Projek Ubahsuai Bilik Air Laundry Yang Teruk & Kotor

Ditulis oleh

Cuba sesiapa daripada anda semua ini tengok balik keadaan tandas di rumah kampung tidak kira rumah ibubapa atau sendiri. Adakah ia masih dalam keadaan yang elok, bersih dan cantik atau berada dalam keadaan yang teruk, kotor dan teruk.

Kalau teruk sangat keadaan boleh cuba lakukan projek ubahsuai bilik air berserta laundry macam dilakukan oleh Mohd Saufi Ana ini. Komfirm dengan melakukan projek ubahsuai bilik air tersebut akan nampak cantik. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Projek Ubahsuai Bilik Air Laundry Yang Kelihatan Kotor & Teruk Kembali Bersih Bersinar

Nak kongsikan hasil sebuah ubah suai bilik air & juga bahagia laundry area ini di rumah kampung.

Sorry kalau gambar before tu memang tak sedap mata memandang. Memang dah macam tu daripada awal.

Rupa Dan Keadaan Bilik Tandas Yang Asal Ini Sebelum Ubahsuai

Maaf sangat kalau gambar ni mungkin akan membuatkan anda tidak berasa selesa tapi sememangnya inilah keadaan bahagian bilik air di rumah kampung ini.

Dengan keadaan yang kotor dan dinding pun berkulat siapa pun tak selera nak masuk. Sebab ini saya ingin melakukan projek mengubahsuai bahagian bilik air laundry ini.

Ubahsuai Bilik Air Laundry

Ini lah rupa jamban sebelum apa-apa ubahsuai dilakukan. Nak masuk pun memang tak lalu dah apatah lagi nak membuangnya.

Ini pula bahagian ruangan untuk mandi. Memang tandas ini terbahagian kepada 2 bahagian. Tempat mandi dan jamban sememangnya asing.

Ubahsuai Bilik Air Laundry

Hasil Akhir Projek Ubahsuai Bilik Air Yang Dilakukan Ini

Alhamdulillah, inilah dia hasil akhir projek yang dilakukan ini. Alang-alang nak lakukan makeover ni agar biar cantik. Kita lakukan juga mencantikkan bahagian laundry ini.

Kalau anda tadi dah tengok kan betapa teruknya keadaan tandas sebelum ubahsuai. Sekarang ini lah dia hasilnya ubahsuai pada tandas ini. Nak masuk pun baru ada mood berbanding yang sebelumnya.

Beralih pula kepada bahagian bilik mandi pula. Beginilah dia keadaan bahagian bilik mandi .

Ubahsuai Bilik Air Laundry

Ubahsuai Bilik Air Laundry

Sumber : Mohd Saufi Ana

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 9, 2021
Dikemaskini pada
Disember 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram