Projek DIY Accent Wall Halaman Rumah Guna Casing Wayar Sahaja

Ditulis oleh

Status bujang bukanlah menjadi asbab untuk anda tidak melakukan ubahsuai rumah supaya kelihatan cantik dan menarik. Itu yang dilakukan oleh saudara Ady ZM bagi mencantikkan kawasan rumahnya dengan konsep deco orang bujang. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai projek diy accent wall halaman rumah guna casing wayar sahaja.

Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.

Projek DIY Accent Wall Halaman Rumah

 

Project hari ini, teringin nak wall accent macam rumah orang berada. Tapi kita buat cara kita saja. Tukar dinding yang pokok-pokok itu bagi nampk moden dan luas. Nanti kita cat warna hitam. Guna casing wayar sahaja.

 

Ini adalah wayar casing yang digunakan.

Bahagian dinding sebelum diubahsuai.

Wayar casing mula dipasang. Cara untuk lekatkannya adalah dengan menggunakan paku atau gam.

Wayar casing siap dipasang.

Citarasa orang bujang memang kena warna-warna menarik. Warna hitam memang kelihatan sangat ekslusive. Ini bukan fluted wall tapi casing wayar elektrik sahaja.

Cat yang digunakan adalah Nippon Paint timber shade.

Selesai sepenuhnya ubahsuai rumah orang bujang. Kelihatan seperti rumah kayu pun ada. Fluted wall yang terhasil adalah dari casing wayar.

  • Size casing 1 inchi.
  • Jarak ruang 1 inchi. Nak mudah ukur size casing itu sahaja.
  • Nippon Paint timber shade
  • Nak lekat guna sealant boleh. Paku pun boleh. Kalau bajet tak besar boleh guna paku sahaja.

Pandangan pada waktu malam. Sangat kreatif deco yang dihasilkan ini.

Ruang ini sangat cantik. Penuh dengan kehijauan pokok.

Bahagian santai tenangkan minda disini. Siap ada air terjun lagi tau.

Pandangan pada waktu siang.

Pandangan dari jarak sisi.

Pandangan dari luar rumah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
November 25, 2021
Dikemaskini pada
November 25, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram