DIY Lantai Lusuh Kelihatan Baru Guna "Epoxy Paint"

Ditulis oleh

Ramai dikalangan pemilik rumah cukup pening dalam memilih konsep dan cara bagaimana mahu memastikan lantai rumah yang lusuh kelihatan cantik. Sebenarnya lantai cukup memainkan peranan dalam menjadikan rumah anda akan kekal kelihatan cantik dan berseri. Kalau anda perasan, jika anda hanya tekankand dekorasi pada rumah tetapi anda abaikan pada bahagian lantai. Rumah anda tidak akan kelihatan cantik dan berseri kerana dekorasi yang anda buat tidak cukup sifat. Perkongsian kali ini adalah dari DanialDannia Assone. Perkongsian yang ingin dikongsi adalah mengenai diy lantai lusuh kelihatan baru guna "epoxy paint".

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian dekorasi lantai rumah dengan menggunakan cat epoxy ini.

DIY Lantai Lusuh Hanya Guna Cat Epoxy :

saja nak sharing dekat sini. Nak pakai mozek, belum ada rezeki. Pakai tikar getah 2 tahun dah koyak rabak, Fikir punya fikir, nak tukar tikar getah 2 tahun lagi kena tukar pulak. Letih nak angkut perabot.
2 pilihan dalam fikiran. Nak pakai lantai vinyl atau cat epoxy? Fikir punya fikir lagi. Kami laki bini bercadang mahu mencuba epoxy paint duhulu. Sebab nampak lawa. Bersinar macam mozek dan bila selesai rasa berbaloi jugak la buat. Dengan kos rm300+ dapat ruang tv. Ruang tamu dan Ruang dapur. Memang cantik. Nak tengok ketahanan dia macam mana. Menggelupas atau tidak. Kita tengok nanti. Tapi setakat ini memang rasa puas hati.
Kos cat epoxy yang digunakan adalah ivory.
deco rumah
Sebelum cat, Sapu bersih-bersih dan pastikan lantai betol-betul kering terlebih dahulu.
deco rumah
Ini apabila sudah kering. Cat pagi. Malam baru tuan rumah boleh masuk rumah. Tetapi perabot tak boleh bawak masuk lagi kena tunggu 24 jam paling kurang untuk masukkan perabot. Pastikan cat betul-betul kering.
deco rumah
Ini adalah keadaan lantai rumah setelah perabot rumah selesai dimasukkan kembali.
deco rumah
deco rumah
deco rumah
Ruang dapur ni kena rajin mop sebab lantai color cerah.
deco rumah
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam memilik cat untuk pastikan lantai rumah anda kelihatan cantik. Selamat mendeco. Jika anda berminat untuk membeli cat jenis ini boleh tekan link pada bahagian yang telah disediakan dibawah ini.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 17, 2021
Dikemaskini pada
Mei 17, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram