DIY Troli Dapur Rekabentuk Ala-Ala IKEA

Ditulis oleh

Troli beroda sememangnya boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang-barang dapur, tempat letak baju dan juga tempat untuk menyimpan buku ilmiah. Hal ini kerana troli ini memiliki roda dan senang untuk bertukar tempat. Sekiranya anda beli sendiri di gedung ikea, harganya boleh mencecah kira-kira RM150.

Menerusi perkongsian daripada Puan Maria Ariana ini, beliau telah pun berkongsi cara untuk DIY sendiri troli ala-ala ikea ini dan harganya jauh lebih murah berbanding dibeli di gedung ikea sendiri. Walaupun anda fikir nak buat benda ni agak susah, namun percayalah yang nak buat ni tidak sesusah yang anda fikirkan.

Puan Maria telahpun berkongsi setiap langkah secara terperinci untuk anda DIY troli sendiri selepas ini. Perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen di laman sosial Facebook dan telah mendapat 91 ribu kongsian serta 19 ribu yang menyukai posting beliau. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

DIY Troli Dapur Rekabentuk Ala-Ala IKEA Dengan Hanya 6 Langkah Mudah Sahaja

Assalamualaikum..hai semua.
Disebabkan ramai yg pm dan wasap tnya pasai troli ala ala ikeaaa ni,nah kat sini saya post hasil kerja suami.step by stepnya.
Dgn izin dari suami,dia sudi kongsikan sedikit ilmu yg x seberapa ni.diharap dpt mbantu korang untuk berjimat sbb dia kata "benda boleh diy,buat apa beli"
BAHA-BAHAN YANG DIPERLUKAN

diy troli

diy troli

CARA UNTIK DIY TROLI DAPUR ALA-ALA IKEA

Langkah 1

Gunakan 4 pcs L joint, 4 pcs T joint, 2 pcs paip 2 cm, 2 pcs paip 36 cm, 4 pcs paip 9 cm

diy troli

Langkah 2

Bagi membuat tiang troli ini pula, anda perlukan 4 pcs paip saiz 7 cm(digunakan untuk kaki di bawah), 8 pcs paip saiz 23cm, 12 pcs T joint, 12 pcs paip saiz 2 cm (digunakan untuk menyambung bahagian T joint). Untuk lebih faham, anda boleh lihat gambar yang tertera di bawah iaitu contoh bagaimana paip itu disambungkan.

diy troli

Langkah 3

Cantumkan tapak dengan tiang tersebut menggunakan gam pvc solvent cement supaya tiang dan tapak itu tidak mudah tercabut.

Langkah 4

Bagi langkah ini, anda boleh meminta pertolongan daripada encik suami. Hal ini kerana anda diperlukan untuk menebuk lubang seperti gambar yang ditunjuk dibawah dengan menggunakan alatan drill. Lubang itu akan digunakan untuk mengikat roda dan ikat bakul kelak.

Langkah 5

Gunakan nut dan bolt untuk mengikat roda.

diy troli

Langkah 6

Setiap bakul dipasang dan diikat menggunakan cable tie. Selepas siap mengikat, anda boleh cat menggunakan apa-apa saja warna mengikut minat anda.

diy troli

diy troli

diy troli

Siappp!!! Ini hasil akhir troli "Ikea" ini. Sangat cantik dan mudah dibawa di mana-mana sahaja. Anda juga boleh membuatnya dirumah. Sangat senang dan mudah sahaja. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber : Maria Ariana

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mac 31, 2021
Dikemaskini pada
Mac 31, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram