Transformasi Rumah Lama Menjadi Kediaman Yang Cantik

Ditulis oleh

Mendapat rumah pertama untuk diri sendiri dan keluarga merupakan satu pencapaian yang baik. Tidak kisah lah rumah tersebut itu besar atau kecil. Rumah subsale atau rumah teres asalkan ia mampu menjadi tempat untuk berteduh buat keluarga yang tercinta.

Waniey Fauzi Gold berkongsikan beliau sangat bersyukur apabila mendapat kunci untuk rumah pertama buat keluarga beliau. Walaupun rumah tersebut nampak macam rumah lama yang perlu di transformasi, beliau tetap perlahan-lahan membuatnya menggunakan duit poket sendiri.

Walaupun transformasi rumah lama tersebut tidak gah sebagaimana dengan rumah yang lain namun ia cukup untuk membuat keluarga beliau sentiasa gembira. Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua hasil renovasi yang dilakukan oleh Waniey Fauzi.

Wanita Kongsi Transformasi Rumah Lama Beliau Menjadi Kediaman Yang Cantik

Rumah pertama untuk keluarga kecil kami.
Dapat kunci awal bulan 1/2021.
Slow2 repair ikut poket sendiri.
Geram jee tengok rumah ahli lain cantik2.
Jadi semangat untuk kami slow2 repair apa yg patut

Keadaan Rumah Awal-Awal Masuk

Ini adalah bahagian dapur. Masa first masuk tu nak pengsan jer namun boleh dicantikkan lagi rumah ni.

Transformasi Rumah Lama

Tandas juga banyak yang perlu dilakukan pembersihan dan juga penambahbaikkan.

Transformasi Rumah Lama

Ruangan bilik tidur. Kesemua ketiga-tiga bilik dirumah ini berwarna purple.

Keadaan Rumah Selepas Transformasi Rumah Dilakukan

Tadaa! Inilah dia hasil transformasi rumah kami sekeluarga. Walaupun  biasa-biasa jer namun puas hati sebab hasil diri sendiri. Hehehe.

Ini adalah bahagian ruang tamu tempat kami sekeluarga tengok tv sama-sama.

Transformasi Rumah Lama

Transformasi Rumah Lama

Bahagian tandas kami yang dideko oleh saya. Foam wallpaper tiada masa buat ni jadi nanti kita sambung balik.

Transformasi Rumah Lama

Bilik kedua anak bujang yang berusia 5 tahun dan juga anak dara berumur 2 tahun.

Transformasi Rumah Lama

Transformasi Rumah Lama

Bilik utama ditambahkan lagi mini ofis untuk suri rumah mencari rezeki online.

Transformasi Rumah Lama

Bilik ketiga jadi tempat anak2 untuk bermain musim pkp ni.

Transformasi Rumah Lama

Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk kali ini. Diharap dengan artikel ini dapat memberikan anda semua inspirasi yang ingin lakukan transformasi dirumah anda.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Waniey Fauzi Gold

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Jun 13, 2021
Dikemaskini pada
Jun 13, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram