Jika anda mempunyai tangga dirumah dan rasa bosan dengan penampilan tangga tersebut, anda makeover sahaja agar nampak cantik. Dengan makeover balik tangga tersebut, ia mampu membuatkan tangga tersebut nampak cantik dan menarik seakan-akan baru.
Perkongsian daripada Puan Aina Syafiqka menunjukkan beliau telah melakukan makeover tangga dirumah dengan hanya menggunakan cat sahaja. Bermodalkan hanya RM200, perkongsian ini mungkin dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin mengubah rupa tangga dirumah.
Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana Puan Aina Syafiqka ini melakukan makeover terhadap tangga dirumah beliau. Barang apa yang diperlukan dan cara untuk melakukan makeover tersebut. Jom kita tengok perkongsian tersebut.
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Cara Untuk Makeover Tangga :-
1. Bersihkan dahulu tangga untuk pastikan ia kering sebelum melakukan undercoat.
2. Selepas itu, undercoat dahulu kesemua 2 layer
3. Habis semua 2 layer, barulah pergi ke proses mengecat colour. Start dengan warna putih dan hitam.
4. Disebabkan cat itu kena mix dengan hardener untuk tidak membazir kuantiti cat tersebut, saya bahagi kan jumlah cat untuk mix dengan hardener.
5. Saya tak bancuh terus 1 tin sebab kalau dah bancuh dan mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu. So nak jimat dan tak nak bazirkan duit & cat saya bahagi2kan ratio.
Sebelum & Selepas Makeover Dilakukan
Gambar Sebelum Cat
Hasil Selepas Cat
Inilah dia hasil selepas kesemua cat selesai digunakan. Lepas ni nak turun atau naik tangga pun nampak cantik dah. Tak perlu nampak macam tangga biasa lagi.
Sumber : Aina Syafiqka