Seperti yang anda tahu. Masalah mesin basuh keluar air yang tak berhenti ini adalah perkara biasa. Lagi-lagi kalau anda sudah bertahun lamanya menggunakan mesin basuh tersebut. Sebenarnya masalah ini bukanlah isu besar. Untuk selesaikan masalah ini adalah senang dan simple sahaja. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi tentang cara atasi masalah mesin basuh keluar air tak berhenti.
1. Buka paip dalam air, dan tanggalkan cover yang dibulatkan. Screw 2 biji sahaja di belakang mesin basuh.
2. Ini rupa water inlet valve, matikan current duhulu, buka 2 screw di bracket valve tersebut(biru) dan tanggalkan clip wyre (merah).
3. Bukak 4 biji screw dan keluarkan untuk periksa valve.
4. Valve ada di dalam benda ini.
5. Setelah diperiksa, masalahnya ada pasir dan batu halus terperangkap di dalam valve. Itulah sebab valve tidak boleh tutup rapat dan air mengalir keluar. Anda perlu servis dan cuci valve itu. Kemudian pasang balik semua ikut turutan terbalik dari atas.
Akhirnya Siap, mesin basuh anda sudah berfungsi seperti biasa semula.
6. Untuk pengetahuan kalau inlet valve rosak dan tak boleh repair. Anda boleh beli di Shopee sahaja. Harganya murah sahaja.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini. Selamat mencuba.
Baca juga : Lelaki Ini Ajar Cara DIY Water Dispencer Installation