Sebut tentang gaya kediaman klasik ini sudah tidak asing lagi bagi pendekorasi di Malaysia. Hal ini kerana dekorasi gaya ini memang menjadi pilihan orang ramai dari zaman dahulu sehingga zaman kini. Perkongsian kita pada hari ini adalah dari Azizul Azli Ahmad mengenai penerangan tentang dekorasi rumah gaya kediaman klasik.
Gaya seperti ini sangat popular zaman dahulu kerana dekorasinya kalau dilihat seperti rumah yang dimiliki oleh golongan bangsawan. Bukan itu sahaja, Untuk menggunakan konsep ini rumah anda haruslah mempunyai ruang yang agak luas.
Gaya klasik ini adalah berasal dari Eropah, seperti gaya Inggeris, Roman, Renaissance dan lain-lain. Kesan jajahan Inggeris menjadikan gaya klasik Inggeris paling diminati satu ketika dulu hingga kini.
Perabot klasik memerlukan ruang rumah yang besar, gaya terserlah, mewah, beradun, kelihatan gah dari segi gaya dan nampak kaya.
Terdapat banyak unsur fabrik mewah, motif bunga besar, permaidani tebal, sofa baldu, warna keemasan dan perak serta lampu bergemelapan.
Gaya ini sesuai untuk golongan yang ingin jaga 'standard', ataupun golongan bangsawan kerana ianya kelihatan mewah, belanja besar serta ada rumah yang besar. Ia tidak sesuai untuk kediaman kecil.
Kelebihan gaya ini menjadikan orang kagum dengan kelas anda tersendiri dan mewah. Penghuninya seorang yang tertib.
Kelemahan gaya ini adalah ia memerlukan penyelengaraan yang tinggi serta kos yang mahal. Jika rumah anda tidak ada bibik, anda yang akan jadi bibik rumah sendiri.
Golongan muda tidak begitu menggemari gaya ini, biasanya mak mak mereka mudah jatuh cinta gaya ini. Gaya ini paling banyak didalam Drama TV3.
Baca juga : Tips & Cara Pasang Lantai “Vinyl” Viral Secara DIY Dengan Betul