Dekorasi Ruang Tambahan Hanya Dari Barangan Terpakai

Ditulis oleh

Jika anda mempunyai sebuah ruang yang lebih atau juga ruang tambahan pada rumah ini, elok fikirkan agar ruang tersebut menjadi sebuah ruang yang cantik. Jika dilakukan dekorasi dengan baik, kemungkinan ruang tambahan tersebut akan kelihatan menarik dan cantik.

Macam yang dilakukan oleh Nani's Makeover ini, beliau kongsikan bagaimana sebuah ruang tambahan yang ada dirumahnya diubah menjadi sebuah ruang laundry dan juga tempat berehat. Ruangan tersebut telah ditambahkan lagi dengan tema rustic agar ia kelihatan ala-ala rumah kayu terpakai.

Dekorasi Cantik Ruang Tambahan Dengan Hanya Menggunakan Barangan Terpakai

Tempat ni adalah ruang tambahan. Suami taknak Saya jemur baju diluar. Jadi Kita tambah sikit khas untuk buat laundry. Alaa.. makcik2 kampung nak merasa gak ada laundry.

Oleh sebab ruang ni memanjang, dibahagian hujung Saya buat mini stor tempat buat simpan barang2 keperluan diy Saya. Jadi Tak perlu dah keluar dari rumah untuk ambik barang2 di stor utama dibelakang rumah.

Menghargai tempat yang Ada, Saya hias guna barang2 terpakai sahaja. Sekadar melengkapi perasaan bersyukur punya tempat privasi untuk Saya rehat petang2 hari. Tak Kira cantik atau Tak tempat Kita,

Memadai andainya disitu damai terasa.

Dekorasi Cantik Pada Bahagian Laundry Yang Dilakukan Ini

Inilah dia dekorasi ruangan tambahan yang dilakukan. Jangan terkejut jika deko ini kelihatan macam tidak siap hasilnya dan nampak simple begini. Ini sememangnya bertemakan "rustic deco".

Dekorasi Ruang Tambahan

Dekorasi Ruang Tambahan

Dekorasi Ruang Tambahan

Dekorasi Ruang Tambahan

Dekorasi Ruang Tambahan

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap artikel ini mampu memberikan anda semua sedikit inspirasi kepada anda yang ingin melakukan dekorasi ala-ala Rustic Deco sebegini.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Sumber : Nani's Makeover

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 8, 2022
Dikemaskini pada
Februari 8, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram