Cara DIY Console Table Gaya Premium Guna Paip PVC

Ditulis oleh

Bukan semua orang mampu untuk memiliki dan membeli meja konsol yang mahal dan kelihatan mewah itu. Hal ini kerana faktor kewangan juga memainkan peranan yang agak penting bagi memastikan keluarga anda tidak kesempitan wang. Jika anda mahu berjimat cermat apa salahnya jika anda cuba lakukan diy meja konsol ini bukan? Perkongsian pada kali ini adalah pemilik rumah itu sendiri yang bernama Ahmad Faeez. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah diy console table gaya premium mewah hanya guna paip pvc.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco rumah cara diy yang agak menarik untuk dipertontonkan ini.

Cara DIY Console Table Gaya Premium Guna Paip PVC :

 

Tengok SSF console table harga meninggal. Maka mula la google cari design untuk DIY. tak ada pula design, reka la sndiri dan inilah hasilnya.

Barangan yang digunakan : 

  1. Paip 10meter - RM30
    Link : https://shp.ee/erqqn2h.
  2. Paip T 18pcs - RM11
    Link : https://shp.ee/8z3bt3h
  3. Paip L 18pcs - RM14
    Link : https://shp.ee/8z3bt3h
  4. Spray Gold - RM7
    Link : https://shp.ee/ycqg3mh
  5. Ikea Fonnes - RM60
    Link : https://shp.ee/brw59zh

 

Pertama sekali adalah anda perlukan pelan dan lakaran sebelum melakukan proses diy ini.

diy meja konsolPastikan peralatan yang ingin digunakan itu cukup lengkap kesemuanya. Senarai barangan ada pada bahagian atas.

diy meja konsolPaip pvc mula dipasang.

diy meja konsolIni adalah ketika pemasangan rangka meja tersebut.

diy meja konsolPemasangan rangka telah selesai.

diy meja konsolInilah hasil selepas proses diy ini selesai dilakukan. Cantik dan kreatif bukan?

diy meja konsolItu sahaja perkongsian diy yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian diy meja konsol ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mencari idea dan sumber inspirasi dalam melakukan diy meja konsol cara jimat seperti yang dilakukan oleh pemuda ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
September 30, 2021
Dikemaskini pada
September 30, 2021
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram