat pelupusan sisa dan kitar semula. Salah satu contoh paling menarik ialah anda boleh bina kandang  hanya dengan menggunakan tayar terpakai. Perkongsian dari Giler Deco pada kali ini adalah mengenai contoh idea diy kandang haiwan ternakan hanya guna tayar terpakai.

Kenapa tayar tarpakai ini sesuai dijadikan sebagai kandang haiwan ternakan adalah kerana tayar sangat keras. Jadi amat sesuai untuk dijadikan pagar kadang haiwan ternakan anda.

Selain itu, dengan hanya menggunakan tayar terpakai ini secara diy. Sedikit sebanyak anda mampu untuk berjimat cermat dalam membina kandang tanpa perlu keluarkan modal yang amat besar. Anda hanya perlu ke bengkel dan kedai tayar lama untuk mencari tayar-tayar yang sudah tidak digunakan. Ataupun anda boleh membeli dengan pemilik kedai tayar itu dengan harga yang amat murah.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian idea untuk membuat diy tayar ini.

Contoh Idea DIY Kandang Haiwan :

 

Bukan itu sahaja. Selain dari digunakan membuat kandang. Tayar lama ini sememangnya banyak kegunaan lainnya. Salah satunya adalah anda boleh menggunakan tayar terpakai ini untuk membuat diy pasu bunga. Apa yang anda perlu buat adalah dekorasikanya terlebih dahulu dan anda cat mengikut warna kesukaan anda supaya cantik berseri.

Berikut adalah idea untuk bakal penternak baru bina kandang dari tayar terpakai :

[foogallery id="629"]

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Banyak pemaju perumahan menawarkan rumah-rumah dengan saiz yang lebih kecil untuk menjadikan harganya lebih mampu milik. Ini menjadikan kita harus lebih kreatif untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur, tetapi masih lengkap untuk menyimpan barangan yang kita perlukan. Perkongsian kali ini adalah mengenai 7 tips dan cara jimatkan ruang deco bilik tidur.

Walapun anda memiliki ruang bilik tidur yang tidak begitu luas atau terhad. Itu semua bukanlah menjadi masalah untuk anda tidak menggunakan katil didalam bilik anda. Banyak cara dan langkah untuk memastikan bilik anda kelihatan luas meskipun bilik anda mempunyai katil.

Jom sama-sama kita ikut beberapa tips dan cara jimat ruang bilik.

Tips Dan Cara Deco Bilik Tidur :

 

Guna katil bilik tidur yang banyak kegunaan seperti gambar dibawah ini. Selain dari dapat tidur, Pada bahagian bawah katil itu anda boleh gunaan untul membuat tempat belajar atau kerja. Anda cuma perlu letakkan meja belajar atau meja kerja disitu. Senang sahaja.

hiasan bilik tidurDekorasi katil jenis ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. Hal ini kerana dekorasi dan bentuk nya tidak merbahaya untuk dipanjang oleh kanak-kanak. Selain itu. Katil jenis ini juga sangat kukuh.

hiasan bilik tidurJenis dekorasi katil seperti ini sangat sesuai digunakan didalam bilik anak perempuan yang sempit. Hasil ini kerana bentuk dan konsepnya agak kelihatan sesuai dengan anak perempuan.

hiasan bilik tidurKatil jenis ini pula sangat sesuai digunakan oleh lelaki dewasa. Ini kerana bentuknya agak kukuh dan kelihatan sukar untuk roboh. Selain itu katil jenis ini juga sesuai diletakkan meja dikawasan bawahnya. Boleh la anda jadikannya sebagai bilik katil pejabat.

Untuk gambar selaanjutnya boleh lihat dibawah ini.

hiasan bilik tidur

hiasan bilik tidur

hiasan bilik tidur

hiasan bilik tidur

hiasan bilik tidur

hiasan bilik tidur Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Anda bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama? Sudah lama tak menyusun ruang tamu dengan susun atur yang baru dan lebih kemas? Inilah masanya untuk anda lakukan semua itu. Design dan susun letak yang baru dapat membangkitkan semula semangat dan rasa cinta pada rumah anda. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai 10 tips hiasan ruang tamu agar kelihatan moden, cantik dan elegan.

Ini sangat penting, kerana dimana lagi tempat yang paling tenang dan menyegarkan untuk anda berisitirehat bersama keluarga kalau bukan di ruang tamu rumah anda.

Kini telah banyak jenis-jenis dekorasi yang boleh anda pilih dan susun. Deco gaya English, gaya Jepun, gaya Melayu, klasik, vintage dan bermacam-macam lagi susun atur dekorasi rumah yang popular.

Kali ini, biar kami bantu anda dengan senarai tips hiasan ruang tamu dan puluhan idea untuk anda berkreatif.

Tips Hiasan Ruang Tamu :

 

1.Pilih Mood Yang Sesuai Dengan Warna Pilihan Anda

Warna yang anda pilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga di ruang tamu. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda.

Sebagai contoh, warna biru muda dan putih menjadikan ruang tamu nampak lebih luas dan rasa lebih tenang dan menyejukkan. Pastikan ada keseimbangan dalam pilihan warna anda.

2.Mulakan Dengan Menghias Dinding Terlebih Dahulu

Walau apa pun rancangan dekorasi anda, mulakan dengan menghias dinding terlebih dahulu. Sama ada hanya sekadar mengecat dengan warna baru atau pun menggunakan wallpaper, pastikan ianya sesuai dengan mood yang anda pilih

Kini sudah semakin mudah untuk anda dapatkan wallpaper berkualiti dengan harga yang murah. Pilihan kedai seperti KaisonMr DIY dan Daiso boleh buat kita jadi rambang mata. Apa-apa pun, stick to the plan.

3.Pilih Perabot Yang Betul

Sekiranya anda memang dah berniat untuk beli perabot baru, pastikan beli reka bentuk dan desain perabot yang betul seiring dengan rancangan kita.

Dan lebih baik sekiranya anda tidak membeli dari satu kedai yang sama sahaja. Pelbagaikan supaya ruang tamu anda tidak nampak seperti showroom di kedai perabot.

Satu lagi perkara, ukur dan buat kiraan di setiap sudut ruang tamu anda. Jangan longgokkan perabot terlalu banyak sekiranya ruang tamu anda kecil.

4.Design Titik Fokus

Titik fokus ialah kawasan di mana apabila anda masuk sahaja ke ruang tamu, ruang itu akan menjadi fokus mata anda.

Anda boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.

Hias ruang tamu dengan merujuk kepada titk fokus tadi.

5.Pilih Palet Warna

Samada anda berminat dengan warna jenis monochromatik atay skema warna yang lebih moden, pastikan anda pilih dengan baik.

Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja membuat carian di internet dengan carian “Color Pallete for Home Decor”.

Dengan palet warna, anda lebih senang untuk mencantumkan keratan-keratan puzzle dekorasi ruang tamu anda supaya nampak lebih bersih, dan tersusun.

6.Seimbangkan Antara Fungsi Dan Cantik

Dalam kata mudahnya, jangan beli dan letak sesuatu perabot hanya kerana cantik. Fikirkan sekali fungsinya.

Sebagai contoh, anda berminat dengan sofa Scandinavian yang mempunyai 2 tempat duduk kerana warnanya yang cantik. Sedangkan, keluarga anda sendiri seramai 6 orang. Jadi, ianya kurang sesuai.

Selain itu, pastikan juga ruang tamu anda dapat berfungsi dengan baik selepas anda membuat dekorasi.

7. Bagi Perhatian Kepada Pencahayaan

Sebenarnya agak mencabar untuk memastikan ruang tamu anda mendapat pencahayaan yang betul dan nampak cantik sekaligus.

Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahari dengan banyak,anda mungkin boleh kurangkan lampu.

Apa-apa pun, setelah anda pilih apa yang anda mahukan, barulah fokus mencari jenis lampu yang sesuai untuk dimasukkan dalam skema hiasan anda.

8.Pilih Hiasan Lantai Yang Selesa

Bagi memastikan ruang tamu anda satu ruang yang dapat berfungsi dengan baik, anda perlu pastikan lantai anda selesa untuk dipijak dan nampak cantik.

Pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda.

9. Susun Perabot Untuk Keluarga​​​​​​​

Pastikan susun atur perabot anda memudahkan untuk anda menghabiskan masa berkomunikasi dan berinteraksi bersama-sama keluarga.

Bagi mereka yang ada anak kecil, perlu disediakan ruangan untuk mereka bermain dan dalam pantauan anda. Selain itu juga susunan yang betul dapat membangkitkan rasa sayang sesama ahli keluarga.

10. Hias Ruangan Tingkap

Tidak seperti masyarakat Barat, di Malaysia kita lebih cenderung untuk menutup ruangan tingkap atau pintu bagi memelihara aurat dan rahsia keluarga kita.

Jadi, pilihlah langsir yang sesuai dengan desain, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisma bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.

 

Memasak di dapur yang bersih dan cantik tentunya menjadi impian setiap wanita lebih-lebih lagi yang hobinya gemar memasak. Kalau dahulu dapur hanya berfungsi sebagai ruang memasak, meletakkan peralatan dapur dan tempat makan. Namun kini fungsinya lebih dari itu yang memerlukan penataan tersendiri. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai 5 tips deco dapur kecil konsep minimalis apartment.

Buat anda yang mempunyai ruang dapur yang terhad berikut dikongsikan petua untuk rekaan dapur kecil agar terlihat kemas dan menarik. Anda boleh menggunakan dapur kecil minimalis sebagai pilihan utama untuk beberapa dapur yang memiliki ruang terhad.

Jom sama-sama kita ikuti tips yang ingin dikongsian ini.

Tips Deco Dapur Kecil Simple :

 

Perabot Yang Sepadan

Gunakan perabot yang sesuai dengan ruang dapur kecil seperti kerusi dan meja makan diperbuat daripada material seperti stainless steel yang bersifat neutral dan tahan lama. Boleh juga memilih kabinet kayu serta table top marmar atau granit yang memberi kesan mewah dan elegan pada dapur minimalis.

Rak Dinding Terbuka

Anda boleh menggunakan rak dinding terbuka (open shelving) yang dapat menyimpan berbagai peralatan dapur. Rak dinding terbuka ini mampu memberikan ilusi ruang yang lebih besar sekaligus dapat mencantikkan dapur.

Pencahayaan

Kunci kesempurnaan ruang dapur kecil ialah kesederhanaan yang boleh dicapai melalui pencahayaan ruang yang tepat. Anda hanya memerlukan lampu gantung di lelangit yang sederhana dengan watt yang cukup terang agar aktiviti memasak di dapur tidak terganggu.

Memilih Perabot Trend Terkini

Perabot dapur cepat mengalami perubahan seiring peredaran zaman. Secara tidak langsung ia mempengaruhi rekaan dapur kecil. Namun tidak bermakna anda perlu berbelanja lebih untuk membeli perabot baru. Buat perancangan berapa kerap dalam setahun untuk anda memperbaharui perabot dapur dan rekaan dapur kecil anda.

Aksen Hijau Atau Tanaman Kecil Di Dapur

Menambah aksen hijau dari tanaman boleh menjadikan ruang dapur kecil anda kelihatan menarik dan menjadikannya lebih segar. Anda boleh mencipta ruang tanaman mini di dapur dengan menanam tumbuhan herba seperti lavender, oregano, parsli dan sebagainya. Letak di tingkap agar tanaman itu mendapat cahaya secukupnya.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali kini. Diharap tips ini bermanfaat kepada anda.

Dapur merupakan “jantung” kepada rumah. Tidak lengkap rumah seseorang itu jika tidak ada dapur. Sebab itu menjadi keperluan untuk menghiasnya. Mesti ada yang tertanya-tanya apakah maksud "BNW" itu? BNW itu adalah konsep Hitam dan putih atau dalam bahasa inggeris (Black And White "BNW"). Perkongsian pada kali ini adalah mengenai deco dapur guna konsep "bnw".

Akan tetapi, pemilihan warna cat untuk ruangan dapur seringkali akan melalui proses yang merumitkan tambah lagi jika anda mempunyai ruang yang terhad. Tidak kisah anda mahu menghias dengan cara apa sekali pun, anda pasti mahukan ruangan memasak anda istimewa. Ia bukan sahaja dapat menaikkan mood memasak anda di dapur malah ia juga menjadikan masa anda di dapur lebih bermakna.

Wanita yang dikenali sebagai Zaza Zalina ini telah memilih konsep hitam putih dalam mendekorasi dapur rumah beliau. Gambar-gambar di bawah merupakan hasil perkongsian beliau. Jom sama-sama kita lihat gambar perkongsian yang dikongsi oleh wanita ini.

Deco Dapur Guna Konsep "BNW" :

 

Ini adalah keadaan dapur miliknya. Konsep yang digunakans sangtat simple dan dapurnya juga agak kelihatan kemas dan cantik.

Ini adalah keadaan ruang dapur dari sudut padangan ini. Walaupun hanya menggunakan hanya dua warna iaitu hitam putih, Tetapi sangat menarik dan ceria apabila dilihat.

Keadaan dapur dari padangan kiri.

Keadaan dapur dari padangan lebih dekat sebelah kiri.

Keadaan susunan pinggang mangkuk yang kelihatan disusn dengan kemas dan rapi.

Keadaan penuh bahagian dapur yang bertemakan hitam dan putih ini.

Keadaan dapur dari padangan kearah pintu dapur.

Keadaan dapur dari padangan hadapan.

Keadaan dapur dan meja makan.

Gambar kabinet dan meja makan. Cantik bukan?

Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam ubahsuai rumah dengan tema hitam putih.

Pasangan yang ingin melangsungkan hari perkahwinan pasti akan mencari perancang perkahwinan yang boleh merealisasikan impian mereka untuk diraikan sebagai raja sehari. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips gubahan hantaran serendah Rm19

Antara perkara utama yang selalu diambil perhatian adalah gubahan hantaran. Hantaran yang sudah menjadi salah satu daripada kemestian dalam majlis perkahwinan melayu, sudah tentu kedua-dua belah pihak ingin menghias hantaran mereka dengan cantik dan kemas.

Bagaikan tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan jika keluarga tidak datang dengan dulang hantaran yang dihiasi dengan pakaian, buah-buahan dan makanan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nauf Saufan telah berkongsi beberapa tips untuk membuat gubahan hantaran dengan bermodalkan RM19 sahaja untuk sedulang.

Menurut Nauf, untuk gubahannya kali ini beliau menggunakan bunga ‘baby breath’ yang hanya boleh didapati dengan harga RM30 sejambak dan boleh digunakan untuk 2 dulang.

Selain itu, dia juga berkata menggunakan bunga kek atau spesis chrysanthemum yang hanya berharga RM1.50 sebatang dan untuk menghias 7 dulang anda hanya memerlukan 6 batang sahaja.

Beliau juga menasihatkan agar menggunakan span basah berbanding span kering. Span basah bertindak untuk mengekalkan bunga segar dalam keadaan hidup dan tidak layu.

Jom ikuti langkah penuh dari Nauf Safuan untuk mempelajari tips menggubah hantaran dengan kos yang rendah.

GUBAHAN HANTARAN BAJET RM19 SEDULANG

Untuk gubahan kali ni sangat sangat mudah dan murah. Sebab pengantin yang request nak bunga macam ni. Aku gubahkan jer.

1st aku guna bunga baby breath. 1 Jambak bunga ni RM30 boleh gubah 2 dulang hantaran kalau gubahan jenis bunga penuh. Kalau buh sikit sikit boleh buat 3-4 dulang.

Aku beli bunga ni kat Petal Floral Puchong. Korang boleh google Petal Floral ni ada beberapa cawangan. Jadi boleh beli kat sana.2nd aku guna bunga kekwa atau spesis chrysanthemum. 1 batang RM1.50 jer. Untuk 7 dulang aku pakai 6 batang bunga.

Untuk gubah bunga hidup ni.Aku guna span basah. Span basah berbeza dengan span kering. Span kering tak menyerap air. Span basah menyerap air. Kenapa kena guna span basah? Supaya bunga tu boleh hidup. Kalau tak layu bunga tu nanti.

Untuk 7 dulang hantaran pakai 4 span basah. 1 span RM2 jer.

Sebelum gubah. Rendam span basah tu dalam 30minit. Lepas tu sebelum gubah. untuk elak dulang basah. Atau barang hantaran basah. Elok balut atau lapik span tu dengan plastik atau aluminium foil. Lepas tu baru start gubah. Good luck bride to be.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam meggubah hantaran. Selamat mencuba.

Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Tapi dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang dan menarik. Perkongsian kali ini adalah mengenai 7 tips ubahsuai bilik air.

Tips Ubahsuai Bilik Air :

 

1. Jangkaan kos renovate

Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos ubahsuai bilik air anda.

2. Susun atur dan pelan.

Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga. Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak menghadap ke arah kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan. 

3. Fahami dimensi bilik air standard.

Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi lebih efisyen.

 4. Ketinggian yang tepat untuk sinki.

Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.

5. Semak saiz Jubin yang dipilih.

Jangan terperanjat jika Jubin 300x300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh memperngaruhi susun atur dan perletakan Jubin akan jadi tidak cantic.

6. Pasang sendiri.

Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.

7. Beri perhatian pada transisi lantai.

Bilik air yang dipasang Jubin perlu dipandankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan Jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yang lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian tips ini dapat membantu anda dalam ubahsuai bilik air rumah anda.

 

Siapa kata meja kerja anda tidak perlu dihias bagi cantik? Dengan hanya sedikit touch up, anda bakal mendapat suasana meja kerja yang ideal dan cantik. Simple saja tetapi sangat memuaskan dan begitu selesa untuk anda gunakan setiap hari. Perkongsian kali ini adalah mengenai  17 working table yang simple tetapi cantik dan memukau.

Meja kerja yang kemas dan cantik akan membuatkan anda berasa selesa dan tenang tatkala membuat kerja atau apa-apa tugasan sekalipun. Apa salahnya anda melabur sedikit wang untuk meja kerja anda tampak lebih hidup, ceria, dan menarik. Yang paling penting, suasana bekerja sentiasa berjalan dengan lancar dan seronok.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini.

17 Working Table Sebagai Inspirasi Untuk Anda :

Ini adalah jenis dekorasi minimalis untuk ruang kerja dirumah. Hiasan yang digunakan adalah daun dan poko plastik

Ini juga boleh dikatakn dekorasi ruang kerja yang berkonsepkan klasik. Carok dekorasi yang digunakan adalah flora dan fauna.

Ini adalah idea dekorasi minimali ditepi tingkap. Sesuai untuk orang yang suka berapa ditepi tingkap bilik.

Ini adalah dekorasi klasik minimalis.

Ini adalah dekorasi moden simple.

Ini adalah dekorasi elegan hitam.

Ini pula adalah dekorasi yang simple tapi menarik. Untuk gambar selanjutnya boleh lihat dibawah ini.

Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk membuat home office dirumah. Memiliki bila dan ruang kerja yang selesa sudah pasti anda pun seronok dalam melakukan kerja.

Kelihatan mustahil, tapi wanita ini telah berjaya membuktikan dengan hanya RM2000, dia berjaya ubah dari rumah biasa kepada “rumahku syurgaku”. Sangat menarik apa yang dilakukan oleh wanita ini. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu perkongsian mengenai ubahsuai rumah Banglo usang kepada gaya klasik moden.

Wanita yang dikenali sebagai Mcyah Joanjett telah berkongsi rahsia disebalik cara dia mengubahsuai kediamannya berkonsepkan mewah klasik tetapi dengan bajet yang sedikit beliau mampu lakukan perubahan yang menakjubkan untuk rumhanya.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Ubahsuai Rumah Banglo Usang :

 

Ini adalah keadaan rumah sebelum diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.

deco rumahIni pula keadaan bilik sebelum diubahsuaid dengan gaya baru.

Ini pula keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.

Ini adalah keadaan ruang menonton tv sebelum diubahsuai dengan gaya baru.

Ini adalah keadaan rumah setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik konsep yang diterapkan. Bahagian halaman rumah kini nampak lebih cantik dan kemas tiada lagi kelihatan lusuh dan usang.

Untuk rak letak bunga hanya berharga RM25 yang dibeli di IKEA. Rak kasut pula hanya RM150 juga dari IKEA.

Ini pula keadaan ruang tamu selepas selesai diubahsuai. Jelas kelihatan mewah dan sangat kelihatan moden.

Cermin RM68 untuk 10 biji di IKEA.

deco rumah

Ruang makan yang simple but nice. baru selera nak makan dengan keluarga.

deco rumah

deco rumah

deco rumahMeja makan RM189, kerusi makan RM40 boleh didapati di IKEA manakala untuk alas meja pula beharga RM8 boleh didapati di MR.DIY.

Wallpaper yang digunakan juga sangat stylish dan eye-catching. bak kata orang sejuk mata memandang.

deco rumah

deco rumah

deco rumahLampu Spotlight berharga RM35 boleh didapati di IKEA.

Anda tidak lagi akan memandang rak di rumah anda sebagai tempat penyusunan buku sahaja, kerana anda sudah boleh menggunakannya sebagai aksesori deko untuk tatapan yang lebih menarik dan memukau. Perkongsian kali ini adalah mengenai idea rak dinding yang menarik untuk rumah anda.

Ikuti idea-idea di bawah untuk menghasilkan rak dinding yang lebih menarik dan memukau para tetamu apabila mereka berkunjung ke rumah anda.

Idea Rak Dinding Yang Menarik Dan Unik :

 

1. Rak yang boleh diletakkan dengan pelbagai barang.

2. Rak di bilik air. Untuk yang gemar meletakkan barangan seperti ini dirak bilik air. Anda boleh cuba gunakan konsep ini untuk bilik air rumah anda.

3. Rak di ruang tamu.

4. Rak ini juga cantik untuk dipamerkan di ruang tamu. Konsepnya sangat simple tapi menarik

5. Susunan buku yang unik di rak yang berbentuk alunan ini jelas tampak tenang dan simple. Dekorasi rak seperti ini sesuai dibuat di ruang tamu rumah anda.

6. Rak yang mempunyai 3 lapisan ini sesuai untuk susunan barang yang rapi sebegitu. Rak jenis ini sesuai digunakan untuk meletakkan buku  kerasa tidak begitu kuat untuk menampung benda berat.

7. Rak ini juga agak unik dan menarik untuk susunan barang dan dipamerkan di bahagian yang boleh tetamu lihat. Pasti tetamu akan berasa kagum apabila mereka melihat dekorasi dinding yang cantik dan kemas di dinding ruang meja makan.

8. Rak dinding hiasan seperti ini juga tidak kurang unik dan menarik. Jika anda jenis seorang yang suka dengan perhiasan pasu. Anda boleh cuba untuk gunakan konsep ini di dinding rumah anda.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi dalam mendekorasikan dinding rumah anda dengan dekorasi yang menarik ini.

Hidup pada zaman serba mahal sekarang memang tak dapat lagi kita nak lari. Ingin memiliki rumah yang serba lengkap dan cantik sememangnya memerlukan kita untuk mengeluarkan wang yang banyak. Perkongsian kali ini adalah mengenai tips diy rumah sederhana menjadi rumah mewah.

Tapi dengan sedikit olahan idea diy dirumah, anda dapat menukar rumah anda daripada biasa-biasa menjadi sesuatu yang bakal membuat tetamu rumah anda berasa teruja apabila melihatnya.

Ikuti tip di bawah ini untuk menjadikan rumah anda luar biasa!

Tips DIY Rumah Sederhana :

 

1. Book stopper

deco rumah

Buku-buku anda kini dapat disusun rapi dengan menggunakan penahan buku atau book stopper sebagai rak buku tergantung di rumah. Ia seolah-olah memberi ilusi bahawa buku anda sedang berada dalam kedudukan “terbang”. Nampak smart bukan? Cubalah!

2. Sofa daripada kayu pallet

deco rumah

Kayu pallet banyak kegunaannya apabila anda kreatif untuk mengolahkannya menjadi seperti apa. Bagi menjimatkan kos, apa kata anda gunakan sahaja kayu pallet sebagai set kerusi dan meja di rumah anda. Anda boleh letakkan di mana-mana sahaja di kawasan rumah anda mengikut citarasa. Set ini bakal mencantikkan pemandangan rumah lagi jika anda tambahkannya dengan bantal dan set akesesori cute yang lain.

3. Cat dan masking tape

deco rumah

deco rumah

deco rumah

Hanya berbekalkan masking tape dan cat sahaja, corak berbentuk abstrak di dinding yang telah dihasilkan oleh Puan Aida Kama ini telah membuahkan hasil yang cantik sekali! Ia seakan memberi wajah baru yang segar terhadap dinding rumah anda apabila kepelbagaian warna di cat pada dinding rumah anda dengan corak yang boleh direka mengikut kekreatifan anda.

4. Jahitkan 5 perai sarung bantal untuk menjadikannya sekeping tilam.

deco rumah

Anda boleh mengaplikasikan tip ini sekiranya anda mempunyai bantal yang banyak di rumah! Anak-anak anda pasti tersenyum gembira apabila mereka dapat tidur dengan nyenyak dan selesa di atas tilam diy ini. Cubalah!

5.Penutup tingkap lama menjadi pemegang surat

deco rumah

deco rumah

Jika anda mempunyai penutup tingkap lama atau window shutter, jangan terus membuang ia! Tapi, cuba untuk diy kan ia menjadi tempat letak surat-surat atau boleh juga meletakkan barang-barang ringan seperti dalam gambar. Maka, anda tidak perlu lagi berdepan masalah barang anda bersepah dan ”hilang tiba-tiba” setelah mencuba tip ini. Simple!

6.Tayar terpakai

deco rumah

Macam-macam jenis DIY yang kita boleh hasilkan dengan tayar. Salah satu contoh paling menarik ialah kerusi santai di ruang tamu. Lihat saja pada gambar di atas. Nampak selesa betul kerusi tayar DIY ini kan? Cantik pula tu!

7. Susunan paip pvc atau tin cat menjadi rak kasut

deco rumah

Paip-paip PVC atau tin-tin cat anda itu sebenarnya banyak kegunaannya jika betul-betul dimanfaatkan. Salah satunya adalah dengan menjadikan ia sebagai rak kasut. Bukan sahaja dapat menyusun kasut anda dengan kemas, bahkan rumah anda juga akan nampak kreatif.

8. Kerusi kayu

deco rumah

Siapa sangka kerusi yang saban hari anda gunakan untuk duduk itu sebenarnya ada kegunaan untuk perkara lain juga. Sebagai contoh, idea diy seperti dalam gambar adalah menarik untuk dibuat di rumah. Dengan hanya menggunakan kerusi sahaja, anda dapat menjadikan ia sebagai penggantung baju dan tempat letak barang.

Itu sahaja yang dapat Giler Deco kongsikan untuk hari ini. Selamat mencuba. Jika anda berminat ingin memberi barangan seperti yang digunakan diatas itu, anda boleh lihat dibawah ini.

Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak masa kita habiskan berbanding ruang lain di dalam rumah. Jadi, keselesaan di dalam bilik adalah penting dan mungkin ia perlu disediakan mengikut citarasa masing-masing. Apabila bilik tidur selesa, bukan sahaja dapat tidur lena dan nyenyak, bahkan ia mungkin juga mampu menjadi ruangan terapi bagi orang yang sukakan suasana ketenangan di dalam bilik tidur apatah lagi setelah seharian penat bekerja.

Setiap orang kebanyakannya mengimpikan sebuah bilik tidur yang berkonsepkan ala-ala istana. Tetapi, disebabkan kos untuk menghias bilik sahaja kadangkala boleh mencecahkan kos yang tinggi, hasrat mereka ini terbatal.

Rata-rata rumah di Kuala Lumpur dan khususnya rumah para bujang di luar sana, memang susah nak dapatkan rumah yang luas seperti di kampung. Ia merupakan satu cabaran, lagi-lagi bagi orang bujang yang ingin mendekorasi dan menghias bilik kerana faktor bilik yang sempit dan ruang yang terhad. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa tip yang mungkin anda boleh aplikasikan tatkala menghias ruangan bilik yang sempit.

Tips Menghiasi Bilik Tidur Berkonsepkan Ala-Ala Istana

 

1.  Hiasan dalaman yang simple dan kemas.

Pilih hiasan dalaman yang simple dan kemas apabila anda menghias bilik anda. Pemilihan yang tepat akan membantu mencorakkan keluasan bilik tampak lebih besar dan luas.

Pilihlah cadar yang berwarna cerah dan mendamaikan seperti warna putih dan bercorak geometri, penggunaan cermin, bingkai yang simple dan kemas serta penggunaan perabot yang sesuai dan tidak terlalu besar saiznya seperti katil dan meja sudut.

Bilik Tidur Istana

 

2. Susun atur perabot yang ideal bagi menampakkan ruang lebih besar.

Bagi menampakkan keluasan bilik yang rapi dan lebih besar, susun atur itu penting. Pastikan ada ruang legar dan pastikan juga perabot yang disusunkan itu tidak membataskan pergerakan kita.

Bilik Tidur Istana

 

3. Pilih perabot yang praktikal.

Pemilihan perabot yang lebih praktikal pasti akan menghasilkan ruang yang kemas dan cantik! Macam gambar kat atas ni, pemilihan katil 2 tingkat dapat menjimatkan ruang dan memilih rak yang panjang terus pada dinding tepi. Untuk memaksimumkan ruang lantai, tolak katil anda ke dinding. Kesannya akan mewujudkan suasana tidur yang nyaman dan tenang.

Jika suasananya nampak seperti bilik asrama, apa kata tambah ‘headboard’ pasang siap untuk mencipta gaya pereka hiasan dalaman. Selain itu boleh gunakan lampu tidur krom untuk gaya lebih versatil.

Bilik Tidur Istana

 

4. Pemilihan warna yang cerah.

Pemilihan warna cerah dapat membantu menampakkan ruang lebih luas dan besar. Warna putih adalah pilihan yang sangat praktikal untuk bilik tidur kecil. Ia menghalang ruang daripada kelihatan terlalu padat atau berkotak-kotak.

Menggunakan warna putih atau warna-warna pastel seperti biru lembut, kelabu cair, ungu cair dan krim boleh mencerahkan ruang terutamanya jika bilik itu tidak mempunyai tingkap.

 

5. Pasang langsir yang sesuai.

Bilik tidur yang selesa tidak lengkap tanpa pemasangan langsir yang sesuai. Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut. Ini bukan bermaksud anda perlu mengorbankan kualiti tidur anda.

Masih boleh menggunakan fabrik anti-cahaya, tetapi pastikan juga anda memasang langsir sheer untuk mencerahkan bilik pada waktu siang.

Satu lagi tip ialah, langsir juga lebih elok dipasang penuh atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.

Bilik Tidur Istana

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Bajet Bawah RM15

Follow Facebook kami juga DISINI

Bagi para gamers, bilik tidur merupakan syurga dunia bagi mereka. Sebab, biasanya mereka akan banyak menghabiskan waktunya di bilik untuk bermain game. Apatah lagi kalau interior bilik cukup nyaman dan terdapat pelbagai alatan permainan.

Nah, biar kegiatan main game makin syok, bagi yang belum ada bilik gaming mungkin cadangan kami boleh menyelesaikan masalah korang.

Hari ini giler deko ingin berkongsikan dengan anda semua khususnya kepada kaki gamer semua tentang tips jadikan bilik para kaki gamers menjadi superb. Tips ini akan membuatkan bilik gaming anda nampak elegan dan cantik. Jom kita tengok.

 

6 Tips Jadikan Bilik Para Kaki Gamers Menjadi 'Superb'!

 

1. Agar lebih menarik, korang boleh tampalkan poster-poster Avengers atau ikon gaming yang lain, baru syok gituu. Kerusi tu biar yang kukuh dan tak kebas kalau duduk lama lama, hehe~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

2. Gamer sejati semestinya memiliki LCD sendiri. Biar Nampak kemas, letakkan item-item tersebut di meja-meja mereka sendiri. Baru nampak bilik korang wow…

Tips Bilik Para Kaki Gamers

3. Biar boleh main game sambil baring, skrinnya korang boleh letakkan di atas meja sebelah katil korang. Biasanya, yang jenis hidup mati bersama game la yang camni..haha~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

4. Meja untuk main game boleh korang letakkan di sebelah tingkap. Kalau dah bosan giler selalu kalah, tenangkan fikiran lihat keindahan ciptaan tuhan..gituuuu~

Tips Bilik Para Kaki Gamers

5. Sebenarnya untuk menerapkan rasa bilik gaming, tak perlu kos yang tinggi pon. Pemilihan lampu yang sesuai juga boleh datangkan “feel” yang lain macam gitu. Lampu yang sederhana terang dan cahaya kebiruan menaungi bilik pon “fuh”..korang tak percaya cubalah..

Tips Bilik Para Kaki Gamers

6. Bilik sempit ape de hal? Korang boleh letakkan pc korang sebelah katil, ruang yang kecil bukan halangan untuk jadikan bilik kita ala ala gamers. Bilik besar tak pandai susun tak de guna jugakkan? haha

Macam mana dengan tips yang telah kami kongsikan? Menarik bukan? Kepada kaki-kaki gamers semua, diharap artikel ini dapat sedikit membantu anda dalam menjadikan bilik gaming anda menjadi superb. Itu sahaja daripada giler deco. Semoga bermanfaat untuk anda semua,

Follow juga kami di Facebook disini

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- 3 Trik Menghias Rumah Kediaman Agar Kelihatan Cantik Dengan Kos Rendah!

 

Mempunyai home theater di rumah merupakan salah satu sebab kenapa anda selalu berada didalam bilik. Dengan adanya home theater, anda dapat tengok tv dengan tenang dan syok. 5 alat penting ini mampu membantu anda untuk  menjadikan ruangan home theater anda mengasyikkan dan hebat.

Sistem bunyi sekeliling yang sedap didengari, TV jenis HDTV atau UHDTV yang berskrin besar, ada sambungan internet jalur lebar, sistem pengudaraan yang baik dan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Kelima-lima alat ini adalah keperluan minima bagi melengkapi sebuah ruang teater rumah idaman sekiranya anda memilih kombinasi alat-alat yang betul.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

5 Alat Penting Yang Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

 

1.Sistem bunyi sekeliling

Sistem bunyi sekeliling yang sedap bukan hanya bergantung pada alatan semata-mata, akan tetapi lokasi teater rumah dibina. Sebaik-baiknya home theater tersebut dibina di dalam sebuah bilik yang berdinding sepertimana sebuah panggung wayang.

Selepas anda memilih lokasi, hendaklah lengkapkan alat yang mempunyai system bunyi sekeliling yang sedap didengari halwa telinga anda dan tidak mempunyai masalah snyc  antara speaker. Lagi best jika ia berhubung melalui sistem tanpa wayar.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

2.HDTV/UHDTV berskrin besar

Bagi memainkan video pula, ada dua pilihan popular iaitu menggunakan projektor atau TV jenis teknologi definisi tinggi. Kebanyakan memilih TV kerana faktor ruangan bersaiz kecil/sederhana berbanding projektor yang lebih sesuai untuk ruang bersaiz besar.

Selain memilih TV yang menampilkan kualiti yang baik dalam paparan imej dan bunyi, anda perlu tahu saiz TV yang bersesuaian dengan ruangan anda bagi memaksimakan kepuasan penggunaan teater rumah.

HDTV ialah TV definisi tinggi yang bermakna details paparan itu jelas dan cantik dan UHDTV ialah TV yang mempunyai kualiti gambar yang lebih hebat daripada HDTV.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

3.Sistem pengudaraan

Pada first tadi kita sudah sebut teater rumah yang best adalah di dalam sebuah bilik berdinding seperti mana di pawagam. Jadi sudah pasti bilik itu bertutup bagi menghadkan cahaya luar dan mengoptimumkan bunyi dari sistem bunyi sekeliling.

Jadi adalah penting untuk memilih alat sistem pengudaraan yang senyap tetapi efektif.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

4.Sambungan internet jalur lebar

Semasa di zaman 90-an dahulu kita mungkin tidak terfikir akan keperluan internet jalur lebar bagi sebuah teater rumah. Internet pada waktu itu hanyalah untuk kegunaan komputer sahaja.

Namun, pada hari ini teater rumah begitu berbeza sekali apabila internet menjadi satu keperluan penting bagi memaksimakan penggunaan teater rumah dan fungsi peralatan audio dan video.

Alat Penting Menjadikan Home Theater Mengasyikkan

5.Perabot yang selesa

Pemilihan perabot pula berbeza dengan 4 alat di atas kerana perabot akan mempengaruhi hiasan dalaman ruangan menonton TV di rumah. Maka, selain daripada menitikberatkan keselesaan dan keempukan kusyen dan bahan perabot, warna dan corak juga turut memainkan peranan yang penting.

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Idea Dekorasi Bilik Tidur Bertemakan “Gold & Black”

 

Keselamatan anak kecil ketika berada di rumah penting kerana anak kecil tidak tahu apa yang dilakukan olehnya. Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa membuat pemantauan agar tidak berlaku perkara yang tidak di ingini. Kadangkala apabila berada di rumah anak-anak akan lebih bebas bermain ke sana dan ke sini. Adakalanya ibu bapa tidak dapat berikan tumpuan sepanjang masa. Perkongsian Giler Deco kali ini adalah dari Shuhaimi Zulkefli mengenai diy baby safety gate hanya dengan rm30.

Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga amatlah penting. Anak kecil kebiasaannya suka panjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan itu sahaja, di dapur juga anak kecil suka masuk ke dapur dengan senang dan pasti akan bermain dengan peralatan yang ada di dapur apabila tidak di simpan dengan cermat. Jadi tidak salah hanya keluarkan rm30 demi untuk keselamatan anak anda.

Sebelum mendatangkan bahaya kepada anak-anak,  seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.

Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba diy sendiri safety gate melalui perkongsian.

Mudah sahaja bahan-bahannya! Hanya menggunakan kayu pallet, besi L Bar yang boleh dibeli dari MR. DIY, curtain hook (IKEA) dan roda.

Diy Baby Safety Gate Hanya Dengan RM30 :

 

Bahan-bahan Yang Diperlukan :

1. Pelaras kaki meja yang terpakai. Fungsinya adalah sebagai security locked.


2. Kayu pallet


3. Vidga IKEA curtain hook dan dan dapat percuma getah.


4. Besi L shape (MY.DIY jual harga RM1.80)


6. Roda kecil kedai Eco


Langkah-langkah :

1. Tebuk dinding satu lubang dan lekatkan double side roda


2. Roda dibawah dan ditepi dinding


3. Roda tepi untuk jarakkan dinding


4. Roda bawah dua biji


5. Kunci yang boleh diselaraskan. Lubang anda tebuk sendiri


6. Inilah hasil yang sudah siap


7. Keadaan pagar apabila dibuka


Itu sahaja perkongsian kita untuk hari ini. Di harap dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba membuatnya dirumah

Baca juga : Sakit Mata Bila Tengok Susunan Gelembung Langsir Eyelet Tak Sekata? Ni Ada Cara Jimat DIY Langsir Divider Guna Gelas Plastik Jer!

Sebenarnya kabinet dapur tak besar mana pun tak kisah, tapi yang penting kita kena pandai susun atur barang itu sendiri. Ini bukan hanya sedap mata memandang, secara automatik juga mood memasak tu boleh jadi membuak-buak dengan suasana yang kemas dan tenang. Jadi kali ini Gile Deco mahu berkongsi mengenai tips mudah untuk surirumah di dapur.

Tips Mudah Untuk Suri Rumah Di Dapur :

 

Cara Susun Barang Kabinet Dapur

 

DIY Kabinet Dapur Sendiri, Lelaki Ini Guna Kos Hanya RM94 Sahaja Lengkapkan Dapur Miliknya! - KELUARGAPepatah mengatakan “kitchen is the heart of the home” jadi sangat penting untuk sentiasa menjadikan dapur anda bersih dan cantik kan?

Rumah teres petak memanjang dan ruang yang sangat terhad menjadi salah satu punca kadang-kadang dapur anda berselerak sebab tak ada ruang yang besar sangat. Untuk itu, dengan menyusun atur barang-barang di dapur secara kreatif dan kemas adalah jalan penyelesaian kepada masalah dapur anda berselerak.

Pasangan yang baru berkahwin memang pada kebiasaannya sentiasa berada dalam fasa berhati-hati apabila melibatkan kewangan. Jadi, untuk membeli alat dan mendekorasi dapur mereka secara ‘grand’ untuk kabinet memang jauh panggang dari api lah jawabnya. Oleh sebab itu, untuk fasa permulaan mereka boleh menyusun atur dan menghias dapur dengan tips di bawah.

Tips Yang Wajib Anda Tahu :

Jangan beli periuk kuali terlalu banyak, tapi cukup-cukup untuk yang kita nak guna sahaja. Pertambahan periuk bermakna pertambahan ruang nak simpan.

Dapur kecil mahupun besar saiznya, perkara utama yang perlu diperhatikan adalah penyusunan dan penyimpanan keperluan. Ia termasuklah susunan atau cara penyimpanan bahan makanan, peralatan memasak, pinggan dan mangkuk serta pelbagai lagi. Ini kerana, dapur adalah jantung bagi sesebuah kediaman dan kebanyakkan masa di peruntukkan di dapur berbanding ruang lain.

Oleh itu, bagi memberi keselesaan kepada isi rumah untuk berada dan memperuntukkan masa di dapur, ia perlu dalam keadaan kemas, tersusun, selesa dan cantik. Antara peralatan memasak yang selalu menjadi masalah penyimpanan dan susunan adalah kuali dan periuk. Jika tidak bijak menyusun, ia bakal memakan ruang. Berikut idea susunan periuk dan kuali di dapur yang sesuai dipraktikkan.

[foogallery id="7958"]

Itu sahaja perkongsian yang dapat Giler Deco Kongsikan untuk hari ini. Di harap dapat memberi sedikit sebanyak inspirasi kepada suri rumah diluar sana.

Like Giler Deco Facebook Page untuk lebih banyak info tentang dekorasi.

Baca juga : 3 Trik Menghias Rumah Kediaman Agar Kelihatan Cantik Dengan Kos Rendah!

Bila sebut mengenai dekorasi, pasti ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa kos untuk buat dekorasi mahal dan membebankan bukan? jadi kali ini giler deco mahu berkongsi mengenai 3 trik menghias rumah kediaman agar kelihatan cantik.

Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederna dan tidak mengupah mana-mana interior designer untuk cut bajet kos decor.

Sebenarnya, kalau kreatif dan tahu cara menghias, kita tidak perlu mengupah pakar. Dan semuanya boleh dilakukan sediri mengikut citarasa dan bajet sedia ada.

Apa yang perlu adalah imiginasi dan kreativiti.

3 Trik Menghias Rumah Kediaman

Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.

Trik :

1. Ceriakan Dinding Yang Kosong

Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:

2. Upgrade Perabot Sedia Ada

Selain beli perabot yang baru, anda boleh :

3. Recycle Bahan-Bahan Yang Tidak Digunakan Lagi

Senang Bukan? Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk menghias kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.

Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!

Like Giler Deco Facebook Page untuk lebih info tentang dekorasi.

Baca juga : Macam Sarang Kuntilanak ! Pasangan Ini Transformasi Rumah Lama Yang Ditinggalkan Menjadi Teratak Yang Indah!

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down