10 Tips Penyelenggaraan Rumah Supaya Nampak Terjaga

Ditulis oleh

Tempat tinggal ataupun rumah merupakan satu suasana untuk ruang hidup yang digunakan sebagai kediaman sementara atau kekal bagi individu atau yang sudah keluarga.

Tetapi pernahkan anda mengetahui cara penyelenggaraan rumah anda jika anda mempunyai barangan elektrik atau kemudahan di dalam rumah anda? Hari ni kami akan kongsikan tips penyelenggaraan rumah sendiri.

Tips Penyelenggaraan Rumah Sendiri Pada Hujung Minggu

1. Semak Kadar Bil Air dan Elektrik Anda

Ramai yang pandang rendah jika bil air atau elektrik anda semakin hari semakin meningkat walaupun rumah anda hanya menggunakan kipas. Mungkin terdapat kebocoran elektrik atau air.

Jika anda sedar dengan masalah ini, anda harus melihat kembali bil elektrik dan air anda untuk melakukan perbezaan dan kadar penggunaan. Jika perkara ini berlanjutan dan mempunyai perbezaan yang tinggi, maka anda harus memanggil pihak yang sepatutnya untuk memeriksa samada mempunyai kebocoran atau tidak.

2. Lap Semua Pintu Kayu

Majoriti pemilik rumah menggunakan pintu kayu walaupun pintu kayu itu hasil dari campuran pelbagai bahan. Walaupun ia daripada campuran bahan yang lain, pemilik rumah haruslah menjaga pintu tersebut untuk menjaga kualiti dan daya ketahanan yang lebih lama.

Cara-cara untuk membersihkannya:

  1. Buang kotoran kecil supaya tiada bintik kecil akan muncul menggunakan kain kering yang bersih.
  2. Campurkan pencuci neutral dan air suam, celupkan dan lap menggunakan kain yang bersih.
  3. Lapkan di bahagian tepi dan juga atas.
  4. Ambil kain kering yang bersih untuk buang kelembapan pada pintu kayu.
  5. Biarkan ia kering. Jika mahu cepat kering, boleh letakkan kipas supaya tiada lagi kelembapan pada pintu itu.

Penyelenggaraan Rumah Untuk Barangan Elektrik

1. Vakum Gegelung Pemeluwap

Tips penyelenggaraan rumah

Gegelung pemeluwap dikenali sebagai coil condenser di peti sejuk rumah. Kedudukan coil tersebut berada di belakang peti sejuk anda. Fungsi coil tersebut untuk memastikan suhu pada peti sejuk itu stabil. Jika coil itu tidak dibersihkan, maka coil itu tidak dapat stabilkan suhu peti sejuk.

Tips penyelenggaraan rumah

Ini langkah untuk bersihkan coil tersebut:

  1. Cabutkan plug daripada soket.
  2. Gunakan pemuncung vakum paling kecil.
  3. Beruskan menggunakan berus halus.
  4. Vakum sekali lagi untuk pastikan tiada habuk.
  5. Kembalikan kedudukan peti sejuk dan pasangkan plug.

2. Bersihkan Exhaust Fan

Pengudaraan di dalam rumah amat penting untuk mengeluarkan udara panas dan mengurangkan haba di dalam rumah. Jika tidak bersihkan exhaust fan maka pengudaraan di dalam rumah menurun dan kadar haba meningkat.

  1. Matikan suis exhaust fan.
  2. Tanggalkan jaring.
  3. Tanggalkan bilah kipas
  4. Campurkan bahan cecair seperti sabun dan air bersih.
  5. Basuhkan jaring dan bilah kipas sehingga bersih.
  6. Jika masih lagi ada kotoran degil, anda boleh menggunakan bahan kimia yang sesuai untuk. Sila guna secara berhati-hati.
  7. Apablia selesai, lap sehingga kering dan pasangkan kembali ke tempat asalnya.
  8. Buka suis dan uji exhaust fan supaya berfungsi dengan baik.

3. Bersihkan Penghawa Dingin

Penghawa dingin merupakan barangan elektrik yang ramai penggunanya. Tetapi adakah penggunanya mengetahui cara untuk menyelenggara penghawa dingin tersebut? Ini langkah-langkah untuk melakukannya.

Tips penyelenggaraan rumah
  1. Tutup suis utama penghawa dingin.
  2. Keluarkan penapis dan bersihkan.
  3. Semburkan pembersih penghawa dingin pada sirip penghawa dingin secara menegak dari kiri ke kanan dan biarkan selama 3 minit.
  4. Selepas 3 minit, masukkan kembali penapis ke tempat asalnya.
  5. Buka suis penghawa dingin dan biarkan selama 15 minit untuk mengeluarkan kotaran melalui hos ke longkang.

4. Bersihkan Mesin Basuh

Mesin basuh adalah satu barangan elektrik yang wajib ada di setiap rumah dan berfungsi untuk membasuh dan mencuci pakaian anda.

Untuk pengetahuan, mesin basuh ini semakin lama semakin kotor jika tidak dicuci dan akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.

Ini cara untuk membersihkan mesin basuh:

Tekan butang "Tub cleaning" pada papan panel.

  1. Masukkan satu paket sabun pencuci mesin ke dalam mesin basuh.
  2. Tunggu proses sehingga selesai.
  3. Anda akan lihat hasil yang memuaskan.
  4. Buang lebihan sampah sehingga bersih.

Penyelenggaraan Rumah Untuk Luaran

1. Trim Pokok

Pokok merupakan satu perhiasan yang semulajadi di luar rumah dan dalam masa yang sama ia dapat memberikan kita ketenangan. Tetapi tenangkah anda melihat pokok yang berserabut?

Tips penyelenggaraan rumah

Sebab itulah anda harus meluangkan masa anda bersama pokok-pokok anda untuk trim supaya kelihatan cantik dan tenang.

2. Cuci Kolam Renang

Untuk rumah yang mempunyai kolam renang peribadi, penyelanggaraan kolam renang amat penting bagi memastikan kebersihan ketika berenang. Langkah penyelanggaraan kolam renang ini amat mudah jika anda betul-betul melakukannya dengan teliti. Inilah masanya untuk belajar bersihkan kolam renang sendiri.

Langkah-langkah:

  1. Membuang daun atau benda yang terapung menggunakan jaring.
  2. Vakum lantai menggunakan vakum khasnya.
  3. Bersihkan dinding kolam renang menggunakan berus atau water jet.
  4. Bersihkan filter kolam jika terdapat kotoran atau daun di dalamnya.
  5. Semak kadar pH air. Kadar pH yang normal adalah 7.4 sehingga 7.8
  6. Tambahkan tablet klorin untuk membasmi bakteria.

3. Semak Pemadam Api

Pemadam api berfungsi untuk memadamkan api sebelum api membesar atau untuk mencegah kebakaran. Pemeriksaan alat pemadam api dijalankan untuk memeriksa keadaan dan ia termasuk penyelenggaraan.

Ini langakh untuk menyemak keadaan pemadam api:

  1. Kebolehcapaian. Pastikan pemadam api boleh dicapai tanpa halangan jika berlaku kebakaran.
  2. Semak keadaan fizikal pemadam api seperti nombor siri dan label untuk mudah dibaca.
  3. Periksa sambungan antara hos dan silinder adalah selamat.
  4. Periksa jika terdapat keretakan pada hos atau kebocoran pada muncung.
  5. Periksa tolok tekanan. Pastikan jarum terletak pada zon hijau.
  6. Pastikan tag pemeriksaan tersedia
  7. Hasilkan laporan dan cadangkan laporan tindakan.

4. Bersihkan Saliran Air Longkang

Saliran air juga penting untuk memastikan saluran air longkang lancar tanpa mempunyai halangan yang akan menyebabkan longkang tersumbat dan adakala akan menyebabkan berlakunya banjir kecil di kawasan rumah anda kerana saluran air longkang tersumbat.

Jadi pastikan setiap minggu anda bersihkan saluran air longkang supaya kelihatan tidak kotor sangat dan melancarkan aliran air longkang.

Kesimpulannya, penyelenggaraan rumah amat penting bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan keselamatan serta memberi manfaat kepada diri sendiri dan penghuni di dalam rumah. Semoga tips penyelenggaraan rumah ini memberi faedah kepada anda semua.

Diterbitkan pada
Mac 20, 2022
Dikemaskini pada
Mac 20, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram