Projek Deco DIY Wainscoting Dinding Rumah Anda

Ditulis oleh

Sempena lockdown PKP Fasa 1 yang telah pun bermula ini, pasti ramai diantara kita yang akan Stay At Home kan? Mesti rasa bosan kan? Haaaa! Masa nilah masa yang terbaik untuk melakukan dekorasi, DIY atau apa jua makeover yang mampu anda lakukan.

Min cadangkan untuk anda semua lakukan projek deco pkp DIY wainscoting yang dilakukan oleh Nur Atikah Abdul Rani. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalam laman facebook beliau. Bagi beliau ia merupakan diy yang sangat jimat tapi nampak mewah.

Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana untuk melakukan projek deco pkp DIY wainscoting ini. Dari bahan-bahan yang diperlukan, cara untuk membuatnya dan juga hasil akhir diy tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Projek Deco DIY Wainscoting Dinding Sempena Lockdown PKP

“Lockdown” ni jom lah DIY wainscoting untuk dinding rumah... Makeover jimat tapi nampak mewah

Saya buat ni awal Januari tempoh hari sebab memang teringin dah lama pun. Orang panggil tempat perangkap habuk

Tapi buat masa skrg wainscoating saya da dekat 6 bulan ni tiada habuk pun. PVC wainscoating beli kat shopee

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-

Projek DIY Wainscoting Yang Cantik

1. Proses memotong pvc wainscoting ini.

Projek Deco DIY Wainscoting

2. Inilah dia potongan-potongan pvc wainscoting tadi.

3. Seterusnya, proses menampalkan wainscoting tersebut. lekatkan dengan selotape dahulu untuk menampakkan corak tersebut.

4. Selepas itu, lekatkan seluruh pvc tersebut menggunakan gam kayu X-Bond dan jika ada ruang yang terdedah tutupkan dengan sealant gap.

Projek Deco DIY Wainscoting

5. Inilah dia hasil akhir projek dinding wainscoting itu

Projek Deco DIY Wainscoting

Tips Dalam Melakukan DIY Wainscoting Ini

  1. make sure tinggi chair rail dr lantai 32 inch
  2. gap antara kotak frame ke kotak frame yg lain 4 inch
  3. gap antara kotak frame dgn chair rail pun 4 inch
  4. besar kotak frame to x kisah bape janji social distance frame to frame to jaga supaya dinding wainscoating anda akan nampak harmoni dan balance.

Sumber : Nur Atikah Abdul Rani

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 19, 2021
Dikemaskini pada
Jun 19, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram