Ubahsuai Rumah Kecil Bertemakan Warna Pink Minimalist

Ditulis oleh

Mengimpikan sebuah rumah yang bertemakan minimalis ini sememangnya merupakan impian untuk semua orang. Namun, untuk melakukan rumah bertemakan minimalis ini ada cara dan tip-tips nya. Untuk melakukan rumah minimalis ini, boleh tengok bagaimana cara Nazzatul Najiha melakukan ubahsuai rumah kecil bertemakan minimalis.

Nazzatul Najiha berkongsikan hasil ubahsuai rumah kecilnya yang menggunakan warna lembut untuk hasil yang cantik. Seterusnya ia menampakkan lagi hasil minimalis rumah tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada Nazzatul Najiha ini.

Ubahsuai Rumah Kecil Konsep Minimalis Bertemakan Warna "Soft Colour" Yang Cantik Dan Simple

Alhamdulillah done ubah suai rumah kecil kami ini. Simple jer hasil ubahsuai ni. Untuk nampak minimalis kena guna warna soft colour. Saya buat setakat mampu ja. Tinggal nak touch up sikit jer lagi.

Rupa Rumah Kecil Kami Ini Sebelum Hasil Ubah Suai

Sebelum melihat hasil akhir ubahsuai rumah kami ini apa kata tengok dahulu hasil sebelum ubahsuai rumah ini.

Ini adalah bahagian hadapan rumah kami ini sebelum proses ubahsuai dilakukan.

Ubahsuai Rumah Kecil

Beralih pula kepada dalaman rumah pula. Sememangnya rumah kami ini kecil sahaja dan untuk elakkan dari nampak crowded, saya berpendapat untuk menggunakan warna lembut.

Bahagian daripada ruang tamu nak ke bahagian dapur ini.

Ubahsuai Rumah Kecil

Hasil Akhir Ubahsuai Rumah Kecil Ini Konsep Minimalis

Inilah dia hasil ubahsuai rumah kami ini. Untuk menampakkan lagi hasil yang lebih cantik dan menarik. Saya menggunakan warna yang lembut untuk keseluruhan rumah ini.

Masuk kedalam dalaman rumah pula, saya juga menggunakan warna lembut iaitu "Pink Soft" agar dalaman rumah ini menyerlah dan kelihatan minimalis.

Ubahsuai Rumah Kecil

Untuk menampakkan lagi hasil minimalis tersebut, saya kurangkan lagi penggunaan perabot didalam rumah ini. Dengan penggunaan perabot yang banyak ia akan membuatkan rumah nampak sempit dan crowded.

Kalau boleh elakkan daripada menggunakan perabot yang berlebihan dirumah.

Ubahsuai Rumah Kecil

Ubahsuai Rumah Kecil

Sumber : Nazzatul Najiha

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Disember 9, 2021
Dikemaskini pada
Disember 9, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram