Projek DIY Pemasangan Pagar Daripada Cement Board

Ditulis oleh

Pagar privasi sememangnya menjadi keutamaan semua orang diluar sana. Tujuan pagar privasi ini adalah untuk dijadikan penghalang daripada dipandang oleh orang luar. Jadi, jika kita ingin melakukan aktiviti luar rumah tidaklah rasa malu atau terasa dilihatkan.

Melalui perkongsian daripada Nazziatul Nahira ini, beliau melakukan sebuah DIY cara untuk melakukan pagar privasi daripada cement board. Ia juga mampu mencantikkan juga pagar anda dan bukan hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata.

Beliau berkongsikan DIY melakukan pagar privasi tersebut didalam laman Facebook beliau. Jadi, jom kita tengok perkongsian cara untuk lakukan pagar privasi ini dan hasil akhir diy yang dilakukan ini.

Cara Untuk Melakukan Projek DIY Pemasangan Pagar Privasi Daripada Cement Board

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat². Manfaatkan "stay at home" dengan diy pagar rumah agar nampak lebih berseri. Bagi yang nak buat macam ni costing ikut keluasan rumah mcm rumah saya costing nya seperti berikut :

Cement board : RM300 (5 keping besar)

Skru (stain steel) - RM170 (kalau low budget guna skru biasa pun boleh cuma lama² akan ada kesan karat
Cat Jotun (wheater shield) 2 tong(5 liter) - RM440 (nak guna cat biasa nanti cepat berlumut)
Saiz cement board : 4 ft x 8 ft
Saiz potongan cement board : 30 inch x 6 inch
Saiz skru (self drill) : 1 inch
Tools yang digunakan :
Grinder (mata potong tile),cordless drill,tape,pensil,penimbang air/pembaris.

Pastikan alatan semua lengkap baru lah mudah buat kerja diy anda.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Lakukan DIY Pasang Pagar Ini

Cara Untuk Melakukan Pemasangan Pagar Privasi Ini

Untuk proses pemasangan pagar privasi ini harusnya dimulakan dengan menentukan kawasan mana yang anda ingin anda meletakkan cement board  untuk dijadikan sebagai pagar privasi dirumah anda

Projek Pemasangan Pagar

Ini pula adalah sebuah cement board yang telahpun dipotong saiz nya.

Proses ini dimulakan dengan menganggarkan terlebih dahulu jarak dan bilangan cement board yang hendak diletakkan pada pagar tersebut.

Projek Pemasangan Pagar

Hasil Akhir Projek Pemasangan Pagar Privasi Ini

Alhamdulillah, akhirnya siap juga hasil diy yang dilakukan ini. Walaupun nampak simple dan senang jer tapi memakan masa juga untuk membuatnya. Hasilnya juga sangat berpuas hati sebab dapat melakukannya dengan sendiri.

Projek Pemasangan Pagar

Sumber : Nazziatul Nahira

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Januari 5, 2022
Dikemaskini pada
Januari 5, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram