Sejak Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan perlaksanaan PKP 2.0 ini, ramai orang makeover sendiri rumah seperti ruang tamu, bilik dan juga tandas mungkin kerana lebih menjimatkan kos dan masa. Namun semua ini memerlukan kreativiti dan bakat masing-masing dalam projek tersebut.
Bila lagi kita nak makeover tempat seperti tandas,mesti susah nak cari idea bukan? Sebagai sumber inspirasi, apa kata kita lihat pasangan ini makeover tandas rumahnya dengan hanya bermodalkan RM500 sahaja termasuk dengan kos-kos barang yang dibelinya.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda bagaimana pasangan ini makeover tandas ini dan hasil daripada makeover tersebut. Lepasni mesti tak fikir banyak kali nak masuk tandas sebab dah tak suram macam dulu. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian mereka.
Barang Yang Diperlukan
- Cat Kapur 0ren - LINK DISINI
- Epoxy hitam 5L - LINK DISINI
- Epoxy putih 5L - LINK DISINI
- Coating - LINK DISINI
Cat cukup untuk digunakan pada 3 tandas, termasuklah 2 tandas lain yang kami cat putih dan hitam keseluruhannya. Total untuk keseluruhan ini adalah dibawah RM500.
Langkah 1 : Sanding (kertas pasir gred 320)
Langkah 2 : Primer coating 2 layer (Nippon paint protective coating)
Langkah 3 : Epoxy floor paint (2 layers KTH, white)
Langkah 4 : Buat apa-apa corak kegemaran anda (diecut hard plastic cover, KTH epoxy floor paint, black)
Langkah 5 : Epoxy Clear Finish (2layers Nippon)
Tips tambahan:
- Cermin, shower dan towel holder tu spraykan dengan menggunakan black matte.
Haaaaa. Macam mana dengan perkongsian Giler Deco kali ini. Menarikkan? Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit cara dan juga inspirasi apabila ingin makeover tandas dirumah. Semoga bermanfaat semua.
Kredit : Laila Salleh
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- Rumah Persinggahan Kosong Di Renovasi Dengan Harga RM35K. Hasilnya Membuat Netizen Tergamam