DIY Cat Dinding Bercorakkan "Abstract Pattern" Yang Cantik

Ditulis oleh

Apabila bercakap mengenai dekorasi dinding pastinya daripada kita semua ni terfikir akan cat dinding bertemakan satu warna sahaja. Namun, apa kata anda tukar kan sedikit corak dinding yang berlainan iaitu DIY cat dinding bercorakkan "abstract pattern".

Corak "abstract pattern" ini merupakan corak yang biasanya mempunyai dua warna dan terdapat pelbagai bentuk. Corak ini lebih menarik dijadikan sebagai feature wall. Untuk membuat corak ini, memakan masa yang lama namun hasilnya sangat cantik dan puas hati.

Untuk panduan cara membuat DIY cat dinding corak abstrak ini telah dikongsikan oleh Izni Illiyyin. Beliau menyatakan dekorasi "abstract pattern" menjadi pilihan utama mereka untuk keluasan kediaman seluas 650 kaki persegi. Jom kita tengok perkongsian beliau.

DIY Cat Dinding Corak "Abstract Pattern" Yang Cantik & Menarik

Assalamualaikum. Just nak share cara kami berdua deco abstract wall. Rumah 650sf dan saya sertakan sikit deco rumah kami yang serba sederhana. Masih mengekalkan cara sebulan satu barang.

Panduan Membuat DIY Cat Dinding "Abstract Pattern"

  1. Kena pilih dinding sebagai feature wall untuk cat. Kecil atau besar atas pilihan.
  2. Sebelum beli cat, dinasihatkan agar pilih warna dulu. Boleh google contoh contoh warna yang sesuai untuk digabungkan. Dua, tiga atau empat warna tidak menjadi masalah asalkan elok dan senang di mata.
  3. Mulakan lukis lakaran kasar atas satu helaian kertas. Bentukkan setiap angle berdasarkan pilihan anda. Warna kan setiap ruang angle sebagai panduan sebelum anda cat di dinding. (Tip: anda dinasihatkan untuk buat beberapa paksi utama sebagai panduan dan boleh disambung dengan angle kecil yang lain)
  4. Ambil marker/colour pen yang sama dengan warna pilihan cat dan warnakan di atas kertas yang telah dibuat lakaran kasar.
  5. Boleh mula tampal MaskingTape di dinding dan mulakan proses cat.
  6. Masking Tape boleh dicabut selepas siap proses mengecat dan anda boleh touch up bahagian bahagian yang nampak kurang kemas.

Gambar Berserta Panduan

Di sini saya sertakan beberapa gambar sebagai panduan untuk yang baru mula untuk deco dan untuk pasangan yang baru mulakan kehidupan berdua macam kami.
  • Lakaran Pertama. Marker Kuning untuk cat warna kuning dan marker Hijau untuk cat warna mint.
DIY cat dinding
  • Lakaran Kedua dan kami kira agar warna Kuning dan Mint balance.
  • Lakaran final sebelum start tampal maskingtape.
DIY cat dinding
  • Masking tape siap ditampal dan kami start dengan cat warna kuning.
  • Siap cat semua bahagian sebelum cabut maskingtape.
  • Setelah cabut maskingtape. Masking tape stilll ada di lantai.Abaikan meja penuh dengan air dan makanan sebagai backp perut lapar.
  • Siap cabut semua masking tape. Alhamdulillah tak perlu banyak touch up.
  • Gambar masa dah siap kemas.
DIY cat dinding
Hasil Akhir DIY Cat Dinding Bercorakkan "Abstract Pattern"
DIY cat dinding
Sumber : Izni Illiyyin
Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Mei 4, 2021
Dikemaskini pada
Mei 4, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram