Tandas merupakan tempat paling penting dalam menjalani kehidupan seharian kita. Lagi-lagi bila tandas rumah sendiri, mesti nak sentiasa bersih dan nampak menarik kan. Kalau tak dijaga dengan betul, nak masuk pun fikir banyak kali.
Apatah lagi bila sambutan hari raya, tetamu nak pinjam guna tandas. Kalau tandas kotor dan kurang menarik sebagai tuan rumah kita juga yang malu. Bila nak renovate balik, mungkin memerlukan kos yang besar. Jadi lebih baik makeover tandas lama yang buruk menjadi baru
Namun begitu, apabila menggunakan teknik yang dikongsi oleh Ahmad Qamari ini, nampaknya amat menjimatkan dan boleh dipratikkan oleh semua orang. Jom kita lihat perkongsian beliau.
Since ramai kawan yang bertanya, kita share sikit apa yang patut untuk proses cat lantai ni.Bajet ciput? Nak tukar tiles baru menelan kos yang agak tinggi? Dengan kos hanya bawah RM200 tandas purba yang dulunya malap kini berseri kembali.
Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² kering tiles yang nak dicat tu.
Langkah 1 : (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT
(Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.
Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jangan buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku.
Langkah 2 : (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish
(campurkan dengan Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan. (Sama juga macam step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)
Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.
Sedikit Peringatan !! Pastikan anda memakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
Hasilnya Selepas Makeover Tandas Dilakukan
Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dekat tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².
Selamat mencuba. Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.
Kredit : Ahmad Aqari