DIY Wet Kitchen Kampung Kepada Moden "Island Table"

Ditulis oleh

Pada era globalisasi masa kini. Sudah tidak ramai wanita yang masih minat untuk bertukang terutamanya untuk mengubahsuai kawasan rumah sendiri. Tetapi tidak bagi Auni Hazwani yang melakukan trasnformasi dapur rumahnya sendiri tanpa mengupah orang untuk melakukannya. Jadi perkongsian kita pada kali ini adalah mengenai wanita ini ubahsuai sendiri wet kitchen kampung guna konsep moden "Island Table".

Apa yang membuatkan perkongsiannya itu mendapat perhatian dari netizen dilaman sosial adalah kerana apa yang dikongsikan agak begitu unik. Lebih-lebih lagi memang boleh dikatakan jarang kita nampak golongan wanita kini masih minat untuk bertukang.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi.

Wanita Ini Ubahsuai Sendiri Wet Kitchen Kampung Guna Konsep Moden "Island Table" :

 

Hari ini nak kongsikan hasil kerja ubahsuai wet kitchen mak. Projek ini mula dibuat pada 7/12/2020 dan siap pada  26/2/2021 .
Ayah tolong buat yang basic je macam top sinki, island table dan pasang tiles. Selebihnya macam cabinet, cat apa semua tugas saya. Total hangus RM1500 sebab buat sendiri tiada upah.
Ini adalah keadaan dapur sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan dekorasi dan konsep baru.

deco dapur

Ini pula adalah keadaan wet kitchen semasa dalam proses pengubahsuaian sebelum ubah menjadi wet kitchen konsep moden.

deco dapurIni pula keadaan wet kitchen semasa dalam proses pengubahsuaian dilakukan sendiri oleh saudari ini. Kerajinannya memang patut dipuji kerana pada masa kini agak jarang kita boleh lihat golongan wanita yang masih melakukan kerja seperti ini.

deco dapurIni pula keadaan semasa dalam proses pemasangan jubin ceramic tiles. Sebab kenapa memilik jubin ini adalah kerana mahu dengan harga yang murah. Ceramic tiles boleh dibeli dengan harga serendah rm4 satu keping sahaja.

Kalau anda tercari-cari dimana mahu membelinya boleh tekan link dibawah.

Jubin ceramic tile - Shopee link : https://invol.co/cl2to52

Gam ceramic - Shopee link : https://invol.co/cl2to6q

Ini adalah hasil selepas selesai diubahsuai dengan dekorasi dan konsep baru.

deco dapur

deco dapur

deco dapurItu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mengubahsuai rumah anda secara sendiri nanti.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 6, 2021
Dikemaskini pada
Mac 6, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram