Tinggal di rumah sewa sudah pasti agak sukar untuk melakukan ubahsuai dan dekorasi rumah yang diinginkan. Terutama sekali apabila pemilik rumah tidak membenarkan anda untuk melakukan apa-apa perubahan terhadap rumah tersebut. Tetapi, jika pemilik rumah yang di sewa itu memberi keizinan untuk melakukan dekorasi, tidak salahnya anda cuba hasilkan dekorasi yang terbaik supaya anda dan keluarga dapat tinggal dalam keadaan yang ceria. Perkongsian pada kali ini adalah dari Sheela Othman di dalam group Faceboook Deco Rumah Flat. Perkongsiannya pula adalah mengenai dekorasi kreatif rumah sewa flat dari hasil tangan orang seni.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian gambar dekorasi yang cantik dan sangat menarik ini.
Hobi kami laki bini mendeko sajalah apabila datang rajin kami. Alhamdulillah kami berkongsi minat yang sama dalam bab deko.
Tidaklah mewah mana, syukur seadanya, asal selesa dan sedap mata kami sekeluarga, walaupun hanya rumah sewa. Alhamdulillah sudah 4 tahun menyewa disini, Owner kami Chinese tapi sangat-sangat baik dan sporting, dia approved kami pasang wallpaper dan deko rumah ikut citarasa kami.
Happy bila pemilik sendiri hargai kami jaga rumah dia dengan baik. Sejak duduk sini sudah 3 kali jugak kami tukar-tukar tema dan wallpaper, InshaAllah ada rezeki kami akan kongsi lagi. Sekarang maintainkan apa yang ada, rotate apa patut.
Semoga menjadi inspirasi pada yang mencari idea. Semoga ianya dapat memberi manfaat.
Ini adalah pandangan luar bangunan rumah flat tersebut.
Keadaan ruang tamu setelah diterapkan dengan dekorasi yang simple dan menarik.
Bahagian ruang tamu dari sudut pandangan lain.
Hobi suaminya. Melukis mural 3D pada bahagian bilik bermain untuk anak mereka yang masih belum siap sepenuhnya.
Kerusi daybed itu mereka buat sendiri dengan cara diy dari kayu terbuang sahaja.
Kabinet IKEA tersebut asalnya warna coklat. Selepas itu, cat warna putih, untuk kali kedua cat jadilah warna biru. Cat yang digunakan adalah cat minyak sahaja.
Pandangan dari sudut lain.
Meja konsol ini juga dicat semula, warna asal adalah warna coklat.
Dekorasi pada bahagian bilik tidur untuk empat beranak.
Bahagian ruang makan menggunakan konsep klasik.
Pandangan penuh ruang makan setelah di deco.
Hiasan pada dinding ruang makan tersebut.
Ruang ini disertakan sekali dengan ruang laundry.
Dekorasi pada dapur kecil mereka. Kalau masuk berdua nak bernafas pun susah kerana agak sempit.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat dijadikan sumber inspirasi kepada sesiapa sahaja yang mahu melakukan dekorasi rumah sewa.