Tips Seterika Baju Sekolah Anak Mudah Dan Cepat!

Ditulis oleh

PKP pun dah dilonggarkan, persekolahan sudah pun bermula. Ibu-ibu mesti dah start pening kepala memikirkan untuk iron baju sekolah anak-anak mereka dalam jumlah yang banyak. Tetapi, sudah menjadi kewajipan untuk para ibu menyediakan pakaian yang kemas dan bersih untuk anak-anak. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai tips seterika baju sekolah anak mudah dan cepat!

Seterika pakaian dalam kuatiti yang banyak bukanlah sesuatu hal yang mudah. Bila nak gosok satu-satu helai pakaian tu, boleh tahan lama juga untuk siap. Tambah-tambah pula bila melibatkan baju kameja. Jika di tanya pada para ibu di luar sana, kebanyakan daripada mereka akan mengatakan baju kameja merupakan antara baju yang paling sukar untuk di gosok jika dibandingkan dengan baju- baju yang lain. Hal ini mungkin kerana potongan design baju kameja yang banyak kelepet dan seumpamanya.

Ayuh, ikuti Tips Seterika Baju Kameja Mudah dan Cepat melalui perkongsian daripada Mahaslina Sanip ini! Teknik ini akan membantu para ibu di luar sana untuk seterika baju kameja para suami dan anak kesayangan tanpa perlu menggosok berjam-jam lamanya lagi.

Tips Seterika Baju Sekolah :

 

Langkah-langkahnya:

1.Pertama sekali, gosok kolar bahagian dalam terlebih dahulu.2. Seterusnya, lipat seperti gambar di bawah ini dan gosok di bahagian luar kolar  sehingga tegak dan kemas.

3. Letak kedudukan baju kameja seperti ini dan kemaskan.

4. Seterusnya, gosok di bahagian depan badan pula.

5. Tarik sikit demi sedikit ke depan, gosok lagi sampai kemas dan licin.

6. Teruskan gosok pada bahagian belakang baju.

7. Bahagian depan sebelah kanan.

8. Gosok semuanya sampai licin.

9. Gosok bahagian lengan sahaja. Bahu tak perlu. Gosok smpai jadi tajam dan boleh terluka jari kalau usik.

10. Ulangi step pada bahagian lengan yang belum di gosok.

11. Sudah siap. Lekatkan butang kolar dan butang baju  supaya kekal kemas. Biasa nya saya akan lekat butang pertama (kolar) & butang kedua jer.. tak perlu lekat butang smpai abis. Tahniah sebab dah berjaya gosok baju dengan licin ?. Yang paling cara ini penting mudah dan cepat

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Ogos 9, 2020
Dikemaskini pada
Ogos 9, 2020
Topik

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram