Cara Cuci Kipas Siling Supaya Tidak Mudah Berhabuk

Ditulis oleh

Ramai yang memandang enteng aktiviti mencuci peralatan rumah, malah mungkin ada yang tidak tahu cara cuci kipas siling yang betul. Namun, tahukah anda, kipas siling yang kotor boleh menyebabkan kipas menjadi perlahan seterusnya mengakibatkan kerosakan pada motor kipas? Kesudahannya, kipas anda tidak mampu bertahan lama. 

Selain itu, habuk-habuk yang terkumpul pada bilah kipas juga akan mula jatuh ketika kipas berpusing dan mengakibatkan kesihatan anda terganggu. 

Selain habuk, kipas yang diletakkan di dapur juga mungkin memerangkap kotoran dan menjadikan bilahnya melekit. Sudah tentu prestasi kipas akan menjadi perlahan dan proses mencuci menjadi lebih sukar. Oleh itu anda harus mula mengambil berat tentang penjagaan kipas siling dengan betul mulai sekarang.

Artikel ini akan mendedahkan langkah-langkah signifikan yang mudah untuk membersihkan kipas siling agar tidak senang berhabuk.

Barang - barang yang diperlukan

Berikut merupakan barang-barang yang perlu disediakan sebelum proses membersihkan kipas dijalankan.

  • Tangga
  • Kain yang tidak digunakan / perca
  • Cecair pencuci / detergen / cuka

Apakah langkah-langkah untuk bersihkan kipas siling?

  1. Pastikan suis kipas telah ditutup terlebih dahulu.
cara cuci kipas siling 1
Sumber foto: The Home Depot
  1. Setelah kipas berhenti berpusing, letakkan tangga di bawah kipas siling. Pastikan kedudukan dan ketinggian tangga dilaraskan mengikut keselesaan anda.
cara cuci kipas siling 2
Sumber foto: The Home Depot
  1. Bancuh cecair pencuci seperti Dettol atau mana-mana agen pencuci yang ingin digunakan dengan air yang mencukupi. Disarankan untuk membancuh campuran tersebut di dalam sebuah baldi atau besen supaya campuran tidak terpercik ketika proses pembersihan.
Sumber foto: Fantastic Cleaners
  1. Rendam kain di dalam bancuhan pencuci tersebut. Pastikan anda memerah terlebih dahulu supaya air tidak menitik ke atas lantai ketika proses mencuci.
Sumber foto: Impiana
  1. Cuci kipas bermula dari bahagian tengah motor kipas ke hujung bilah kipas. Untuk memastikan lantai tidak berhabuk, anda boleh mengalas lantai dengan menggunakan kain kering yang lain.
Sumber foto: The Home Depot
  1. Ulangi langkah tersebut sehingga bilah kipas betul-betul bersih. 
Sumber foto: The Home Depot
  1. Teruskan langkah yang sama untuk kesemua bilah-bilah kipas yang lain.

Langkah-langkah keselamatan

Sebagai langkah-langkah keselamatan, anda digalakkan untuk mengikuti tips-tips keselamatan seperti:

  • Sentiasa memakai sarung tangan keselamatan semasa proses pembersihan.
  • Jangan buka suis kipas sehingga bilah-bilah kipas betul-betul kering.
  • Pastikan kedudukan tangga adalah stabil sepanjang proses pembersihan.

Berapa kerapkah harus saya mencuci kipas siling di rumah?

Kipas siling hendaklah dicuci sekali atau 2 kali setahun, bergantung kepada ruang. 

Bagaimanakah cara cuci kipas siling tanpa habuk berterbangan?

Satu trik yang mudah untuk mengelakkan habuk berterbangan semasa membersihkan kipas ialah menggunakan sarung bantal lama. Sarungkan kepada bilah kipas dan tarik sarung tersebut. Ulang sehingga bilah kipas betul-betul bersih.

Bagaimanakah cara untuk mencuci habuk yang melekit pada kipas?

Gunakan baby wipes untuk mencuci bahagian kipas yang mempunyai kotoran degil. Sekiranya kipas anda nampak berminyak, tuangkan sedikit degreaser atau spirit pada kain lap dan sapu pada bilah kipas tersebut.

BIG+ Bio Degreaser

Produk pencuci yang mesra eko, diperbuat daripada bahan semulajadi. Sesuai untuk kerja-kerja membersihkan dapur memasak, oven, karpet, langsir dan sofa fabrik. Menurut pengguna, produk ini lembut di tangan tetapi sangat efektif terhadap kesan degil. Anda perlu menyental sedikit untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Beli di Shopee
Pro Tips

Selain membersihkan bilah-bilah kipas, anda disarankan juga untuk menyelenggara motor kipas untuk memastikan motor kipas tidak terlalu berhabuk. Selain itu, pastikan juga tiada bilah kipas yang patah atau mempunyai struktur yang rosak. Jika anda mendapati bilah kipas telah longgar, jangan lupa untuk ketatkan semula bilah kipas pada motor kipas. Hal ini untuk menjamin keselamatan anda ketika menggunakan kipas siling.

Ternyata sangat mudah cara cuci kipas siling di rumah. Barang-barang yang diperlukan juga tidak banyak dan mudah untuk didapati. Dengan langkah penjagaan dan pembersihan kipas yang sempurna, kini anda tidak perlu lagi risau akan keselamatan selain memperoleh keselesaan yang sepatutnya. 

Lepas ni anda boleh mula cuci semua kipas dan lampu dengan hati yang senang!

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda juga mengikuti semua langkah-langkah keselamatan yang telah disebutkan di atas untuk mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku.

Diharapkan artikel Giler Deco pada kali ini bermanfaat dan boleh membantu anda. Sekiranya anda sukakan artikel ini, jangan lupa untuk kongsikan!

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 19, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram