Makeover Rumah Arwah Mak Bajet Dibawah RM1K

Ditulis oleh

Ingin melakukan sesuatu makeover rumah ini tidak perlulah memiliki bajet yang sangat besar. Cukup sahaja dengan bajet berapa mana yang anda mampu dan bersesuain dengan keperluan anda. Macam yang dilakukan oleh Riduan Amizan ini.

Riduan Amizan telah berkongsikan beberapa gambar sebelum dan selepas makeover rumah arwah mak beliau yang telah pun di makeover sewaktu pkp 1.0 dahulu. Berbekal bajet yang tidak banyak, beliau cuma melakukan makeover hanya bajet dibawah RM1K.

Giler Deco sangat kagum dengan hasil makeover yang dilakukan oleh beliau. Kami ingin berkongsikan hasil sebelum dan selepas makeover rumah arwah mak ini dilakukan. Jom kita tengok hasil makeover tersebut yang berbekal bajet dibawah RM1K.

Makeover Rumah Arwah Mak Yang Cantik Bajet RM1K

Saja nak berkongsi before and after projek PKP. Total makeover bawah 1k
setiap gambar ada detail barang, so anda semua boleh baca dekat situ. rajinlah membaca.
ada apa nak tanya dm instagram @riduanamizan

Gambar Rumah Sebelum Makeover

Ini adalah gambar rumah mak arwah sebelum makeover dilakukan. Rumah ini adalah tempat kami adik beradik berkumpul ramai2. Keluasan 14x15 feet saja

Makeover Rumah Arwah Mak

Gambar Rumah Selepas Makeover

Lampu tu saya beli dekat Lazada, tak tipu memang cantik sangat.

Makeover Rumah Arwah Mak

Pokok ini antara pokok yang viral dibeli oleh kebanyakkan yang melakukan makeover rumah.

Makeover Rumah Arwah Mak

Frame ni dibeli dekat kedai Eco shop RM2.10/pcs, balik terus spray bingkai menjadi warna hitam, letak A4 putih kemudian blackwhite 4R gambar candid.

Makeover Rumah Arwah Mak

Meja ni pula ditempah jiran tukang besi untuk buatkan 8 seater RM230, basic playwood sahaja tapi saya tampal stiker vinly RM2.10 untuk cover permukaan meja.

Makeover Rumah Arwah Mak

Berikut merupakan senarai harga barang yang saya beli untuk membuat makeover ini.

Itu sahaja perkongsian daripada giler deco hari ini. Diharap perkongsian ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang ingin melakukan makeover rumah sewaktu pkp ini.

Sumber : Riduan Amizan

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 30, 2021
Dikemaskini pada
Jun 30, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram