Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara Accent Wall

Ditulis oleh

Suasana rumah yang kelihatan cantik dan ceria adalah datang dari pemilik rumah yang menjaganya dengan baik. Ia menjadi satu kelebihan buat rumah anda sekiranya anda seorang yang suka bertukang dan kreatif. Hal ini kerana, apabila anda pandai bertukang, ia lebih menjimatkan kos dan konsep yang ingin digayakan juga boleh dibuat sesuka hati. Perkongsian pada kali ini adalah dari isterinya yang bernama Nur Azrin. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai ruang tamu dengan cara accent wall.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian projek DIY yang sangat menarik ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Dengan Cara Accent Wall

 

Deko dinding kedua siap.

Buat accent wall pula kali ini. Jenuh jugak nak ukur bagi balance kedudukan kayu. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Projek seterusnya shiplap wall pula.

 

Ini adalah keadaam dinding asal sebelum diubahsuai dengan gaya accent wall.

ruang tamu gaya accent wall 1

Ini pula adalah semasa proses mengukur sebelum dihasilkan accent wall. Untuk bahagian cat di tengah-tengah dinding itu perlu dibuang dengan cara gosok menggunakan kertas pasir untuk bahagian cat momento itu. Selepas itu, sapukan cat undercoat pada kawasan tersebut.

ruang tamu gaya accent wall 2

Kayu tersebut siap dipasang pada dinding membentuk huruf X yang kelihatan agak unik dan kreatif.

Bahagian dinding setelah selesai disapu cat undercoat.  Cat undercoat yang digunakan adalah untuk papan dan simen.

Hasil dinding ruang tamu setelah selesai dicat. Proses mengecat pada bahagian bawah agak renyah tapi hasilnya sangat puas hati.

Gambar setelah meja makan dibawa masuk.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 31, 2022
Dikemaskini pada
Januari 31, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram