Transformasi Dapur "Open Table" Rumah Keluasan 1000Sqft

Ditulis oleh

Kebanyakkan dapur sekarang merangkumi pelbagai jenis rekabentuk dan juga ruang yang berlainan. Ada yang jenis open concept, ada dapur yang tertutup dan juga terlindung diantara ruang tamu.

Macam transformasi dapur berkonsep "open table" yang dilakukan oleh Mohd Faisal ini. Beliau berkongsikan transformasi tersebut didalam akaun Facebook beliau.

Transformasi yang dikongsikan beliau adalah daripada awal sehingga akhir. Jika anda sedang mencari inspirasi untuk melakukan transformasi dapur konsep "open table" ini, jom kita tengok perkongsian daripada Mohd Faisal ini.

Transformasi Dapur "Open Table" Yang Cantik Dan Nampak Elegan

Transformasi dapur dari ruang kosong sehingga siap. Rumah PPAM di Putrajaya. Konsep rumah saya ni adalah ruang terbuka. Bermaksud dapur dan ruang tamu bergabung terus. Tiada dinding.
Kalau memasak memang orang akan nampak. Ada yang suka dan ada juga yang tidak selesa. Bagi saya yang bujang ni saya suka sebab ia lebih selesa. Tapi bila dan terbuka macam ni. Memang nak kena sentiasa bersih.

Transformasi Dapur Dari Ruang Kosong Hingga Siap

Pandangan ruang dapur dan pintu masuk dari ruang tamu. Ada dinding pendek tu saja memisahkan.

Transformasi Dapur "Open Table"

Ini ruang keseluruhan dapur. Dalam 10kaki X 8 kaki. Dinding tu saya pecahkan.

Buat dulu siling kapur dan wiring siap-siap. Dinding pon dah di pecahkan, sinki pon dah cabut.

Ini rupa bila dah siap renovate kerja-kerja hacking dan wiring. Memang saya beli dengan pemaju tiles bagi sama.

Transformasi Dapur "Open Table"

Ini kabinet yang baru sampai. Belum dipasang

Ini semasa mula pasang kabinet. Disebakan ruang rumah saya sempit. Saya terus build-in meja makan. Jadi meja makan akan bersambung terus dengan kabinet dapur.

Siap pasang. Double cek semua pintu.

Hos dapur belum dipasang lagi. Oven sahaja dah pasang dulu. Wiring oven dan hos dapur direct terus dari box elektrik.

Transformasi Dapur "Open Table"

Ini masa pasang quartz stone. Actually ada masalah masa pasang ni. Tersalah lubang dapur. Mereka kena bawa balik semula untuk baiki.

Lepas siap pasang quartz stone. Pasang hos dapur pula. Alhamdulillah tiada masalah.

Ini rupa bila semua dah siap pasang dengan sempurna. Tengah basuh dapur masa ni. Habuk banyak.

Ini masa baru pindah barang dari rumah lama. Ya Allah banyak gila. Memang satu-satu susunnya. Banyak sedekah pada orang aja.

Hasil Akhir Transformasi Dapur "Open Table"

Alhamdulillah. Siap. Ok gambar selepas ini semua gambar dapur yang sudah siap. Mengikut semua sisi dapur.

Transformasi Dapur "Open Table"

Transformasi Dapur "Open Table"

Transformasi Dapur "Open Table"

Transformasi Dapur "Open Table"

Photoshoot Raya

Bekerja Dari Rumah

Sambut Birthday. Kalau dapur macam ni memang best. Sebab semuanya dekat.

Dapur basah saya.

Sumber : Mohd Faisal 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Julai 11, 2021
Dikemaskini pada
Julai 11, 2021

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram