Projek Hasilkan Accent Wall Inspirasi Dari Google

Ditulis oleh

Dekorasi rumah dengan penggunaan accent wall dahulunya hanya di inspirasikan dari rumah orang barat di Eropah sahaja. Tetapi, pada zaman penuh dengan kemodenan yang membangun kini, rumah-rumah orang barat tersebut sudah jarang dijadikan sebagai inspirasi untuk melakukan dekorasi rumah, kebanyakan orang kita pada masa kini lebih memilih untuk menghasilkan dekorasi dan gaya accent wall pada ruang tamu mengikut citarasa dan gaya mereka tersendiri. Perkongsian pada kali ini adalah dari Marina Shafiee. Perkongsiannya pula adalah mengenai projek hasilkan accent wall inspirasi dari google.

Bukan itu sahaja, jika dahulu di Google kalau kita buat pencarian inspirasi dan idea untuk dekorasi rumah hanya keluar rumah orang barat sahaja. Tetapi pada masa kini, kebanyak dekorasi rumah di Malaysia juga senang dicari melalui carian Google juga.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Projek  DIY Hasilkan Accent Wall Ruang Tamu

 

Tercapai hasrat nak buat Accent Wall, baru berani nak buat. Mula-mula design tengok dari Google, apabila sudah buat teruslah kita main puzzle tampal ikut suka. Seperti biasa idea isteri, penukang si suami.

 

Ini adalah semasa proses pemasangan sedang dilakukan oleh suaminya. Anaknya hanya tukang tengok sahaja.

accent wall ruang tamu

Gambar lain semasa proses pemasangan.

accent wall ruang tamu

Ini adalah hasil bahagian dinding ruang tamu tersebut setelah selesai diubahsuai. Cukup cantik dan kreatif penghasilan dekorasi accent wall pada ruang tamu tersebut.

accent wall ruang tamu

Pandangan dari sudut kiri.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk semua. Selamat Mendeko.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 24, 2022
Dikemaskini pada
Februari 24, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram