Makeover Bilik Tandas Ala-Ala Hotel Mewah

Ditulis oleh

Bilik air atau tandas yang cantik sememangnya menjadi keutamaan para penghuni rumah. Kadang-kadang tandas yang sedia ada tidak mampu untuk puas hatikan penghuni yang sekarang. Jika penghuni mengimpikan tandas yang cantik, makeover bilik tandas perlu dilakukan.

Jadi, lelaki bernama Mohd Noh Mohamad tidak suka dengan tandas yang sedia ada dan nekad lakukan makeover bilik tandas beliau. Beliau mengimpikan untuk memiliki rupa sebuah tandas yang bertemakan ala-ala hotel mewah gitu.

Lelaki Lakukan Makeover Bilik Tandas Bagaikan Ala-Ala Tandas Hotel

Assalam semua warga Tukang Apa Hari Ini sekalian. Saya nak share makeover bilik air bak kata orang kita.

Sebenarnya memang dah lama berimpian nak ada'bilik air ala hotel'. So bersebab lantai air bertakung, alang-alang kita buat terus upgrading.

So bersebab lantai air bertakung, alang-alang kita buat terus upgrading.

Semua hasil usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa kecuali tools elektrik.

  • Pecah mozek + pecah lantai asal
  • Pindah toilet bowl
  • Pindah laluan septic dan drainage
  • Bangunkan divider guna cement board
  • Pasang mozek sendiri guna grinder
  • Wiring sendiri
  • Plumbing sendiri

Proses-Proses Makeover Tandas Ala-Ala Hotel

1. Rupa bilik air saya sebelum proses makeover dilakukan

Makeover Bilik Tandas

2. Proses makeover dimulakan dengan memecahkan mozek dan lantai terlebih dahulu.

Makeover Bilik Tandas

3. Pindahkan paip septic dan drainage terlebih dahulu sebelum melakukan proses seterusnya.

4. Anak bujang beraksi. Settle mozek lantai toilet dan sinki.

5. Proses lakukan lantai pada shower area.

6. Selesai merangka dinding untuk dijadikan penghalang shower

Makeover Bilik Tandas

7. Selesai mendinding guna cement board

8. Flush tandas ini saya sorok. Kalau terdedah nampak tak cantik pula

9. Dah nampak dah tu sedikit rupa tandas ala-ala hotel. Tak sabar rasanya!

Hasil Akhir Tandas Hotel

Taraaaaaa! Inilah dia rupa dan hasil makeover bilik tandas yang saya impikan bagaikan tandas ala-ala hotel. Untuk mozek lantai dan dinding pula saya guna mozek yang sama.

Makeover Bilik Tandas

Nak bagi ada efek tenang, saya tambahkan sedikit lighting

Makeover Bilik Tandas

Sumber : Mohd Noh Mohamad

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 23, 2021
Dikemaskini pada
Ogos 23, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram