Loteng Berkonsepkan "Open Space" Untuk Tempat Bersantai

Ditulis oleh

Anak-anak kepada Nurlia Mohd Nor ini telah meminta nak ada sebuah perpustakaan atau dipanggil mini library dirumah untuk tujuan membaca buku. Jadi, Nurlia Mohd Nor ini telah memikirkan bagaimana untuk melakukan mini library sedangkan ruang rumahnya sudah terhad.

Maka timbullah idea untuk melakukan sebuah loteng "open space" yang cantik dan luas. Loteng itu juga akan berfungsi sebagai sebuah mini library dan juga tempat untuk bersantai bersama-sama pada waktu lapang. Nurlia telah berkongsikan gambaran loteng open space beliau ini. Jom kita melihat perkongsian daripada beliau ini.

Sebuah Loteng Yang Berkonsepkan "Open Space" Dijadikan Tempat Untuk Bersantai

Memandangkan hobi anak-anak saya suka membaca mereka request nak ada mini library di rumah. So kami suami isteri berpakat untuk buat loteng ini khas untuk mereka.

Sebuah loteng khas ini di ruang hall tingkat atas. Kami mahukan loteng yang sederhana, simple, tempat mereka berdua santai membaca dan buat aktiviti lain.

Loteng ini sengaja kami buat konsep terbuka. Senang nak pantau aktiviti anak-anak. Memang taknak tertutup, biar lapang pemandangan untuk mini library mereka ini. Selain itu juga sengaja dibiarkan terbuka sebab ada air cond di ruang ni. So adil lah dua-dua ruang atas dan bawah dapat rasa sejuk air cond.

Kami juga letak rak buku yang digantung di dinding (rak ikea). Cadangnya nak juga tempah rak besar penuh di bahagian feature wall bata tu. InshaAllah satu hari nanti.

Ruang ni ruang santai kami sekeluarga menonton tv 4 beranak. Selain itu ruang ini merupakan ruang home tutor datang mengajar di rumah. Ada di bawah tangga meja untuk mereka belajar. Senang tak payah angkut. Sorok je situ bila tak digunakan. Hehehe.

Alhamdulilah seronok dapat manfaatkan ruang yang tinggi ini untuk kegunaan anak-anak.

Dekorasi Sebuah Loteng "Open Space" Yang Cantik

Loteng "Open Space"

Loteng "Open Space"

Loteng "Open Space"

Sumber : Nurlia Mohd Noor

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 5, 2022
Dikemaskini pada
Februari 5, 2022
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram