5 Panduan Untuk Memilih Lampu Bilik Tidur Yang Tepat

Ditulis oleh

Tempat yang menjadi syurga setelah berpenat lelah di tempat kerja - tentulah bilik tidur. Di sinilah tempat bersantai dan tempat berehat yang paling menjaga privasi kita. Untuk mewujudkan suasana yang tenang, seharusnya anda menitikberatkan kualiti pencahayaan di bilik tidur. Maka, anda perlu tahu bagaimana cara yang tepat untuk memilih lampu bilik tidur.

Dengan mengaplikasikan 3 asas pencahayaan dengan betul iaitu pencahayaan ambient, task dan juga accent lighting, sudah pasti anda dapat menghasilkan bilik tidur ala hotel mewah. Barulah sedap nak melelapkan mata!

Lain Lampu Bilik Tidur, Lain Tujuannya

Seiring dengan zaman, bilik tidur moden pada masa kini bukan hanya berfungsi sebagai tempat untuk tidur, malah semakin ramai pemilik rumah memilih bilik tidur untuk menonton Netflix dan juga sebagai bilik kerja untuk work from home.

Oleh itu beberapa jenis lampu yang berbeza diperlukan agar ia memberikan satu suasana yang indah dan tenang, bersesuaian dengan fungsi yang diperlukan. Apabila pencahayaan bilik telah seimbang, terciptalah ruang yang cantik dan selesa.

Berikut merupakan jenis lampu yang betul untuk digunakan di dalam bilik tidur.

Keutamaan Cahaya Ambien Di Bilik Tidur

Pencahayaan ambien (ambient lighting) merupakan asas kepada pencahayaan bilik tidur yang baik. Ia memberikan cahaya menyeluruh ke segenap ruang bilik tidur anda.

Pada waktu siang, cahaya ambien ini biasanya dibantu oleh cahaya matahari yang masuk melalui tingkap.

Untuk mendapatkan cahaya ambien yang sempurna, anda perlu memberi perhatian kepada jenis lampu siling yang anda pilih. Lampu chandelier dan pendant mampu membangkitkan suasana bilik mengikut citarasa anda. Selain itu, lampu lantai juga membantu memberikan pencahayaan kepada sudut yang sukar dicapai oleh cahaya matahari semulajadi.

Lampu Bilik Tidur
Cahaya Ambien Untuk Bilik Tidur

Kepentingan Task Lighting Di Bilik Tidur

Pencahayaan ini perlu disesuaikan dengan fungsi bilik tidur anda. Adakah bilik tidur anda juga adalah tempat membaca, tempat bekerja atau tempat anda bermain game? 

Task lighting memberikan cahaya yang berfokus untuk membantu anda melakukan tugasan tersebut. Kita ambil contoh lampu meja. Pasang lampu meja di meja belajar anak anda supaya mereka lebih fokus untuk membaca dan membuat kerja sekolah.

Manakala lampu pendant atau lampu sconce dinding pula sesuai diletakkan di meja sisi katil untuk membantu penglihatan anda di waktu malam.

Untuk anda yang suka membaca buku, pemilihan lampu meja dengan tona warna warni merupakan pemilihan terbaik berbanding tona yang gelap. Warna yang gelap akan mencairkan kecerahan warna dan cahaya tersebut. Swing Arm Light pula sangat bagus untuk bacaan yang memerlukan fokus yang tinggi kerana ia direka supaya lebih fleksibel dan menghasilkan pencahayaan ambien yang terbaik untuk membaca.

Task Lighting Untuk Bilik Tidur

Kegunaan Accent Lighting Untuk Bilik Tidur

Apabila anda sudah selesai memilih pencahayaan ambien dan task, sekarang anda perlu pertimbangkan untuk melabur sedikit duit untuk lampu accent.

Accent lighting akan memberikan pencahayaan yang lebih lembut dan cantik untuk menghidupkan lagi suasana di bilik tidur anda. Sconce dinding dan lampu pita, keduanya sangat sesuai untuk menghasilkan kesan visual yang menarik pada bilik tidur anda.

Lampu Bilik Tidur
Accent Lighting Untuk Bilik Tidur

Kawalan Kecerahan ( Dimming Control )

Sekarang anda sudah pun mahir dengan pencahayaan dan pemilihan lampu bilik tidur. 

Jika anda mempunyai bajet yang lebih, laburkan juga wang anda untuk lampu yang mempunyai kawalan kecerahan di bilik tidur anda. Ianya lebih mudah untuk anda melaraskan kecerahan lampu agar sesuai dengan mood anda terutamanya ketika waktu hendak tidur.

Lampu Bilik Tidur
Kawalan Pencahayaan (Dimmer) Untuk Bilik Tidur

Gabungkan Kesemua Jenis Pencahayaan dan Lampu Bilik Tidur

Dengan adanya elemen-elemen pencahayaan yang berbeza ini, anda bakal mencipta suasana bilik tidur yang selesa untuk bersantai-santai.

Ianya mungkin susah dan nampak kompleks pada mulanya. Namun apabila anda sudah mengetahui bagaimana pencahayaan itu berfungsi, anda akan merasa bersyukur kerana tidur anda kini lebih lena.

Satu lampu sahaja tidak dapat memenuhi keperluan pencahayaan untuk sebuah bilik. Jadi anda perlulah merancang dengan baik lampu bilik tidur anda agar selepas ini anda dapat tidur dengan lena sepanjang malam.

Diterbitkan pada
Januari 23, 2022
Dikemaskini pada
Mac 12, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti channel sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram