Antara salah satu aksesori wajib yang perlu ada di ruang tamu semestinya televisyen bukan? Tanpa tv, rasa macam ruang tamu tidak lengkap lagi-lagi bila hendak "family time" bersama keluarga tercinta. Jadi, bila dah ada tv tu, perlukah kita mempunyai rak tv?

Rak tv memainkan peranan dalam melengkapkan suasana ruang tamu rumah kita. Kalau tiada rak tv, nanti tv tak tahu nak letak kat mana, wayar berselirat dan barang perhiasan yang lain tidak tersusun.

Untuk elakkan perkara sebegini berlaku,apa kata kita DIY sendiri rak tv ini, lagi jimat dan tak payah nak susah-susah beli dari Ikea. Jom kita ikuti perkongsian daripada Ismail Bidin melalui Kelab Kaki DIY

Lelaki Ini DIY Sendiri Rak TV Seakan Rak IKEA Yang Nampak Lebih Mewah Dan Moden

Alhamdulillah hari nie siap jugak kabinet tv ambe. . Mungkin kabinet tv paling lama nak siap . . Hampir 2 bulan

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

1) Kayu solid 1X10 inci.

CARA DIY RAK TV

1) Potong mengikut ukuran yang dikehendaki
2) Paku mennggunakan  "nail gun" untuk meminima kerosakkan
3) Siapkan rangka utama. Semua rangka ada 3 bahagian
4) Proses rak tepi
5) Siap kerangka rak tepi
Rak TV
7) Selepas siapkan proses mengecat. Lekatkan didinding dengan angle besi.
Rak TV
8) Masuk rak bawah
Rak TV
9) Rak atas tersangat berat. Kena angkat 2 orang.
10) Buat kerangka background dan saluran wayar.
Rak TV
11) Potong dan masukkn papan 18 mm. Letak gam siap2.
Rak TV
12) Pintu atas tempah kedai. RM 14 sekaki
12) Beli  ikut warna dan corak pilihan. Potong ikut saiz background yang anda inginkan
13) Letakkan gam. Tampal dan siap.
14) Pintu atas pasang gas spring. Senang nak buka
Rak TV
15) Pasang kan TV idaman anda. Saya pasang Sharp 60 inci, memang ngam2
Rak TV

Kredit: Ismail Bidin

Follow facebook kami DISINI untuk artikel dan pos mengenai dekorasi

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Bermodalkan RM300 Sahaja, DIY Kabinet Dapur Yang Setanding Harga Ribu Riban!!

Kebanyakan rumah mungkin menghadapi masalah banyak ulat habuk di rumah dan ada yang menternak binatang ini secara tidak sengaja. Ulat ini biasanya ada di dalam almari dan kawasan berdebu. Kalau kena mungkin boleh gatal dan banyak kesan negatif yang lain. Jadi, jom kita ikuti perkongsian daripada Yatie Eimra di laman facebooknya tentang cara-cara nak hapuskan dan kawal ulat habuk di rumah anda.

Banyak Ulat Habuk Di Rumah? Ketahui Cara Untuk Hapuskan Ulat Habuk Dengan Mudah

 

Cara Hapuskan & Kawal Ulat Habuk

ulat habuk

Tak kisahlah apa nama yang korang panggil samaada ulat habuk, ulat dinding, casebearer, dust worm ataupun dikenali sebagai kamitetep di Indonesia. Ulat ni sebenarnya dalam fasa larva sebelum bertukar jadi kupu². Selain kawasan berdebu, bersawang, kawasan berkelembapan tinggi (macam toilet, bilik stor/bilik yang tak cukup pengudaraan & cahaya matahari yang cukup).

Ulat ni suka bersarang dibawah katil & almari. Andai kata korang selalu bersihkan rumah & takde sawang sekalipun tapi kalau kupu² ni dah termasuk dalam rumah, ia tetap akan cari tempat untuk bertelur. Kalau ada salah satu ciri² yang disebut tadi, nak² dalam rumah memang banyak sumber makanan dia memang jadik port dia beranak pinak.

Ulat habuk ni makan sawang labah², rambut² yang berguguran, bangkai serangga kecil & gak fabrik. Ulat ni memang boleh sebabkan rasa gatal jika kita digigit & ulat beluncas kupu² tu sendiri pun boleh sebabkan naik gatal² badan bagi orang yang kulit sensitif & ada alahan.

Walaupun macam tu, gatal² badan bila baring atas tilam & pakai pakaian dari almari tak semestinya berpunca dari ulat habuk yer. Boleh gak berpunca dari hama akibat dah lama tak bersihkan tilam atau pakaian yang dah lama tak digunakan. Kalau tiba² rasa gatal & ada tanda gigitan dengan bulatan kecil tu mungkin gak berpunca dari agas. So banyak punca lain jadi gatal² ni melainkan korang memang jumpe sendiri la ulat ini

Ulat habuk ni boleh jer kita spray secara direct dengan spray racun serangga. Tapi masalahnya, kita tak tahu kat mana kupu² tadi bertelur. Bergantung pada spesis kupu² tu sndiri, ada yang hasilkan 40-50 biji sekali bertelur. Telur² ni bila dah menetas jadi larva, dia akan buat kelongsong kepompong & mula merayap² lak. Telur² ni pun kena hapuskan sebelum ia menetas untuk elakkan masalah dikemudian hari.

Hapuskan Ulat Habuk Dalam Almari Pakaian

Kalau kupu² bertelur dalam almari memang leceh sangat. Sebab korang takkan tahu kat baju mana ia bertelur.

-Keluarkan semua pakaian dari almari.

-Cari pakaian/fabrik yang berlubang. Jika ada, asingkan dari pakaian lain sebab kemungkinan ada telur kupu². (Kupu² biasanya bertelur kat sumber makanan dia supaya baby² ulat dapat makan dengan cukup?).

-Basuh pakaian yang berlubang dengan suhu 40°c, pakaian lain boleh dijemur dibawah panas matahari terik ATAU

-Basuh jer semua pakaian dengan suhu 40°c (disarankan). Cara ni leceh sikit, tapi sekurang²nya korang dapat pastikan semua pakaian dah takde telur kupu² tu.

-Almari pakaian korang tu, spray dengan air sabun & campuran cuka (saya gunakan spray cuka serbaguna saya je?). Lap seluruh bahagian dalam & luar jika perlu. Cuka ni bersifat asid & mampu membunuh telur² serangga & hama.

-Untuk elak ulat habuk bersarang dalam almari lagi, boleh gunakan ubat gegat ataupun bahan penyahlembapan (contohnya brand thirsty hippo) untuk serap kelembapan dalam almari & tak sesuai untuk pembiakan kupu². Untuk almari baju ni, saya lebih suka ubat gegat dengan wangian bunga macam dalam Gambar 2. Saya beli di Mr. DIY.

ulat habuk

 

ulat habuk

Hapuskan Ulat Habuk Bawah Katil

-Cabut semua cadar & sarung bantal.

-Jika bantal dari jenis yang boleh dicuci, sebaik²nya cuci & jemur bantal. Jika bantal tak boleh dicuci, spray dengan larutan cuka sebelum jemur bawah matahari.

-Vakum tilam & bersihkan bawah katil.

-Spray dengan larutan cuka pada keseluruhan tilam & juga bawah katil. Biarkan kering sendiri.

- Untuk elak ulat habuk bersarang lagi, boleh letakkan ubat gegat bawah katil. TAPI jika anda ada masalah pernafasan/ada anak kecil lebih baik gunakan daun² yang berbau kuat yang boleh berfungsi halau serangga contohnya daun salam, daun durian belanda, etc. Tukar daun baru bila dah kering.

Kawal Ulat Habuk Dalam Rumah

Jujurnya kita hanya mampu kurangkan/kawal jer populasi ulat habuk ni dalam rumah. Takde jaminan pun kupu² takkan masuk dalam rumah & bertelur lagi. Cumanya kena kerap

-Bersihkan habuk & sawang
-Kena kerap bukak tingkap untuk galakkan pengudaraan bagi bilik yang sentiasa lembap.
-Bersihkan almari & katil secara berkala
-Vakum kawasan yang susah nampak/nak bersihkan contohnya bawah katil, celah² trek pintu/tingkap -sliding.
-Bagi kawasan perumahan yang banyak kupu² ni (biasanya perumahan berdekatan kawasan semak/kawasan yang belum diteroka), salah 1 cara nak kurangkan kupu² masuk dengan elakkan buka lampu luar rumah sebab serangga akan mudah tertarik pada cahaya.

Harap² sikit sebanyak dapatlah bantu korang atasi masalah ulat habuk tu

Kredit : Yatie Eimra

 

Ingin membaca artikel seterusnya?

Baca juga :- Cara Mudah Hilangkan Habuk ‘Kulat’ Pada Rak, Tak Perlu Dah Lap Setiap Minggu

Tak tahu nak letak mana barang-barang untuk basuh baju seperti sabun dan softener menyebabkan keadaan di kawasan mesin basuh menjadi tidak tersusun dan serabut. Untuk mengatasi masalah yang kita hadapi ni, apa kata kita DIY sendiri rak untuk barang-barang tersebut. Barulah tak serabut, boleh letak barang-barang lain sekali sekaligus menjimatkan ruang dan mudah nak ambil. Bila dah ada rak ni, barang-barang pun jauh dari kanak-kanak main botol softener anda. Perkongsian kali ini adalah dari Mohd Hafizallah Ariffin. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy rak mesin basuh.

Jadi, jom ikuti perkongsian daripada Mohd Hafizallah Ariffin yang tentunya boleh dipratikkan oleh semua orang kerana bahan pun mudah dicari dan mudah dipasang.

Cara DIY Rak Mesin Basuh Mudah dan Kemas Tersusun :

Masih projek pipe pvc. Ini untuk kemudahan orang rumah saya suka susun-susun.

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

 

1. Penyambung 'L' pipe pvc - rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung 'T' pipe pvc - rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku 'L' besi - rm 2.00 sepeket(beli di kedai eco)
4. Papan - rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc - rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08)

Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik. Siku 'L' saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan.

Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa.Sekian Terima Kasih. Selamat Mencuba.

Ada iron board kat rumah tapi kaki sudah rosak? Kalau masih kukuh dan tidak rosak, jangan terburu-buru nak buang pula. Selagi kita boleh DIY kita DIY. Yang paling penting boleh tambah baik daripada iron board yang ada kaki macam dulu. Boleh lipat sehingga menyebabkan ruang lebih jimat dan nampak tersusun juga antara kelebihan kalau kita DIY balik iron board ini. Perkongsian kali ini adalah dari Puan Norhidayah Adam. Perkongsiannya adalah mengenai cara diy semula kaki iron board patah.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut perkongsian yang menarik ini.

Cara DIY Semula Kaki Iron Board Patah Mudah Dan Simple :

Asalnya kaki ironboard ini patah, nak buang papannya sayang sebab masih kukuh. Tahun 2020 kena jimat, jadi kita diy (repair) dia. Suruh suami tebuk lubang. Saya kena tebuk sendiri sebab laki kerja. Sangat jimat ruang. Nak buat untuk meja study anak ke, meja makan lipat pun boleh.

Bagi sesetengah orang mungkin ok, bagi sesetengah orang pula mungkin tak berapa praktikal sebab susah nak iron si setengah bahagian baju. Tapi ikut fungsi asal, daripada terbiar sebab 'kaki iron board ni patah, lebih baik di 'repair', sekurang-kurangnya ia boleh digunakan kembali

Bahan-Bahan

1.papan iron
2.braket ada jual dekat DIY (Sepeket tu memang ada sepasang dalam anggaran RM 15)

Murah dan senang je nak buat. Boleh cuba di rumah masing-masing.

Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi idea kepada anda dalam melakukan diy seperti ini. Diy ini tidak susah pun untuk dilakukan. Semoga bermanfaat.

Dapur memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita di rumah. Terutamanya, untuk memasak dan makan-makan bersama keluarga tersayang. Jadi,dapur seharusnya sentiasa cantik dan menarik dan tak semestinya hanya  perabot yang memainkan peranan malah dinding-dinding di dapur pun perlu diberi perhatian supaya suasana tak nampak suram je ketika bersama keluarga. Perkongsian kali ini adalah dari Nurlailah Khadijah. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara buat "accent wall herringbone" simple tapi mewah.

Oleh itu, apa kata kita hias dinding kita dengan dinding yang menjadi kegilaan ramai sekarang iaitu "accent wall" yang nampak moden dan mewah gituu. Untuk pengetahuan semua, ‘accent wall’ merupakan satu dinding yang menjadi tumpuan utama tidak kira di ruang tamu, ruang makan mahupun bilik tidur. Dinding ini sering direka bentuk menjadikannya ia nampak unik berbanding dinding yang lain. Jadi,jom kita ikuti perkongsian daripada seorang pengguna facebook iaitu Norlailah Khadijah ini.

Cara Buat "Accent Wall Herringbone" Mudah Dan Ringkas :

Salam.

Sebab ramai sudah buat wall accent ini, saya pun terjebak dengan suami projek terbaru hujung syawal wall accent bercorak ‘herringbone’ untuk ruang makan kami.

Before : Biru turquoise

After : pink blush (kod cat gambar last)

Sebelum

deco rumahCara-Cara

 

deco rumahPasangkan frame kayu

deco rumah

Potong kayu 45 darjah untuk dijadikan tetulang kemudian pasangkan pada dinding

deco rumah

Letak filling untuk menutup gap antara kayu dan dinding

deco rumah

Cat dinding sebagai lapisan

deco rumah

deco rumah

Kemudian, cat dengan cat warna pilihan kita. Tuan rumah menggunakan cat jenama Jotun kod 20054 warna 'Silky Pink'.

Sesudah cat, touch up lagi dinding supaya nampak kemas

Selepas

 

Disebabkan struktur corak yang timbul seperti ini, tak perlu gantungkan frame untuk elakkan dinding kelihatan sarat. Antara barang lain aadalah :

Bakul dan bunga dari Kaison

Set meja makan berharga RM 1800 dari kedai perabot Bandar Baru Bangi

Alas pinggan dari IG shop dan candle holder dari SSF.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi. Selamat mecuba

 

 

 

Bila rumah sudah cukup dengan perabot  yang besar-besar, rasa tak lengkap pula bila tiada hiasan hiasan "minor" ni. Dengan adanya kehadiran hiasan-hiasan ini akan meningkatkan lagi keceriaan rumah anda. Lagi-lagi nak letak tanaman kegemaran anda tapi tak tahu cara nak buat sendiri bakul yang murah dan jimat. Apa kata kita ikuti perkongsian daripada Suhaila Shaari  yang berkongsi cara-cara buat bakul untuk tanaman anda. Perkongsian kali ini adalah dari Suhaila Shaari. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy bakul skybird guna barang eco dan mrdiy.

Menarik apa yang dilakukan oleh wanita ini. Hasil bakul yang berjaya dibuat itu sangat cantik dan seperti yang dijual dikedai. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Cara DIY Bakul SkyBird Mudah Dan Ringkas :

Jom DIY bakul skybird 
Guna brg dari Eco dan MrDiy sahaja.

Rope tie dari Mrdiy. Harga rm2.10 satu pack kalau tak silap. Saya beli 11 packs.

Pasu dari Kedai Eco. Ikot la nak pasu macam mana pun. suka hati anda sendiri. Pilih mengikut minat anda.

Ini dari kedai eco juga. Untuk buat part kaki. Tapi sebenarnya lagi senang guna kayu silinder. Lagi kukuh. Ada dekat hardware kayu itu. Murah sahaja.

Gam ini boleh dikatakan best gila dibeli  dari kedai Mrdiy.

Langkah seterusnya. Jom kita main lilit lilit seperti gambar dibawah ini.

Siap. Inialh hasil diy yang telah siap dilakukan oleh wanita ini. Cantik dan menarik bukan hasil kerja wanita ini?

Buat kaki pulak. Sekali lagi, kayu lebih elok kita potong serong untuk jada tapak bawah.

Siap lilit juga.

Hasil akhir.

Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan untuk anda pada kali ini. Selamat mencuba.

Cermin juga amatlah memainkan peranan untuk dekorasi rumah selain guna untuk menilik wajah dan "OOTD" kita setiap hari sebelum keluar ke mana-mana. Cermin yang besar dan pelbagai bentuk semestinya boleh membuat ruang nampak lebih besar dan cerah. Namun begitu, harganya amat mahal dan boleh mencecah sekurang-kurangnya beratus-ratus ringgit. Perkongian pada kali ini adalah dari Teena Azwa . Perkongsiannya adalah mengenai diy "mirror wainscoting" hanya guna barang kedai eco.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian daripada Teena Azwa  yang dikongsi dilaman facebook miliknya ini. Yang penting murah dan mudah dibuat. Tak perlu keluar modal besar tau.

Diy "Mirror Wainscoting" Mudah Dan Murah :

Cermin dari Kedai ECO rm2.10 sahaja .Spray sparkling Gold dari Mr.DIY. Jadi, lepas siap lakukan wainscoting hari itu, saya tambah lagi seri dekat wall rumah saya. Tampal cermin ECO dekat atas wainscoting. Terus nampak lagi cantik dan menarik!

Process menampal agak mencabar, sebab wall tak berapa lurus. Tapi puas hati bila sudah siap. Maka siaplah sudah dekorasi untuk Rumahku Syurgaku.

Selamba sahaja saya susun dekat kedai Eco. Saya guna 18 keping untuk bagi nampak besar.

mirror wall

Process spray cat. Jemur semalaman bagi cat meresap masuk.
mirror wall
Ni spray dia. Color dia sangat cantik. (Guna 2 botol, sebotol RM7 lebih)

mirror wallSusun dulu sebelum tampal kat wall.

mirror wall

Dah siap dan inilah hasilnya

mirror wall

mirror wall
mirror wallp/s: nak lekatkan cermin boleh guna gam Xbond.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap perkongsian kali ini dalam memberi idea dan inspirasi kepada anda dalam mencari sumber untuk melakukan diy mirror wainscoting seperti ini. Selamat mencuba ya.

Tandas merupakan tempat paling penting dalam menjalani kehidupan seharian kita. Lagi-lagi bila tandas rumah sendiri, mesti nak sentiasa bersih dan nampak menarik kan. Kalau tak dijaga dengan betul, nak masuk pun fikir banyak kali.

Apatah lagi bila sambutan hari raya, tetamu nak pinjam guna tandas. Kalau tandas kotor dan kurang menarik sebagai tuan rumah kita juga yang malu. Bila nak renovate balik, mungkin memerlukan kos yang besar. Jadi lebih baik makeover tandas lama yang buruk menjadi baru

Namun begitu, apabila menggunakan teknik yang dikongsi oleh Ahmad Qamari ini, nampaknya amat menjimatkan dan boleh dipratikkan oleh semua orang. Jom kita lihat perkongsian beliau.

Makeover Tandas Lama Yang Buruk Menjadi Baru

Since ramai kawan yang bertanya, kita share sikit apa yang patut untuk proses cat lantai ni.
Bajet ciput? Nak tukar tiles baru menelan kos yang agak tinggi? Dengan kos hanya bawah RM200 tandas purba yang dulunya malap kini berseri kembali.
Keadaan Tandas Lama Sebelum Makeover
Makeover Tandas Lama
Makeover Tandas Lama
Makeover Tandas Lama

Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul² kering tiles yang nak dicat tu.

Langkah-Langkah Untuk Makeover Tandas

 

Langkah 1 : (Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT

(Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul² kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.

Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jangan buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku.

Langkah 2 : (Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish

(campurkan dengan Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing². Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan. (Sama juga macam step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)

Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul² kering sebelum ianya boleh digunakan.

Sedikit Peringatan !! Pastikan anda memakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.

Hasilnya Selepas Makeover Tandas Dilakukan

Makeover Tandas Lama

Makeover Tandas Lama

Makeover Tandas Lama

Kepada mereka² yang tangan ada seni, nak lukis corak² dekat tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing².

Makeover Tandas Lama

Selamat mencuba. Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

Kredit : Ahmad Aqari

Musim-musim PKPP ni, nak sahaja hias rumah tetapi tak tahu nak mula dari mana. Mesti asyik buntu nak fikir barang apa yang perlu ada, kos dan paling penting cara-cara nak hias. Nak start daripada bahagian yang mana dahulu. Kalau tiada ilmu yang betul atau sumber inspirasi mungkin lagi teruk daripada asal jadinya. Oleh itu, apa kata kita ikuti perkongsian Wardah di twitternya. Perkongsiannnya adalah mengenai tips pilihan barangan deco bilik bajet.

Tips Pilihan Barangan Deco Bilik Untuk Anda :

Sekarang mood asyik nak deco bilik sahaja. Tapi tak tahu nak start macam mana dan tak tahu nak beli apa dulu last-last tertangguh. Sampai sekarag tak start lagi deco. Okay Jangan risau.

P/s : khas buat pink lover

Untuk pengetahuan ini bilik sis sendiri okay

1. Pemilihan warna cat. Pink. Ramai suka pink. Tapi tahu tak warna pink ada banyak jenis

So korang kena study betul-betul pink mana yang sedap mata memandang. Kalau bilik sis ni sis guna cat from MCI PAINT. Code : Prairie Dust.

Untuk bilik sis, sis mix dengan dua warna iaitu warna putih. nak nampak unik punya pasal   so korg kena tampal tape dulu. tapi ingat! cabut tape time cat tu separuh kering. jangan tarik tape time cat tu dah sepenuhnya kering. jadi tak lawa tau.



So dah kalau dinding pun pink+putih, perabot pun mestilah kena ikut tema
So, untuk drawer 4 tier ni sis beli dekat shopee. Harga pun lagi murah daripada mall IKEA. Tetapi jangan expect la kualiti sama mcm IKEA. 

Link Shopee : https://invol.co/cl3n3bi

Next :

Pasu & daun Monstera & Frame pink tu beli dekat KAISON. Murah & cantik sangat.


Next :

Yang ni ramai tanya. Gambar-gambar semua tu, sis download from pinterest & print dekat PHOTOBOOK. Beli promo code dekat shoppee ok. Sis lekatkan gambar tu guna WASHI TAPES. Kenapa? Sebab gam dia tak terlampau kuat. Jgn pakai salotape yg kuat tu nanti rosak cat tu dik




Next :

Cermin gergasi ni sis pilih warna putih. Besar yakmat cermin ni. Size : 6kaki X 3kaki . Mmg puas hati lah nak mirror selfie. Ni sis beli dekat kawan sis

Next :

Daun berjuntai dekat cermin. Daun tu sis beli dekat Shoppee jugak. But from oversea. Tak la lama sangat shippingnya. Harga pun murah.Better beli dua / tiga eh. Kalau beli satu je agak pendek. 

Link Shopee : https://invol.co/cl3n3cp

Next :

Cadar & Sarung bantal. Sis beli dekat shoppe jugak! Murah pun murah and kain dia sangat2 best. Btw bantal pun sis beli dekat seller ni. Mmg worth sgt2. Bantal warna maroon tu sis beli dekat AEON. RM19 je tau



Next :

Langsir Langsir ni sis beli dekat Shoppee jugak. Mmg LAWA SANGAT2!!! Ada lubang2 bentuk stars okay. Fefeeling princess gituwhh. Dekat Kaison pun ada kalau korg tanak tunggu lama2. Langsir ni mmg tebal. Korang boleh tgok cahaya tembus ke tidak.

Link Shopee : https://invol.co/cl3n3dg




Next :

Meja ni sis beli dekat ikea ( LINNMON & ADILS ). Harga pun murah. Kalau ada duit lebih sikit boleh lah tambah laci ( ALEX ) lagi best. Boleh letak mcm mcm.

Next :

BRUSH ORGANIZER ( RM65 ) & MAKEUP ORGANIZER ( RM70 ) Yang ni sis ada jual. Memang best. Brush tak berhabuk & lebih tersusun makeup korang tu.cantik pun cantik okay!

Next :

Holder Bagi sesiapa yg ada banyak bag / topi / jaket yg banyak tu, beli ni pleaseee. Mmg worth sangat2. Baru tersusun handbag korang semua tu

Next :

Clothes rack Yg ni RIGGA & SKUBB from IKEA. Apa beza RIGGA dengan MULIG yg viral tu? RIGGA ni ada roda & besi bawah tu lebih sikit so boleh bubuh box and Mulig takdak roda & tak boleh bubuh box. So RIGGA mahal sikittttttt je.



Other drawer ni sis letak candles & Room fresh from ambi pur. Sebenarnya drawer ni warna light brown ye. Lepas tu cat warna putih hehehe. Cantik kan???



So tak kisah lah dinding cat warna apa. Perabot mahal ke tidak, yang PALING PENTING bilik korg wajib bersih dan kemas ye.Takkan nak solat dlm bilik yg kotor/tak terurus & PLEASE PLEASE tukar cadar & sarung bantal every 2 weeks. So, Usually sis akn kemas bilik setiap Ahad & Rabu

Last :

Karpet Pilihlah warna karpet yg warna cerah mcm ni utk dinding warna pink. Cantik sangat. Dah la gebu gebas. Murah pulak tu. Sis ada jual okay! Nampak complete bilik korg bila ada karpet ni.



Okay ni gambar time daylight. Korg kena ingat, cahaya luar pun main peranan yg sangat penting. Baru bilik korg nampak fresh. So korang kena bijak susun furnitures supaya cahaya luar boleh masuk. Jgn la tutup langsir walaupun dah tgh hari buta.So..Happy decorating chuollss.

 

Musim PKP, PKPP atau juga PKPB ni mesti ramai yang makeover rumah seakan rumah banglo kan? mana taknya, bila ada masa yang terluang takkan dibuang begitu sahaja. Tak kisahlah rumah sewa atau beli, atau rumah jenis apa pun, jika diberi perhatian boleh jadi serba baru dan cantik.

Jom kita lihat perkongsian daripada Leila Janne yang membuat transformasi dalaman rumah yang amat mengejutkan. Siapa sangka rumah yang nampak lama dan usang dari luar namun didalamnya mempunyai dalaman yang amat menarik seakan rumah banglo!!!

Rumah tersebut seolah-olah telah diberikan nafas yang baru apabila dihiaskan sebegitu rupa. Luar nampak usang dan lama namun cantik pada bahagian dalamannya. Jom kita lihat beberapa gambar-gambar luaran dan dekorasi dalaman rumah tersebut.

Dari Luar Nampak Rumah Setinggan, Dari Dalam Rumah Seakan Banglo Mewah!!!!

deko2 raya pkp rumah kayu 🏡 setinggan
tq my sis tunjuk ajarku sifu🥰

BAHAGIAN LUARAN RUMAH

Bahagian luaran rumah yang mungkin min macam rumah kampung biasa dan tiada apa-apa yang istimewa tentang rumah ini. Namun, jangan terperdaya dengan helah ini kerana dalaman rumah sangat menarik dan cantik

BAHAGIAN DALAMAN RUMAH

Tadaaaaa!!! Ini dia dalaman rumah rumah kampung tersebut. Ia dipenuhi dengan dekorasi-dekorasi yang sangat cantikk dan menarik. Pemilihan tema yang warna hijau cerah ini sangat menaikkan suasana didalam rumah ini.






rumah banglo
rumah banglo
rumah banglo
rumah banglo

Bagaimana dengan perkongsian daripada Leila Janne ini? Menarikk kan? Ini menunjukkan bahawa walaupun kita hanya duduk di rumah yang biasa namun apabila kita dekorasi dengan baik, pasti rumah tersebut akan nampak cantik.

Kredit : Leila Janne

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Bermodalkan RM300 Sahaja, DIY Kabinet Dapur Yang Setanding Harga Ribu Riban!!

Nak hias rumah nampak baru, tak semestinya perlu guna barang dan perabot baru, selagi barang tu elok dan kukuh boleh je kita hias balik bagi nampak baru dan mewah. Contohnya, meja-meja kayu lama yang terpakai atau almari-almari dalam bilik. Sebagai sumber inspirasi, apa kata kita ikuti perkongsian Intan Nasirah yang seakan memberi nafas baru kepada meja kayu lama beliau menjadi meja marbel yang nampak mewah dan menarik. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai meja kayu lama kepada meja marbel mahal.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang ingin dikongsi oleh wanita ini.

Ubahsuai Meja Kayu Lama :

Saja nak share saya buat DIY meja makan. Asal meja ni owner lama punya. Sebab masih kukuh dan elok rasa sayang pula nak buang.  Jadi saya transform bagi nampak baru.

 

Ini adalah keadaan sebelum meja diubahsuai dengan gaya baru.

Ini pula adalah keadaan selepas meja usang yang lusuh tadi selepas diubahsuai dengan gaya baru.

Ini adalah keadaan meja setelah selesai diubahsuai dan sudah boleh digunakan.


Bahan-Bahan Yang Diperlukan Boleh lihat di bahagian paling bawah artikel ini.

Langkah-Langkah : 

Cat kaki meja dengan lebihan cat dinding.

Balut dengan wallpaper marble dan lapik dengan pvc cloth. Ini lah hasil meja yang diubahsuai secara diy tadi. Menarik bukan? Meja yang sebelum ini kelihatan lusuh dan lama kini sudah 100 peratus kelihatan cantik dan baru.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian sebegini dapat memberi inspirasi kepada anda dalam cuba untuk mengubahsuai meja lama anda kepada konsep dan gaya baru. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Selamat Mencuba. Lepasni boleh buat dengan ahli keluarga masing-masing.

Susunan perkakasan dapur amatlah memainkan peranan dalam memastikan dapur berada dalam keadaan menarik dan tersusun. Apatahlagi bila mempunyai set-set kuali yang banyak sehinggakan susunan kuali menjadi tidak teratur dan menarik.

Nak susun dalam kabinet bertingkat-tingkat nanti kan susah pula nak ambil nak guna .Oleh itu, selagi ada ruang, apa kata kita memanfaatkan setiap ruang yang ada dapur walaupun ruang yang tampak tersembunyi seperti di bawah sinki.

Seperti yang dikongsi oleh Reezal Jelita ini, beliau membuat secara DIY tempat gantung kuali bawah sinki sebagai ruang tempat menyimpan set-set kuali beliau. Yang paling menarik, mudah nak disimpan dan mudah nak diambil. Jom kita ikuti perkongsiannya.

DIY Tempat Gantung Kuali Yang Simple & Mudah

Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah cabinet sinki.. Modal dalam RM20 saja..

 

Bahan-bahan Yang Diperlukan :

1. Drawer slide - boleh beli di Shopee sepasang dalam RM10

2. Kayu - boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai

3. Hook Screw (cangkuk)

Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa2 kayu yang sesuai.

Langkah-Langkah Untuk Membuat Tempat Gantung Kuali

1. Skru kan 2 bahagian ni

DIY Tempat Gantung Kuali

Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe @ hardware

2. Screw kan dulu 1 bahagian ni. Slider tu juga boleh dicabut dulu 1 bahagian

DIY Tempat Gantung Kuali

Hasil Akhir !!

Tadaaaaa! Ini lah rupanya selepas kita skrukan slider kepada kayu tersebut. Yang paling penting sekali ialah ia boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang paling belakang sekali.

DIY Tempat Gantung Kuali

Macam mana dengan perkongsian daripada Reezal Jelita ini? Menarik bukan? Sangat senang terutama untuk mak-mak yang suka berada didapur dan suka memasak. Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit : Reezal Jelita

Rumah yang berselerak mesti buat anda stres dan serabut bukan? Lagi-lagi bila habis hadap stres kerja di pejabat tambah lagi dengan stres di rumah. Rasa tak tenteram je. Jangan risau,luangkan masa hujung minggu anda dengan mengemas rumah dengan mengikuti tip-tip ini. Menurut perkongsian yang dikongsi oleh Wanita ISMA Seremban, ini dia 7 tips untuk kemas rumah secara cepat dan lebih efisien yang perlu diamalkan. Semoga bermanfaat.

7 TIPS KEMAS RUMAH DENGAN CEPAT

7 tips kemas rumah
1. Fokus pada Ruang Paling ‘Dibenci’

Jika kita perlu nak bersihkan seluruh rumah, pastikan kita fokus pada tempat yang ‘high-trafficked’. Maksudnya ialah tempat yang paling berselerak, atau tempat yang paling kita benci nak kemas.

Caranya, pastikan kita buat kerja yang besar, yang jelas dengan mata kasar dahulu dan benda-benda kecil dan teliti.

Kemas dulu bantal, buku, kerusi, mainan ke tempat asal. Susunan lego, rattle atau mainan-mainan kecil, boleh kemudian. Percayalah, jika benda yang besar ni dah buat, nak kemas benda-benda kecil ibarat ‘petik jari’ saja.

7 tips kemas rumah
2. Wajib Basuh Baju Setiap Hari

Jangan simpan baju hingga hujung minggu sebab kita sendiri tahu akibatnya kan? ibu-ibu yang bekerja kebiasaanya mesti tunggu hujung minggu nak buat semua.

Apa kata selepas ini cuba jadikan amalan setiap petang atau malam, basuh baju. Kalau ahli keluarga ramai, mesti banyak walaupun hanya sehari. Jika baju terpakai tak banyak, buat 2 hari sekali. Kita sendiri akan nampak, rumah kita bersih & kemas dari timbunan baju terpakai dalam baldi atau belum dilipat.

Cuba libatkan suami dan anak-anak. seronok buat ramai-ramai. Minta mereka lipat baju masing-masing dan simpan di tempat sendiri. Mudah kan?

3. Buka Tingkap

Jika cuaca mengizinkan, buka tingkap dan biar udara dan cahaya matahari keluar masuk. Kadang-kadang udara yang tak segar ni boleh buat rumah kita nampak kotor.

Jika ada tetamu nak datang dalam masa terdekat, boleh gunakan penyegar udara atau nyalakan lilin wangi di seluruh rumah kita. Ini juga salah satu 7 tips kemas rumah.


4. Biar ‘Pencuci’ Mainkan Peranannya

Guna kelebihan produk pencuci yang ada dalam pasaran. Spray shower mandi, permukaan sinki, lantai, dinding dan biar dulu beberapa minit untuk bahan pencuci itu bertindak balas dengan kesan kotoran.

Buat kerja lain dulu. Kemudian datang semula. Hasil tindak balas tersebut mungkin kita hanya perlu mengelap atau menyiramnya sahaja. Tak perlu susah payah menyental atau memberus.

Produk itu sendiri dah memainkan peranan memudahkan kerja dan menjimatkan masa kita. Selamat pada tangan, sangat berkesan pada kotoran dan semulajadi.

5. Cuci Kotoran dengan Segera

Jika ada kesan tumpah, cuci dengan segera. Kita hanya akan melibatkan sedikit masa menyental kotoran tersebut dibandingkan dengan kesan tumpah yang dah dibiarkan lama.

Begitu juga dengan kotoran pada pinggan mangkuk. Jangan biar ‘bermalam’ dalam sinki dapur. Selepas makan, buang sisa makanan dan basuh terus. Bayangkan jika kita biar tidak berbasuh semalaman.
Esok paginya, jadi kerja pulak nak rendam dulu supaya senang cuci.

Bau busuk pun dah merebak ke seluruh dapur. Bertambah pula kerja lain kan. Sisa makanan yang dibiarkan di dalam bekas tidak berbasuh menjadi habuan syaitan, kerana syaitan suka makanan kotor dan busuk.

7 tips kemas rumah
6. Libatkan Anak-anak

Anak-anak dalam semua peringkat umur boleh terlibat dalam urusan mengemas rumah. Buat carta, agihkan tugas masing-masing bermula dari mengemas katil sendiri sehinggalah kepada buang sampah.

Setelah selesai kerja rumah bersama-sama, bagi ganjaran pada diri sendiri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan atau hidangkan makan malam kegemaran mereka.

7 tips kemas rumah
7. Sedut Habuk (Vacum) sebagai Tugas Paling Akhir

Daripada kita kemas satu-satu bilik tu, kemudian terus vacum, apa kata kita vacum akhir sekali, setelah semua ruang bilik berkemas. Jadi, kita tak payah nak ulang bawa keluar masuk vacum tu berulang kali pun kan dan tak perlu juga risaukan ada sampah yang tercicir.

Jadi, dah tengok tips ini, mesti semangat berkobar-kobar nak kemas rumah. Yang penting, masa kita dijimatkan dan rumah pun sentiasa bersih dan kemas. Selamat mencuba!

Kredit : Wanita ISMA Seremban

Sejak Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan perlaksanaan PKP 2.0 ini, ramai orang makeover sendiri rumah seperti ruang tamu, bilik dan juga tandas mungkin kerana lebih menjimatkan kos dan masa. Namun semua ini memerlukan kreativiti dan bakat masing-masing dalam projek tersebut.

Bila lagi kita nak makeover tempat seperti tandas,mesti susah nak cari idea bukan? Sebagai sumber inspirasi, apa kata kita lihat pasangan ini makeover tandas rumahnya dengan hanya bermodalkan RM500 sahaja termasuk dengan kos-kos barang yang dibelinya.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana pasangan ini makeover tandas ini dan hasil daripada makeover tersebut. Lepasni mesti tak fikir banyak kali nak masuk tandas sebab dah tak suram macam dulu. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian mereka.

Bermodalkan RM500 Sahaja, Pasangan Ini Makeover Tandas Sehingga Mendapat Hasil Yang Menggagumkan!!!

 

Barang Yang Diperlukan 
- Cat Kapur 0ren - LINK DISINI
- Epoxy hitam 5L - LINK DISINI
- Epoxy putih 5L - LINK DISINI
- Coating - LINK DISINI

Cat cukup untuk digunakan pada 3 tandas, termasuklah 2 tandas lain yang kami cat putih dan hitam keseluruhannya. Total untuk keseluruhan ini adalah dibawah RM500.

Langkah-Langkah

Langkah 1 : Sanding (kertas pasir gred 320)

Makeover Tandas

Langkah 2 : Primer coating 2 layer (Nippon paint protective coating)

Langkah 3 : Epoxy floor paint (2 layers KTH, white)

Langkah 4 : Buat apa-apa corak kegemaran anda (diecut hard plastic cover, KTH epoxy floor paint, black)

Makeover Tandas

Langkah 5 :  Epoxy Clear Finish (2layers Nippon)

Makeover Tandas

Tips tambahan:

- Guna 4" sponge roller refill utk buat cop cop je, tidak perlu gunakan batang roller.

- Cermin, shower dan towel holder tu spraykan dengan menggunakan black matte.

Haaaaa. Macam mana dengan perkongsian Giler Deco kali ini. Menarikkan? Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit cara dan juga inspirasi apabila ingin makeover tandas dirumah. Semoga bermanfaat semua.

Kredit : Laila Salleh

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Rumah Persinggahan Kosong Di Renovasi Dengan Harga RM35K. Hasilnya Membuat Netizen Tergamam

Mesti rimas kan kalau baju-baju kotor asyik berselerak aja. Lagi-lagi kala baju tu sudah pun bercampur dengan baju adik beradik atau ahli keluarga yang lain. Nak guna rak bakul banyak-banyak kan nanti tiada ruang pulak akan jadi masalah besar. Apa kata buat DIY bakul laundry?

Haa, jangan risau , Giler Deco hari ini ingin berkongsikan perkongsian daripada wanita ini yang ternyata amat menarik sekali apabila beliau DIY sendiri bakul laundry bertingkat dengan kos yang murah.

Berapa kos murah tu? Hanya RM30 sahaja diperlukan untuk membuat DIY bakul laundry ini. Tak sangka kan? Tidak perlu beli yang mahal-mahal daripada kedai yang terbesar. DIY sahaja senang dan mudah. Apa lagi, jom kita ikuti perkongsian beliau.

DIY bakul laundry Bertingkat Bermodalkan RM30 Sahaja

Sebelum ini,ada yang pos gambar A tanya nak beli kat mana. Tiba-tiba dapat ilham maka terjadilah seperti gambar 'B'

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

DIY bakul laundry

Cara-cara untuk membuat Rak Bakul DIY

1. Buat kaki ( cara buat kaki boleh tengok yang orang post sebelum ni cara buat rak bakul dengan PVC tu )

2. Sangkut penyangkut S pada bakul dan kaki PVC. ( Seperti di gambar )

DIY bakul laundry

Perkongsian daripada Abby Saipol ini dikongsikan didalam grup "Kelab Kaki Deco Barang Eco" di facebook. Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian netizen Malaysia. Perkongsian ini juga telah mendapat likes sebanyak 2.4k dan sekurang-kurangnya hampir 600 komen.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi terhadap rakan-rakan dan juga ahli grup ini semua. Barang-barang semua ni semestinya dari kedai ECO

SELAMAT MENCUBA SEMUA!

Kredit : Abby Saipol 

 

Ruangan yang sempit mesti menjadi halangan buat keluarga yang suka akan menanam pokok-pokok bunga bukan? Lagi-lagi apabila tinggal di kawasan rumah flat atau pun rumah teres yang mempunyai halaman yang kecil dan terhad.

Jangan jadikan kawasan rumah yang sempit menjadi halangan untuk anda menanam pokok bunga. Hobi ini tidaklah menjadi halangan sekiranya tahu cara untuk memanfaatkan ruang yang ada walaupun ruang yang sangat terhad.

Melalui perkongsian daripada Abdul Hadi ini menyatakan beliau mempunyai solusi untuk memanfaat tempat yang sempit untuk menanam pokok bunga. Beliau melakukan DIY rak pasu untuk isteri tercinta. Jom kita ikuti perkongsian daripada Abdul Hadi in.

DIY Rak Pasu Untuk Isteri Tercinta

Salam semua KKDIY
Kali ini nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang

 

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan

1. Sambung2 paip pvc alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadilah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.

2. Pemasangan fitting ni agak ketat. Memang tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip.

rak pasu DIY

Next time nak adjust tinggi atau extend mana2 bahagian, boleh cabut semula. Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.

rak pasu DIY

Fitting tu semua online kat shopee saiz 3/4 inci. Paip PVC tu saya guna jenis sedang (class 6).

Ada ramai yang bertanya tentang kos DIY rak pasu ini. Lebih kurang RM100 (paip,fitting joint,skru dll) dan saya guna kayu terpakai yang free. Harga tu masih puas hati lah sebab nak DIY kan.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit : Abdul Hadi

 

 

 

Langsir memainkan peranan yang besar dalam mencantikkan rumah kita, nampak kosong sahaja bila tiada langsir kan? Tapi apabila asyik menggunakan langsir yang sama bertahun-tahun mesti akan bosan. Nak tukar baru pula kena fikir tentang kos yang mahal dan perlu fikir banyak kali nak tukar. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nurul Shahida. Perkongsiannya adalah mengenai diy langsir rumah cantik dan kemas.

Mengikut perkongsian wanita ini, beliau hanya menggunakan modal RM400 untuk buat sendiri langsir. Bila digantung nampak macam moden dan nampak mewah.

Jom kita telesuri jenis kain yang beliau pakai dan cara-cara menghasilkannya.

DIY Langsir Eyelet Rumah Hanya Dengan RM 400 :

Ramai sangat tanya hari itu macam mana buat langsir eyelet. Tak sempat nak reply satu-satu. Jadi saya share balik ya.

Kos

Kain jersey (rm2.50/m), beli dekat kedai langsir saya beli sekayu ada 67 m rm167

ring beli dalam shopee (rm30/100 pcs)

Cara cara dia boleh la tengok pada gambar  di bawah ini.

Selamat mencuba.

Ukur lebar langsir dulu, saya dapat ukuran 60 inci jadi boleh dapat 10 ring 60 bahagi 10=6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.

langsir eyeletLepas tu bulatkan ring dari bahagian dalam. lepas siap bulat terus gunting, ring tu buka letak atas bawah lepas tu tekan sahaja. Senang kan ?

Inilah hasilnya apabila siap gantung langsir murah kos tak sampai RM 400 pun satu ruang tamu.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk diy langsir sendiri dirumah nanti. Modal yang dikeluarkan pun tak besar mana. Semoga bermanfaat ya.

Kos buat "kitchen island" hanya rm300? Biar betul? Macam tak boleh percaya tapi sebenarnya betul! Bajet sahaja hanya rm300 sahaja menurut perkongsian daripada @yatt_azml melalui laman sesawang twitternya dan semuanya adalah DIY.

Kitchen island ini merupakan impian kepada setiap wanita yang berada di rumah. Jika tiada kitchen island pasti dapur tersebut tidak lengkap dengan kabinet yang akan memperlihatkan ruang dapur yang kemas dan teratur.

Jadi hari ini, Giler Deco ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara diy kitchen island. Kos buat "kitchen island" hanya rm300 sahaja dan barang juga senang untuk didapat. Jom kita ikuti cara-cara untuk membuatnya.

DIY Kitchen Island Dengan Bajet RM300 Sahaja :

Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Tak apa, DIY  sahaja

Semua ini saya buat sendiri dan beli dari IKEA. Total dalam RM 300 sahaja

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300

 

ImageIsland ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting untuk kita ada treatment oil tu. Tujuan dia untuk elakkan board itu cepat rosak or patah. Cara dia lap saja oil tu guna kain atau tisu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau hari-hari guna jadi buat lah 2 minggu sekali.

Guna L bracket dengan skru kan sahaja. Cari dekat hardware ada jual dalam RM 3 seketul.

Kos Buat "Kitchen Island" Hanya RM300Kitchen island ini merupakan impian setiap perempuan or isteri. Jadi kepada encik suami tu, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa untuk isteri, sediakanlah dia kitchen island ini. Makin rajinlah si isteri itu masak nanti. Tiap hari ada sahaja resepi baru dia akan buat suami untuk tercinta.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada hari ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan inspirasi kepada anda ingin membuat "kitchen island" ini dengan jayanya. Semoga bermanfaat .

Anda mesti pernah lihat dan merasai kerusi ini kan? Mana taknya, kerusi ini memanglah kerusi yang paling terkenal kalau anda pergi ke rumah datuk dan nenek atau rumah-rumah lama dikampung. Malahan, masih ada juga yang menggunakan kerusi ini walaupun rumah-rumah baru sekarang. Perkongsian kali ini adalah mengenai diy kerusi rotan lama kepada "gaya premium" hanya guna spray.

Walaupun lama, amatlah sayang untuk dibuang walaupun catnya sudah lusuh kerana kerusi ini  menyimpan banyak kenangan terutama waktu kecil-kecil dahulu. Sofa baru pun boleh kalah jika di makeover balik kerusi lama ini akan jadi lebih menarik. Jom ikuti perkongsian diy seorang warga facebook ini iaitu Neesa Aneesa dalam makeover perabot legend ini.

DIY Kerusi Rotan Lama Guna Gaya Moden :

Konsep vogue klasik untuk rumah kampung yang tidak berpenghuni. Tidaklah banyak benda sangat, takut jadi lauk anai-anai. sebelum, semasa dan selepas. Order tikar mengkuang tapi belum sampai lagi, Jadi guna carpet yang ada dulu. Beli kerusi kat facebook marketplace rm200 susah nak jumpa tapi alhamdulillah rezeki sebab orang tu nak pindah rumah. Ilmu nak cantikkan kerusi dan buat frame itu dapat dari facebook. Terima kasih buat insan yang berkongsi ilmu.

Sebelum

Selepas

Spray samurai warna gold di kedai hardware. Guna 6 botol. Rm12 sebotol. Saya spray terus.

Sangat Menarik. Terus kelihatan premium kerusi lama ini.

Hanya guna spray sahaja. Biasanya kena gosok dengan kertas pasir, tetapi cara wanita ini tidak. Terus spray sahaja. Terus dapat hasil yang macam ini. Semoga bermanfaat.

Dapur yang berminyak dan kotor mesti menjadi masalah buat  semua suri rumah di luar sana bukan? Mana taknya, selepas memasak mesti dapur terkena tumisan minyak dan kadang kadang sehingga terkena dinding ruang bahagian dapur. Perkongsian kali ini adalah dari roslizawati ibrahim. Perkongsiannya adalah mengenai cara membersihkan dapur guna ubat gigi.

Walaupun kita bersihkan dengan sabun dan span ,ia nampaknya tidaklah 100% bersih dan  berkilat. Jadi, jom kita ikuti petua seorang wanita ini iaitu Rohaslizawati Ibrahim yang berkongsi cara-cara membuatkan dapur gas kita nampak macam baru dibeli dan berkilat. Jom saksikan perkongsian dan langkah-langkah yang ingin dikongsi oleh wanita tersebut.

Cara Membersihkan Dapur Guna Barangan Sedia Ada :

Langkah-Langkah :

1. Sapu ubat gigi pada permukaan dapur dan dicelah-celah tempat yang kotor itu. Pastikan sapu semua tempat yang anda mahu bersihkan itu dengan teliti.

2. Kemudian, gosok guna tuala atau tisu lembap janji benda yang digunakan untuk menggosok itu lembut.

3. Kalau tempat yang degil itu dan susah untuk dibersihkan itu, letak banyak sikit ubat gigi supaya senang untuk dicuci.

4. Bila sudah siap bersihkan, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila sudah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering.
6. Siap.

Mudah bukan cara-caranya untuk mencuci dapur memasak yang kotor ?

Bila sudah berkilat rasa sayang pulak nak masak? Jangan macam itu ya kawan-kawan, lepas ini suami dan anak-anak nak makan apa. Yang paling penting  cara ini murah dan mudah. Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk jika mahu mencantikkan lagi kawasan dapur rumah anda. Selamat mencuba

Semoga bermanfaat.

Setiap dari kita mesti impikan rumah yang baru bersih dan selesa. Tetapi ada dikalangan rakan-rakan kita mungkin hanya mampu membeli rumah yang "secondhand" atau tinggal di rumah sewa. Namun ini bukanlah satu alasan untuk menjadikan rumah itu dibiarkan berselerak,kotor dan tidak teratur. Lagi-lagi, tempat yang kita selalu guna iaitu tandas. Setiap kali masuk tandas mesti rasa geli dan tidak selesa. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah cuci tandas berdaki simple dan mudah.

Jangan risau, menurut perkongsian  Hani Mynis, beliau ada berkongsi cara membersihkan tandas rumah yang kotor sehingga berkilat dan nampak macam baru.

Cara Mudah Cuci Tandas Lama :

The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu.

Tapi berita baiknya, dapatlah hani buat tutorials untuk anda semua macam mana nak buat deep cleaning bilik air.

Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli daripada Eco.

Keadaan bilik air sebelum dicuci

tips cuci tandas lamaCara-Cara Membuat Deep Cleaning

 

tips cuci tandas lama

tips cuci tandas lama

tips cuci tandas lama

Ada sesetengah kotoran degil yang susah sangat nak hilang memang perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dengan cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan. Apa yang dibuat dalam tutorial ini bukan deep cleaning yang weekly tau. Deep cleaning yang macam ini sesuai untuk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa sahaja (bergantung kepada tahap kekotoran)

Semua hardware yang boleh ditukar akan  ditukar.Walaupun beli rumah secondhand, nak jugalah rasa macam beli rumah barukan. Yang ditukar penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (Mr.Diy), paip besi sekali dengan kepala dia itu (Eco), penapis besi dekat sinki (Yang RM2), shower head (Eco)

Semoga bermanfaat untuk semua

Siapa sangka rumah yang sudah berusia 30 tahun ini mampu menjadi seakan rumah mewah setelah dihias dan dibaik pulih. Bagi pasangan dari Thailand ini,untuk merealisasikan rumah impian mereka, ia mengambil masa lebih kurang 8 bulan dan 2 Juta Baht (RM270,000) untuk disiapkan. Ia direka sendiri oleh pemiliknya, dari OFFICIAL SPACE Co., Ltd. Walaupun menelan kos yang agak besar, ia sangat-sangatlah berbaloi dengan keindahan rumah ini setelah selesai dibaik pulih. Perkongsian kali ini adalah mengenai ubahsuai rumah lama berusia 30 tahun kepada gaya "moden mewah simple".

Rumah ini yang dipanggil 1889HAUS ini mempersembahkan rekaan warna kelabu dan bahan-bahan daripada kayu. Jadi, jom saya kongsikan gambar sebelum dan selepas keadaan rumah ini.

Ubahsuai Rumah Lama Berusia 30 Tahun :

Keadaan sebelum dan selepas

Pintu Masuk

deco rumahRuangan parking

deco rumahLuaran rumah ini diperbuat daripada bingkai kayu dan keluli buatan. Keluarga ini memilih warna kelabu gelap untuk memberikan penampilan yang sejuk mata memandang dan moden. Mereka juga menukar pintu "sliding" yang asal menjadi pintu kayu yang besar.

Ruang Tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamu

dekorasi ruang tamuDinding dan jubin lama di ruang tamu dibuang dan diganti dengan jubin getah corak kayu dari Rococo. Ruang tambahan dari dinding yang dirobohkan digunakan sebagai ruang pantri / dapur.

Bilik Air

bilik air simpleTandas Tingkat 1

bilik air simpleTandas Tingkat 2

bilik air simpleTandas Tingkat 3

bilik air simpleTandas Tingkat 3

Bilik Tidur

Beberapa bilik tidur di rumah mempunyai almari pakaian yang tersembunyi di bahagian belakang. Pasangan ini menggunakan banyak warna terang seperti dinding dan kayu putih, sehingga menghasilkan suasana yang nyaman. Anda boleh mendapatkan set cadar yang selesa dari WovenTH.

Ruang Bekerja Di Rumah

Ruang tambahan di sudut bilik diubah menjadi pejabat rumah, dan tingkap di belakangnya diubah menjadi balkoni.

Balkoni Hadapan

Balkoni hadapan mempunyai kerangka kayu buatan dan keluli yang sama di bahagian depan , dengan ruangan kecil di antara papan kayu untuk membolehkan cahaya matahari masuk.

Halaman Belakang

Di halaman belakang, lantai terbuat dari kayu buatan dan mempunyai dinding  untuk menjaga privasi.

Rumah ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita untuk menghias rumah. Jika tidak mampu membuat yang mewah mewah, kita mungkin boleh mula merangka rumah mengikut bajet masing-masing dahulu.

Membeli barang untuk decorate rumah anda sangatlah penting bagi setiap kediaman. Tidaklah nampak suram dan membosankan je rumah kita. Setiap dekorasi rumah pula adalah berbeza mengikut citarasa masing-masing.

Lagi 'pro' kalau kita boleh buat kediaman kita dari 'zero to hero' daripada tiada apa-apa sehinggalah dapat hasil yang menarik. Tak payah susah-susah cari designer sedangkan kalau kita boleh hias sendiri kan?

Menurut perkongsian daripada seorang gadis remaja Twitter ini, Azyan Syazwani berkongsi gaya dekorasi pilihannya di rumah yang begitu modern dan  minimalist. Yang paling menariknya, semua barang-barangnya dapat dibeli online je di Shopee dan Lazada.

Gadis "Twitter" Berkongsi Barang Online Untuk Decorate Rumah Anda

 

Sebelum saya share list barang yang korang wajib beli jika ingin decorate rumah anda, saya share dulu gambar yg dikongsi oleh Azyan Syazwani selepas beliau menghias rumahnya.

barang decorate rumah

barang decorate rumah

barang decorate rumah

barang decorate rumah

Haaa,menarik bukan, sekarang saya akan kongsikan list-list barang yang boleh didapati online yang dikongsikan pengguna Twitter ini.

Senarai-Senarai Barang Untuk Decorate Rumah Anda

 

1.Bean Bag

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli Bean bag.

 

2. Frame ayat Kursi

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli frame ayat Kursi.

3. Cat scratcher

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli Cat scratcher.

4. Router internet

Rumah apartment selalu ada problem takleh install wifi sebab port penuh, unifi punya liat nak tambah. Ni sis share router sis guna, boleh pakai dengan any simcard internet. Sis pakai Digi.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli Router internet.

5. Lampu

Lampu ala-ala studio, sis tak install lagi tapi saje share manalah tahu ada yang berminat.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli lampu

.

6. Vacuum

Sangat berguna nak sedut segala hama dan lemak. Eh tiber.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli vakum

7. Rak TV

Rak yang dekat TV tu. Yang ni asing ye, sis hari tu beli ingatkan sekali haha rupanya tersalah baca.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli rak tv.

 

8. Plain tatami carpet

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli plain tatami carpet.

 

9. Wooden long leg chair

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli Wooden long leg chair.

10. Replika gandum hiasan

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli replika gandum hiasan.

 

11. Langsir

My favorite curtain shop, ada macam-macam jenis curtain. Reasonable price pulak tu.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli langsir.

12. Bingkai hiasan

Sis beli frame kosong and then cari gambar yang aesthetic dekat Pinterest, pastu pi kedai printing, print poster quality. Jimat!

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli bingkai hiasan.

13. Pokok viral

Fiddle fig kegemaran orang ramai. Kena tanya kedai bila dia restock sebab selalu cepat habis.

Boleh klik LAZADA dan Shopee.

14. Abstract tapestry

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli abstract tapestry.

 

15. Kipas

Beli kipas ni baru lah sepasang sayapppp tak terlihatttt.

Boleh klik LAZADA dan Shopee untuk membeli kipas.

16. Barang IKEA

Kalau nak beli barang Ikea boleh contact my aunty, PS. Mimi Norlida https://wa.me/60182859002

 

Kredit  : @Azyan Syazwani

 

 

Adakah anda terasa bosan kalau asyik lepak di area ruang tamu dan juga didalam bilik je. Apa kata kita manfaatkan satu ruang beberapa kaki di atas kepala anda iaitu ruangan loteng.

Anda boleh jadikan ruangan loteng ini menjadi satu port untuk rehat dan 'refresh' kan diri setelah seharian penat bekerja atau penat bersekolah. Jadi berapa kos dan masa yang diperlukan dalam membuat loteng ini?

Sebelum tu,saya nak kongsi beberapa contoh loteng rumah yang sumpah sangat-sangat "limited edition", tapi tak bermakna korang tak boleh buat tau.

Walaupun pemilihan pembinaan loteng sebagai ruang kegunaan jarang dibuat di Malaysia kerana cuaca yang agak panas, ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Transformasi Ruangan Loteng Yang Dilakukan Di Malaysia

Mengikut perkongsian daripada Battle Born Ben di grup "Kelab Deko Sebelum & Selepas" ini, beliau telah berkongsi transformasi yang menarik sebelum dan selepas ruangan siling sebuah rumah dijadikan sebagai ruangan loteng.

Kongsinya kepada kami, ruangan loteng perlu mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 9 kaki untuk membolehkan ia diubah suai untuk kegunaan pemilik.

Selain itu, anda juga tidak perlu berpindah untuk pembinaan loteng kerana ia tidak mengganggu ruangan dibawah melainkan pemasangan tangga yang unik dan pelik.

Gambar Sebelum VS Selepas

“Untuk pembinaan loteng bumbung ni mengambil masa hampir satu bulan. Dan pemilik tidak perlu pun berpindah sebab kita tidak mengubah apa-apa yang ada di ruang bawah kecuali pemasangan tangga sahaja."

ruangan loteng

ruangan loteng

 

ruangan loteng

“Ramai juga yang bertanya tak panas ke kalau dalam bumbung? Ya memang panas kalau tak ada pendingin hawa. Wajib ada pendingin hawa atau kipas. Ini yang seeloknya.”

Tambahnya, kos untuk membina loteng berkeluasan 20 x 26 kaki ini menelan sebanyak RM36,000 dan memakan masa sebulan.

Apa yang menariknya tentang loteng ini daripada bilik-bilik biasa dan ruang tamu yang lain? Loteng sebaiknya perlu mempunyai ruang pengudaraan yang tersendiri dan mempunyai atap yang lutsinar sebagai sumber cahaya dan sekaligus membolehkan pemilik melihat keindahan bintang-bintang di langit.

Kredit : Kelab Deco Sebelum & Selepas

 

 

Balik rumah je mesti serabut dengan dekorasi rumah yang membosankan dan nampak serabut. Walaupun hakikatnya rumah yang kecil dan biasa-biasa sahaja berbanding rumah mewah yang lain, wanita ini membuktikan ia bukanlah satu halangan untuk kita untuk menjadikan kediaman tersebut lebih menarik dan sedap mata memandang. Perkongsian pada kali ini adalah dari Effa Nazri. Perkongsiannya adalah mengenai ubahsuai rumah teres kecil guna konsep minimalis lembut.

Dapur yang berminyak  dan nampak kotor pun boleh nampak baru apabila disental dan dicuci dengan peralatan yang murah tetapi berkualiti. Barangan-barangan ini  mudah untuk didapati Eco,Diy dan Shopee,hujung jari je.Jadi,korang kena lihat sendiri sebelum dan selepas gambar rumah ini!

Ubahsuai Rumah Teres Kecil :

 

Assalamualaikum semua. Nak share rumah kecil kami rumah jenis teres. Deko yang tak seberapa, dinding dan ruang rumah pun banyak kosong, tak de sofa sebab nak rumah nampak luas, hias slow-slow ikut bajet yang ada.

Rumah ni bos suami bagi untuk pekerja duduk, walaupun bukan rumah sendiri… kitaorang tetap deko dan hias, baru la selesa nak duduk. Sebelum ni pekerja bujang duduk dan slalu bertukar ganti, so banyak sangat barang dalam rumah ni.

Jom kita sama-sama ikuti cara kreatif dan inovatif wanita ini dalam menghias rumah.

Ini adalah keadaan sebelum dan selepas ubahsuai rumah lama ni dengan konsep baru yang cantik.

Barang-barang seperti jam,wallpaper dan pokok hiasan semuanya boleh didapati di diy,ecoshop dan shopee.

Basuh sink dan cat balik dinding tandas supaya tak nampak suram.

Dinding sental guna magic span+sabun kuning eco, lantai sental guna stain remover eco, kolah guna wallpaper eco.

Dinding sental guna magic span+sabun kuning eco, lantai sental guna stain remover eco, kolah guna wallpaper eco.                               Sebelum VS Selepas (Dapur)

Kalau dapur sudah jadi macam ini, makin kerap suri rumah ke dapur untuk masak.

 

 

 

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down