Bilik air adalah satu ruang dan tempat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa bilik air susah untuk anda untuk mandi, membuang air dan sebagainya. Untuk memastikan anda dapat menggunakan bilik air dalam keadaan selesa dan ceria. Tidak salahnya jika anda cuba ubahsuai bilik air anda agar kelihatan cantik dan mewah. Perkongsian kali ini adalah dari seorang wanita yang bernama KamaLia Karmila Home Deco. Perkongsiannya adalah mengenai makeover bilik air kampung kepada konsep minimalis.
Mempunyai bilik air kampung juga sebenarnya bukanlah menjadi masalah besar untuk anda deco dan hias supaya kelihatan cantik. Bilik air kampung juga berhak diberi nafas baru, dengan itu anda akan dapat menggunakanya dalam keadaan lebih selesa.
Jadi jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik yang ingin dikongsikan oleh wanita ini.
Kebanyakkan rumah kampung bilik air dan bilik tandas berasingan. Asalnya hanya biasa-biasa. Alhamdulillah sempat juga makeover sebelum Aidilfitri.Kepada yang bertanya. Saya jawab awal-awal. Dinding guna material wall tiles full height hingga ceiling.
Ini adalah keadaan ruang tandas sebelum diubahsuai dengan konsep mewah yang sangat cantik.
Ini adalah ruang bilik air sebelum diubahsuai dengan konsep baru.
Ini adalah keadaan tandas selepas diubahsuai dengan gaya baru.
Ini pula adalah keadaan ruang bilik air selepas diubahsuai. Jelas nampak kelainan dan lebih menarik.