Hasil DIY Wainscoting Dinding Kegigihan Suami Isteri

Ditulis oleh

Waincoting ini memang sudah sebati kepada mana-mana keluarga yang ingin mencantikkan dalaman rumah. Dengan adanya wainscoting dinding rumah yang biasa juga akan kelihatan cantik dan menarik. Dan yang paling penting adalah wainscoting ini boleh dilakukan secara DIY dirumah untuk semua orang.

Seperti hasil diy wainscoting yang dikongsikan oleh Fathihah Amir ini. Beliau dan suaminya telah melakukan sebuah DIY wainscoting kayu pada dinding rumah mereka. Hasilnya sangat cantik dan menarik jika dibandingkan dengan dinding rumah mereka sebelumnya. Jom kita lihat bagaimana diy ini dilakukan.

Hasil Cantik Sebuah DIY Wainscoting Kayu Pada Dinding Dari Kegigihan Suami Isteri

Assalammualaikum, sekadar berkongsi minat yang sama. Alhamdulilah hasil gigih kami suami isteri untuk rumah pertama kami.

DIY Wainscoting dari A to Z kami berdua sama2 buat. Alhamdulilah tidak sempurna sepenuhnya ada jugak cacat sana sini. Tapi kami tetap enjoy buat sampai habis.

Dan hasilnya tetap memuaskan hati kami. Jadilah kan, rumah sendiri. Part paling byk kena sabar adalah part ukur, part dinding tak rata.

Deko2 pun kami berdua buat semuanya, masih belum cukup lengkap, InsyaAllah semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Wainscoting Ini

Proses Untuk Melakukan DIY Wainscoting Dinding Ini

Untuk melakukan sebuah diy wainscoting dinding ni, pertama ialah dengan mengukur terlebih dahulu kayu wainscoting. Tentukan panjang mana yang nak dan potong dengan gergaji macam dibawah ni.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas itu, dah settle potong kayu tersebut. Lekatkan pula kayu itu dengan selotape dan buatkan bentuk wainscoting yang diinginkan.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas selesai siapkan bentuk yang diinginkan, lekatkan kayu wainscoting tersebut dengan gam kayu. Yang paling ramai guna adalah gam X-Bond.

Hasil DIY Wainscoting

Selepas kayu wainscoting dah lekat dengan kuat. Sambung pula dengan aktiviti mengecat kayu tersebut.

Untuk menambahkan seri lagi boleh letakkan lampu spotlight agar kawasan tersebut akan kelihatan cantik.

Hasil DIY Wainscoting

Hasil Akhir DIY Wainscoting Kayu Yang Dilakukan Ini

Selepas berhempas pulas dan lelah melakukan diy wainscoting ini, akhirnya siap juga. Inilah dia dekorasi ruang tamu rumah yang dihiasi dengan wainscoting kayu ini.

Hasil DIY Wainscoting

Hasil DIY Wainscoting

Sumber : Fathihah Amir

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram