Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun

Ditulis oleh

Rumah pusaka adalah rumah lama peninggalan ibu-bapa kita. Jika dibiarkan tidak diurus mungkin akan semakin lusuh dimakan anai-anai dan sebagainya. Ada sesetengah orang mereka mengambil langkah untuk tinggal dirumah pusaka bagi mengelakkan rumah itu terbiar dan kosong. Jadi perkongsian pada kali ini adalah dari Hanee Fakhrurazi. Perkongsiannya adalah mengenai makeover rumah pusaka berusia 40 tahun kepada "ruang ilmu keluarga".

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Makeover Rumah Pusaka Berusia 40 Tahun Kepada "Ruang Ilmu Keluarga" :

Laman Ilmu Ar Razi
Kami tinggal di rumah pusaka, rumah family. Rumah dah berusia hampir 40 tahun. Make over ruang rumah tingkat atas jadi ruang family (Library and aktiviti riadah). Semuanya buat sendiri bersama husband dengan anak-anak. Dari mengecat, pasang lantai, pasang perabot ikea and susun atur dari PKP 1 sampai PKP 3. Saja post sini kot kot dapat beri manfaat pada semua.

Sebelum mula deco. Rasanya last cat rumah ni dalam tahun 1999-2000.

deco rumah pusaka

Papan playwood banyak yang dah kembang. Rumah kampung. Macam ni lah. tirih merata bila hujan and angin kuat. so pasang semula dinding playwood and tampal yang lubang-lubang.

deco rumah pusaka

Scary kan nak naik rumah atas kalau dah suram macam ni.

Masa tengah kemas-kemas nak mula projek deco "Ruang keluarga".

Baru lepas cat. barang-barang masih bersepah.

Tingkat atas ni jadi stor simpanan barang-barang yang sayang yang nak dibuang.

Meja kayu slab. Hadiah dari datuk kepada emak saya. Di buat sendiri dari kayu pokok pukul 5. Almost 40 tahun usia meja ni.

Sofa lama sayang nak dibuang. Hantar kedai untuk salin kulit and tambah span.

Sofa ni pun hantar kedai salin baju. Sayang nak dibuang.

Kerusi ni umur dah 20 tahun lebih. Hantar kedai juga tambah span and salin kulit.

Pasang lantai vinyl getah yang gam. Pasang area depan sini saja sebab lantai kayu tak sama rata. Tak berapa nak cantik and jadi mudah terkoyak. Beli di lazada saja (lazada habis stock).

Link Shopee vinyl floor jikalau anda berminat untuk membelinya : https://invol.co/cl339a6

Link Shopee gam vinyl floor khusus untuk tandas sahaja : https://invol.co/cl339b8

Link Shopee gam vinyl floor untuk lantai biasa : https://invol.co/cl4bbuh

Before and after lepas pasang lantai vinyl yang getah.

Sebelum Dan Selepas :

Proses mengecat. Kami download apps jotun. And try tengok warna mana yang sesuai dengan ruang kita. Anak-anak and husband ja tangkap kontrak mengecat.
Order book shelves from ikea. Bagi Muaz saja pasang. Dia teliti sikit and pandai baca manual.
Kayu slab yang dah di cat semula. papan lantai tak sama dan ada yang pernah diserang anai-anai. Sebab tu decide tak pasang keseluruhan lantai dengan vinyl getah.
Terpengaruh dgn siri di HGTV. rumah depa ada ruang utk permainan "pool". Kita letak meja ping pong.
Mini carom and dam aji.
Laman Ilmu Ar Razi.
Laman Ilmu Ar-Razi sempena nama arwah baba.
Itu sahaja perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat.
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 11, 2021
Dikemaskini pada
Julai 11, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram