Dekorasi "Wet Kitchen" Dengan Menggunakan Wallpaper

Ditulis oleh

Inginkan sebuah dekorasi wet kitchen yang cantik untuk dilakukan dirumah anda? Nak lakukan dekorasi dapur tersebut namun tiada sumber rujukan untuk dijadikan inspirasi kepada anda?

Jadi, anda tidak ketinggalan kerana perkongsian daripada wanita yang bernama Fiza ini mampu mengubah dapur anda daripada rupa yang buruk terus kembali menjadi baharu. Beliauberkongsikan hasil sebelum dan selepas dekorasi tersebut didalam grup facebook yang bernama Kami Suka Deko Deko.

Jom lihat perkongsian ini bagaimana dekorasi wet kitchen ini dilakukan oleh beliau.

Dekorasi Sebuah "Wet Kitchen" Yang Cantik Dengan Menggunakan Stiker Wallpaper Sahaja

Alhamdulillah, selepas setahun mood deko2 ke laut cina selatan akhirnya mood tu selamat berlabuh di awal tahun 2022.

Tahun lepas deko dry kitchen, tahun ni deko wet kitchen pula. Masih guna stiker wall paper, save bajet & senang nak bersih kan tapi agak renyah & perlu kan level kesabaran yg tinggi nak siap kan.

Dapur ni dh berusia belasan tahun, maka kita pakai kan die persalinan baru di awal tahun 2022. Inspirasi utk rakan2 yg suka deko2 juga, ruang dapur nampak lebih elegan dgn bajet yg minima.

Gambar Sebelum Dan Selepas Dekorasi "Wet Kitchen" Yang Dilakukan Ini

Dapur asal, warna maroon & beige ke apa pun tak tahu. Rumah ni subsale, beli memang dah ade kitchen kabinet tapi warnanya sangatlah tak kene dengan jiwa beliau.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Macam ni baru mood nak masak selalu singgah.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Bahagian kegemaran beliau. Bidai tu dah rosak jadi terpaksa potong bawah die & tutup terus je.

Tengok ramai yang share rechargeable downlight untuk kitchen kabinet, jadi turutlah beli sekali untuk mencantikkan lagi kabinet.

Ni lampu nya, ade metal plate untuk lekat kan lampu. Beli dekat shopee, jimat tak perlu pakai bateri, usb cable pun dapat skali.

Tenang melihat wet kitchen yang dah siap. Yang penting adalah Less is more.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Dekorasi "Wet Kitchen"

Thanks to this sticker wall paper, berjaya transform kan dua dua kitchen ini.

Dekorasi "Wet Kitchen"

Sumber : Fiza

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Share dan love post ini supaya anda boleh jadikan rujukan projek dekorasi anda yang seterusnya. 
Diterbitkan pada
Februari 28, 2022
Dikemaskini pada
Februari 28, 2022

Sharing Ekslusif Kami

Ikuti sosial media Giler Deco & dapatkan idea dekorasi trendy serta tips-tips menarik untuk rumah impian anda.
Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
usermagnifiercrosschevron-down linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram