Sinki Tersumbat Tahap Kronik? Ini 4 Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ditulis oleh

Suri rumah secara khususnya sering kali mengalami masalah sinki tersumbat. Sinki dapur yang tersumbat bukan sahaja menghalang pengaliran air dan menganggu proses memasak di dapur, malah ianya juga boleh menyebabkan kebocoran dan kerosakan pada paip sinki dalam jangka masa panjang. 

Untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang lebih parah, anda boleh menyelesaikan masalah ini dengan mengaplikasikan empat cara mudah seperti yang bakal dikupas di bawah.

Apakah punca-punca sinki tersumbat?

10 Tips For Unblocking Any Drain (DIY & Professional)
Sumber foto: Precise Plumbing

Terlebih dahulu, anda perlu tahu mengapa sinki dapur anda tersumbat. Lazimnya, sinki dapur akan tersumbat sekiranya terdapat bendasing seperti tumpahan minyak masak atau kerak periuk di dalam lubang sinki. Selain itu, sisa-sisa makanan juga boleh menyebabkan sinki dapur tersumbat.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah sinki tersumbat?

Terdapat empat cara mudah dan terbukti berkesan yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah ini:

1. Menggunakan pelocok

sinki tersumbat
Sumber foto: Herrman Services

Pelocok merupakan alatan yang wajib disimpan di dapur. Pelocok boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah sinki yang tersumbat. Alatan ini menggunakan prinsip tekanan udara untuk menarik sisa-sisa makanan yang tersumbat di dalam paip sinki.

Cara-cara menggunakan pelocok:

  • Acukan mulut pelocok (elemen getah yang berbentuk cawan) ke arah lubang sinki. Pastikan getah tersebut menutupi sekeliling lubang sinki.
  • Tolak dan tarik batang pelocok berulangkali dengan kadar yang sederhana laju.
  • Ulang langkah tersebut sehingga sinki tidak lagi tersumbat.

 2. Alirkan air panas 

         

How to Unclog a Sink Drain
Sumber foto: The Spruce

Apabila bendasing seperti minyak atau sisa makanan tersumbat di dalam sinki, lama-kelamaan bahan-bahan ini akan mengeras. Oleh itu, mengalirkan air yang bersuhu tinggi mampu untuk mencairkan semua bendasing tersebut dan sekaligus proses pembersihan sinki tersumbat lebih mudah dilakukan. 

Berikut merupakan cara-cara menggunakan air panas untuk menyelesaikan masalah sinki tersumbat. 

  • Panaskan sekitar 2 liter air sehingga mendidih.
  • Alirkan air panas tersebut memasuki lubang sinki.
  • Buka pili air dan perhatikan kelajuan air yang mengalir turun ke dalam lubang sinki. Sekiranya masih perlahan, itu bermakna masih terdapat bendasing yang tersumbat dan ulangi proses tersebut sehingga air tidak lagi bertakung.

3. Selenggara dan periksa perangkap sinki

Bathroom Sink Drain Pipe And P-Trap Don't Meet? (Fix It Now!) – Upgraded  Home
Sumber foto: Upgraded Home

Anda boleh memeriksa perangkap sinki yang biasanya berada betul-betul di bawah lubang sinki. Perangkap dipasang untuk menghubungkan lubang sinki dan paip. Ianya berfungsi untuk memerangkap sebarang sisa makanan yang jatuh melalui lubang sinki.

Cara-cara untuk menyelenggara perangkap sinki:

  • Letakkan besen bersaiz besar betul-betul di bawah perangkap sinki yang akan dicabut. Ini untuk mengelakkan air takungan jatuh ke atas lantai.
  • Cabut perangkap sinki dengan cara memutarkan perangkap mengikut arah lawan jam secara perlahan-lahan.
  • Setelah mencabut perangkap, bersihkan perangkap tersebut sehingga tiada lagi bendasing atau sisa makanan yang melekat di dalamnya.
  • Pasang semula perangkap sinki di tempat asal.
Pro Tips

Gunakan kain yang kesat untuk memudahkan proses mencabut perangkap sinki kerana sesetengah perangkap terutamanya perangkap jenis besi bersifat licin.

4. Gunakan baking soda atau cuka

Sumber foto: Reader’s Digest

Ramai yang tidak tahu sebenarnya baking soda dan cuka juga boleh membantu untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Caranya juga sangat mudah. Anda boleh ikuti langkah-langkah seperti di bawah.

  • Masukkan serbuk baking soda menggunakan sudu ke dalam lubang sinki.
  • Alirkan cuka secara perlahan.
  • Biarkan kedua-dua bahan ini bertindak balas untuk seketika.
  • Alirkan pula air panas melalui lubang sinki.

Apakah cara untuk mengelakkan sinki tersumbat?

Ternyata sangat mudah untuk mengatasi masalah sinki tersumbat. Anda juga boleh mengikuti beberapa tips di bawah untuk mengelakkan sinki dapur tersumbat di masa akan datang.

  1. Jangan buang sebarang sisa makanan seperti sayuran atau serbuk kopi ke dalam sinki
  2. Tidak menumpahkan minyak di dalam lubang sinki. Hal ini kerana minyak masak boleh mengeras dan seterusnya menyebabkan sinki tersumbat.
  3. Memasang perangkap sinki untuk menapis dan mengelakkan sisa makanan terjatuh ke dalam paip sinki. 
  4. Alirkan air panas secara berkala ke dalam sinki untuk membersihkan dan mencairkan kotoran di dalam paip sinki.
Pro  Tips Untuk Elakkan Sinki Tersumbat
  • Jangan buang sebarang sisa makanan seperti sayuran atau serbuk kopi ke dalam sinki
  • Tidak menumpahkan minyak di dalam lubang sinki. Hal ini kerana minyak masak boleh mengeras dan seterusnya menyebabkan sinki tersumbat.
  • Memasang perangkap sinki untuk menapis dan mengelakkan sisa makanan terjatuh ke dalam paip sinki. 
  • Alirkan air panas secara berkala ke dalam sinki untuk membersihkan dan mencairkan kotoran di dalam paip sinki.

Sekarang anda tidak perlu risau lagi dengan masalah sinki tersumbat dan boleh memasak di dapur dengan tenang. Semoga perkongsian dan tips daripada kali ini membantu anda yang sedang mengalami masalah sinki tersebut. Sekiranya anda menyukai artikel ini, anda boleh kongsikan juga kepada para suri rumah yang mengalami masalah yang sama.

Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
Mac 14, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram