Panduan Membeli Lampu Melalui Kedai Lampu Online Dengan Betul

Ditulis oleh

Samada anda mencari lampu bajet mahupun bergaya mewah, dengan perkembangan internet dan e-commerce aktiviti membeli-belah barangan deko rumah menjadi semakin mudah. Terdapat banyak kedai lampu online yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak anda sebagai pemilik rumah.

Kadang-kadang anda akan menjumpai rekabentuk lampu yang anda suka, tetapi adakah ianya sesuai dengan konsep deko rumah anda? 

Kemasan, bahan, warna dan saiz menjadi kriteria yang perlu anda perhalusi dengan teliti sebelum membeli sebarang lampu secara online.  Tanpa memikirkan kriteria yang disebutkan berkemungkinan pencahayaan pada rumah anda kelihatan tidak cantik, suram dan tiada mood yang ceria pada ruang rumah anda.

Berikut merupakan beberapa panduan atau tips yang akan membantu anda dalam membeli lampu yang terbaik untuk rumah sekiranya anda berminat untuk membeli secara atas talian.

Tips & Panduan Membeli Lampu Melalui Kedai Lampu Online Dengan Betul

Panduan 1 : Kenali Jenama-Jenama Lampu Yang Terbaik

Sebelum anda membeli sebuah lampu idaman anda, terlebih dahulu pastikan anda mengenali beberapa jenama lampu yang boleh dipercayai untuk dibeli kedai lampu online. Antara jenama lampu yang boleh dipercayai di Malaysia adalah Philips, Osram, Gauss dan Feron. 

Jenama ini akan memberikan pencahayaan lampu yang berkualiti tinggi dan terbaik untuk rumah anda. Anda perlu memastikan jenama tersebut mempunyai rekod prestasi dan juga reputasi yang terbaik di kalangan pengguna. Jenama yang terbaik akan sentiasa memaparkan sijil industri syarikat terus di laman web mereka.

Kedai Lampu Online

Panduan 2 : Meminta Bantuan Daripada Pakar

Jika anda benar-benar buntu dan tidak tahu apa-apa mengenai pencahayaan, anda perlu bertanya kepada sesiapa yang arif dan juga pakar dalam memilih atau membeli lampu di kedai lampu online. Pegawai khidmat pelanggan atau juga penjual antara yang dapat membantu anda. Penjual dalam talian yang baik akan menolong anda dalam membuat pilihan dengan memberikan anda butiran mengenai produk tersebut.

Selain itu, anda juga boleh meminta pertolongan daripada kontraktor pendawaian elektrik atau pereka hiasan dalaman juga. Mereka boleh menjadi sumber untuk anda mencari rupa atau rekabentuk tertentu, memadankan ruang yang terbaik dan juga mendapatkan butiran mengenai petua dalaman rumah. Mereka akan berasa sangat senang hati dengan membantu anda dalam mencari apa-apa daripada hanya lampu biasa sehinggalah merancang pencahayaan pada keseluruhan rumah.

Kedai Lampu Online

Panduan 3 : Merancang Dan Visualisasikan

Sebaik sahaja anda menemui beberapa idea, jenama dan juga lekapan yang anda suka. Jangan terus membeli barang tersebut. Fikir dahulu tentang bahan yang akan dibeli. Sebagai contohnya anda sangatlah menyukai sebuah lampu chandelier kristal pada dapur anda tetapi apabila hendak membersihkan lampu tersebut sudah pastinya akan jatuh debu-debu tersebut pada ruang tersebut.

Seterusnya ialah anda juga perlu memikirkan tentang suhu warna. Jika anda tidak pasti apa yang perlu anda lakukan, ambil beberapa mentol dalam keadaan suhu warna yang anda lihat. Cuba mentol tersebut pada lampu lantai untuk memastikan ia berfungsi diruang anda dan juga dengan warna anda.

Panduan 4 : Rancang Jadual Masa Anda Dalam Membeli Lampu Online

Ini merupakan antara panduan yang perlu anda titik beratkan. Seperti yang anda tahu bahawa kita ini merupakan pembeli dalam talian. Pembeli juga kadang-kadang akan mengalami masalah kelewatan dalam menunggu barang tersebut sampai ke rumah. 

Sebab itu harus diingatkan bahawa untuk membeli-belah lampu secara online, anda seharusnya memberikan jumlah masa yang sesuai untuk memastikan projek anda on track mengikut jadual yang ditetapkan.

Walaupun anda tempah banyak barang dalam satu pesanan tetapi ia bergantung juga kepada lokasi penjual. Jika lokasi mereka berada jauh dari tempat yang dipesan kemungkinan jangka masa untuk sampai akan menjadi lebih lama.

 Jika anda dalam keadaan mengejar masa untuk menyiapkan projek pencahayaan yang telah anda rancang, pastikan anda bekerjasama dengan jurujual untuk membantu anda memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Panduan 5 : Melakukan Kaji Selidik Terhadap Lampu Yang Diinginkan

Sebelum anda membeli lampu idaman anda ini pastikan anda mengemukakan beberapa soalan yang penting. Antaranya ialah :- 

  • Barang apa yang dicari?
  • Rupa atau rekabentuk yang disukai?
  • Apa yang anda tidak suka?
  • Apakah fungsi utama yang anda perlukan?
  • Apa yang anda mahu belanjakan? 

Barang Apa Yang Anda Cari?

Semestinya kita ingin mencari sebuah lampu, kan? Tetapi anda perlu mengetahui lampu jenis apa yang dicari. Adakah chandelier atau jenis pendant? Adakah lampu LED atau pencahayaan ceruk?

Rupa atau rekabentuk yang disukai?

Adakah anda sedang mencari sebuah lampu dengan rekabentuk yang menarik, unik atau lampu yang nampak biasa-biasa sahaja? Anda nak ruang makan anda nampak moden atau klasik?

Kedai Lampu Online

Apakah jenis lampu yang anda tidak suka?

Tidak semua lampu ini sesuai untuk ruang dalam rumah kita. Jadi, anda kena tahu lampu jenis macam mana yang anda perlu elakkan atau tak menepati citarasa anda. Setidaknya anda dapat menjimatkan duit anda daripada membeli yang bukan citarasa anda apabila membelinya di kedai lampu online.

Apakah fungsi utama yang anda perlukan?

Jika memilih lampu berdasarkan aktiviti utama untuk sesebuah ruang, anda perlu memikirkan tentang kadar pencerahan yang anda inginkan (watt mentol) dan juga kebolehan untuk melaraskan lampu tersebut. Contohnya, pencahayaan di ruang tamu perlulah memberikan suasana yang ceria dan aman, tetapi pencahayaan bertumpu lebih diperlukan untuk dapur.

Berapa yang anda mahu belanjakan?

Ini pula melibatkan bajet anda. Berapakah yang anda ingin belanjakan untuk mendapatkan lampu yang diinginkan. Jangan sampai terlebih bajet kerana anda mungkin memerlukan duit untuk kos-kos yang di luar jangkaan.

Senarai Kedai Lampu Online Yang Boleh Dipercayai Di Shopee

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 19, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram