Setiap daripada anda semua pasti makeover disetiap bilik tidur rumah untuk nampak cantikkan. Tapi adakah anda tahu bahawa kadang-kadang kita terlupa yang penting iaitu bilik air. Selain bilik tidur, bilik air juga perlu untuk tersusun elok dan cantik.
Jika kita ingin melihat seseorang itu merupakan seorang yang pembersih, kena tengok bilik air dirumah dia. Jika bersih maknanya dia seorang pembersih. Selain itu, ada lagi cara yang mudah dan cepat untuk kita makeover bilik air bajet tanpa perlu renovate.
Antara cara yang boleh kita lakukan ialah dengan cara-cara yang diajar oleh Abylla Amjah. Bermodalkan hanya wallpaper sahaja, beliau terus menukar wajah bilik air yang biasa menjadi luar biasa. Jom kita tengok keadaan sebelom dan selepas makeover.
Dinding bilik air ini ditampal menggunakan wallpaper, beli 5 untuk RM100. Cuma guna 1 setengah roll sahaja. Wallpaper ini lekat dengan kuat. Hampir 3 bulan guna. Lantai pula guna cloth tape hitam, juga masih melekat dengan kuat.
Rak di dinding pula dipanggil floating shelf berharga RM30 di Lazada.
Lampu pada cermin ini pula dibeli di kedai Mr.Diy.
Pokok digantung untuk menutup kesan dinding yang kotor.
Akhirnya, part yang paling last sekali. Siap Deko !!!!!!
Sumber : Abylla Amjah
Ingin membaca artikel yang seterusnya?
Baca juga :- Dekorasi Rumah Teres Setingkat Ikut Konsep Asymetri