Apa Itu Lampu LED Dan Cara Memasangnya Dengan Betul

Ditulis oleh

Jika sebelum ini kita sudah pun mengenali jenis-jenis lampu chandelier, lampu pendafluor dan banyak lagi. Namun untuk lampu yang betul-betul dapat memberikan kita pencahayaan yang tampak moden ialah dengan memilih lampu LED yang menarik.

Penggunaan lampu LED ini bukanlah sesuatu yang baharu. Teknologi ini sekarang sedang trending dan menjadi pilihan ramai pemilik rumah.

Namun, apa yang sebenarnya dikatakan sebagai pencahayaan LED ini?

Apa Itu Lampu LED?

Secara amnya, LED ini merupakan nama singkatan kepada Light Emitting Diode. Lampu ini merupakan cahaya yang dihasilkan menggunakan semikonduktor yang dipanggil electroluminescence

Lampu LED

Apa itu Electroluminescence ?

Ia merupakan sebuah proses yang jauh lebih cekap daripada penggunaan lampu pijar tradisional. Jangka hayat untuk lampu ini adalah lebih lama berbanding jenis lampu yang lain. Saiz lampu ini juga lebih kecil dan menghasilkan suhu yang sejuk untuk beroperasi. Ini bermakna ianya boleh digunakan di dalam pelbagai bentuk yang mustahil untuk dihasilkan dengan mentol tradisional yang biasa.

Adakah Lampu LED Ini Terang Atau Tidak?

Untuk pertanyaan ini, ramai yang menjangkakan bahawa lampu ini akan kelihatan sangat terang namun ia tidak semestinya terang seperyi lampu-lampu yang lain. Ianya bergantung kepada:

  • Jenis output
  • Berapa banyak watt yang diperlukan
  • Berapa banyak lumen yang dihasilkan.

Lumen merupakan ukuran untuk kecerahan cahaya.

Lampu jenis LED ini tidak boleh dilihat pada jumlah watt sahaja kerana lampu ini menghasilkan lebih banyak lumen per watt daripada mentol pijar atau pendarfluor. 

Kebanyakan orang akan merujuk watt untuk mentol pijar klasik. Watt dan juga jumlah cahaya yang dihasilkan pada LED ini adalah sangat berbeza sekali. 1600 lumen menghasilkan jumlah cahaya yang sama banyak dengan mentol pijar 100 watt.

Adakah Lampu LED Ini Berwarna Biru?

Versi awal teknologi lampu LED ini menghasil lampu berwarna biru. Jadi, disebabkan itu ramai orang mempunyai pandangan yang buruk terhadap lampu ini.

Namun, industri lampu LED ini semakin hari semakin berkembang dan reka bentuk juga semakin hari semakin baik untuk memenuhi jangkaan pada pencahayaan yang ingin diletakkan pada rumah.

Warna cahaya pula yang dihasilkan diukur pada skala Kelvin dicmana nombor yang lebih rendah bersamaan dengan cahaya yang lebih panas. Semakin panas lampu tersebut, semakin putih (kadang akan berubah menjadi biru) warna lampu LED tersebut.

Setakat ini terdapat dua suhu warna utama yang telah dihasilkan.

2700 Kelvin ialah cahaya yang hangat setanding dengan mentol rumah yang biasa. Untuk 3000 Kelvin pula, cahaya lebih putih sedikit tetapi rasanya masih hangat dan ianya setanding dengan mentol halogen. Ada sesetengah jenama mempunyai cahaya kelvin yang lebih tinggi. Antaranya ialah 3500 dan 4000 Kelvin. Jika ada lebih sukakan cahaya yang lebih putih boleh ambil Kelvin yang lebih putih.

Pengaruh Lampu LED Terhadap Warna Dalaman Bilik

Disebabkan warna LED ini bukanlah sumber cahaya spektrum penuh, versi awal LED mempunyai kesan warna yang malap atau berlumpur.

Ada aduan yang mengatakan bahawa warna biru akan kelihatan warna hijau dan warna merah akan kelihatan seakan-akan warna coklat. Ia disebabkan oleh diod yang kehilangan bahagian spektrum cahaya.

Untuk mengelakkan masalah ini, pengeluar LED sudah mula membangunkan produk mengikut “Color Rendering Index”., iaitu untuk mengukur seberapa tepat sumber cahaya yang menghasilkan warna yang dipancarkan. Kebanyakan lampu LED untuk rumah sekarang menggunakan 80 CRI range tapi sekarang ada sahaja menggunakan lebih 90+ CRI. Ia adalah nombor yang baik digunakan untuk memastikan cahaya yang diperolehi akan menerangkan dan memenuhi keperluan bilik anda.

Lampu LED

Adakah lampu ini boleh dimalapkan?

Semakin kita bermain dengan pencahayaan ini, semakin banyak kita inginkan pencahayaan yang boleh dilaraskan kemalapannya.

Walaupun kebanyakan teknologi LED ini lebih baharu dan ada model lampy yang boleh dimalapkan, namun ia tidak berlaku secara menyeluruh. Sebelum anda membeli lekapan lampu jenis ini, pastikan anda mengetahui sama ada ia serasi dengan mana-mana dimmer.

Sesetengah lekapan LED boleh dimalapkan namun ia memerlukan beberapa jenis dimmer tertentu. Namun, jika anda memalapkan lampu LED ini ia akan merendahkan keluaran lumen cahaya. Walaubagaimanapun, fungsi “warm dim” akan datang ke pasaran dalam masa hadapan. Jadi tidak lama lagi lampu LED akan mempunyai kebolehan untuk benar-benar dimalapkan seperti yang dilakukan lampu lain.

Jangka Hayat & Ketahanan Lampu LED

Lampu jenis LED ini mempunyai jangka hayat yang panjang dengan penilaian sekurang-kurangnya 20,000 jam operasi. Ada juga yang mempunyai antara 30,000 jam sehingga 50,000 jam malah ada juga hampir 90,000 jam namun ia bergantung kepada jenama lampu tersebut.

Anda yang menentukan jangka hayat yang sesuai untuk keperluan anda.

Jika anda menggunakan dengan hanya beberapa jam sehari mungkin ia boleh bertahan dalam 20 tahun. Jika dibiarkan kerap menggunakan lampu tersebut sepanjang hari dan malam, tempoh jangka hayat berkemungkinan akan berkurangan.

Itu sahaja perkongsian kami mengenai lampu LED. Semoga bermanfaat!

Diterbitkan pada
Januari 3, 2022
Dikemaskini pada
Mac 12, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram