Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti? Masalah Ini Selesai Hanya Dengan Menggunakan.......

Ditulis oleh

Seperti yang anda tahu. Masalah mesin basuh keluar air yang tak berhenti ini adalah perkara biasa. Lagi-lagi kalau anda sudah bertahun lamanya menggunakan mesin basuh tersebut. Sebenarnya masalah ini bukanlah isu besar. Untuk selesaikan masalah ini adalah senang dan simple sahaja. Jadi kali ini Giler Deco mahu berkongsi tentang cara atasi masalah mesin basuh keluar air tak berhenti.

Musim PKP ini, ramai orang menghadapi bermacam masalah.  Salah satunya adalah masalah barangan elektronik yang sering buat hal secara tiba-tiba. Hal ini adalah normal kerana barangan elektronik kadang-kadang memang agak cerewet sedikit. Tanpa berlengah lagi jom sama-sama kita saksikan perkongsian dari Mohd Sani Soid mengenai cara atasi masalah mesin basuh keluar air tak berhenti.

 

Cara Atasi Mesin Basuh Keluar Air Tak Berhenti :

 
1. Buka paip dalam air, dan tanggalkan cover yang dibulatkan. Screw 2 biji  sahaja di belakang mesin basuh.

No photo description available.2. Ini rupa water inlet valve, matikan current duhulu, buka 2 screw di bracket valve tersebut(biru) dan tanggalkan clip wyre (merah).

No photo description available.3. Bukak 4 biji screw dan keluarkan untuk periksa valve.

No photo description available.4. Valve ada di dalam benda ini.

No photo description available.5. Setelah diperiksa, masalahnya ada pasir dan batu halus terperangkap di dalam valve. Itulah sebab valve tidak boleh tutup rapat dan air mengalir keluar. Anda perlu servis dan cuci valve itu. Kemudian pasang balik semua ikut turutan terbalik dari atas.

Akhirnya Siap, mesin basuh anda sudah berfungsi seperti biasa semula.

No photo description available.6. Untuk pengetahuan kalau inlet valve rosak dan tak boleh repair. Anda boleh beli di Shopee sahaja. Harganya murah sahaja.

No photo description available.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada hari ini. Diharap dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah ini. Selamat mencuba.

Baca juga : Lelaki Ini Ajar Cara DIY Water Dispencer Installation

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 19, 2021
Dikemaskini pada
Januari 19, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram